24 Jun 2020

Review dan Sinopsis Drama Korea Extraordinary You




Korean Drama Extraordinary You, Drama Korea Extraordinary You, Korean Drama Extraordinary You Review, Sinopsis Drama Korea Extraordonary You, Pelakon - Pelakon Drama Korea Extraordinary You, Ro Woon, Kim Hye Yoon, Lee Jae Wook, Lee Na Eun, Jung Gun Joo, Kim Young Dae, Lee Tae Ri, Poster Drama Korea Extraordinary You, Blog Dari Hati Miss Mulan

Hari ni nak buat review drama Korea yang sememangnya popular dan best iaitu drama Extraordinary You. Aku dah lama dah tengok drama ni, tapi baru berkesempatan nak buat review drama ni. Drama Korea Extraordinary You ini mempunyai 32 episod, disiarkan di channel MBC bermula 2 Oktober 2019 dan tamat episodnya pada 21 November 2019 yang lalu. Drama ini bergenre fantasi dan romance serta merupakan adaptasi daripada web comic bertajuk July Found By Chance. Antara pelakon drama Korea Extraordinary You ini adalah Kim Hye Yoon, Ro Woon, Lee Jae Wook, Lee Na Eun, Jung Gun Joo, Kim Young Dae, Lee Tae Ri, Kim Ji In dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Rookie Historian Goo Hae Ryung dan kemudian akan digantikan dengan drama Love With Flaws. Rasanya ramai yang dah tengok drama ni sebab drama ni popular gitu, jalan cerita pun menarik dan unik, para pelakon pun handsome dan cantik belaka. Ikutkan aku tak begitu minat cerita yang berkisarkan budak sekolah ni semua, tapi berbeza dengan drama ni sebab drama ni memang best, rugi tak tengok, memang layan drama ni. Heroin drama Extraordinary You ni iaitu Kim Hye Yoon sebelum ini terkenal dengan watak annoyingnya drama Sky Castle. Namun dalam drama Extraordinary You ini pula wataknya lebih cute, comel, banyak cakap dan happy go lucky. Manakala hero drama ini iaitu Ro Woon pula asalnya adalah penyanyi dan merupakan salah seorang ahli dari kumpulan Kpop Boy Group "SF9." 




Ro Woon dah pernah berlakon drama sebelum ini tapi hanya watak pelakon pembantu saja, misalnya dalam drama Where Stars Land. Korean Drama Extraordinary You ini merupakan drama pertama Ro Woon pegang watak utama gitu. Rasanya ramai giler suka tengok Ro Woon dalam drama ni kan, dahla handsome, tinggi, plus wataknya sebagai Ha Roo dalam drama ni pun sangat adorable dan sweet yang amat hahaha. Pelakon lain juga turut menyerlah dalam drama ni dan mendapat perhatian penonton antaranya Lee Jae Wook, Jung Gun Joo, Kim Young Dae dan Lee Na Eun. Aku suka dengan konsep of stage and shadow yang diperkenalkan dalam drama ni sebab makin menarik jalan ceritanya bila penonton dah faham konsep Stage dan Shadow tu. Aku teringin betul nak tengok reaksi Oh Nam Joo lakonan Kim Young Dae bila dia dapat tahu yang semua berlaku disebabkan kehendak penulis dan pelukis komik berkenaan, sayangnya tak ada pula. Selain itu aku suka dengan watak Lee Do Hwa lakonan Jung Gun Joo ini sebab dia macam penyeri dalam drama ni, sentiasa tersenyum, happy go lucky dan sentiasa menceriakan orang disekelilingnya. Plus ada banyak juga scene - scene kelakar yang membabitkan wataknya itu. Manakala watak Lee Joo Da lakonan Lee Na Eun juga agak menarik dan mengejutkan gitu, bila dia sedar sendiri tentang konsep Stage dan Shadow tu tanpa perlu diberitahu oleh orang lain. 
Korean Drama Extraordinary You, Drama Korea Extraordinary You, Korean Drama Extraordinary You Review, Sinopsis Drama Korea Extraordonary You, Pelakon - Pelakon Drama Korea Extraordinary You, Ro Woon, Kim Hye Yoon, Lee Jae Wook, Lee Na Eun, Jung Gun Joo, Kim Young Dae, Lee Tae Ri, Poster Drama Korea Extraordinary You, Blog Dari Hati Miss Mulan
Drama Korea Extraordinary You ini mengisahkan tentang Eun Dan Oh lakonan Kim Hye Yoon yang merupakan anak orang kaya tapi mempunyai penyakit sakit jantung. Eun Dan Oh sangat mencintai Baek Kyung lakonan Lee Jae Wook dan mereka sudah pun ditunangkan. Namun Baek Kyung tidak mencintai Eun Dan Oh dan terpaksa mengikut kehendak keluarganya. Eun Dan Oh bertepuk sebelah tangan dan Baek Kyung pula sentiasa melayan Eun Dan Oh dengan kasar. Tak lama kemudian Eun Dan Oh merasakan dirinya hilang ingatan dan mampu melihat masa akan datang. Eun Dan Oh keliru dengan apa yang berlaku padanya sehinggalah dia bertemu dengan Jinmiche, seorang tukang masak popular di sekolahnya itu. Jinmichelah yang beritahu hal sebenar pada Eun Dan Oh, bahawa dirinya adalah salah satu karakter dalam komik bertajuk Secret seperti orang lain di sekolah itu. Kemudian Eun Dan Oh mula menyedari yang dia juga bukan watak utama dalam komik tersebut, sebaliknya hanya watak extra sahaja yang boleh dimatikan pada bila - bila masa sahaja. Eun Dan Oh juga sedar dia tak punya masa untuk hidup lama dan memutuskan untuk hidup dengan caranya sendiri bukannya mengikut kehendak penulis komik itu. Jinmiche telah pun menasihati Eun Dan Oh bahawa tiada apa yang boleh mereka lakukan atau mengubah jalan cerita komik berkenaan kerana semuanya akan mengikut kehendak penulis komik tersebut.
Korean Drama Extraordinary You, Drama Korea Extraordinary You, Korean Drama Extraordinary You Review, Sinopsis Drama Korea Extraordonary You, Pelakon - Pelakon Drama Korea Extraordinary You, Ro Woon, Kim Hye Yoon, Lee Jae Wook, Lee Na Eun, Jung Gun Joo, Kim Young Dae, Lee Tae Ri, Poster Drama Korea Extraordinary You, Blog Dari Hati Miss Mulan
Eun Dan Oh juga sedar yang dirinya juga tidak mencintai Baek Kyung dan mahu mencari cinta sejatinya sendiri. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang pelajar lelaki yang tidak mempunyai nama yang telah menyelamatkannya. Eun Dan Oh kemudian memberi nama Ha Roo pada pelajar lelaki berkenaan dan mereka mula rapat. Eun Dan Oh mahukan Ha Roo membantunya dalam mengubah nasib mereka dalam komik berkenaan. Eun Dan Oh turut memberitahu hal sebenar pada Lee Do Hwa mengenai hal mereka yang berada dalam dunia komik itu. Baek Kyung mula pelik dengan perangai Eun Dan Oh yang berubah - ubah itu. Sekejap Eun Dan Oh berperangai seolah - olah sedih dengan layanan dingin dan kasar Baek Kyung padanya. Namun sekejap lagi Eun Dan Oh kelihatan tidak mempedulikan langsung Baek Kyung sebaliknya pergi mencari Ha Roo. Lama - kelamaan Baek Kyung mula sedar apa yang sebenarnya berlaku. Malah Baek Kyung juga turut bertindak pergi berjumpa dengan Jinmiche untuk kepastian. Siapa sangka ada hal yang berlaku akan memisahkan Haroo dengan Eun Dan Oh sebagai balasan kerana cuba mengubah nasib mereka dalam komik berkenaan. Manakala Bae Kyung pula menemui satu rahsia baru, dimana dirinya, Eun Dan Oh, Ha Roo dan Jinmiche telah pun wujud dalam komik lain yang endingnya sangat tragis dan melibatkan kematian. Apa yang berlaku seterusnya.

Okey tu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Extraordinary You ini. Agak pelik juga dengan Ha Roo ni yang seolah - olah macam tak ada rumah dan hanya berada di kawasan sekolah dari pagi sampai ke malam. Sekolah diorang pun advance gila sebab macam sentiasa buka 24 jam dari pagi sampai ke malam hahaha. Selain itu aku hairan juga bila Eun Dan Oh dan Ha Roo macam tak pernah berkomunikasi guna handphone saja, sebaliknya nak jumpa kena pi sekolah dulu hehehe. Ending drama Korea Extraordinary You ni happy ending juga, walaupun masa episod akhir tu agak suspen sikit. Apa pun memang syok layan drama ni, jadi secara keseluruhannya aku bagi 9.5/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca Ini juga ➡️➡️ Review Drama Korea Psychopath Diary

4 ulasan:

  1. dah lama tak tengok drama kdrama high school. ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
  2. cerita ni kak tengok jugak memula tapi lepas tu pening dengan jalan cerita tu jadi terus stop. haha

    BalasPadam
  3. suka drama ni! Awal tu syok dengan Haru tapi nak dekat hujung macam handsome pulak watak tunang dia.

    BalasPadam
  4. menarik ni :)

    Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

    Giveaway by ejulz & mamapie

    BalasPadam



My Random Post