20 Feb 2019

Sinopsis Drama Hola Hermosa (TV1)




Hola Hermosa, Hello Si Cantik, Drama Hola Hermosa, Slot Kejora, RTM, TV1, Drama Melayu 2019, Drama Best, Sinopsis Drama Hola Hermosa, Hola Hermosa Cast, Pelakon Drama Hola Hermosa, Zara Zya, Zahiril Adzim, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail, Maya Elzahra, Zila Bakarin, Arash Mohd, Rashdan Baba, Sinopsis Penuh Hola Hermosa, Drama Terbaru Zara Zya,
Sinopsis Drama Hola Hermosa Slot Kejora TV1 (RTM)

Drama Hola Hermosa lakonan Zahiril Adzim dan Zara Zya sudah pun mula bersiaran di slot Kejora TV1, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi bermula 23 Januari 2019 yang lalu. Hola Hermosa bermaksud "Hello, Si Cantik" dalam bahasa Sepanyol dan drama ini mempunyai 26 episod. Antara pelakon drama Hola Hermosa ini adalah Zara Zya, Zahiril Adzim, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail, Maya Elzahra, Zila Bakarin, Arash Mohd, Rashdan Baba dan ramai lagi. Selain itu drama Hola Hermosa ini diarahkan oleh Muralikrishnan Munian dan diterbitkan oleh Smart Global Media Sdn Bhd. Bagi yang tidak sempat untuk menonton drama ini di TV, korang juga menonton drama Hola Hermosa ini menerusi portal online iaitu di Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca okey hehe.




Sinopsis Drama Hola Hermosa Lakonan Zahiril Adzim dan Zara Zya

Rizuan (lakonan Zahiril Adzim) melanjutkan pengajian seni bina di Mexico City dan meninggalkan Myza (lakonan Zara Zya), isteri yang dinikahinya secara rahsia di Malaysia atas permintaan keluarga Rizuan. Masa berlalu Rizuan mempunyai ramai kenalan di sana dan mengabaikan Myza. Myza pula berjaya diterima mengikuti kursus Bahasa Sepanyol selama enam bulan tajaan Kedutaan Mexico. Myza gembira dapat bersama dengan suaminya. Namun sebaliknya pula bagi Rizuan. Dia menghargai kebebasan diri di sana dapat menguruskan projek syarikat Nuri Wijaya di Mexico dan kembali menjalin hubungan dengan Sheerin (lakonan Miera Leyana), anak Dato’ Nasir (Arash Mohd), pemilik syarikat tersebut. Pada masa sama turut mempunyai kekasih bernama Melissa, warga Mexico. Syameel, kawan Rizuan seorang jurugambar berdedikasi cuba didekati Aliyah (Maya Elzahra), model terkenal namun dia tidak menunjukkan minat. Usaha dilakukan Aliyah mendekatinya sia-sia. Muncul Rafiah, model yang berminat membantunya mendapatkan penaja bagi projek penggambaran di Mexico. Sementara itu, Aaron (lakonan Azrel Ismail) kawan serumah Syameel terjebak dalam permasalahan bapa kekasihnya, Sarina (lakonan Ramona Zam Zam) yang berhutang dengan Along. 
Hola Hermosa, Hello Si Cantik, Drama Hola Hermosa, Slot Kejora, RTM, TV1, Drama Melayu 2019, Drama Best, Sinopsis Drama Hola Hermosa, Hola Hermosa Cast, Pelakon Drama Hola Hermosa, Zara Zya, Zahiril Adzim, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail, Maya Elzahra, Zila Bakarin, Arash Mohd, Rashdan Baba, Sinopsis Penuh Hola Hermosa, Drama Terbaru Zara Zya,
Ibu Sarina kecewa dengan suaminya, Borhan memutuskan mereka bercerai tapi dihalang Sarina dan Aaron. Aaron cuba mendapatkan kerja untuk Borhan. Malangnya tidak lama kerana Borhan terjebak dengan skim pelaburan pula. Sarina merancang menerbitkan novel namun malangnya ditolak penerbit. Syameel dan Aaron berjanji mahu membantu menukar novel Sarina kepada drama atau filem. Sarina tinggal bersama Rafiah kerana mahu menjauhkan diri daripada ayahnya. Dato’ Nasir mendesak keluarga Rizuan menjodohkan Rizuan dengan Sheerin walaupun sedar isterinya Datin Sally mahu mengahwinkan anak mereka dengan Tengku Danny. Dato’ Nasir juga tersepit dengan desakan Rosmaria (Zila Bakarin), pekerjanya yang merasakan dia lebih layak menguruskan projek di Mexico berbanding Sheerin. Myza dilayan dingin oleh Rizuan. Namun dia menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan keluarga tentang layanan hambar suaminya itu. Rizuan cemburukan Myza keluar dengan rakan lelaki sekolejnya. Namun bila ditanya tentang Sheerin dia mengaku rapat dengan wanita itu dengan alasan keluarga Sheerin banyak membantunya selama ini. Di Mexico, Myza terserempak dengan Sheerin yang memberitahunya dia akan berkahwin dengan Rizuan dalam masa terdekat. Myza cuba mendapatkan kepastian Rizuan. 

Rizuan menegaskan kepada Myza dia tidak mahu terikat dengan mana-mana perempuan namun tidak sekali-kali akan menceraikan Myza kerana menunaikan janjinya kepada emak dan ayahnya. Myza kecewa dengan Rizuan dan menghilangkan diri. Situasi itu membuatkan Rizuan tidak keruan. Puas dia mencari isterinya itu namun gagal. Aaron menasihati Syameel agar tidak menuduh Rafiah mempunyai teman lelaki tanpa usul periksa dan berterus-terang meluahkan perasaan cintanya terhadap gadis itu. Rizuan pulang ke Malaysia atas arahan Dato’ Nasir. Sheerin pula diarahkan ayahnya terus tinggal di Mexico. Rizuan dengan berat hati berterus-terang kepada keluarganya tentang ‘kehilangan’ Myza. Rizuan juga membuka rahsia perkahwinannya dengan Myza kepada Syameel dan Aaron. Mereka terkejut. Myza memutuskan untuk terus tinggal dan bekerja di Mexico. Rizuan pula serba salah bila didesak berkahwin dengan Sheerin. Datin Sally pula cuba meneka siapakah bapa kepada anak yang dikandung oleh Rosmaria. Namun adakah jodoh Myza dan Rizuan bersatu semula atau kehadiran Sheerin mengubah segalanya? Bagaimana kesudahan cinta Syameel yang keliru memilih Rafiah atau Aliyah? Begitu juga dengan Aaron dan Sarina yang berterusan cuba menyelesaikan konflik keluarga Sarina.

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post