8 Jun 2020

Review dan Sinopsis Drama Korea Psychopath Diary




Review dan Sinopsis Drama Korea Psychopath Diary Lakonan Yoon Si Yoon, Jung In Sun, Psychopath Diary Poster,

Dah lama tak buat review drama Korea lepas laptop aku rosak, so now im back hehehe. Jadi hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Psychopath Diary. Antara pelakon drama Korea Psychopath Diary ini adalah Yoon Si Yoon, Jung In Sun, Park Sung Hoon, Yu Bee, Choi Sung Won, Choi Dae Chul, Hwang Sun Hee, Kim Ki Doo, Lee Min Ji, Heo Sung Tae dan ramai lagi. Korean Drama Psychopath Diary ini disiarkan di channel TVN dan mempunyai 16 episod serta mula bersiaran pada 20 November 2019 dan tamat episodnya pada 9 Januari 2020. Selain itu drama ini disiarkan untuk menggantikan drama Miss Lee dan kemudian akan digantikan dengan drama Money Game. Pelakon Kim Ki Doo dan Lee Min Ji yang melakonkan watak sebagai rakan sekerja pada watak Yoon Si Yoon dah pernah berlakon sekali sebagai suami isteri dalam drama Korea 100 Days My Prince. Drama ini lebih pada komedi tapi scene - scene suspen juga best, plus ada plot twist di penghujung drama ini. Agak menghiburkan juga drama ini, semua pelakon juga best - best belaka terutamanya Yoon Si Yoon dan Park Sung Hoon. Lakonan Yoon Si Yoon dan Park Sung Hoon memang mantap. Suka tengok perubahan pada watak Yook Dong Sik lakonan Yoon Si Yoon bermula sebagai lelaki baik yang sering dibuli oleh orang - orang disekelilingnya, kemudian cuba berubah menjadi psycho selepas membaca sebuah diari yang disangka miliknya. 




Manakala Park Sung Hoon pula melakonkan watak sebagai Seo In Woo yang merupakan seorang psychopath yang luarannya nampak sempurna tapi sebenarnya dia suka membunuh. Jung In Sun pula melakonkan watak sebagai Sim Bo Kyung yang merupakan seorang pegawai polis. Bagi aku wataknya biasa - biasa saja. Mungkin juga Jung In Sun terima watak sebagai polis ini untuk keluar dari imej lakonannya yang terdahulu sebab dia selalu melakonkan watak wanita baik, lemah - lembut atau ibu tunggal. Scene - scene suspen dalam drama Korea Psychopath Diary ini memang terbaik. Scene - scene lawak dalam drama ini juga best especially bila Yook Dong Sik salah faham tentang dirinya serta turut salah faham pada Seo In Woo. Dia awalnya ingat Seo In Woo ni pekerja biasa seperti dirinya di syarikat Daehan Security, so dia macam tak endahkan sangat si Seo In Woo ni, sedangkan Seo In Woo ini adalah salah seorang anak kepada pemilik syarikat berkenaan. Paling syok tengok reaksi Seo In Woo bila Yook Dong Sik tak endahkan dirinya. Scene bila Seo In Woo salah faham yang Yook Dong Sik adalah psychopath seperti dirinya juga tu lawak gak, sebab Seo In Woo layan Yook Dong Sik special sikit. 
Review dan Sinopsis Drama Korea Psychopath Diary Lakonan Yoon Si Yoon, Jung In Sun, Psychopath Diary Poster, Pelakon - Pelakon Drama Korea Psychopath Diary, Yoon Si Yoon, Jung In Sun, Park Sung Hoon,
Paling best sekali bila Yook Dong Sik try so hard untuk menjadi psychopath tu, pastu apa yang dia plan mesti tak jadi, walaupun plannya itu dah perfect dah. Apa pun jom tengok sinopsis drama korea ini dibawah ye. Korean Drama Psychopath Diary ini mengisahkan Yook Dong Sik yang bekerja di stock company Daehan Security. Disebabkan Yook Dong Sik ini terlampau baik membuatkan ramai yang mengambil kesempatan diatas kebaikannya itu. Dia juga dipandang rendah serta sering dibuli oleh rakan sekerjanya mahu pun orang atasannya. Akhirnya Yook Dong Sik dipaksa untuk menanggung kesalahan yang dia tak buat. Akibat stress dengan segalanya, dia cuba untuk membunuh diri namun tidak berjaya. Namun nasibnya malang bila dia menjadi saksi satu kes pembunuhan dan Yook Dong Sik sempat mengutip diari pembunuh berkenaan sebelum melarikan diri. Namun ketika melarikan diri pula, dia dilanggar oleh kereta peronda polis yang dipandu oleh Sim Bo Kyung. Hal tersebut menyebabkan Yook Dong Sik cedera dan hilang ingatan. Disebabkan rasa bersalah Sim Bo Kyung cuba untuk membantu Yook Dong Sik. Tak lama kemudian Yook Dong Sik telah menyangka dirinya psychopath selepas membaca diari kepunyaan pembunuh itu. Dia menyangka diari itu miliknya dan sejak itu personalitinya juga berubah dan cuba untuk menjadi psyhopath.
Review dan Sinopsis Drama Korea Psychopath Diary Lakonan Yoon Si Yoon, Jung In Sun, Psychopath Diary Poster, Pelakon - Pelakon Drama Korea Psychopath Diary, Yoon Si Yoon, Jung In Sun, Park Sung Hoon,
Manakala Seo In Woo pula adalah salah seorang director dalam syarikat Daehan Security itu. Dia cuba untuk membuktikan dirinya lebih layak untuk mengambil alih syarikat itu daripada ayahnya. Sebenarnya berlaku perebutan kuasa antara Seo In Woo dan adiknya Seo Ji Hun. Jadi mereka berdua sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Seo In Woo tahu yang Seo Ji Hun telah menjadikan Yook Dong Sik sebagai kambing hitam untuk menanggung segala kesalahan yang dibuat oleh Seo Ji Hun. Malah Seo In Woo cuba membantu Yook Dong Sik untuk menegakkan kebenaran namun tidak berjaya. Malah dia menjadi semakin pelik dengan sikap Yook Dong Sik yang tidak dijangka itu. Hal tersebut membuatkan Seo In Woo sentiasa memerhatikan gelagat Yook Dong Sik itu. Yook Dong Sik pula nekad untuk membunuh Seo Ji Hun setelah tahu dia diperangkap. Walaubagaimanapun Yook Dong Sik gagal untuk membunuh Seo Ji Hun disaat - saat akhir setelah berjaya menculiknya sebelum ini. Manakala Seo In Woo pula kagum dan excited setelah mengetahui yang Y. Dong Sik juga adalah psychopath sepertinya. Seo In Woo cuba untuk berkawan baik dengan Yook Dong Sik itu. Namun semuanya berubah bila Seo In Woo tahu perkara sebenar, yang mana diari miliknya itu ada pada Y.Dong Sik. Seo In Woo cuba merancang sesuatu dan cuba untuk rapat dengan Sim Bo Kyung bagi mengetahui rahsia Yook Dong Sik. Apa yang berlaku seterusnya?..

Tu antara sinopsis drama Korea Psychopath Diary ini. Drama ni masa di pertengahan cerita mungkin sedikit bosan bila asyik tunjuk Yook Dong Sik yang cuba jadi psychopath itu. Walaubagaimanapun makin lama, jalan ceritanya mula jadi best dan menarik. Selain itu tiada kisah cinta dalam drama ini okey, walaupun nampak yang Yook Dong Sik dan Sim Bo Kyung macam saling menyukai antara satu sama lain. Manakala ending drama Korea Psychopath Diary ini memang happy ending gitu, tapi di awal episod sampai ke pertengahan episod akhir drama ini memang suspen. Apa pun nasiblah Yook Dong Sik jadi semakin bijak gitu, berbanding sebelum ini. Apa pun tak rugi layan drama ni lawak ada, suspen pun ada jadi secara keseluruhannya aku enjoy layan drama ni dan aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca Ini juga ⏩ Movie Review - Thambi (2019)

3 ulasan:

  1. Saya rasa macam susah betul nakningat nama pelakon korea dan mukanya.... semua nampak sama...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ad geng. Sy pn susah nk ingt nama n muka pelakon. Bila bce blog camni 2,3x ulang baca sbb lupa nama 😂

      Padam
  2. Dah tengok drama ni masa PKP haritu. Kelakar juga , hahahahahah

    btw jangan lupa singgah blog saya :)

    https://ezadizzuddin.blogspot.com/

    BalasPadam



My Random Post