19 Nov 2022

Parti Gabungan PRU - 15 dan Pengalaman Mengundi



parti malaysia, parti - parti pru-15, pilihanraya umum ke -15, pru-15, perikatan nasional, barisan nasional, pakatan harapan, anwar ibrahim, muhyiddin yassin, ismail sabri, tun mahathir mohamad, general election, malaysia general election 15, ge15, hari mengundi, parti gabungan pru-15,
Parti Gabungan Pilihanraya Umum Ke - 15 (PRU - 15)

19 November 2022 adalah tarikh keramat untuk rakyat Malaysia membuat pilihan dan keluar mengundi untuk Pilihanraya Umum ke 15 / PRU - 15. Malam nanti kita akan tahu parti mana yang menang dan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Kalau di tempat aku di Pulau Pinang ni hanya ada 3 parti untuk dipilih iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Siapa pilihan aku mestilah rahsia hahaha. Adakah Anwar Ibrahim akan mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru, atau pun Ismail Sabri mengekalkan gelaran Prime Minister Malaysia tu atau pun Muhyiddin Yassin merampas kembali gelaran tersebut. Mahu pun Tun Mahathir kembali jadi PM yang kesekian kalinya. Apa pun keputusannya semuanya di tangan rakyat Malaysia.




Esok pastinya ramai yang akan pergi mengundi, kena beratur panjang, pastikan bawa apa yang patut contohnya payung, botol air, sedikit makanan seperti biskut jika perlu. Ada juga yang mahu membawa kipas kecil mahu pun kerusi lipat hehe. Aku harapkan esok semua urusan kita dipermudahkan ye, amin...

General Election 15 / GE15
Malaysia General Election 15
PRU15
Pilihanraya Umum Ke -15 

Selamat Mengundi buat semua rakyat Malaysia
Buat pilihan bijak okey..

Update Pengalaman Pergi Mengundi !!

19 Nov 2022 - Ikutkan nak keluar awal untuk pergi mengundi, tapi boleh pula pagi - pagi tu aku diserang gastrik, sakit perut sangat. Aku dah panik, makan pun tak lalu, pastu rasa nak muntah, cirit - birit. Pagi tu keluar juga beli nasi bungkus, tapi last2 tak makan pun. Aku tak ingat aku makan apa, tapi time tengahari hingga ke petang memang baring saja. Rasa tak larat nak keluar pi mengundi, tapi kalau tak pi mengundi, rasa rugi pula, jadi aku gagahkan diri, makan ubat tahan muntah n then rasa lega sikit, tak rasa loya atau mual dah. Jadi aku pun pergi laa mengundi di sebuah sekolah terdekat. Aku pergi mengundi dalam pukul 3.30 petang macam tu. Keluar petang pergi mengundi memang agak selesa sebab tak ramai orang tapi stil sesak gak laa jalan, kereta banyak. Balik mengundi singgah kedai makan berdekatan then beli nasi goreng ikan masin, rm 7 jugalah harganya. Tapi Alhamdulilah memang terbuka selera, aku berjaya habiskan nasi goreng tu n then tidoooooo


Read More

18 Nov 2022

Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3



Drama Kampung People 3, Drama Kampung People 3 Slot Lestary TV3, Sinopsis Drama Kampung People 3 TV3, Kampung People 3 Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kampung People 3, Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Drama Kampung People 3 Full Episode, Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13, Ending Drama Kampung People 3, Ost Drama Kampung People 3,

Drama Kampung People 3 sudah mula disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 18 November 2022, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini masih mengekalkan pelakon asal drama ini, namun dikhabarkan Hun Haqeem yang memegang watak Jaafar tiada dalam drama Kampung People Musim Ketiga ini sebaliknya akan digantikan dengan pelakon lain. Tak syok gak bila Hun Haqeem tak ada dalam season 3 ni kan, apa pun kita tunggu dan lihat sajalah kan. Antara pelakon drama Kampung People 3 ini adalah Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Shahril Sarjan, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazeri Md Isa, Haidar Hasanudin, Hafdzi Sofi, Fadlan Hazim, Sharifah Sakinan, Kismah Johar, Aniq Suhair dan ramai lagi. Selain itu drama Kampung People 3 ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Shahril Sarjan, manakala Amirul Fadhli dan Rashidi Ishak turut menjadi pengarah bersama. Apa pun nampak menarik kan drama ini, aku dah tengok drama Kampung People dari season 1 lagi. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Kampung People 3 ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Kampung People 3

  • Elly Mazlein sebagai Mona
  • Rashidi Ishak sebagai Rafiz
  • Riena Diana sebagai Laila
  • Kamarul Eqifshah sebagai Yummy/Imran
  • Shahril Sarjan sebagai Badrul Bisu
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Sharifah Sakinah sebagai Ejen Shukrinah
  • Kismah Johar sebagai Madamme Mah
  • Aniq Suhair sebagai Darwish




Sinopsis Drama Kampung People 3 Slot Lestary TV3

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar. Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. 

Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula. Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Lagu Tema / OST Drama Kampung People 3 

Hari Baru nyanyian Pasha 


Read More

Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima



Drama Jesnita, Drama Astro Prima, Drama Jesnita Slot Tiara Astro Prima, Jesnita Cast, Poster Drama Jesnita, Info dan Sinopsis Drama Jesnita, Drama Jesnita Full Episode, Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40, Ending Drama Jesnita, Pelakon - Pelakon Drama Jesnita, Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Fathia Latiff, Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Lydiawati, Ani Maiyuni,

Drama Jesnita adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang mula disiarkan pada 7 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Takdir Cinta Dhia lakonan Aaron Aziz, Elvina Mohamad dan Shahz Jaszle yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Jesnita ini adalah Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz dan Fikry Ibrahim, Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan, Fathia Latiff, Ani Maiyuni, Nina Smith, Fiza Thomas dan ramai lagi. Selain itu drama Jesnita ini mempunyai 40 episod dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, ramai pelakon hebat membintangi drama ini, jalan cerita pun nampak best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jesnita ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Jesnita

Intan Najuwa sebagai Jesnita
Yusuf Bahrin sebagai Rafael
Malek Mccrone sebagai Zaid
Fikry Ibrahim sebagai Zainal
Nasha Aziz sebagai Syafinaz
Nina Smith sebagai Dayana
Hafidz Roshdi sebagai Aidil
Rozita Che Wan sebagai Rosemila
Zachery Franz sebagai Fauzi
Aqil Taqee sebagai Iskandar
Fatiya Latiff sebagai Aurora
Ezaidi Aziz sebagai Salaam
Ani Maiyuni sebagai Seri
Putri Dellyna sebagai Bella
Lydia Saimon sebagai Hayati
Fendi Seman sebagai Pak Din
Mak Jah sebagai Mak Yam
Natasha Azizan sebagai Aina
Fiza Thomas sebagai Electra Marcos




Sinopsis Drama Jesnita Lakonan Intan Najuwa, Yusuf Bahrin dan Nasha Aziz Di Slot Tiara Astro Prima 

Mengisahkan tentang Jenista yang merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status yang sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid. Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid. Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita termasuk isteri pertama Rafael, Dayana. Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati. 

Lagu Tema / OST Drama Jesnita

👄👄 Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian Amir Masdi

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati

Read More

17 Nov 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati



Episod Akhir Drama Suri Hati, Ending Drama Suri Hati, Sinopsis Episod Akhir Drama Suri Hati , Drama Slot Samarinda TV3, Suri Hat Cast,

Berakhir sudah drama 20 episod yang bertajuk Suri Hati, selepas ini drama Rindu Kasih lakonan Ummi Nazeera, Amyza Aznan dan Izzue Islam akan menggantikan drama ini. Drama Suri Hati ini mengisahkan tentang suka duka 4 sahabat dalam menghadapi cabaran hidup. Episod akhir drama Suri Hati ini bermula dengan Suraya lakonan Adriana Adnan yang telah mengetahui perkahwinan rahsia suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad) dengan kawan baiknya sendiri iaitu Laila (Nadia Brian). Manakala Sarah (Puteri Sarah Liyana) pula dah tawar hati nak meneruskan perkahwinannya dengan Hakim (Ikhwan Khairudin), selepas perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibu Hakim. Atikah (Melanie Tan) pula masih ragu - ragu dengan perkahwinannya dengan Azlan (Malek Mccrone) , lebih teruk lagi bila bekas kekasihnya kembali menagih cintanya. 




Irma 
(Shakilla Khoriri) gagal memujuk Hakim untuk rujuk semula, lalu membuat satu rancangan jahat untuk perangkap Sarah namun rancangannya gagal apabila telah diketahui oleh Hakim, Suraya dan Atikah. Lebih memeranjatkan bila Laila turut terlibat sama dalam rancangan Irma itu. Laila mengugut akan mencederakan Sarah jika ada sesiapa yang datang dekat. Laila turut menceritakan tentang penderitaannya selama ini yang dirahsiakan pada kawan - kawannya itu. Apa pun aku ingatkan bila Laila dah kemalangan semua, dia akan insaf tapi hampeh tetap jadi diri dia jugak yang benci melihat kebahagiaan kawan - kawannya tu. Laila tu kalau boleh nak tengok semua kawan dia menderita dan hidup lonely macam dirinya. Ending drama Suri Hati ini menyaksikan semua kawan - kawan Laila ada kebahagiaan masing - masing dan Laila tetap jadi dirinya yang masih meratapi nasib malangnya itu.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Isa & Bella (Awesome TV)

Read More

13 Nov 2022

Telefilem Isa & Bella (Awesome TV)



Telefilem Isa & Bella Awesome TV, Telemovie Isa & Bella Awesome TV, Sinopsis Telefilem Isa & Bella Awesome TV, Poster Telefilem Isa & Bella Awesome TV, Telefilem Isa & Bella Full Movie, Telemovie Awesome TV, Telefilem Isa & Bella Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Isa & Bella Awesome TV, Nadiyah Shahab, Nur Risteena Munim, Hafiz Mikael, Amyza Aznan, Maria Farida, Badrul Muhayat, Syuhaida Abraz, Mahmud Alibashah,
Telefilem Isa & Bella Awesome Lakonan Risteena Munim dan Nadiyah Shahab Di Awesome TV

Telefilem Isa & Bella ini akan diulang siar semula di Awesome TV pada 13 November 2022 ini, jam 9.30 malam. Telefilem ini sudah pernah disiarkan pada bulan September 2020. Antara pelakon telefilem Isa & Bella ini adalah Nadiyah Shahab, Nur Risteena Munim, Hafiz Mikael, Amyza Aznan, Maria Farida, Badrul Muhayat, Syuhaida Abraz, Mahmud Alibashah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Isa & Bella ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Isa & Bella ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Isa & Bella Lakonan Risteena Munim dan Nadiyah Shahab Di Awesome TV

Mengisahkan tentang dua sahabat yang dilahirkan pada hari yang sama iaitu pada tanggal 16 September 1994 dan di hospital yang sama. Mereka membesar bagaikan sepasang kembar namun yang membezakan hanyalah latar belakang kehidupan mereka. Situasi menjadi rumit apabila Isa dan Bella ingin bernikah pada hari yang sama tetapi Tok Kadi serta lokasi hanya terhad untuk satu slot sahaja. Di sinilah timbul pelbagai konflik serta aksi lucu dari mereka kerana keengganan mereka untuk mengalah sehingga nilai persahabatan yang dipupuk sejak kecil menjadi taruhan.


👉👉 Telefilem Gambus Rindu (TV1)
Read More

12 Nov 2022

Telefilem Obses Lakonan Hun Haqeem (Astro Citra)



Telefilem Obses Astro Citra, Telemovie Obses Astro Citra, Sinopsis Telefilem Obses Astro Citra, Poster Telefilem Obses Astro Citra, Obses Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Obses Astro Citra, Hun Haqeem, Adriana Adnan, Hariz Hamdan, Telefilem Obses Astro Citra Full Movie, Hun Haqeem Telemovie, Telemovie Astro Citra,

Telefilem Obses akan disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada Sabtu ini, 12 November 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Obses ini adalah Hun Haqeem, Adriana Adnan, Hariz Hamdan, Irsyadi, Razman Mahayuddin, Maya Jaafar dan ramai lagi. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Wah nampak macam best je kan telefilem ini, para pelakon pun mantap, jadi jom tengok sinopsis telemovie Obses ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey..




Sinopsis Telefilem Obses Lakonan Hun Haqeem  dan Adriana Adnan Di Astro Citra

Seorang gadis menjadi obsesi beberapa lelaki berlatar belakang misteri. Salah seorang daripada mereka mungkin terlalu taksub dengannya sehingga sanggup membunuh orang lain hanya untuk mendapatkannya. Lokman yang terlalu obses untuk mendapatkan cinta Mira sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan perhatian Mira. Namun kehadiran Firash dan Ehsan menguji jiwa Lokman. Yusof yang selama ini membuli Lokman dan selalu mesra dengan Mira ditemui meninggal. Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa di sebalik semua kejadian ini? 


Read More

Telefilem Gambus Rindu (TV1)



Telefilem Gambus Rindu, Telemovie Gambus Rindu TV1, Sinopsis Telefilem Gambus Rindu TV1, Gambus Rindu Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Gambus Rindu TV1, Telemovie TV1, Rusdi Ramli, Dayang Areeda, Haleeda, Firdaus Ghufran,

Telefilem Gambus Rindu akan disiarkan di slot Panggung RTM TV1 pada hari Sabtu, 12 November 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Gambus Rindu ini adalah Rusdi Ramli, Dayang Areeda, Haleeda, Firdaus Ghufran dan ramai lagi. Selain itu telemovie Gambus Rindu ini diarahkan oleh Asri Tajudin dan diterbitkan oleh Creative Creed Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, para pelakon pun hebat - hebat belaka, jadi jom tengok sinopsis telemovie Gambus Rindu di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Gambus Rindu Lakonan Rusdi Ramli, Dayang Areeda dan Haleeda Di TV1

Mengisahkan Mustakim yang tidak lagi bermain gambus sejak kematian isteri dan anaknya akibat kemalangan. Atikah bersama kawannya datang bertemu dengan Mustakim untuk menghasilkan dokumentari tentang budaya dan warisan alat gambus. Ibu Atikah, Rashidah turut menemani anaknya belajar. Dalam diam Mustakim menyukai Rashidah. Atikah yang mula sukakan Mustakim kecewa dan melarikan diri bila tahu lelaki yang dicintainya itu telah memilih ibunya. Apa yang berlaku seterusnya?..
Telefilem Gambus Rindu, Telemovie Gambus Rindu TV1, Sinopsis Telefilem Gambus Rindu TV1, Gambus Rindu Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Gambus Rindu TV1, Telemovie TV1, Rusdi Ramli, Dayang Areeda, Haleeda, Firdaus Ghufran,

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Telefilem Hantu Viral (TV2)

👉👉 Telefilem Kasih Dari Syurga (TV2)
Read More

8 Nov 2022

Telefilem Hantu Viral (TV2)



Telefilem Hantu Viral, Telemovie Hantu Viral TV2, Poster Telefilem Hantu Viral, Info dan Sinopsis Telefilem Hantu Viral TV2, Hantu Viral Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Hantu Viral, Arja Lee, Ebby Yus, Eika Zulkifli, Sathiya, Ruby Ooi, Ghani Ahmad, Caca Raja Lawak, Telefilem Hantu Viral Full Movie,

Telefilem Hantu Viral sudah pernah disiarkan pada 10 Januari 2022 yang lalu dan kini ianya akan diulang siar semula di TV2 pada 8 November 2022 ini, jam 9.05 malam. Antara pelakon telefilem Hantu Viral ini adalah Ebby Yus, Arja Lee, Eika Zulkifli, Sathiya, Ruby Ooi, Ghani Ahmad, Caca Raja Lawak dan ramai lagi. Selain itu telemovie Hantu Viral ini diarahkan oleh M. Suurya dan diterbitkan oleh Cineorama Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Hantu Viral ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Hantu Viral Di TV2

Mengisahkan Aziz, seorang amatur Youtube yang ingin menjana pendapatan dengan menghasilkan video Youtube dan dia memilih untuk tinggal di sebuah rumah lama. Di situ pelbagai kisah suka duka dan gangguan yang dialami oleh Aziz. Aziz juga memberi idea kepada ketua kampung agar penduduk kampung berkongsi kisah menarik atau perniagaan mereka di media sosial bagi menjana pendapatan mereka pula. 

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Telefilem Kasih Dari Syurga (TV2)

Read More

Telefilem Kasih Dari Syurga (TV2)



Telefilem Kasih Dari Syurga, Telemovie Kasih Dari Syurga TV2, Poster Telefilem Kasih Dari Syurga, Info dan Sinopsis Telefilem Kasih Dari Syurga, Kasih Dari Syurga Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Kasih Dari Syurga, Telefilem Kasih Dari Syurga Full Movie, Zarina Zainuddin, Raja Azmi, Haeriyanto Hassan Muhammad Raizal Azrai, Meor Mohd, Mili Supina, Jasmid Hamid,

Telefilem Kasih Dari Syurga telah pun disiarkan di slot Drama On 2 TV2 pada 7 November 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Kasih Dari Syurga ini adalah Zarina Zainuddin, Raja Azmi, Haeriyanto Hassan Muhammad Raizal Azrai, Meor Mohd, Mili Supina, Jasmid Hamid dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kasih Dari Syurga ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Ritma Perintis Sdn. Bhd dengan nukilan skrip daripada Mami Zubi. Wah nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Kasih Dari Syurga di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Kasih Dari Syurga (TV2)

Mengisahkan tentang Suhaira yang terkejut apabila doktor mengesahkan anaknya menghidap autisme pada umur lima tahun. Walaupun begitu, dia tidak kecewa kerana dia percaya itu juga rezeki dan dugaan dari Allah. Baginya dikurniakan anak autisme kerana dia terpilih dan Allah sayangkannya. Namun sebaliknya dengan suaminya tidak dapat menerimanya lalu menceraikan Suhaira. Muncul seorang lelaki yang ikhlas mahu membantunya sama-sama membesarkan anaknya itu. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Suhaira menerima jodoh tersebut?

Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Episod Akhir dan Ending Drama Takdir Cinta Dhia

👉👉 Drama Sentuhan Najwa Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3

Read More

Episod Akhir dan Ending Drama Takdir Cinta Dhia



Drama Takdir Cinta Dhia, Drama Slot Tiara Astro Prima, Episod Akhir Drama Takdir Cinta Dhia, Episod 40 Drama Takdir Cinta Dhia, Sinopsis Episod Akhir Drama Takdir Cinta Dhia, Ending Drama Takdir Cinta Dhia, Finale Drama Takdir Cinta Dhia, Takdir Cinta Dhia Cast, Elvina, Shahz Jaszle, Aaron Aziz, Nada Nur Syuhada, Nazrief Nazri, Khalida Balqis,

Berakhir sudah drama 40 episod Takdir Cinta Dhia ini, selepas ini drama ini akan digantikan dengan Drama Jesnita lakonan Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Fikry Ibrahim, Nasha Aziz dan ramai lagi. Berbalik pada drama ini, Dhia lakonan Elvina akhirnya mengetahui kebenaran mengenai Fayyad lakonan Aaron Aziz dan benarlah seperti yang dia jangka bahawa Fayyad terlibat dalam kematian ayahnya dan ayah Huzair (Shahz Jaszle). Namun Fayyad menjelaskan yang dirinya tak berniat untuk membunuh ayah Dhia, sebaliknya ianya tidak disengajakan. Dhia pada awalnya berasa simpati pada Fayyad dan menghormatinya namun setelah mengetahui kebenaran, Dhia mmenjadi marah dan tidak mahu terlibat lagi dengan hal keluarga Fayyad. 




Walaupun begitu Dhia tidak sampai hati untuk melaporkan Fayyad pada polis kerana tahu hal ini semuanya berpunca dari ayahnya dan ayah Huzair juga. Dia juga simpati pada adik - adik Fayyad iaitu Nadia dan Tasha yang bergantung pada Fayyad. Dhia bertindak ingin menyembunyikan bukti namun Huzair berjaya menghalang Dhia dan akhirnya Fayyad ditangkap polis. Dhia berasa marah dengan tindakan Huzair dan membuatkan hubungan cinta mereka bermasalah. Keesokan harinya Dhia datang mencari Huzair namun kawan - kawan Huzair mengatakan Huzair dah pergi ke Airport. Dhia panik menyangkakan Huzair akan meninggalkan dirinya dan bergegas ke Airport untuk mencari Huzair. Apa pun ending drama Takdir Cinta Dhia ini mestilah happy ending kan. Okey tu serba sedikit sinopsis episod akhir drama Takdir Cinta Dhia.

Drama Takdir Cinta Dhia, Drama Slot Tiara Astro Prima, Episod Akhir Drama Takdir Cinta Dhia, Episod 40 Drama Takdir Cinta Dhia, Sinopsis Episod Akhir Drama Takdir Cinta Dhia, Ending Drama Takdir Cinta Dhia, Finale Drama Takdir Cinta Dhia, Takdir Cinta Dhia Cast, Elvina, Shahz Jaszle, Aaron Aziz, Nada Nur Syuhada, Nazrief Nazri, Khalida Balqis,
Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Drama Sentuhan Najwa Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3

Read More

1 Nov 2022

Info dan Sinopsis Filem Halimun (Astro First)



Filem Halimun, Movie Halimun, Filem Halimun Astro First, Sinopsis Filem Halimun, Halimun Cast, Pelakon - Pelakon Filem Halimun, Poster Filem Halimun, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim, Puteri Balqis Azizi, Hafidzuddin Fazil, Lim Mei Fen, OST Filem Halimun,

Filem Halimun bakal menemui penonton di Astro First bermula 5 November 2022 ini. Filem bergenre seram ini dilakonkan oleh Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim, Puteri Balqis Azizi, Hafidzuddin Fazil, Lim Mei Fen dan ramai lagi. Selain itu filem Halimun ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan diterbitkan oleh Azura Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem Halimun ini, para pelakon pun mantap - mantap belaka gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam dalam filem Halimun dibawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem Halimun

Beto Kusyairy sebagai Zahir
Nabila Huda sebagai Laila
Kodi Rasheed sebagai Adi
Chubb-E sebagai Ashif




Sinopsis Filem Halimun Lakonan Beto Kusyairy dan Nabila Huda

Zahir bertemu dengan Laila ketika sebuah insiden yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi iaitu seorang penyelesai masalah paranormal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka. Apa sebenarnya yang berlaku?..

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Telefilem Nyang Lakonan Emma Maembong (Astro Citra)

Read More


My Random Post