31 Mei 2016

Prophecy - Japanese Movie Review

Hari tu ada layannn Movie / Filem Jepun, actually aku sebenarnya lebih layann drama / movie Korea, tapi ntah camne sebab boring aku try layann cite Prophecy (Yokokuhan) ni. Movie ni release tahun 2015 dan dilakonkan oleh Toma Ikuta, Erika Toda, Ryohei Suzuki, Gaku Hamada dan ramai lagi. Aku memang kurang kenal sikit pelakon2 Jepun ni hehe tapi dulu2 ada tersuka dengan pelakon Mizobata Junpei lepas tengok Movie High School Live Action Debut, Tajuk tu macam salah sikit jer aku rase hehehe. Berbalik pada Movie Prophecy ni, aku tertarik nak tengok movie ni sebab jalan cerita die macam menarik n unik sikit. Mengisahkan tentang sekumpulan pemuda yang mengelarkan kumpulan mereka sebagai Shinbunshi mengupload video di Yourtube dengan memakai topeng yang diperbuat daripada surat khabar dan memberitahu / membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi, dimana mereka akan menghukum sesiapa yang berbuat jahat dalam masyarakat.
Tak silap aku diorang ni takdelah sampai membunuh cuma mencederakan jer hahaha. Ada beberapa perkara yang aku kurang faham dalam cite ni, dan ada gak beberapa perkara yang aku rasa tak logik dalam movie ni. Mungkin masa tengok movie ni aku tak berapa fokus tu sebab yang jadi tak faham tu hehehe. Tujuan diorang buat semua benda ni adalah untuk dapat perhatian demi menunaikan impian salah sorang sahabat mereka yang telah meninggal iaitu mencari ayahnya. Tapi cara diorang mencari perhatian tu memang sangat extreme lah. Sampai sanggup buat cubaan membunuh diri di akhir cerita, dan ending movie ni memang sedih bila Geitsu (ketua kumpulan Shinbunshi) mati. Geitsu ni awalnya bekerja sebagai pekerja pelatih di Syarikat IT tapi akhirnya diberhentikan dengan cara yang kejam sekali. Lepas dari itu Geitsu ni sukar nak cari kerja, semua tak nak ambik die kerja sampai die kena kerja kuli, iaitu buat kerja2 berat. Geitsu ni hensem orangnya tapi kenapa die tak gi mintak kerja jadi model ker kan mesti dapat hehehe. 
Di situ Geitsu berkenalan dengan ahli kumpulannya yang lain dan jadi kawan baik. Antara mereka, Geitsu soranglah yang paling bijak. Disitu juga majikan mereka melayan dengan teruk sehingga salah sorang dari mereka mati akibat sakit. Disebabkan geram dengan majikan mereka yang tidak berhati perut tu, diorang semua berpakat untuk membunuh majikan mereka dan seterusnya terbentuklah kumpulan mereka Shinbunshi. Aku tak faham gak kenapa Geitsu tak membalas dendam atau memberi pengajaran kepada majikan lamanya yang juga busuk hati tu, patutnya majikan lamanya dan seluruh pekerja disitu harus diberi pengajaran. Tapi niat sebenar Geitsu dan kawan2nya murni, diorang hanya nak benda simple jer, tapi terpaksa melakukan sesuatu yang ekstrem untuk dapat perhatian masyarakat. Agak meluat juga tengok sikap polis wanita yang bernama Erika tu, die nampak ego dan sombong. Tak leh blah bila die berlari-lari mengejar Geitsu namun bila Geitsu masuk dalam satu lorong / lubang yang didepannya ada air, boleh plak si Erika tu berhenti mengejar dan just menjerit jer untuk bercakap dgn Geitsu. Lepas tu Erika dah ada di balai polis dan Geitsu terlepas. Terpikir gak camnelah Geitsu tu boleh terlepas plak.

Masa part last tu baru nampak Erika sedih dan berasa kasihan pada Geitsu bila die dapat tahu motif sebenar kumpulan Geitsu ni. Tambahan lagi Geitsu sanggup mengorbankan nyawanya demi mencapai matlamat mereka. Malahan memberi peluang kepada kawan2 nya untuk memulakan kehidupan baru selepas kematiannya. Erika sedih bila Geitsu sanggup buat semua benda ni atas sebab2 yang tidak begitu penting. Apapun bagi aku, movie ni boleh tahan gak laa n aku bagi 6.5 Bintang dari 10 bintang untuk Filem Prophecy ni.

1 ulasan:

My Random Post