26 Mac 2022

Telefilem Bukan Sebuah Dakyah (TV3)



Telefilem Bukan Sebuah Dakyah, Telemovie Bukan Sebuah Dakyah, Cerekarama TV3, Sinopsis Telefilem Bukan Sebuah Dakyah, Pelakon - Pelakon Telefilem Bukan Sebuah Dakyah,

Telefilem Bukan Sebuah Dakyah akan disiarkan pada hari Sabtu, 26 Mac 2022, jam 10 malam di TV3. Antara pelakon telefilem Bukan Sebuah Dakyah ini adalah Mawar Rashid, Puteri Sarah Liyana, Raf Yaakob, Kismah Johar, Syarul Ezani, Zainab Othman, Dato Amin Khan, Zoey Rahman, Abd Manan Sulaiman, Rohaya Maya, Idzham Ismail dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bukan Sebuah Dakyah ini diarahkan oleh Adam Hamid dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Bukan Sebuah Dakyah - Cerekarama TV3

Doktor Arini, seorang petugas barisan hadapan di wad ICU Covid di sebuah hospital. Saban hari dia melihat mangsa dari pelbagai peringkat dimasukkan ke situ untuk menerima rawatan Covid. Apa yang berlaku seterusnya?..



 ⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3

Read More

23 Mac 2022

Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti Episod 1 Hingga 16 (Astro Ria)



Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Poster Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Info dan Sinopsis Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti Full Episode, Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti Episod 1 Hingga 16, Pok Ya Cong Codei Memburu Siti Cast, Pelakon - Pelakon Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Wan Hanafi Su, Sabri Yunus, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar,

Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti telah pun disiarkan di Astro Ria bermula 21 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Tetuan Ang & Rahimin yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti ini adalah Wan Hanafi Su, Sabri Yunus, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Shazia Rozaini, Asrulfaizal Kamaruzaman, Zee Khan Hussein dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 16 episod dan diarahkan oleh Sabri Yunus serta diterbitkan oleh Porcupine Sdn Bhd dan Heritage Movies Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, barisan pelakon - pelakon drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti ini memang mantap - mantap gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Sabri Yunus sebagai Pok Ya
Wan Hanafi Su sebagai Mamat Kertuk
Eman Manan sebagai Muda Primula
Issey Fazlisham sebagai Rosit
Asrulfaizal Kamaruzaman sebagai Jering
Farid Kamil sebagai JJ
Shazia Rozaini sebagai Sara
Azizul Ammar sebagai Mada
Zee Khan Hussein sebagai Siti
Saidi Sabri sebagai Halim
Angeline Tan sebagai Mrs Liew 




Sinopsis Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti 
(Astro Ria)

Selepas Siti menghilangkan diri, Pok Ya tidak pernah berhenti berusaha mencarinya sehingga Pok Ya mengetahui bahawa Siti sedang mengandungkan anaknya. Pemburuan Siti semakin memuncak apabila Pok Ya mendapat tahu Siti tidak meninggalkannya malah Siti telah diculik. Pok Ya ke Kuala Lumpur mencari Siti dan berharap Siti hamil anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya. Apa yang berlaku seterusnya? berjayahkah Pok Ya menemui Siti dan menyelamatkannya?..



Read More

20 Mac 2022

Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati



Drama Hati Yang Dikhianati Astro Prima, Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati, Ending Drama Hati Yang Dikhianati, Poster Drama Drama Hati Yang Dikhianati, Sinopsis Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati,
Episod Akhir dan Ending Drama Hati Yang Dikhianati 

Drama Hati Yang Dikhianati sudah habis episodnya, secara keseluruhannya drama Hati Yang Dikhianati ini mempunyai 146 episod dan merupakan antara drama yang terpanjang di Malaysia, selepas drama Cinta Ibadah (175 episod) serta drama Memori Cinta Suraya (137 episod). Iqram Dinzly turut berlakon dalam drama Memori Cintra Suraya itu serta drama Hati Yang Dikhianati. Lebih menarik bila drama ini turut mencatat rekod baru di dalam Astro Prima sebagai drama rantaian satu jam yang paling panjang sejak penubuhan slot Tiara Astro Prima. Walaupun penggambaran drama terpaksa dihentikan seketika akibat perlaksanaan PKP 3.0, namun drama ini berjaya disambung semula dengan jayanya, jalan ceritanya juga menjadi semakin best dengan kehadiran Elizad Shariffudin yang memegang watak sebagai Tasya serta Iqram Dinzly sebagai Azran dalam episod 100 keatas. 

Memang enjoy layan drama ini. Manakala ending drama Hati Yang Dikhianati ini mestilah happy ending, bila Ilyas dengan Lisa juga akhirnya. Walaupun percintaan mereka ni banyak liku, banyak dugaan, akhirnya bersama juga. Tapi bagi aku, aku lagi suka kalau Ilyas dan Lisa ni move on saja. Biar Ilyas terus dengan Tasya dan Lisa pula dengan Samir. Selepas ini drama ini akan diganti dengan drama Dendam Seorang Isteri lakonan Fasha Sandha, Wan Raja, Nad Zainal dan Aidit Noh yang merupakan drama adaptasi drama Korea Temptation Of Wife. Sebelum ini drama Filipina Temptation Of Wife lakonan Marian Rivera dah pernah disiarkan di Malaysia pada tahun 2012. Apa pun jom tengok sinopsis episod akhir drama Hati Yang Dikhianati di bawah ini okey..




Sinopsis Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati 
(Slot Tiara Astro Prima)

Azran mahukan harta Dato Ghafar sepenuhnya namun Samir berasa marah dengan permintaan melampau Azran itu. Samir kemudian ingin memberitahu kebenaran pada pihak polis mengenai Azran yang membunuh ibu bapanya. Azran menculik Lisa kerana menyangka Lisa adalah teman wanita pada Samir. Kemudian Samir, Ilyas dan Iskandar bekerjasama untuk mencari Lisa. Maria menjadi dalang kegagalan rancangan Azran, Maria dan Azran kemudian mengalami kemalangan dan mati. Ilyas ditembak oleh Azran ketika cuba menyelamatkan Lisa. Manakala Syaz pula terbuka hati untuk rujuk semula dengan Imran. 3 tahun kemudian Lisa dah tamat belajar dan berkumpul beramai - ramai di rumahnya. Ilyas dah bercerai dengan Tasya dan kemudian menghilangkan diri. Ending drama ini berakhir dengan Lisa berjumpa dengan Ilyas semula.



Read More

18 Mac 2022

Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)



Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Filem Renjana akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 bermula 17 Mac 2022 ini. Antara pelakon filem Renjana ini adalah Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed, Sefik Khair, Emma Latah, Kamal Bakar, Ainin Batrisya dan ramai lagi. Filem Renjana ini mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita yang menjadi guru pada tahun 1907. Nampak menarik kan filem Renjana ini, sebab lain dari lain gitu. Selain itu filem Renjana ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)

Pada tahun 1907, seorang guru dari Pulau Pinang, Che Aminah datang ke Kedah. Che Aminah dikritik dan dianggap terlalu kebaratan oleh penduduk kampung apabila cuba meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah dan diberikan pendidikan. Pada mulanya, hanya 5 orang gadis yang hadir ke sekolah Jawi & Al-Quran, keazamannya untuk melihat lebih ramai pelajar mendaftar ke sekolah tersebut. Dia telah mencipta sejarah sebagai guru pertama di sekolah perempuan.

Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira (TV3)

👉👉 Drama Sayang Tak Dikenang Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3

Read More

17 Mac 2022

Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira (TV3)



Drama Kerana Dia Suka, Info dan Sinopsis Drama Kerana Dia Suka, Poster Drama Kerana Dia Suka, Drama Kerana Dia Suka Full Episode, Ending Drama Kerana Dia Suka, Episod Akhir Drama Kerana Dia Suka, Kerana Dia Suka Cast, Pelakon Drama Kerana Dia Suka, Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar,

Drama Kerana Dia Suka adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 dan mula bersiaran di TV3 sejak 9 Mac 2022 yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Cinta Amnesia yang telah tamat episodnya dan drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Kerana Dia Suka karya Marissa. Antara pelakon drama Kerana Dia Suka ini adalah Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar dan ramai lagi. Selain itu drama Kerana Dia Suka ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kerana Dia Suka ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Fikry Ibrahim sebagai Idham
  • Rita Nadira sebagai Wardina
  • Nasha Aziz sebagai Seha
  • Rozita Che Wan sebagai Hajah Mariah
  • Riz Amin sebagai Ijoi
  • Ezany Nizariff sebagai Dato Zaki
  • Marissa Yasmin sebagai Datin Frida
  • Nafiez Zaidi sebagai Sufian
  • Zain Saidin sebagai Encik Khalid
  • Mimi Ernida sebagai Aida
  • Nadia Kesuma sebagai Datin Aspha
  • Aidit Noh sebagai Riz
  • Nina Smith sebagai Nurlisa
  • Trisha Ooi sebagai Zaimah




Sinopsis Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira Slot Lestary TV3

Wardina kecewa apabila tunangnya Sufian ditangkap khalwat dengan wanita lain. Semasa Sufian terpaksa mengahwini Aida, Wardina membawa diri ke Kundasang, Sabah untuk merawat lukanya. Di sana dia bertemu dengan seorang lelaki tampan bernama Idham. Timbul perasaan suka antara satu sama lain tetapi mereka tidak boleh bersama kerana Idham sudah bertunang.Wardina tidak mahu jadi orang ketiga.
Drama Kerana Dia Suka, Info dan Sinopsis Drama Kerana Dia Suka, Poster Drama Kerana Dia Suka, Drama Kerana Dia Suka Full Episode, Ending Drama Kerana Dia Suka, Episod Akhir Drama Kerana Dia Suka, Kerana Dia Suka Cast, Pelakon Drama Kerana Dia Suka, Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar,
Sinopsis Novel Kerana Dia Suka karya Marissa 

“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan. Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah. Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.
“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”
“Merepek!”
Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idham menjelaskan statusnya.
“Saya dah bertunang.” - Idham
Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka. Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung. Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.
“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina “Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham
Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.
“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham
“Apa?” – Wardina
“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham
“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak?
Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina
“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham
Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!

Lagu Tema / OST Drama Kerana Dia Suka

👄 Kan Kan Kan nyanyian Zarol Zarif

Tonton Online Drama Kerana Dia Suka Full Episode

Selain di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini di sini 👉 disney+ hotstar Malaysia



Read More

16 Mac 2022

Drama Sayang Tak Dikenang Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3



Drama Sayang Tak Dikenang, Poster Drama Sayang Tak Dikenang, Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang, Drama Slot Akasia TV3, Drama Adaptasi Novel, Sayang Tak Dikenang Cast, ost sayang tak dikenang, review novel sayang tak dikenang, sayang tak dikenang wattpad, Pelakon Sayang Tak Dikenang, Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, sayang tak dikenang full episode, sayang tak dikenang episod 1 hingga episod 28, ending sayang tak dikenang, episod akhir drama sayang tak dikenang,

Drama Sayang Tak Dikenang adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama 3 Nota Cinta yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Sayang Tak Dikenang ini adalah Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, Andy Teh, Alif Muhaimin, Sera Melissa, Fad Anuar, Ku Faridah, Mahmud Ali Bashah, Fazlina Ahmad Daud, Ainina Ahmad B dan ramai lagi. Drama Sayang Tak Dikenang ini mempunyai 28 episod dan mula bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 4 Mac 2022 yang lalu. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Sayang Tak Dikenang karya Wazrul Shah dan drama ini diarahkan oleh Feroz Kader serta diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, para pelakonnya juga best - best belaka. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Sayang Tak Dikenang beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
Ruhainies sebagai Ayu Izhani
Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
Andy Teh sebagai Erick
Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
Riz Amin sebagai Omar
Sera Melissa sebagai Amalin
Fad Anuar sebagai Fitri 
Alif Muhaimin sebagai Rizal
Mahmud Ali Bashah sebagai Raif
Fazlina Ahmad Daud sebagai Amira
Ainina Ahmad sebagai Azilah
Kak Girl sebagai Kak Roslaini
Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
Mak Engku Fridah sebagai Nek Chik




Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang Lakonan Fadlan Hazim, Ruhainies dan Ezzanie Jasny - Slot Akasia TV3

Mengisahkan Ayu Izhani (Ruhainies) dan Hattin Isabella (Ezzanie Jasny), dua pupu yang bersahabat baik walaupun keluarga mereka tidak rapat. Mereka belajar di kolej yang sama. Setelah mendapat kerja, mereka tinggal di rumah sewa yang sama. Ayu dan Hattin berkenalan dengan lelaki yang sama tetapi nama yang berbeza. Raqib Tafzani (Fadlan Hazim) memperkenalkan dirinya sebagai Raqib kepada Ayu manakala Hattin mengenalinya sebagai Tafzani. Ayu mula terbuka hati untuk menerima Raqib yang rajin melayan keluarganya. Ibu Ayu mendesak Ayu supaya menerima Raqib sebagai suami. Hattin mendapat berita bahawa tunangnya, Omar curang dengan perempuan lain. Lebih teruk, Omar bertukar menjadi panas baran dan bersikap kasar dengan Hattin. Hattin merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Ayu. Tafzani cuba menggoda Hattin selepas mendapat tahu dia telah putus tunang. Hattin mula dibuai dengan perasaan bahagia ketika bersama dengan Tafzani. Raqib ingin membatalkan perkahwinan dengan Ayu tetapi majlis terpaksa diteruskan apabila keluarga Raqib yang menetap di luar negara telah sampai di Malaysia. Di majlis perkahwinan itu, Hattin terkejut melihat Tafzani adalah suami kepada Ayu. Lantas, Hattin terus meninggalkan majlis tersebut. Selepas berkahwin, sikap Raqib berubah dari seorang penyayang menjadi suami yang dingin kepada Ayu. Raqib tidak menyentuh Ayu dan mula menunjukkan kebencian. 
Pada masa yang sama, Raqib masih tidak berputus asa untuk memikat hati Hattin. Selepas mengetahui tentang kisah silam keluarga mereka, Hattin mengambil kesempatan ini untuk menyakitkan hati Ayu kerana mahu membalas dendam untuk neneknya. 
Drama Sayang Tak Dikenang, Poster Drama Sayang Tak Dikenang, Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang, Drama Slot Akasia TV3, Drama Adaptasi Novel, Sayang Tak Dikenang Cast, ost sayang tak dikenang, review novel sayang tak dikenang, sayang tak dikenang wattpad, Pelakon Sayang Tak Dikenang, Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, sayang tak dikenang full episode, sayang tak dikenang episod 1 hingga episod 28, ending sayang tak dikenang, episod akhir drama sayang tak dikenang,

Sinopsis Novel Sayang Tak Dikenang Karya Wazrul Shah

Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan Ayu Izzhani dan Raqib. Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia. Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, Hattin juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah. Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis. Pada masa yang sama, Erick yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin. Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?

Lagu Tema / OST Drama Sayang Tak Dikenang

👄👄 Kisah Hati Lara nyanyian Naqiu

👄👄 Semakin Benci Semakin Cinta nyanyian Siti Sarah dan Shuib Sepahtu

Tonton Online Drama Sayang Tak Dikenang Full Episode

Selain di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini di sini 👉 disney+ hotstar Malaysia

Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3


Read More

14 Mac 2022

Telefilem Abang Ngah (TV2)



Telefilem Abang Ngah (TV2), Telemovie Abang Ngah (TV2), Slot Drama On 2, Sinopsis Telefilem Abang Ngah (TV2), Telefilem Abang Ngah Full, Abang Ngah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Abang Ngah, Fareez Fauzi,

Telefilem Abang Ngah akan disiarkan pada hari Isnin ini, 14 Mac 2022, jam 9 malam di TV2. Antara pelakon telefilem Abang Ngah ini adalah Fareez Fauzi, Sera Melissa, Jaja Iliyes, Dilla Ahmad, Mubarak Majid dan ramai lagi. Selain itu telemovie Abang Ngah ini di arahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Layar Ceritera Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini, plus macam banyak pengajaran gitu kan. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Abang Ngah TV2

Abang Ngah lahir dengan kekurangan fizikal dan akal yang lemah. Walaupun dengan kekurangan diri, kasih Abang Ngah terhadap adik-adiknya terlalu utuh dan akan kekal walau apa jua keadaan.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3


Read More

Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3



Drama Hindi Meri Gudiya, Drama Hindi TV3 Meri Gudiya, Sinopsis Drama Hindi Meri Gudiya TV3, Drama Hindi Slot Sonia TV3, Drama Hindi Meri Gudiya TV3 Full Episode, Meri Gudiya Cast, Hindi Drama Meri Gudiya, Drama Siri Hindi Meri Gudiya Slot Sonia TV3, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Meri Gudiya, Aalisha Panwar, Jinisha Bhaduri, Gaurav S Bajaj, Vineet Raina, Vidisha,

Drama Hindi Meri Gudiya adalah drama terbaru di slot Sonia TV3, drama ini disiarkan bagi menggantikan drama ulangan Yehh Jadu Hai Jinn Ka. Drama Meri Gudiya ini mempunyai 81 episod dan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang di TV3. Antara pelakon drama Hindi TV3 Meri Gudiya ini adalah Aalisha Panwar, Jinisha Bhaduri, Gaurav S Bajaj, Vineet Raina, Vidisha, Nishigandha Wad, Rahul Singh dan ramai lagi. Di india drama ini release pada 16 Disember 2019 dan tamat episodnya pada 20 March 2020. Ikutkan drama ini ada banyak episod tapi penggambaran drama Meri Gudiya terpaksa dihentikan kerana Covid 19 dan ada lockdown di India.
Drama Hindi Meri Gudiya, Drama Hindi TV3 Meri Gudiya, Sinopsis Drama Hindi Meri Gudiya TV3, Drama Hindi Slot Sonia TV3, Drama Hindi Meri Gudiya TV3 Full Episode, Meri Gudiya Cast, Hindi Drama Meri Gudiya, Drama Siri Hindi Meri Gudiya Slot Sonia TV3, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Meri Gudiya, Aalisha Panwar, Jinisha Bhaduri, Gaurav S Bajaj, Vineet Raina, Vidisha,
Akhirnya drama ini terhenti seperti itu saja dan tidak disambung lagi. Jadi kalau ending drama Hindi Meri Gudiya ini macam merapu ka apa ka, tu disebabkan diorang shooting tak habis pun hehehe. Selain itu drama Hindi Meri Gudiya ini adalah remake drama Tamil yang bertajuk Neeli (2016) dan drama Tamil Neeli itu pula remake pada drama siri Kannada yang tajuknya juga sama iaitu Neeli. Tapi comel betul budak perempuan yang pegang watak Avi tu kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama Hindi Tv3 di bawah ini okey..




Sinopsis Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3

Drama ini mengisahkan tentang kasih sayang yang tak berpenghujung seorang ibu pada anaknya. Di usia yang masih muda, Avi telah kehilangan ibunya dalam kemalangan. Demi mengisi kesunyian, Avi menumpang kasih pada sebuah anak patung yang memiliki roh ibunya. Drama ini bermula dengan kisah satu keluarga bahagia iatu Madhuri dan Raghvendra Gujral yang hidup bahagia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Avi yang berusia 7 tahun. Madhuri sangat menyayangi anaknya itu dan sanggup melakukan apa saja untuk melindungi Avi daripada bahaya. 
Drama Hindi Meri Gudiya, Drama Hindi TV3 Meri Gudiya, Sinopsis Drama Hindi Meri Gudiya TV3, Drama Hindi Slot Sonia TV3, Drama Hindi Meri Gudiya TV3 Full Episode, Meri Gudiya Cast, Hindi Drama Meri Gudiya, Drama Siri Hindi Meri Gudiya Slot Sonia TV3, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Meri Gudiya, Aalisha Panwar, Jinisha Bhaduri, Gaurav S Bajaj, Vineet Raina, Vidisha,
Pada hari jadi Avi, Madhuri telah membuat kejutan dengan menghadiahkan satu anak patung kepada Avi. Namun Madhuri berasa tidak sedap hati dan risau akan keselamatan anaknya. Madhuri cuba menghalang sebarang bahaya daripada mendekati Avi. Apa yang berlaku seterusnya? adakah kerisauan Madhuri akan menjadi kenyataan?..

Tonton Online Drama Hindi Meri Gudiya Full Episode
Korang boleh try search drama ini kat telegram, selalunya memang ada disitu.



Read More

8 Mac 2022

Telefilem Mr Maid Suami Ibu (TV3)



Telefilem Mr Maid Suami Ibu TV3, Telemovie Mr Maid Suami Ibu, Sinopsis Telefilem Mr Maid Suami Ibu, Telefilem TV3, Telefilem Mr Maid Suami Ibu Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Mr Maid Suami Ibu, Izzue Islam, Aishah Ilias,
Telefilem Mr Maid Suami Ibu Lakonan Izzue Islam dan Aishah Ilias (TV3)

Telefilem Mr. Maid, Suami Ibu akan disiarkan pada hari Jumaat, 4 Mac 2022, jam 10 malam di TV3. Antara pelakon telefilem Mr. Maid, Suami Ibu ini adalah Iman Rifqi, Aishah Ilias, Izzue Islam, Faye Kusairi, Khaty Azian, Adam Lee dan ramai lagi. Selain itu telemovie Mr Maid Suami Ibu ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh White Merpati Entertainment. Nampak menarik kan telefilem tv3 ini, jadi jom tengok sinopsisnya di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Mr Maid Suami Ibu Lakonan Izzue Islam dan Aishah Ilias (TV3)

Myazara adalah ibu tunggal kepada Arjuna hakim. Memandangkan kerjaya Myazara sibuk, Arjuna merasa ibunya tidak menyayanginya dan lebih mementingkan kerjaya. Arjuna rapat dengan Hadi, seorang pelatih senamrobik. Hadi terpaksa menjadi pembantu rumah ketika Myazara bekerja. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

3 Mac 2022

Episod Akhir dan Ending Drama 3 Nota Cinta - Di Slot Akasia TV3



Drama 3 Nota Cinta, Drama 3 Nota Cinta Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama 3 Nota Cinta, Info dan Sinopsis Drama 3 Nota Cinta, Sinopsis Penuh Drama 3 Nota Cinta, 3 Nota Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama 3 Nota Cinta, Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Drama TV3,
Drama 3 Nota Cinta Episod 1 Hingga 14 (Akhir) Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose Di Slot Akasia TV3

Drama 3 Nota Cinta adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bermula 14 Februari 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Shakira lakonan Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama 3 Nota Cinta ini adalah Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Afifah Nasir, Wanie Kayrie, Muaz Fitri, Zila Bakarin, Jalaludin Hassan, Aznah Hamid, Jasper Supayah, Salina Saibi dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 14 episod dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama 3 Nota Cinta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Ashraf Muslim sebagai Zain
Sharifah Rose sebagai Alisa
Afifah Nasir sebagai Abby
Wanie Kayrie sebagai Aini 
Zila Bakarin sebagai Sofea
Khairil Anwar Aman sebagai Razak
Jalaludin Hassan sebagai Bahar
Aznah Hamid sebagai Aminah




Sinopsis Drama 3 Nota Cinta Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose Di Slot Akasia TV3

Mengisahkan Alisa (Sharifah Rose) sering menjadi mangsa kemarahan ibunya, Sofea (Zila Bakarin) selepas bapanya Razak (Khairil Anwar Aman) meninggalkan mereka tanpa khabar berita pada beberapa tahun lalu. Sofea terpaksa menebus fasakh sehingga terjatuh talak ketiga. Keluarga Alisa hancur dan sikap Sofea juga berubah secara drastik. Sofea menjadi pemarah dan mula mengongkong kehidupan anak-anaknya yang belum berkahwin. Hubungan Sofea dengan ibu bapanya, Bahar dan Aminah juga menjadi tegang apabila Sofea menganggap merekalah punca utama Razak bertindak meninggalkannya. Bahar mula menunjukkan tanda-tanda pelupa dan kadang-kala tidak dapat menguruskan diri. Setelah disahkan mengidap penyakit Alzheimer, nota-nota cinta yang ditulis olehnya dalam bahasa jawi menjadi memori paling indah buat Aminah. Alisa kagum dengan cinta utuh datuk dan neneknya yang masih setia bersama walaupun diuji dengan pelbagai insiden. Namun, Alisa tidak menaruh harapan dan tidak percaya akan wujudnya lelaki yang baik seakan datuknya dalam hidupnya

Satu hari, Alisa telah membawa Bahar dan Aminah makan di sebuah kedai. Dalam keadaan huru-hara untuk menguruskan Bahar, Zain (Ashraf Muslim) tampil menghulurkan bantuan. Zain cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan Alisa selepas pertemuan tersebut. Berdasarkan kad nama yang diberi oleh Aminah, Zain cuba mendekati Alisa dengan pertolongan Aminah, nenek Alisa. Akhirnya, Zain berjaya menghubungi Aminah dan dipelawa ke rumah. Aminah ingin menjodohkan Zain dan Alisa. Zain teruja untuk berkenalan dengan Alisa akan tetapi, Sofea mula bersikap dingin terhadap mereka. Sofea pernah memberi amaran keras kepada Alisa supaya tidak jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Bagi Sofea, perkahwinan hanya akan membawa penderitaan. Setelah mengetahui Alisa pandai menulis puisi, Zain mengambil peluang meminta tolong Alisa meneliti lirik lagunya. Sebagai seorang pencipta lagu, Zain masih menunggu peluang untuk memperkenalkan karyanya kepada umum. Alisa menjumpai buku-buku nota milik datuknya yang mengandungi puisi dan kisah cinta Aminah dan Bahar.  Kebolehan Zain untuk membaca tulisan jawi juga menolong Alisa memahami ayat-ayat cinta nukilan datuknya. Lama-kelamaan, Alisa mula jatuh cinta dengan kebaikan Zain yang juga sangat prihatin dengan datuknya yang semakin uzur.
Drama 3 Nota Cinta, Drama 3 Nota Cinta Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama 3 Nota Cinta, Info dan Sinopsis Drama 3 Nota Cinta, Sinopsis Penuh Drama 3 Nota Cinta, 3 Nota Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama 3 Nota Cinta, Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Drama TV3,
Aminah memujuk Alisa untuk menerima Zain sebagai suaminya. Alisa menjadi serba salah kerana bantahan keras daripada ibunya. Malahan, kakaknya Abby (Afifah Nasir) juga menaruh perasaan pada Zain dan cuba memikat lelaki itu. Akhirnya, Zain dan Alisa bakal disatukan. Dengan bantuan Aminah dan Bahar, mereka berusaha menjejaki Razak untuk memintanya menjadi wali. Kehadiran Razak di majlis nikah Alisa mencetuskan kemarahan Sofea sehingga terjadinya insiden Bahar terpaksa dikejar ke hospital. Majlis terpaksa berhenti seketika. Ayah Zain, Datuk Hashim yang tidak bersetuju dengan pilihan anaknya juga beredar dari majlis kerana beranggapan keluarga Alisa tidak setaraf dengan mereka. Malahan, pertelingkahan besar juga terjadi di antara Zain dan ayahnya. Kejadian aib dan kekecohan terjadi pada Zain dan Alisa di hadapan tetamu yang hadir. Zain memujuk Alisa untuk teruskan hidup bersama keluarga yang sedang punah di hadapan mata mereka. Pelbagai dugaan mula menerpa setelah mereka bergelar suami isteri. Apakah bakal berlaku seterusnya? 

Tonton Online Drama 3 Nota Cinta Full Episode

Selain dari Kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Filipina Legal Wives (TV3)


Read More

Info dan Sinopsis Drama Pelangi Kalabakan (TV Okey)



Drama Pelangi Kalabakan, Drama Pelangi Kalabakan TV Okey, Poster Drama Pelangi Kalabakan, Sinopsis Drama Drama Pelangi Kalabakan, Drama TV Okey, Pelakon - Pelakon Drama Pelangi Kalabakan,

Drama Pelangi Kalabakan adalah drama terbaru di TV Okey yang disiarkan bermula 9 Februari 2022, setiap hari Selasa hingga Sabtu, jam 2.30 petang. Antara pelakon drama Pelangi Kalabakan ini adalah Huzaimy Izhan, Hamyzan Ishan, Syukri Hj. Muktar, Aminurrahman Amin, Alif Mohamad dan ramai lagi. Selain itu drama Pelangi Kalabakan ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Jamil Mutalib dan diterbitkan oleh Danasetia Sdn Bhd. Drama ini memaparkan kisah masyarakat yang menarik dengan menggunakan pelakon - pelakon yang merupakan anak jati Tawau dan juga lokasi penggambaran sepenuhnya di daerah Tawau Sabah gitu. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis Pelangi Kalabakan ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Pelangi Kalabakan (TV Okey)

Mengisahkan dua beradik Pian dan Didi yang tinggal bersama datuk dan nenek mereka di kampung Kalabakan. Pian, Didi dan rakan - rakan mereka melalui pelbagai kisah suka dan duka menjalani kehidupan seharian mereka yang secara tak langsung menyebabkan mereka semakin sayangkan kampung tersebut. 

Tonton Online Drama Pelangi Kalabakan Full Episode
Drama ini boleh ditonton secara online di portal rtmklik disini 👉 Tonton Drama Pelangi Kalabakan Episod 1 Hingga 20



Read More


My Random Post