23 Feb 2022

Sinopsis Drama Tetuan Ang & Rahimin (Astro Ria)



Drama Tetuan Ang & Rahimin, Drama Tetuan Ang & Rahimin Astro Ria, Sinopsis Drama Tetuan Ang & Rahimin, Poster Drama Tetuan Ang & Rahimin, Pelakon - Pelakon Drama Tetuan Ang & Rahimin, Rashidi Ishak, Daiyan Trisha, Ben Amir, Drama Baru Ben Amir, Drama Baru Daiyan Trisha,

Drama Tetuan Ang & Rahimin sudah mula bersiaran di Astro Ria bermula 14 Februari 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama 4 Abdul 1 Mohd yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Tetuan Ang & Rahimin ini adalah Rashidi Ishak, Daiyan Trisha, Ben Amir, Anita Baharom, Ellyas Abdullah, Shahril Sarjen, Nurkamelia Mustaffa, Shukri Tahir, Razali Hussain, Syed Nahar, Henzi Andaalas, Lash Mokhtar, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi. Selain itu drama drama Tetuan Ang & Rahimin ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Wan Alauddin dan Wan Hasliza serta diterbitkan oleh Kl Motion Picture Sdn Bhd.

Daiyan Trisha sebagai Budi
Ben Amir sebagai Rahimin
Rashidi Ishak sebagai Azlan Ang
Anita Baharom sebagai Salmah
Ellyas Abdullah sebagai Shaukie
Shahril Sarjen sebagai Maiman
Razali Hussain sebagai TPR Ehsan 
Syed Nahar sebagai Dato Jalil
Henzi Andaalas sebagai Haris Pi 
Lash Mokhtar sebagai Harun
Iman Corinne Adrienne sebagai Cik Kalsom  
Haeriyanto Hassan sebagai Razali
Nurkamelia Mustaffa sebagai Karina
Hydar Hasanudin sebagai Asyraff




Sinopsis Drama Tetuan Ang & Rahimin Lakonan Daiyan Trisha, Ben Amir dan Rashidi Ishak (Astro Ria)

Sebuah firma guaman hampir mengalami kerugian apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya. Mengisahkan tentang Tetuan Ang & Rahimin sebuah firma guaman yang dimiliki Ang (Rashidi Ishak) dan Rahimin (Ben Amir). Budi (Daiyan Trisha) merupakan penguam junior yang baru memulakan tugas sudah tertekan dengan situasi di firma tersebut. Hal ini kerana, Karina (Nurkamelia) yang merupakan penguam cemerlang di situ telah berpindah ke firma lain. Rahimin pula mengambil kes yang mudah kerana tidak mahu mengalami proses mahkamah yang panjang. 

Manakala Ang pula menolak sebarang kes yang memerlukan dia masuk mahkamah kerana trauma dengan satu kes lampau.Ketiadaan Karina memberi kesan kepada firma mereka sehingga suatu hari, Rahimin mendapat tawaran daripada Shaukie (Wan Ellyas) untuk bekerja secara eksklusif dengannya dan bayaran yang akan diterima sangat lumayan. Rahimin mahu menerima tawaran tersebut kerana dapat membantu kewangan firma mereka yang mempunyai masalah walaupun Ang tidak bersetuju kerana latar belakang Shaukie sebagai ketua samseng yang akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Apa yang berlaku seterusnya?..



2 ulasan:



My Random Post