15 Dis 2018

Episod Akhir Drama Isteri Bukan Untuk Disewa




Isteri Bukan Untuk Disewa, Drama Isteri Bukan Untuk Disewa, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa, Cast, 2018, Pelakon Drama Isteri Bukan Untuk Disewa, Fattah Amin, Tiz Zaqyah, Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Poster Drama, Watak Dalam Drama Isteri Bukan Untuk Disewa, Nur, Noah Ryzal, Suffi Naufal, Imtiyaz Irdad, Putera Raiyan, Ending Drama Isteri Bukan Untuk Disewa, Episod 24 Drama Isteri Bukan Untuk DIsewa, Episod Akhir Drama Isteri Bukan Untuk Disewa,
Episod Akhir Drama Isteri Bukan Untuk Disewa

Drama 24 episod Isteri Bukan Untuk Disewa telah pun tamat episodnya pada 13 Disember 2018 yang lalu dan selepas ini drama ini akan digantikan dengan drama baru bertajuk Kan Kukejar Cinta Kamu. Drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini dilakonkan oleh Fattah Amin, Tiz Zaqyah, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena dan ramai lagi. Di episod akhir drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini banyak memfokuskan tentang kesudahan cinta Noah Ryzal (Fattah Amin) dan juga Nur (Tiz Zaqyah). Dalam episod akhir ini aku paling suka scene Noah bertemu Nur secara tak sengaja di airport, pastu boleh pula keluar lagu hindustan dari filem Kuch - Kuch Hota Hai tu hehehehe.

Manakala ending drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini memang happy endinglah kan, semua ada jodoh masing - masing gitu. Plus endingnya bukan main sweet lagi, siap Noah dan Nur main - main bagi pickup line antara satu sama lain gitu. Apa pun aku sertakan sekali sinopsis episod akhir drama ini di bawah ye, selamat membaca okey.




Sinopsis Episod Akhir Drama Isteri Bukan Untuk Disewa

Suffi (Halim Radzi) akhirnya membuat keputusan untuk menerima Lisa dalam hidupnya serta akan belajar mencintai Lisa. Noah Ryzal (Fattah Amin) berjumpa Sufi atas urusan kerja tapi mula salah faham dan yakin Sufi akan berkahwin dengan Nur (Tiz Zaqyah) tak lama lagi. Nur keliru dengan perasaannya pada Noah tapi abangnya menyakinkannya yang dirinya memang mencintai Noah dan menyuruh Nur untuk menelefon Noah. Namun Nur hampa dan sedih bila ada perempuan lain yang mengangkat telefon Noah. Nur mula yakin yang ibu Noah sudah ada calon isteri buat Noah. Tak lama kemudian Auntie Zaihan (Jasmin Hamid) datang merisik Nur untuk anak saudaranya, namun setelah Nur terpandang cincin zamrud yang merupakan cincin merisik itu sama seperti dalam mimpinya membuatkan Nur terus pengsan. Setelah berfikir masak - masak, Nur akhirnya menerima pinangan itu, walaupun hatinya masih menyayangi Noah.

Manakala mak Noah pula menyuruh Noah balik segera kerana mereka sekeluarga akan pergi berjumpa dan menyambut kepulangan bakal tunang Noah di airport. Noah mula keliru dan ragu - ragu dengan keputusannya tapi akhirnya dia redha. Tak lama kemudian Nur dan keluarganya tiba di airport dan Nur kemudiannya meminta diri untuk ke tandas. Manakala Noah dan keluarganya juga telah sampai di Airport dan Noah juga tiba - tiba ingin ke tandas. Tak lama kemudian Noah dan Nur terserempak dan mereka agak terkejut kerana boleh terserempak di Airport. Alang - alang dah terserempak dengan Noah, Nur ingin memulangkan semula cincin yang diberikan Noah padanya suatu masa dulu. Namun Noah suruh Nur simpan saja cincin itu, Noah cuba memujuk Nur dan bertanyakan banyak soalan pada Nur. Malah Nur juga turut menafikan dia akan berkahwin dengan Sufi.

Tak lama kemudian Auntie Zaihan yang merupakan Auntie pada Noah datang berjumpa dengan Noah dan Nur serta menerangkan pada Noah yang Nur ini adalah bakal tunangnya. Noah dan Nur terkejut dan tidak menyangka akan hal itu, mereka ketawa dan gembira dengan berita itu. Tak lama kemudian Noah dan Nur bertunang, majlis pertunangan mereka dijalankan serentak dengan majlis pertunangan abang Nur iaitu Adnan (Zul Helmy) dan tunangnya Irdina.

1 ulasan:



My Random Post