7 Jul 2019

Sinopsis Telefilem Silang (Cerekarama TV3)




Silang, Telemovie, Telefilem, Telemovie Silang, Telefilem Silang, Cerekarama Silang, Slot Cerekarama, TV3, Sinopsis Telefilem Silang, Disleksia, Cast, Pelakon Telefilem Silang, Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid, Cerekarama TV3 2019, Telefilem TV3 2019,

Telemovie Silang telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 6 Julai 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Silang ini adalah Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Nazim Othman dan Emma Maembong dah pernah beberapa kali bergandingan dalam drama, ini kali pertama aku tengok diorang berlakon dalam telemovie bersama - sama. Telefilem Silang ni menceritakan masalah Disleksia yang dihadapi Amir lakonan Nazim Othman dalam kehidupan seharian. Selain itu, telefilem Silang ini diarahkan oleh Azman Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang menarik telemovie ni, jalan ceritanya best, apa pun jom tengok sinopsis telemovie Silang di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Silang - Cerekarama TV3

Mengisahkan Amir (Nazim Othman) yang mempunyai masalah Disleksia sejak kecil, ibu Amir tak dapat nak menerima hakikat yang anak bongsunya ada masalah disleksia dan lemah dalam pelajarannya. Akhirnya ibu Amir tidak mengendahkan nasihat guru Amir untuk membawanya berjumpa pakar dan Amir membesar dengan masalah disleksianya yang makin kronik. Walaupun ada masalah Disleksia, Amir masih mampu mendapatkan pekerjaan yang baik iaitu sebagai pereka grafik. Amir juga anak yang taat pada ibunya. Tak lama kemudian Amir berkahwin dengan Dura (Emma Maembong) dan mereka bahagia, walaupun Dura kurang selesa tinggal sebumbung dengan ibu Amir. 
Silang, Telemovie, Telefilem, Telemovie Silang, Telefilem Silang, Cerekarama Silang, Slot Cerekarama, TV3, Sinopsis Telefilem Silang, Disleksia, Cast, Pelakon Telefilem Silang, Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid, Cerekarama TV3 2019, Telefilem TV3 2019,
Dura yang tidak tahu apa - apa mengenai masalah Disleksia Amir menyuruh Amir untuk mengambil lesen memandu kerana Dura telah menghadiahkan Amir sebuah kereta. Dura mula berasa pelik dengan kelakuan Amir bila Amir keberatan untuk pergi mendapatkan lesen kereta. Amir juga makin stress dengan paksaan Dura untuk mengambil lesen kereta walaupun dia telah gagal sebelum ini. Dura mula syak yang Amir ada Disleksia dan cuba menguji Amir dan akhirnya mereka bergaduh. Dura berasa Amir sengaja menipunya dengan tidak berterus - terang mengenai masalah Disleksia Amir itu. Apa yang berlaku seterusnya?.

1 ulasan:

  1. cuba la terus terang. terus teringat anak murid yg disleksia. poning juga memula mau ajar murid mcm ni

    BalasPadam



My Random Post