4 Ogo 2022

Drama Dia Bukan Bidadari Episod 1 Hingga 26 Di Slot Widuri TV1



Drama Dia Bukan Bidadari TV1, Drama Slot Widuri TV1, Sinopsis Drama Dia Bukan Bidadari, Drama Dia Bukan Bidadari Full Episode, Drama Dia Bukan Bidadari Episod 1 Hingga 26, Dia Bukan Bidadari Cast, Pelakon - Pelakon Drama Dia Bukan Bidadari, Drama Baru Mona Allen, Drama Baru Keith Foo, Drama Baru Fadlan Hazim, Poster Drama Dia Bukan Bidadari, Drama Adaptasi Novel, Novel Dia Bukan Bidadari Karya Myra Ameer,

Drama Dia Bukan Bidadari adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 yang disiarkan bermula 1 Ogos 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Aku Yang Merinduimu yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Dia Bukan Bidadari ini adalah Mona Allen, Keith Foo, Fadlan Hazim, Silfeny Osman, Julia Farhana, Jasmin Hamid, Kartina Aziz, Aleza Shadan, Zulkifli Ismail, Aleeza Kasim, Rafe Sumantri , Fadilah Mansor , Dayang Areeda, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi. Drama ini merupakan drama adaptasi novel Dia Bukan Bidadari karya Myra Ameer. Selain itu drama Dia Bukan Bidadari ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta diterbitkan oleh A10 Alliance Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, barisan pelakon pun best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dia Bukan Bidadari ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon 

Mona Allen sebagai Nur Jannah Zahra
Keith Foo sebagai Fareez Azeem 
Fadlan Hazim sebagai Syed Azrai Mikael (Ray)
Silfeny Osman sebagai Zulaika
Julia Farhana sebagai Naina
Jasmin Hamid sebagai Puan Sri Syarifah Nora
Kartina Aziz sebagai Tok Zah
Aleza Shadan sebagai Datin Fuziah
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Jalal
Rafe Sumantri sebagai Pak Mad
Fadilah Mansor sebagai Mak Pah
Dayang Areeda sebagai Nadia
Ikhwan Khairudin sebagai Bob




Sinopsis Drama Dia Bukan Bidadari Lakonan Mona Allen, Keith Foo dan Fadlan Hazim - Slot Widuri TV1

Mengisahkan tentang Nur Jannah iaitu seorang gadis yang berasal dari kampung dan hidup susah pada awalnya. Di kampung dia hanya tinggal bersama abah dan emak tirinya sahaja.Disebabkan itu, dia bercita-cita untuk berkahwin dengan lelaki kaya supaya hidupnya selepas ini tidak lagi seperti dahulu. Selepas tamat pengajian, Nur Jannah berhijrah ke bandar dan berkawan dengan lelaki-lelaki kaya untuk dipilih menjadi suami. Akhirnya Nur Jannah jatuh hati kepada Syed Mikhael Azrai. Tetapi muncul pula seorang lelaki lain iaitu Fareez yang telah membuatkan hidup Nur Jannah jadi huru-hara dek kerana mulut Fareez yang dianggapnya puaka. Siapakah yang akhirnya dapat mengambil hati Nur Jannah untuk dijadikan seri dalam hidupnya?

Lagu Tema / OST Drama Dia Bukan Bidadari

👄👄 Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali

Drama Dia Bukan Bidadari TV1, Drama Slot Widuri TV1, Sinopsis Drama Dia Bukan Bidadari, Drama Dia Bukan Bidadari Full Episode, Drama Dia Bukan Bidadari Episod 1 Hingga 26, Dia Bukan Bidadari Cast, Pelakon - Pelakon Drama Dia Bukan Bidadari, Drama Baru Mona Allen, Drama Baru Keith Foo, Drama Baru Fadlan Hazim, Poster Drama Dia Bukan Bidadari, Drama Adaptasi Novel, Novel Dia Bukan Bidadari Karya Myra Ameer,

Baca Online Novel Dia Bukan Bidadari Bab 1 Hingga Bab 15

Selain menonton versi dramanya di TV, korang juga boleh baca novel ini secara online dari bab 1 hingga bab 15 di wattpad

Tonton Drama Dia Bukan Bidadari Full Episode

Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV, korang boleh menonton drama ini portal RTMKlik - https://rtmklik.rtm.gov.my/

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Thai My Ambulance Kini Disiarkan Di TV9


💓💓 Review Drama Korea Voice 4

1 ulasan:



My Random Post