3 Feb 2019

Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu




Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Ending Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Sinopsis Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Episod 28 Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Novel Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Astro 2018 / 2019, Cast, Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari,
Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu (Astro Ria)

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu telah pun tamat episodnya, episod akhir drama Kan Kukejar Cinta Kamu ini iaitu episod 28 sudah pun disiarkan pada 31 Januari yang lalu di Astro Ria. Selepas ini, drama ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Senafas Rindu lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan. Berbalik pada drama ini ianya dibarisi ramai pelakon hebat seperti Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari dan ramai lagi. Ending drama Kan Kukejar Cinta Kamu ini memang happy ending gitu. Lebih menarik bila di penghujung drama ini, ada ditunjukkan scene - scene tak jadi gitu, pastu kat akhir sekali ada pula Lisa Surihani hehehe. Jadi dalam entry ini aku nak share sinopsis ringkas episod akhir drama Kan Kukejar Cinta Kamu di bawah ini.




Sinopsis Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Alma (Amyra Rosli) dan Raiyan (Fendy Bakry) dah keluar dari rumah Nek Bonda untuk memberi pengajaran pada Nek Bonda (Delimawati). Namun Alma risau dengan keadaan ibu mertuanya yang terpaksa melayan kerenah Nek Bonda yang semakin teruk itu. Nek Bonda masih dengan perangai lamanya dan melayan menantunya Nazurah (Rosnah Johari) dengan kasar sekali. Hal itu menyebabkan Nisa memarahi Nek Bonda kerana tak tahan melihat Nek Bonda melayan ibunya sebegitu rupa. Tak lama kemudian Nek Bonda bermimpi akan anaknya Muzzamil yang pulang ke rumah dan menasihati Nek Bonda supaya berubah sikap. Akhirnya Nek Bonda mula insaf dan meminta maaf pada menantunyu Nazurah, juga pada Alma. Keluarga Alma juga turut datang melawat Nek Bonda dan Nek bonda menggunakan kesempatan itu untuk meminta maaf pada ayah Alma iaitu Hakim. Tak lama kemudian Raiyan membawa Alma bercuti ke Ireland yang merupakan tempat mereka bertemu dan bercinta dulu. Di situ Alma memberitahu Raiyan satu berita gembira, dimana dia sudah mengandung dan Raiyan berasa sangat gembira. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post