25 Mac 2021

Drama Resort Kasih Bunga Raya (TV1)



Drama Resort Kasih Bunga Raya (TV1), Drama TV1, Sinopsis Drama Resort Kasih Bunga Raya (TV1), Pelakon Drama Resort Kasih Bunga Raya,

Drama Resort Kasih Bunga Raya telah pun mula bersiaran pada 12 Mac yang lalu di TV1 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.30 malam di slot Sitrus. Drama Sitkom Resort Kasih Bunga Raya ini mempunyai 13 episod dan idea asal drama ini adalah daripada Sabri Yunus. Antara pelakon drama Resort Kasih Bunga Raya ini adalah  Roy Azman, Mustaqim Bahadon, Tash Yong, Thiyagaraja Marimuthu, Derek Yifan, Rahim Omar, Melanie Tan, C.Vasantihakumaran, Aman Nassim, Nazia Mustafar, Tony Eusoff, Monica Picca, Rosli Rahman Adam, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nor Liza Ismail dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production & Knack Knack Studios. Apa pun nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Resort Kasih Bunga Raya ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Roy Azman sebaagai Hasbullah
Mustaqim Bahadon sebagai Ali
Tash Yong sebagai Suraya
Thiyagaraja Marimuthu sebagai  Santi
Derek Yifan sebagai Teong
Rahim Omar sebagai Haji Ma'sud
Melanie Tan sebagai Swee Lan
C.Vasanthakumaran sebagai Maaniam
Aman Nassim sebagai Kudin
Nazia Mustafar sebagai Arissa
Rosli Rahman Adam sebagai Mustafa




Sinopsis Drama Resort Kasih Bunga Raya 

Mengisahkan kisah suka duka kehidupan sebagai pekerja resort yang muhibbah. Ali, Santi dan Teong telah berjaya melepasi temuduga dan mula berkhidmat di Resort Kasih Bunga Raya. Namun kehadiran seorang tetamu yang cerewet telah menduga mereka!. Apa yang berlaku seterusnya?.. saksikan telatah dan ragam mereka semua dalam drama ini.

Tonton Online Drama Resort Kasih Bunga Raya
Drama ini boleh ditonton secara online di portal My Klik RTM -> https://myklik.rtm.gov.my/search?s=resort%20kasih%20bunga%20raya

Read More

23 Mac 2021

Telefilem My Future Husband Lakonan Mira Filzah dan Sean Lee



Telefilem My Future Husband, Telemovie My Future Husband, Telefilem My Future Husband Lakonan Mira Filzah dan Sean Lee, Info dan Sinopsis Telefilem My Future Husband Lakonan Mira Filzah dan Sean Lee,

Telefilem My Future Husband telah pun disiarkan di Astro Citra pada hari Sabtu yang lalu, iaitu pada 20 March 2021 yang lalu. Antara pelakon telefilem My Future Husband ini adalah Mira Filzah, Sean Lee, Amy Mastura, Malek Mccrone, Rozita Che Wan, Nelissa Nizam dan ramai lagi. Mira Filzah dan Sean Lee dah pernah berlakon sekali dalam drama popular Sweet Dreams. Apa pun best gak gandingan diorang berdua ni, nampak cute je. Selain itu telemovie My Future Husband ini diarahkan oleh Faizal Nadxaman dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Memang bets layan telefilem ni, comel, unik dan ala - ala time travel gitu. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem My Future Husband Lakonan Mira Filzah dan Sean Lee 
(Astro Citra)

Emily (Mira Filzah) sudah bercinta dengan Noh selama 7 tahun tapi tak pernah direstui oleh ibunya (lakonan Amy Mastura). Tiba tiba muncul seorang lelaki bernama Atta (Sean Lee) yang mengakui dia adalah suami Emily dari masa depan. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Emily akan mempercayai cerita Atta?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Novel Rindu Awak Separuh Nyawa Karya Siti Rosmizah

⏩⏩ Episod Akhir Drama Marry Me Senorita

Read More

Novel Rindu Awak Separuh Nyawa Karya Siti Rosmizah



Novel Rindu Awak Separuh Nyawa Karya Siti Rosmizah, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Adaptasi Novel, Sinopsis Penuh Novel Rindu Awak Separuh Nyawa, Cover Novel Rindu Awak Separuh Nyawa,

Selepas novel 7 Hari Mencintaiku dan 7 Hari Mencintaiku 2 karya Siti Rozmizah berjaya diadaptasikan dan drama tersebut juga menjadi kesukaan penonton. Kini tiba giliran Novel Rindu Awak Separuh Nyawa karya Siti Rozmizah pula diadaptasikan menjadi drama bersiri 40 episod yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria. Pelakon Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose akan menjadi hero dan heroin drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini. Shukri Yahaya akan melakonkan watak sebagai Nazril Nazim manakala Uqasha Senrose akan melakonkan watak sebagai Kasih Maisara. Marsha Milan pula akan membawa watak sebagai Nurul Huda manakala Fizo Omar sebagai Aidil. Berbalik pada novel ini, novel Rindu Awak Separuh Nyawa ini memang tebal okey, berat gitu, banyak muka surat dan babnya. Tapi cantik kan cover / muka depan novel ini, berbunga - bunga gitu. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye. Selamat membaca okey..




Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa Karya Siti Rosmizah

"Kasih Maisarah!!!"
Kemarahan papanya tidak diendahkan.. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri.. Ditambah pula dia menyalahkan papanya di atas kematian arwah mamanya..Pertemuan tanpa diduga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya.. Maisarah bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!
"Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa.. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!!"
Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!
"Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!"
Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya.. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemu, Nazril pergi begitu sahaja...Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan dihatinya!
Novel Rindu Awak Separuh Nyawa Karya Siti Rosmizah, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Adaptasi Novel, Sinopsis Penuh Novel Rindu Awak Separuh Nyawa, Cover Novel Rindu Awak Separuh Nyawa,
"Mulai hari ini, awak tutup pintu awak serapat-rapatnya untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!"
Ya Allah! Begitu bisa stiap patah katanya.
"Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat kali terakhir kali imamkan jenazah saya.. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!" Jelas kelukaannya. 
Kini, Kasih Maisara telah pergi.. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!
"Maafkan abang sayang, maafkan abang... Hati abang tak pernah mati buat sayang.. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang."
Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan..
"Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa," bisiknya dengan deraian air mata...

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir Drama Marry Me Senorita
Read More

22 Mac 2021

Episod Akhir Drama Marry Me Senorita



Drama Marry Me Senorita, Ending Drama Marry Me Senorita, Episod Akhir Drama Marry Me Senorita Lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann, Drama Slot MegaDrama Astro Ria,

Cepat masa berlalu, diam tak diam hari ini dah episod akhir dah drama Marry Me Senorita lakonan pasangan sejoli iaitu Janna Nick dan Dini Schatzmann. Selepas ini drama Rindu Awak Separuh Nyawa lakonan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan akan menyusul pula bagi menggantikan drama ini. Apa kesudahan kisah Sofiy Leia lakonan Janna Nick dan juga Isa Alejandro lakonan Dini Schatzmann ni. Happy endingkah kisah cinta mereka nanti atau sebaliknya?. Dalam drama Marry Me Senorita ni memang kesian dengan Sofiy ni kan, apa pun ramai juga yang suka dengan Meerqeen yang melakonkan watak Amar tu kan hehe. Apa pun jom nantikan kesudahan dan ending drama Marry Me Senorita ini pada malam ini...




Jom Baca Ini Juga 👉👉 
My Korean Drama List 2020

⏩⏩ Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf (TV1)

Read More

16 Mac 2021

My Korean Drama List 2020



My Korean Drama List 2020, Korean Drama, Drama Korea, Senarai Drama Korea Yang Aku Dah Tonton Untuk Tahun 2020, List Drama Korea, Senarai Drama - Drama Korea,

Sebelum ni aku dah pernah senaraikan list drama Korean yang aku tengok sepanjang tahun 2019 yang lalu, kalau korang nak baca, korang boleh klik sini 👉 My Korean Drama List 2019. Nampaknya kalau nak bandingkan dengan tahun 2019, drama - drama Korea yang aku tengok sepanjang tahun 2020 tak banyak sangat macam dalam tahun 2019 tu. Tapi still aku akan senaraikan juga semua list drama Korea yang aku tengok untuk tahun 2020 di bawah ini ye. Lets check it out..




💗 Woman Of 9.9 Billion
💗 365 : Repeat The Year
💗 The Game Towards Zero
💗 The Penthouse : War In Life
💗 Stove League
💗 The King : Eternal Monarch
💗 Backstreet Rookie
💗 Psychopath Diary
💗 Flower Of Evil
💗 Tale Of The Nine Tailed
💗 Crash Landing On You
💗 Hi Bye Mama
💗 Its Okay To Not Be Okay
💗 Start - Up
💗 Tell Me What You Saw
💗 Missing : The Other Side
💗 Diary Of Prosecutor
💗 Mystic Pop Up Bar
💗 Was It Love
💗 Itaewon Class
💗 The World Of The Married
💗 My Dangerous Wife
💗 Lies Of Lies
💗 Kingdom Season 2
💗 Home Sweet Home
💗 Memorist
💗 Team Bulldog : Off Duty Investigation
💗 Mr.Queen
💗 Cheat On Me If You Can

Ada list drama diatas yang korang dah tengok? 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Tonton Drama Slot Lestary Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episod Lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson Di TV3
⏩⏩ Drama Rudy vs Jolie Lakonan Nadia Brian dan Aidit Noh (TV Okey)

Read More

15 Mac 2021

Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf (TV1)



Drama Cinta Untuk Raf, TV1, Info dan Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf, Poster Drama Cinta Untuk Raf TV1, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Untuk Raf, Drama Baru Luqman Hafidz, Drama Baru Sasqia Dahuri, Drama Baru Tash Yong,

Drama Cinta Untuk Raf sudah bersiaran sejak 15 Februari 2021 di slot Bidadari TV1 RTM iaitu setiap Isnin hingga Jumaat 3.05 petang. Antara pelakon drama Cinta Untuk Raf ini adalah Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Cinta Untuk Raf Karya Rabihah Nur Ridhuan. Selain itu drama 26 episod ini diarahkan oleh Zek Zukry dan diterbitkan oleh Open Echo Communications Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Untuk Raf ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Luqman Hafidz sebagai Raf
Sasqia Dahuri sebagai Dr Orked Huwaina 
Tash Yong sebagai Humaira / Tasya / Inara
Badrul Muhayat sebagai Raza
Dilla Ahmad sebagai Aqilah
Mustaqim Bahadon sebagai Noah Sulaiman
Tina Rasid sebagai Nadirah
Zarynn Min sebagai Lily
Idris Md Diah sebagai Ariz 
Ema Akma sebagai Zaharah 
Melissa Campbell sebagai Dr Kim 
Kristina Vinokree sebagai Sherena Mona 
Dayana Jasmin sebagai Humairah 12 tahun 




Sinopsis Penuh Drama Cinta Untuk Raf Lakonan Luqman Hafidz dan Sasqia Dahuri dan Tash Yong (TV1)

Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf. Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini. Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Keputusan Pemenang AJL35
Read More

Lagu Gila Menang AJL35



Lagu Gila Menang AJL35, Keputusan Pemenang AJL35, Senarai Pemenang AJL35, Lagu Gila, Anugerah Juara Lagu ke 35, TV3, Penyanyi,

Tahniah buat lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B kerana menjadi juara dan menang AJL 35. Tak dinafikan lagu Gila ni memang best, bila dengar kita pun terikut sekali menyanyi hehehe. Cuma aku tak jangkalah yang lagu Eh nyanyian Zizi Kirana berjaya dapat persembahan terbaik, rezeki dia kan. Tempat kedua atau Naib Juara menjadi milik lagu Semalam nyanyian Aina Abdul, cuma Aina tak tewas pada Ernie Zakri untuk kategori Vokal Terbaik. Tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu nyanyian Dato Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Tahniah juga pada Ernie Zakri kerana berjaya mengenggam trofi Vokal Terbaik selepas tewas pada Hafiz Suip pada AJL34 yang lalu. Aku ingat lagu Hutang ke lagu Hati tu mungkin akan sangkut tapi tak ada rezeki. Apa pun AJL35 kali ini mencipta sejarah juga bila diadakan tanpa ada penonton. 
Lagu Gila Menang AJL35, Keputusan Pemenang AJL35, Senarai Pemenang AJL35, Lagu Gila, Anugerah Juara Lagu ke 35, TV3, Penyanyi,
Read More

13 Mac 2021

Info dan Sinopsis Telefilem Matilah Nak Kembali (Astro Citra)



Telefilem Matilah Nak Kembali, Telemovie Matilah Nak Kembali, Sequel Telefilem Matilah Nak Pontianak, Sinopsis Telefilem Matilah Nak Kembali, Poster Telefilem Matilah Nak Kembali,


Telefilem Matilah Nak Kembali akan disiarkan pada Sabtu ini, iaitu pada 13 Mac 2021 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Kalau tak silap aku, telefilem Matilah Nak Kembali ini adalah sequel atau pun sambungan pada telefilem sebelum ini iaitu Telefilem Matilah Nak Pontianak. Cuma kali ni tak ada Usop dalam telefilem ini. Antara pelakon Telefilem Matilah Nak Kembali ini adalah Shiha Zikir, Arie Zaharie, Azzam Sham, Qody Rany, Anas Ridzuan, Danish Daniel (Coki), Bohari Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Matilah Nak Kembali ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios. Wow nampak macam best je kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh 
Telefilem Matilah Nak Kembali (Astro Citra)

Mengisahkan tentang tiga jejaka yang berkawan baik dengan pontianak jelita. Namun terpaksa mengkhianati pontianak tersebut demi untuk membantu orang kampung yang diganggu saka. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

12 Mac 2021

Tonton Drama Slot Lestary Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episode Di TV3



Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episod, Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Poster Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Pelakon - Pelakon Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Slot Lestary TV3,

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bermula 10 Mac yang lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama ulangan Semua Salahku yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Romantika 4 Hari 3 Malam ini adalah Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Zila Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris, Oshin Ahmad, Daniesh Suffian, Dottie, Izzendra, Jesse Lim dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Romantika 4 Hari 3 Malam karya Wizana Emilia. Selain itu drama 13 episod ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Nampak macam menarik je kan drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Romantika 4 Hari 3 Malam beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Amelia Henderson sebagai Lana Analia
Sean Lee sebagai Amar
Syafi Tee sebagai Hisham
Nynaa Harizal sebagai Aida Safia
Wafariena sebagai Raina
Oshin Ahmad sebagai Nia Erlina 
Daniesh Suffian sebagai Baim
Dottie sebagai Zeti
Izzendra sebagai Azlinda
Jesse Lim sebagai Encik Masri
Aida Aris sebagai Cik Norsira
Lisdawati sebagai Mak Salmah
Sahronizam Noor sebagai Dato' Zahid




Sinopsis Penuh Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson (TV3)

Lana Analia memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai. Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.
Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episod, Sinopsis Penuh Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Poster Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Pelakon - Pelakon Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Slot Lestary TV3,
Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan. Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?

Lagu Tema / OST Drama Romantika 4 Hari 3 Malam
💕 Masih Ada nyanyian Naqiu

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episod, Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Poster Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Pelakon - Pelakon Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Slot Lestary TV3,
Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) Slot Lestary TV3

Kalau korang terlepas nak menonton drama ini di TV3, korang boleh menontonnya secara online di Wetv okey --> https://wetv.vip/en/play/jzyiyn5maiqtidy/z0036vy2qs5?vid=z0036vy2qs5

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Rudy vs Jolie Lakonan Nadia Brian dan Aidit Noh (TV Okey)

⏩⏩ Telefilem Telunjuk Iblis Lakonan Kamal Adli dan Tiz Zaqyah

👉👉 Telefilem Kasyaf Gelang Iblis Lakonan Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly

Read More

11 Mac 2021

Drama Rudy vs Jolie Lakonan Nadia Brian dan Aidit Noh (TV Okey)



Drama Rudy vs Jolie, Poster Drama Drama Rudy vs Jolie, Drama Rudy vs Jolie TV Okey, Sinopsis Drama Rudy vs Jolie, Info - Info Drama Rudy vs Jolie, Pelakon - Pelakon Drama Rudy vs Jolie, Drama Baru Nadia Brian, Drama Baru Aidit Noh, Drama Baru Sharifah Husna,

Drama Rudy vs Jolie merupakan sebuah drama yang bergenre romantik komedi sudah pun bersiaran di TV Okey (RTM) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam, sejak 15 Februari 2021 yang lalu. Antara pelakon drama Rudy vs Jolie ini adalah Aidit Noh, Nadia Brian, Sharifah Husna, Mathni Razak, Che Kem, Raja Azmi, Kuna Muzani, Kak Girl, Rashdan Baba, Amyza Aznan, Syakila, Serra Kamal, Yang Fairuz dan ramai lagi. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Apa pun memang nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rudy vs Jolie ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Aidit Noh sebagai Rudy
Nadia Brian sebagai Jolie
Raja Azmi sebagai Mama Maria 
Che Kem sebagai Papa Jurie
Kuna Muzani sebagai Latifah 
Mathni Razak sebagai Aryan
Sharifah Husna sebagai Nina
Kak Girl sebagai Siti Khadijah
Rashdan Baba sebagai Fendi 
Amyza Aznan sebagai Aishah
Syakila sebagai Mona
Serra Kamal sebagai Bella




Sinopsis Penuh Drama Rudy vs Jolie Lakonan Nadia Brian dan Aidit Noh 

Kisah Jolie seorang kaunselor yang baru kehilangan kekasih dan bertekad untuk tidak bercinta lagi dengan mana-mana lelaki sehinggalah berjumpa Mr R yang berjaya mengubah keadaan. Konflik tercetus apabila kedua-duanya terlibat menjadi mangsa program realiti blog dan vlog serta umpan kepada sahabat baik Mr R. lalu apakah kesudahan kisah cinta mereka ini? 

Lagu Tema / OST Drama Rudy vs Jolie
💋 Terukir Namanya nyanyian Daus Eli

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea 365 : Repeat The Year
Read More

6 Mac 2021

Telefilem Penunggu Soldorm (Astro Citra)



Telefilem Penunggu Soldorm, Telemovie Penunggu Soldorm, Telefilem Astro Citra, Pelakon - Pelakon Telefilem Penunggu Soldorm, Telefilem Lakonan Kumpulan Floor88, Ayie Floor88, Info dan Sinopsis Telefilem Penunggu Soldorm, Kisah Seram,

Telefilem Penunggu Soldorm akan disiarkan pada hari sabtu, 6 Mac 2021 di Astro Citra, antara pelakon telefilem Penunggu Seldorm ini adalah Ayie Elham, Eric Fuzi, Wafiy Ilhan, Daniah Daneal (Coki), Fizz Fairuz, Sara Ali dan ramai lagi. Selain itu telemovie Penunggu Soldorm ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios. Wah nampak menarik kan telefilem ini. Bila tengok dari trailer pun memang nampak best telefilem Penunggu Soldorm ini. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Penunggu Soldorm 
(Astro Citra)

Daniel dan kawan-kawan, menghadapi gangguan misteri oleh ‘Penunggu Sol-Dorm’ ketika bersolat secara berjemaah di Dorm Asrama dan keadaan bertambah kelam kabut, seram apabila mereka bertemu kelibat menyerupai Cikgu Azizi. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More


My Random Post