13 Feb 2022

Ending Drama Bunga Hati (Astro Ria)



Drama Bunga Hati, Drama Bunga Hati Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Info dan Sinopsis Drama Bunga Hati, Poster Drama Bunga Hati, Baca Online Novel Bunga Hati, Bunga Hati Cast, Drama Bunga Hati Full Episode, Sinopsis Penuh Drama Bunga Hati, Pelakon - Pelakon Drama Bunga Hati,

Drama Bunga Hati sudah mula bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria sejak 10 Januari 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Bunga Hati adalah karya Liza Ali dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Bunga Hati ini adalah Intan Najuwa, Redza Rosli, Erwin Dawson, Fify Azmi, Zulkifli Ismail, Lydiawati, Fazziq Muqris, Nafiez Zaidi, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Bunga Hati di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Intan Najuwa sebagai Dilaila
Redza Rosli sebagai Amer
Erwin Dawson sebagai Joshua
Fauziah Ahmad Daud sebagai Salimah
Zulkifli Ismail sebagai Razak
Lydiawati sebagai Noraini
Fazziq Muqris sebagai Farizan
Nafiez Zaidi sebagai Luqman
Fify Azmi sebagai Jessila
Halmey Hamdah sebagai sebagai Dato Sulaiman

Bazly Hanif sebagai Gaban




Sinopsis Drama Bunga Hati Lakonan Intan Najuwa, Redza Rosli dan Erwin Dawson - Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang kisah cinta 3 hati. Dilaila (Intan Najuwa) yang memendam rasa, Amer (Redza Rosli) yang menderita bipolar kerana cinta, Joshua (Erwin Dawson) yang tulus ikhlas dalam cinta. Manakala Salimah (Fauziah Ahmad Daud) yang berdendam dan membenci anaknya, Noraini (Lydiawati) yang penuh hasad durjana, Razak (Zulkifli Ismail) yang menyimpan rasa bersalah terhadap kisah silamnya, Luqman (Nafiez Zaidi) yang cacat tapi suci hatinya, Jessila ( sebagai Jessila) yang mengejar cinta Amer dengan seribu daya dan Farizan (Fazziq Muqris) yang penuh agenda. Cinta pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.
Drama Bunga Hati, Drama Bunga Hati Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Info dan Sinopsis Drama Bunga Hati, Poster Drama Bunga Hati, Baca Online Novel Bunga Hati, Bunga Hati Cast, Drama Bunga Hati Full Episode, Sinopsis Penuh Drama Bunga Hati, Pelakon - Pelakon Drama Bunga Hati, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Baru Redza Rosli,
Lagu Tema / OST Drama Bunga Hati

👄👄 Berakhirlah Pencarianku nyanyian Hafiz Suip dan Ernie Zakri

Baca Online Novel Bunga Hati Bab 1 Hingga Bab 10

Selain menonton versi drama di kaca TV, korang juga boleh membaca novel Bunga Hati secara online 👉 Disini..



👉👉 Drama Kau Cipta Kasih Lakonan Nazim Othman dan Uyaina Arshad (TV3)

3 ulasan:

  1. Interesting drama but am not interested.

    BalasPadam
  2. Masyaallah serius lama sangat dah tak layan drama melayu...Takdak TV

    BalasPadam
  3. Asyik dengar cerita Intan Najwa ni kena dukung ja.

    Apa kata Intan Najwa dukung teddy bear besar kami :P

    BalasPadam



My Random Post