15 Okt 2022

Telefilem Bisikan Bella Di Slot Panggung RTM TV1



Telefilem Bisikan Bella TV1, Telemovie Bisikan Bella tv1, Slot Panggung RTM TV1, Telefilem Slot Panggung RTM TV1, Sinopsis Telefilem Bisikan Bella TV1, Telemovie Bisikan Bella Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Bisikan Bella, Nur Risteena Munim, Harris Alif, Aida Aris, Haleeda, Raja Azmi, Shyrim, Izzya Reen,

Telefilem Bisikan Bella akan disiarkan pada Sabtu ini, 15 Oktober 2022, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon telefilem Bisikan Bella ini adalah Nur Risteena Munim, Harris Alif, Aida Aris, Haleeda, Raja Azmi, Shyrim, Izzya Reen dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bisikan Bella ini diarahkan oleh Ejump Mohd dan diterbitkan oleh MIG Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jalan ceritanya nampak best, jadi jom tengok sinopsis telemovie Bisikan Bella di bawah ini okey..




Sinopsis 
Telefilem Bisikan Bella Lakonan Nur Risteena Munim dan Harris Alif Di Slot Panggung RTM TV1

Bella yang tidak disukai oleh ibu mentuanya, telah didera dengan pelbagai tugasan rumah malah turut dipukul tanpa pengetahuan suaminya, Shah. Bella mengadu pada keluarganya dan mereka telah mengajak agar Bella pulang ke rumah namun Bella enggan kerana dia sangat menyayangi Shah. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Bella terus bertahan?..


Read More

14 Okt 2022

Drama Adakah Engkau Menungguku Episod 1 Hingga 15 Di Slot Lestary TV3



Drama Adakah Engkau Menungguku, Drama Adakah Engkau Menungguku Slot Lestary TV3, Drama Slot Lestary TV3, Poster Drama Adakah Engkau Menungguku, Info dan Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku, Drama Adakah Engkau Menungguku Full Episode, Drama Adakah Engkau Menungguku Episod 1 Hingga 15, Pelakon - Pelakon Drama Adakah Engkau Menungguku, Wanna Ali, Adam Lee, Neera Azizi, Farhan Asri, Nabil Aqil, Syafitee, Wani Kayrie, Bella Astilah,

Drama Adakah Engkau Menungguku adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Cinta Buat Dara yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah bersiaran di slot Lestary TV3 sejak 29 September 2022 yang lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Adakah Engkau Menungguku ini adalah Wanna Ali, Adam Lee, Neera Azizi, Farhan Asri, Nabil Aqil, Syafitee, Wani Kayrie, Bella Astilah, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Enot, Fiza Thomas, Ameerul Asyraf, Elanie Aidid dan ramai lagi. Selain itu drama Adakah Engkau Menungguku ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Azmi Hatta serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus aku suka tengok Wanna Ali ni sebab dia comel sangat. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Adakah Engkau Menungguku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Adakah Engkau Menungguku

Wanna Ali sebagai Ariana
Adam Lee sebagai Ikmal Hanafi
Neera Azizi sebagai Lara Sofea
Farhan Asri sebagai Azman Malek
Nabil Aqil sebagai Reza
Syafi Tee sebagai Zain
Wani Kayrie sebagai Tina
Bella Astillah sebagai Maya
Sherry Ibrahim sebagai Maksu Aini
Wan Nor Azlin sebagai Datin Fauziah
Enot sebagai Mak Long
Elanie Aidid sebagai Suzie
Fiza Thomas sebagai Lisa




Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku Lakonan Adam Lee dan Wanna Ali - Slot Lestary TV3

Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian  Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.
Drama Adakah Engkau Menungguku, Drama Adakah Engkau Menungguku Slot Lestary TV3, Drama Slot Lestary TV3, Poster Drama Adakah Engkau Menungguku, Info dan Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku, Drama Adakah Engkau Menungguku Full Episode, Drama Adakah Engkau Menungguku Episod 1 Hingga 15, Pelakon - Pelakon Drama Adakah Engkau Menungguku, Wanna Ali, Adam Lee, Neera Azizi, Farhan Asri, Nabil Aqil, Syafitee, Wani Kayrie, Bella Astilah,
Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Lagu Tema / OST Drama Adakah Engkau Menungguku

👄👄 Sayang Kau Tercipa nyanyian Aziz Harun

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Read More

Drama Kisah Mr Cinderella (TV Okey)



Drama Kisah Mr Cinderella TV Okey, Sinopsis Drama Kisah Mr Cinderella TV Okey, Drama Kisah Mr Cinderella Full Episode TV Okey, Drama Kisah Mr Cinderella Episod 1 Hingga 13 TV Okey, Drama Kisah Mr Cinderella Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kisah Mr Cinderella TV Okey, Hafeez Mikail, Reen Rahim, Amyza Aznan, Kodi Rasheed, Jaa Suzuran, Ikmal Amry, Arash Mohd, Jesse Lim,

Drama Kisah Mr Cinderella ini dah pernah disiarkan pada tahun 2021 yang lalu dan kini diulang siar semula di TV Okey. Antara pelakon drama Kisah Mr Cinderella ini adalah Hafeez Mikail, Reen Rahim, Amyza Aznan, Kodi Rasheed, Jaa Suzuran, Ikmal Amry, Arash Mohd, Jesse Lim, Joyce Harn dan ramai lagi. Selain itu drama Kisah Mr Cinderella ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Rahila Ali serta diterbitkan oleh Elisa Vision Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Kisah Mr Cinderella Lakonan 
Hafeez Mikail dan Reen Rahim TV Okey

Mengisahkan cerita pemuda bernama Affan yang tinggal bersama ibu dan dua abang tirinya yang sering membuli dirinya. Namun Affan seorang yang penyabar dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Kerana patuh pada amanah bapanya, Affan sanggup melupakan impian untuk menyambung pengajian dalam bidang muzik. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 Hingga 40 Di Astro Prima

👉👉 Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)
Read More

12 Okt 2022

Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)



Drama Roti Cicah Susu, Drama Roti Cicah Susu Astro Ria, Poster Drama Roti Cicah Susu, Sinopsis Drama Roti Cicah Susu, Drama Roti Cicah Susu Full Episode, Drama Roti Cicah Susu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roti Cicah Susu, Haneesya Hanee, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Fad Anuar, Faradhiya, Fizz Fairuz, Jasper Supayah, Aida Aris, Drama Astro Ria 2022,

Drama Roti Cicah Susu ini sudah mula bersiaran di Astro Ria sejak 10 Oktober 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Bukan Pi Mai Pi Mai yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Roti Cicah Susu ini adalah Haneesya Hanee, Syazuwan Hassan, Fad Anuar, Farahdhiya, Dato Fizz Fairuz, Afifah Nasir, Sharifah Shahora, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Roti Cicah Susu karya Liza Nur. Selain itu drama Roti Cicah Susu ini diarahkan oleh Azman Hj Yahya dan Sheila Rusly serta diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Roti Cicah Susu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Roti Cicah Susu 

Haneesya Hanee sebagai Umaira
Syazuwan Hassan sebagai Emil
Fad Anuar sebagai Dr. Emran Mikhail
Farahdhiya sebagai Arissa
Fizz Fairuz sebagai Iskandar
Riezman Khuzaimi sebagai Dato Haidar
Afifah Nasir sebagai Hernani
Safwan Nazri sebagai Lutfi
Aida Aris sebagai Datuk Ratna
Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa
Jasper Supayah sebagai Maryam
Sharifah Fathimah Hawra sebagai Umaira 
Adrianna Qasmia sebagai Arissa




Sinopsis Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Mengisahkan empat orang anak yatim piatu yang dibesarkan di sebuah rumah kebajikan yang diberi nama Teratak Markissa iaitu Qaseh Umaira @Mai (Haneesya Hanee), Elmiyya @Elmy, Arissa @ Aris (Farahdhiya) dan Aiman @Ayim. Sebelum mereka dewasa, keempat-empat mereka terpisah apabila sesuatu berlaku di Teratak Markissa angkara Geng Tengkorak. Teratak Markissa musnah dan Rumah tersebut terpaksa ditutup. Qaseh Umaira terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim pula diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak. Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain? Selepas 15 tahun berlalu, mereka semua bertemu semula dan cuba untuk mencari jawapan. tentang apa yang berlaku dulu sehingga membuka banyak rahsia yang tak sepatutnya diketahui. 
Drama Roti Cicah Susu, Drama Roti Cicah Susu Astro Ria, Poster Drama Roti Cicah Susu, Sinopsis Drama Roti Cicah Susu, Drama Roti Cicah Susu Full Episode, Drama Roti Cicah Susu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roti Cicah Susu, Haneesya Hanee, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Fad Anuar, Faradhiya, Fizz Fairuz, Jasper Supayah, Aida Aris, Drama Astro Ria 2022,
Qaseh Umaira, seorang wartawan yang obses dengan isu berat khususnya Kes Kumpulan Tengkorak. Umaira turun ke tapak kes untuk mencari cerita namun setiap penulisannya tentang isu ini sering ditolak oleh editornya. Umaira tidak dapat melupakan pertemuan tidak sengajanya dengan Ayim. Hal ini menyebabkan dia mula terkenang dan rindu pada keluarga Teratak Markissa. Arissa dan Emran bergaduh mulut setelah terlibat dalam kemalangan. Umaira kini perlu menghadiri sebuah majlis elit dan akhirnya bertemu dengan Emil. Arissa hairan bagaimana gambar Ibu Markissa ada di dalam simpanan Datuk Ratna. Umaira memesan hidangan roti cicah susu di kedai makan menyebabkan Arissa yang berada di meja sebelah terkejut. Ibu Markissa memarahi Datuk Ratna yang tiba-tiba muncul setelah 15 tahun menghilang. Datuk Ratna ingin berjumpa dengan anaknya namun dihalang oleh Ibu Markissa.


Read More

Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022)



Filem Kan Cheong (2022), Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022), Movie Kan Cheong, Malay Movie Kan Cheong, Poster Filem Kan Cheong, Info dan Sinopsis Filem Kan Cheong, Kan Cheong Cast, Pelakon - Pelakon Filem Kan Cheong, Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi, Shima Anuar,

Filem Kan Cheong dah ditayangkan di Astro First saluran 480, sejak 11 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Kan Cheong ini adalah Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar. Selain itu movie Kan Cheong ini diarahkan oleh Noor Azlan Shah dan diterbitkan oleh Thinkerbell Studios. Agak unik tajuk filem ini kan, awalnya aku ingatkan Nora Danish ni berlakon filem Cina ke apa ke, sekali filem melayu laaa hehehe, pelakon utama filem Kan Cheong ini cuma 3 orang je iaitu Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi. Shima Anuar macam cameo dalam filem ni sebab watak dia sekejap saja muncul sebab wataknya nanti akan kena bunuh. Pastu ada sorang lagi pelakon yang muncul di hujung cerita tapi aku tak berapa kenal lah, mungkin pelakon baru kot. 

Kebiasaannya kalau genre filem tu thriller so haruslah best kan, jalan cerita filem Kan Cheong ni not bad gak, dari awal kita dok rasa curiga pada Aman dan Saiful ni, dok berteka - teki siapa dia antara mereka berdua ni yang jahat. Plus personaliti Aman ni nampak macam psiko gak suka mengusik dan gila - gila. Tapi dalam masa yang sama nampak macam baik pun ada juga. Apa pun nanti ada plot twist gitu, so jom tengok sinopsis filem Kan Cheong ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi (2022)

Mengisahkan tentang Ayu yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital. Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul. Ayu memberitahu bahawa tiada Nurul  dan Aman mungkin tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh. Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar. Apabila petir tiba- tiba berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar. 

Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari. Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri. Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati. Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh! Ayu pula segera lari bersembunyi. Siapakah Saiful dan mampukah Ayu menyelamatkan diri?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode Di Astro Prima

Read More

11 Okt 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Aku Tanpa Cintamu (TV3)



Finale Drama Aku Tanpa Cintamu TV3, Episod 15 Drama Aku Tanpa Cintamu, Ending Drama Aku Tanpa Cintamu TV3, Episod Akhir Drama Aku Tanpa Cintamu Slot Samarinda TV3, Drama Aku Tanpa Cintamu, Drama Aku Tanpa Cintamu Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Info dan Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu, Drama Aku Tanpa Cintamu Full Episode, Drama Aku Tanpa Cintamu Episod 1 Hingga 15, Drama Aku Tanpa Cintamu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu, Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian, Julia Farhana,

Diam tak diam dah sampai episod 15 drama Aku Tanpa Cintamu ni yang merupakan episod terakhir drama ini. Drama ini memang memberi impak juga sebab ramai penonton yang rasa marah, benci dan geram pada watak Adam lakonan Zamarul Hisham. Watak Nuha lakonan Bella Astillah pada awalnya agak annoying juga sebab degil nak kahwin walaupun masih muda, last - last dapat suami dan mak mertua yang ntah apa - apa. Tapi tulaa kesian juga dekat Nuha ni, kuat gak semangat dia sebab bertahan lama juga dalam perkahwinan toksik tu. Walaupun pada peringkat awal dia dah lari daripada rumah tapi lepas suaminya Adam pujuk, terus cair dan balik semula ke pangkuan Adam. 




Kemudian menyesal lagi sebab Adam tetap tak berubah, cuma kali kedua Nuha lari daripada rumah ni nampak dia betul - betul nekad nak berpisah dengan Adam, walaupun pada ketika itu Nuha tengah mengandung. Aku rasa tak lama lagi si Lydia tu pun akan lari juga dari Adam sebab tengok panas baran Adam yang tak terkawal tu. Apa pun lakonan Zamarul Hisham dan Bella Astillah memang terbaiklah. Episod 14 scene Adam nak paksa Nuha ikut dia balik tu memang gila, habis mak Nuha pun kena sekali. Apa pun tak sabar nak tengok episod akhir drama Aku Tanpa Cintamu nanti di tv3. Nanti aku update lagi tentang episod akhir dan ending drama ini nanti okey..


Read More

10 Okt 2022

Telefilem Luruh (TV2)



Telefilem Luruh TV2, Telemovie Luruh TV2, Poster Telefilem Luruh TV2, Info dan Sinopsis Telefilem Luruh TV2, Pelakon - Pelakon Telefilem Luruh TV2, Neera Azizi, Hasnul Rahmat, Sherrie Merlis, Edika Yusof, Amyza Aznan,


Telefilem Luruh akan disiarkan di slot Drama On 2 tv2 pada 11 Oktober 2022, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Luruh ini adalah Neera Azizi, Hasnul Rahmat, Sherie Merlis, Edika Yusof, Amyza Aznan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Luruh ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh D'ayu Pictures Sdn Bhd. Nampak macam menarik je telefilem ini kan, para pelakon pun best. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Luruh ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Luruh Lakonan Neera Azizi, Hasnul Rahmat dan Sherie Merlis Di Slot Drama On 2 (TV2)

Sofea kecewa kerana ibu bapanya sedang dalam perancangan untuk berpisah. Mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk menguruskan harta pusaka dan Sofea. Di kampung itu, Sofea berjumpa dengan pakcik Malek dan isterinya. Pertemuan itu, menganggu perasaan Faizal, bapa Sofea. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Faizal dari pengetahuan isterinya dan Sofea. Sofea rupanya adalah anak kandung kepada Malek dan Rabiah yang telah diserahkann oleh Malek kerana memerlukan wang demi menyelamatkan isterinya satu ketika dahulu. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

9 Okt 2022

Telefilem Sadaqallahul’azim (TV AlHijrah)



Telefilem Sadaqallahul’azim TV AlHijrah, Telemovie Sadaqallahul’azim TV AlHijrah, Sinopsis Telefilem Sadaqallahul’azim TV AlHijrah, Poster Telefilem Sadaqallahul’azim TV AlHijrah, Telefilem Sadaqallahul’azim TV AlHijrah Full Movie, Telemovie Sadaqallahul’azim Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Sadaqallahul’azim TV AlHijrah, Ungku Hariz, Husna Mustafa, Ana Dahlia,
Telefilem Sadaqallahul’azim Lakonan Ungku Hariz dan Husna Mustafa - TV AlHijrah

Telefilem Sadaqallahul’azim ini merupakan sebuah telefilem khas sempena Maulidur Rasul yang akan disiarkan di TV Alhijrah pada Ahad ini, 9 Oktober 2022, jam 9.00 malam. Antara pelakon telefilem Sadaqallahul’azim ini adalah Ungku Hariz, Husna Mustaffa, Anna Dahlia, Zaidi Omar, Razak Ahmad, Ezlynn Arifin dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sadaqallahul’azim ini diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli dan diterbitkan oleh World Evolution Brain. Nampak menarik kan telefilem ini, penuh pengajaran gitu, jadi jom tengok sinopsis telemovie Sadaqallahul’azim ini dibawah okey..




Sinopsis Telefilem Sadaqallahul’azim Lakonan Ungku Hariz dan Husna Mustafa - TV AlHijrah

Mengisahkan tentang Solihin, seorang peguam yang dikenali ramai kerana banyak terlibat dengan pembelaan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan tokoh-tokoh kenamaan. Namun jauh di sudut hati, Solihin sedar bahawa kemasyhuran dunia tidak memberikan apa- apa jaminan. Hatinya kosong serta berasa kerdil kerana dia tidak tahu membaca Al- Quran. Solihin berbelah bahagi antara populariti dan tuntutan agama. Dia malu untuk belajar mengaji kerana takut popularitinya terjejas. Perkenalan dengan Iffah membuatkan Solihin berazam untuk memperbaiki kelemahan diri yang tidak tahu mengaji. Adakah dia benar-benar ikhlas untuk berubah ataupun semata-mata hanya untuk memenangi hati Iffah?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV)

Read More

Sinopsis Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV)



Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV), Telemovie Mak Adib Pulang Awesome TV, Sinopsis Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV), Poster Telefilem Mak Adib Pulang, Telemovie Awesome TV, Poster Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV), Pelakon - Pelakon Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV),

Telefilem Mak Adib Pulang telah pun disiarkan pada tahun 2021 yang lalu di Awesome TV dan kini telefilem ini akan diulang siar semula pada Ahad ini, 9 Oktober 2022, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Mak.. Adip Pulang ini adalah Ummar Dzariff, Nadiya Nisaa, Maria Farida, Azri Iskandar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Mak Adib Pulang ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Mak Adib pulang di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV)

Mengisahkan Adib seorang anak yatim piatu, diambil oleh sebuah keluarga dan dijadikan anak angkat. Adib merasakan dia telah mengkhianati ibunya sehingga menyebabkan dia lari balik ke rumah ibu kandungnya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Mandi Mayat Lakonan Zul Ariffin (Astro Citra)

Read More

Telefilem Mandi Mayat Lakonan Zul Ariffin (Astro Citra)



Telefilem Mandi Mayat, Telemovie Mandi Mayat, Telefilem Mandi Mayat Astro Citra, Telemovie Astro Citra, Info dan Sinopsis Telefilem Mandi Mayat, Pelakon - Pelakon Telefilem Mandi Mayat, Telemovie Mandi Mayat Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Mandi Mayat,

Telefilem Mandi Mayat akan disiarkan pada 8 Oktober 2022, jam 10 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra. Antara pelakon telefilem Mandi Mayat ini adalah Zul Ariffin, Khatijah Tan, Syefikk, Che Nurul Ain Syahira, Khairul Annuar Hj Jantan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Mandi Mayat ini diarahkan oleh Azmir Affandi dan diterbitkan oleh Efficent Action Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, para pelakon pun best, jadi jom tengok sinopsis telemovie Mandi Mayat di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Mandi Mayat Lakonan Zul Ariffin dan Khatijah Tan (Astro Citra)

Syawal bekerja sebagai pengurus jenazah di rumah mayat Hospital. Dia yang baru sahaja bekerja mula mendapat mayat dari pelbagai latar dan sebab kematian mula mengalami pengalaman aneh apabila dia melanggar petua orang tua tentang pengurusan jenazah dari ibunya yang juga merupakan seorang pemandi jenazah sehinggalah dia akhirnya terkena badi mayat.


Read More

7 Okt 2022

Drama Tunggu Dulu Cinta Episod 1 Hingga 26 Di Slot Widuri TV1



Drama Tunggu Dulu Cinta, Drama Tunggu Dulu Cinta Slot Widuri TV1, Drama Slot Widuri TV1, Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta TV1, Tunggu Dulu Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tunggu Dulu Cinta, Hafreez Adam, Sarah Hildebrand, Hazman Alidrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Drama Tunggu Dulu Cinta Full Episode, Drama Tunggu Dulu Cinta Episod 1 Hingga 26, Ending Drama Tunggu Dulu Cinta,

Drama Tunggu Dulu Cinta telah mula bersiaran di slot Widuri TV1 sejak 14 September 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Tunggu Dulu Cinta ini adalah Hafreez Adam, Sarah Hildebrand, Hazman Al Idrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Kay Maria, Hannah Halim, Nasz Sally, Shasha Edora, Syafiq Aiman, Aryan Naim, Badrul Muhayat, Azman Jantan, dan Amar Asyraf. Drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Tunggu Dulu Cinta karya Ayu Emelda dan mempunyai 26 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn. Bhd. Drama ini juga merupakan drama terakhir lakonan Sarah Hildebrand sebelum dia bersara sebagai pelakon. Apa pun nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tunggu Dulu Cinta ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Tunggu Dulu Cinta

Hafreez Adam sebagai Kamal
Sarah Hildebrand sebagai Nur Aivy Sofea
Hazman Al idrus sebagai Khairy
Kay Maria sebagai Puan Aini 
Hannah Halim sebagai Siti
Nasz Sally sebagai Jinny
Shasha Edora sebagai Fifa
Syafiq Aiman sebagai Mika 
Aryan Naim sebagai Rayyan Ismail
Badrul Muhayat sebagai Ibrahim 
Azman Jantan sebagai ayah Din
Amar Asyraf sebagai Shark
Fifi Laura Olivia sebagai Yaya




Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta Lakonan Hafreez Adam dan 
Sarah Hildebrand - Slot Widuri TV1

Mengisahkan tentang Kamal dan Aivy yang dengan rela hati berkahwin walaupun antara keduanya tidak menjalinkan hubungan cinta. Mereka juga telah berjanji untuk bercinta selepas nikah dan berbahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun, Kamal tidak menunaikan janjinya kepada Aivy. Semuanya kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Jauh di sudut hati Kamal masih mengharapkan cinta daripada gadis itu. Sementara itu Aivy pula dalam diam sudah jatuh cinta kepada Kamal. Dia mula menyayangi suaminya itu meskipun Kamal tidak menyedarinya. Aivy tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya. Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya. Campur tangan dari ahli keluarga Kamal yang tidak menyebelahi dirinya menyebabkan Aivy mengambil keputusan untuk membawa diri ke kampung. Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah mereka kembali membina mahligai bahagia bersama?

Lagu Tema / OST Drama Tunggu Dulu Cinta

👄👄 Angau nyanyian Sam Suhaid

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Tiada Maaf Buatmu Lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson Episod 1 Hingga 24 Di Astro Ria

👉👉 Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Episod 1 Hingga 12 Di Astro Ria

Read More


My Random Post