2 Jul 2019

Review Drama Korea - Kill It




Kill It, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Kill It, Drama Korea Kill It, Channel OCN, Sinopsis Drama Korea Kill It, Korean Drama 2019, Korean Style, Drama Korea Kill It (2019), Kisah Sedih, Nana and Jang Ki Yong Drama, Artis Korea, Cast, Pelakon Drama Korea Kill It, Jang Ki Yong, Nana, Noh Jung Eui, Lee Jae Won, David McInnis, Jung Hae Kyun, Jo Han Chul, Ji Il Joo, Lee Dong Kyu, Ok Go Woon, Poster Drama Korea Kill It, Korean Drama Review, Blog Dari Hati Miss Mulan,
Kill It - Korean Drama Review

Okey today aku nak buat review drama Korea Kill It yang mula disiarkan di channel OCN pada 23 March 2019 dan tamat episodnya pada 28 April 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Korea Kill It ini adalah Jang Ki Yong, Nana, Noh Jung Eui, Lee Jae Won, David McInnis, Jung Hae Kyun, Jo Han Chul, Ji Il Joo, Lee Dong Kyu, Ok Go Woon dan ramai lagi. Korean Drama Kill It ini hanya mempunyai 12 episod saja dan disiarkan bagi menggantikan drama Trap dan kemudian akan digantikan dengan drama Korea Voice 3. Kali pertama aku menonton drama lakonan Nana dan sememangnya sejuk mata memandang tengok hero dan heroin drama ni iaitu Nana dan Jang Ki Yong ni, sebab sorang tu cantik jelita dan sorang tu pula handsome. Gandingan Jang Ki Yong dan Nana memang nampak serasi dan sepadan giler. Dari tajuk drama ni pun dah tau mesti ada banyak aksi kan serta bunuh - membunuh, tapi sebenarnya jalan cerita drama ini sedih okey. Ramai yang memuji lakonan Nana terutama di bahagian last scene ketika dia menangis teresak - resak dan meraung semua tu, serius sedih giler tengok dia menangis macam tu, sampai aku pun rasa nak menangis sekali huhuhu. Ending Korean Drama Kill It ini memang sad ending okey, jadi sila sediakan tisu siap - siap okey hehe. 
Kill It, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Kill It, Drama Korea Kill It, Channel OCN, Sinopsis Drama Korea Kill It, Korean Drama 2019, Korean Style, Drama Korea Kill It (2019), Kisah Sedih, Nana and Jang Ki Yong Drama, Artis Korea, Cast, Pelakon Drama Korea Kill It, Jang Ki Yong, Nana, Noh Jung Eui, Lee Jae Won, David McInnis, Jung Hae Kyun, Jo Han Chul, Ji Il Joo, Lee Dong Kyu, Ok Go Woon, Poster Drama Korea Kill It, Korean Drama Review, Blog Dari Hati Miss Mulan,
Walaubagaimanapun aku tak begitu suka dengan personaliti Do Hyun Jin lakonan Nana yang obses sangat nak tangkap penjenayah tu, aku lebih suka dengan gaya dan style pendakwaraya Yoon Jung Woo lakonan Ji Il Jo yang lebih releks, tenang dan cool berbanding Do Hyun Jin yang obses dan terburu - buru. Watak jahat dalam drama ini iaity Do Jae Hwan lakonan Jung Hae Kyun tu memang berkesan dan menjadi, rasa geram je tengok watak dia dalam cerita ni. Teringat pula masa dia berlakon dalam drama popular Save Me tu, sama lah rasa geram betul dengan wataknya tu. Aku paling suka tengok masa Kim So Hyun berinteraksi dengan kawannya yang merangkap broker untuk cari client buat So Hyun tu iaitu Philip lakonan Lee Jae Won serta Kang Seul Gi (lakonan Noh Jung Eui) yang merupakan pemilik bangunan tempat mereka tinggal tu. Scene yang ada mereka bertiga ni memang sweet sebab So Hyun dan Philip nampak macam abang pada Kang Seul Gi. Dalam diam diorang care dan sayang Seul Gi macam adik sendiri. Selain tu masa permulaan cerita, aku tak begitu suka dengan perangai Philip ni yang suka berahsia dengan So Hyun, belakang So Hyun dia buat hal lain. Tapi bila tengok episod akhir drama ni, korang akan nampak betapa sayangnya Philip pada So Hyun sebagai seorang sahabat. 
Kill It, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Kill It, Drama Korea Kill It, Channel OCN, Sinopsis Drama Korea Kill It, Korean Drama 2019, Korean Style, Drama Korea Kill It (2019), Kisah Sedih, Nana and Jang Ki Yong Drama, Artis Korea, Cast, Pelakon Drama Korea Kill It, Jang Ki Yong, Nana, Noh Jung Eui, Lee Jae Won, David McInnis, Jung Hae Kyun, Jo Han Chul, Ji Il Joo, Lee Dong Kyu, Ok Go Woon, Poster Drama Korea Kill It, Korean Drama Review, Blog Dari Hati Miss Mulan,
Scene ketika diorang berkumpul ramai - ramai dan makan  makan tu memang best, nampak So Hyun happy gitu sebab dia sebelum ni selalu lonely jer. Karakter Kang Seul Gi masa awal - awal cerita nampak macam budak sekolah menengah yang happy go lucky dan kaya tapi sebenarnya dia tahu banyak rahsia. Selain itu memang susah untuk tengok Jang Ki Yong senyum atau ketawa dalam drama ni sebab wataknya tu poker face betul, sepesen je muka die tu, riak wajahnya tu macam tu je, tak tahulah dia suka ke, sedih ke kan. Masa permulaan cerita drama ni memang boring sikit sebab diorang baru nak perkenalkan watak Kim So Hyun ni tapi lama - kelamaan jalan cerita akan jadi makin best. Scene paling sedih selain ending drama ni adalah ketika diorang tunjuk bagaimana pembedahan dibuat untuk keluarkan organ kanak - kanak malang tu dan kemudian mayat kanak - kanak tersebut dibiarkan begitu saja di meja bedah dan kemudian lampu ditutup. Apa pun memang best layan drama ni walaupun ceritanya sedih sikit, aku bagi 7.8/10 untuk drama Korea Kill It ini. Jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey, selamat membaca.




Sinopsis Drama Korea Kill It Lakonan Jang Ki Yong dan Nana

Mengisahkan tentang Kim So Hyun (lakonan Jang Ki Yong) yang merupakan seorang pembunuh upahan. Dia dibesarkan oleh Pavel (David McInnis) yang juga pembunuh upahan di Rusia. Selepas kematian Pavel, So Hyun kembali ke Korea dan telah mendapat satu tugasan untuk membunuh orang - orang tertentu dan sebagai balasan So Hyun akan mendapat duit serta info mengenai masa lampaunya dan juga mendapat tahu siapa keluarganya. So Hyun yang hilang ingatan mengenai masa lampaunya mula mendapatkan ingatannya kembali. Kisah hidup So Hyun di masa lampau sangat menyedihkan, dia dan kanak - kanak lain dibesarkan di rumah anak yatim namun rumah anak yatim tersebut menjalankan aktiviti kotor iaitu penjualan organ kanak - kanak. Manakala semua kanak - kanak disitu dilahirkan menerusi kaedah 'Artificial Insemination'. Bila kanak - kanak itu dah besar, mereka akan dibunuh dan organ - organ mereka akan dijual. Kim So Hyun berjaya melarikan diri dari situ dan Pavel yang sepatutnya membunuhnya akhirnya mengubah keputusannya untuk membesarkan Kim So Hyun itu. Setelah berada di Korea, So Hyun menjadi doktor haiwan dan tinggal di bangunan milik Kang Seul Gi (lakonan Noh Jung Eui). So Hyun menganggap Seul Gi seperti adiknya sendiri dan mereka berdua sangat rapat.
Kill It, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Kill It, Drama Korea Kill It, Channel OCN, Sinopsis Drama Korea Kill It, Korean Drama 2019, Korean Style, Drama Korea Kill It (2019), Kisah Sedih, Nana and Jang Ki Yong Drama, Artis Korea, Cast, Pelakon Drama Korea Kill It, Jang Ki Yong, Nana, Noh Jung Eui, Lee Jae Won, David McInnis, Jung Hae Kyun, Jo Han Chul, Ji Il Joo, Lee Dong Kyu, Ok Go Woon, Poster Drama Korea Kill It, Korean Drama Review, Blog Dari Hati Miss Mulan,
Do Hyun Jin (lakonan Nana) adalah penyewa baru di bangunan milik Kang Seul Gi, rupa - rupanya Do Hyun Jin adalah Lee Young Eun yang merupakan kawan So Hyun ketika mereka sama - sama berada di rumah anak yatim dulu. Namun Lee Young Eun agak bertuah kerana telah dijadikan anak angkat oleh orang kaya iaitu Do Jae Hwan yang sebenarnya adalah orang jahat dan mastermind terhadap penjualan organ kanak - kanak itu. Lebih menarik bila Do Hyun Jin adalah seorang polis dan sedang memburu So Hyun yang merupakan pembunuh pada kes - kes yang disiasatnya. Walaubagaimanapun Do Hyun Jin langsung tidak mengesyaki So Hyun adalah seorang pembunuh, sebaliknya Do Hyun Jin berasa gembira dapat menemui semula kawan lamanya itu. Lama - kelamaan Do Hyun Jin mula jatuh cinta pada Kim So Hyun. So Hyun ingin memulakan hidup baru dan tak mahu membunuh lagi, namun hasratnya itu dihalang oleh clientnya yang mahu So Hyun menyelesaikan misinya. Clientnya itu juga berani mengugut So Hyun, dimana dia akan mencederakan orang - orang yang rapat dengan So Hyun seandainya So Hyun tidak menyelesaikan tugasnya pada masa yang ditetapkan. Hal tersebut memaksa Kim So Hyun untuk meneruskan tugasnya, disamping cuba menyiasat latar belakang clientnya itu. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea The Hymn Of Death Lakonan Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post