24 Ogo 2019

Kontroversi Penceraian Pelakon Korea Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun




Ku Hye Sun, Ahn Jae Hyun, Pelakon, Pelakon Korea, Artis Korea, Ku Hye Sun and Ahn Jae Hyun Marriage, Ku Hye Sun and Ahn Jae Hyun Divorce, Kontroversi Penceraian Ku Hye Sun dan Ahn Jaa Hyun, Ku Hye Sun New Drama, Ahn Jae Hyun New Drama,

Lepas ramai yang terkejut dengan penceraian pelakon popular Song Jong Ki dan Song Hye Kyo, kini semua orang dikejutkan lagi dengan penceraian Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun pula. Tapi penceraian Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun lebih kontroversi dan sensasi kerana punca penceraian mereka dijelaskan dengan terperincinya oleh kedua - dua mereka sendiri. Memang panas sebab kedua - dua mereka tengah stress dan bergaduh dan turut mendedahkan punca penceraian mereka kepada umum. Bermula dengan pendedahan yang dibuat oleh Ku Hye Sun mengenai penceraian mereka, sebelum dibalas pula dengan pendedahan Ahn Jae Hyun dan kembali di balas balik oleh Ku Hye Sun. Mereka berdua mula bercinta lepas sama - sama terlibat dalam drama Blood (2015). Kemudian tak lama kemudian mereka terus membuat keputusan untuk berkahwin, ramai yang suka dengan pasangan ini sebab diorang nampak seperti pasangan yang romantik kiranya sweet couple gitu.




Jadi bila diorang nak bercerai memang semua pun terkejutlah kan, Ku Hye Sun sebelum ini terkenal dengan drama Boys Over Flowers, Angel Eyes tidak lagi berlakon lepas berkahwin, setelah dia menarik diri dalam drama 50 episod You Are Too Much (2017) disebabkan sakit. Ku Hye Sun hanya sempat berlakon dalam 6 episod saja sebelum menarik diri dan digantikan dengan pelakon lain dalam drama tersebut. 
Manakala Ahn Jae Hyun pula lepas berkahwin memang banyak berlakon drama seperti drama Cinderella with Four Knights, Reunited Worlds, The Beauty Inside dan yang terbaru People With Flaws yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Tapi tak tahulah kalau dia akan digantikan dengan pelakon lain disebabkan kontroversi penceraian ini. Apa pun hope Ku Hye Sun akan kembali berlakon nanti.
Ku Hye Sun, Ahn Jae Hyun, Pelakon, Pelakon Korea, Artis Korea, Ku Hye Sun and Ahn Jae Hyun Marriage, Ku Hye Sun and Ahn Jae Hyun Divorce, Kontroversi Penceraian Ku Hye Sun dan Ahn Jaa Hyun, Ku Hye Sun New Drama, Ahn Jae Hyun New Drama,
Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun masa tengah bahagia..

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

2 ulasan:

  1. tak kuat jodohnya...tapi kenapa ya mereka bercerai?

    BalasPadam
  2. antara hero fav ni.. sbb suka tgk dia dalam kang's kitchen

    BalasPadam



My Random Post