Memaparkan catatan dengan label Hisyam Hamid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hisyam Hamid. Papar semua catatan

27 Okt 2022

Drama Wanita Milik Tuan Putra Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3



Drama Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Full Episode, Drama Wanita Milik Tuan Putra Episod 1 Hingga 28, Novel Wanita Milik Tuan Putra, Drama Adaptasi Novel Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Cast, Pelakon - Pelakon Drama Wanita Milik Tuan Putra, Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Wafariena, Hafidz Roshdi,
Drama Wanita Milik Tuan Putra Lakonan Hisyam Hamid dan Intan Najuwa Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3

Drama Wanita Milik Tuan Putra adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang mula bersiaran sejak 21 Oktober 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Wanita Milik Tuan Putra karya Aunie Ayunie dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra ini adalah Intan Najuwa, Hisyam Hamid, Sherry Ibrahim, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Wafariena, Natasya Mahyan, Kuza, Badrul Muhayat, Enot, Kathy Azian, Aznah Hamid dan ramai lagi. Selain itu drama Wanita Milik Tuan Putra ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun mantap - mantap gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Wanita Milik Tuan Putra

Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah
Hisyam Hamid sebagai Tuan Putra Anaqi
Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania
Natasya Mahyan sebagai Eva
Wafariena sebagai Airis
Syazuwan Hassan sebagai Emir
Hafidz Roshdi sebagai Asmara
Badrul Muhayat sebagai Dato Azka
Kuza sebagai Datin Luna
Kathy Azian sebagai Pn Sri Ainon
Enot sebagai Zuridah
Eddy Effrimz sebagai Malik
Aznah Hamid sebagai Mak Jah
Azman Jantan sebagai Pak Jais
Kay Maria sebagai Makngah
Draman Md sebagai Pakngah
Ieka Zulkifli sebagai Rina
Farah Wahida sebagai Shiela
Ramli Saleh sebagai Ramli




Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra Lakonan Hisyam Hamid dan Intan Najuwa Di Slot Akasia TV3

Bunga (Intan Najuwa) dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais. Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra. Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

Drama Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Full Episode, Drama Wanita Milik Tuan Putra Episod 1 Hingga 28, Novel Wanita Milik Tuan Putra, Drama Adaptasi Novel Wanita Milik Tuan Putra, Drama Wanita Milik Tuan Putra Cast, Pelakon - Pelakon Drama Wanita Milik Tuan Putra, Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Wafariena, Hafidz Roshdi,
Sinopsis Novel Wanita Milik Tuan Putra


Cinta, benarkah membawa bahagia? Benar, tapi harus ada derita dan air mata. Hot and spicy, gelaran yang tepat untuk Tuan Putra Anaqi. Pendek kata, dia adalah guy yang sempurna. Pertemuan demi pertemuan dengan Bunga Zinnirah, meyakinkan Putra bahawa itu bukanlah satu kebetulan, tapi satu suratan yang indah.
"Cinta bukan tentang apa yang kita lihat, tapi cinta adalah tentang apa yang kita rasa." - PUTRA
Bunga Zinnirah tidak menolak ikatan suci dengan Putra. baginya, Putra bagaikan malaikat pelindung yang menyelamatkannya. Dia hilang segala-galanya kerana menjunjung sebuah kejujuran. Putra hadir di saat dia hampir tersungkur melawan luka.
"You adalah pemandangan yang indah dan I harus menikmatinya." - BUNGA
Di sebalik sebaris nama Tuan Putra Anaqi, tersimpan seribu rahsia. Bila rahsia terbongkar, Bunga merasakan dia sudah tersesat jauh dalam kehidupan lelaki itu. Sangkanya, dia akan menjadi Wanita Milik Tuan Putra selama-lamanya.
Namun, dendam kelmarin meretakkan mahligai yang dibina. Takdir yang menemukan mereka dan takdir juga yang memisahkan mereka. Masihkah ada peluang untuk Putra dan Bunga membetulkan segala-galanya? Sedangkan masih banyak yang belum terluah.
"You are really a beast, Tuan Putra." - BUNGA
"I am a beast. I tak layak untuk you." - PUTRA
Ada cinta, ada benci. Ada suka, ada duka. Hati mula keliru dan cinta mereka jadi taruhan. Memperjuangkan sedih dan indah pada waktu yang sama amat melelahkan. Bila tersedar, cinta itu sudah pun sirna ditelan waktu. Pulanglah cinta, Kerana rindu akan sentiasa menjemputmu.

Lagu Tema / OST Drama Wanita Milik Tuan Putra

👄👄 Kembali Terang nyanyian Marsha Milan


Read More

9 Jul 2022

Telefilem Korban Adha Lakonan Hisyam Hamid (Astro Prima)



Telefilem Korban Adha, Telemovie Korban Adha, Telefilem Di Astro Prima, Sinopsis Telefilem Korban Adha, Korban Adha Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Korban Adha, Hisyam Hamid, Khatijah Tan, Meor Mohd, Puteri Rafasya, Poster Telefilem Korban Adha,

Telefilem Korban Adha akan disiarkan di Astro Prima pada hari Sabtu, 9 Julai 2022, jam 12.00 tengahari, telefilem ini disiarkan khas sempena hari raya Aidiladha ini. Antara pelakon telefilem Korban Adha ini adalah Hisyam Hamid, Khatijah Tan, Meor Mohd, Puteri Rafasya, Shyrim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Korban Adha ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Korban Adha di bawah ini okey.




Sinopsis Telefilem Korban Adha Lakonan Hisyam Hamid dan Khatijah Tan (Astro Prima)

Mengisahkan Wan seorang lelaki lembam yang disisih oleh ibunya sendiri. Namun, Wan sangup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan kembali kasih dari seorang ibu walaupun seringkali diperalatkan oleh adik tiri Rahmat untuk kepentingan peribadinya. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

22 Jun 2022

Ending Drama Kerana Aku Isteri Bidaan



Ending Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Episod Akhir Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Finale Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Episod 28 Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Final Episode, Sinopsis Episod Akhir Drama Kerana Aku Isteri Bidaan,

Diam tak diam dah sampai ke penghujung dah drama Kerana Isteri Bidaan, panjang juga drama ni sampai 28 episod gitu. Mengisahkan kisah mat pisang dan minah gedik iaitu Farel dan Raina hehehe. Episod akhir drama ini iaitu episod ke 28 drama Kerana Aku Isteri Bidaan akan disiarkan pada malam ini iaitu jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Jadi nanti aku update lain pasal ending drama ini, apa pun aku rasa ending drama Kerana Aku Isteri Bidaan mestilah happy ending kan, tambah - tambah si Raina tu dah mengandung cuma si Farel dan Raina yang tak tahu. Manakala si Emad pula dah berbaik - baik dengan Dina, walaupun begitu Farel masih sedikit cemburu melihat Raina dan Emad berkawan baik. Manakala si Mia pula nampak dah berubah dan insaf sedikit bila Aznor dah ditangkap. Soleha ikhlas membantu Mia.




Manakala Andy pula berjaya mendapatkan kembali saham syarikat sebanyak 40 peratus miliknya dari Riyanita. Nampaknya satu persatu masalah Farel hampir semua dah berjaya diselesaikan. Maklumlah dah nak masuk episod akhir kan, jadi mestilah kesemua konflik dalam hidup Raina dan Farel selesai satu persatu. Tapi tula tebal betul makeup si Raina lakonan Scha Elinnea dalam drama ni, nak tidur pun makeup stil tebal gitu. Antara yang menarik dalam drama ini bila penonton boleh lihat perubahan watak Farel dari miskin ke kaya, dari jadi orang kampung ke boss besar syarikat dan dari selekeh menjadi lebih elok gitu. Serta dari menjadi suami yang kejam berubah menjadi seorang suami yang penyayang pada Raina. Oh ya korang boleh tengok episod - episod yang terlepas sebelum ini  di aplikasi iQiyi Malaysia. 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Telefilem Suri Rumah Terfeeling (Awesome TV)


Read More

5 Jul 2021

Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose (TV3)



Drama Hatimu Sedingin Salju, Drama Slot Akasia TV3, Drama TV3, Info dan Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju, Poster Drama Hatimu Sedingin Salju, Tonton Online Drama Hatimu Sedingin Salju, Pelakon - Pelakon Drama Hatimu Sedingin Salju, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Aprena Manrose, Drama Baru Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Drama Hatimu Sedingin Salju Full Episode,

Drama Hatimu Sedingin Salju sudah pun disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 24 Jun 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Masih Ada Rindu lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini adalah Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Scha Eliana, Zaefrul Nordin, Aleza Shadan, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Mathni Razak, Ziema Din, Liza Semron dan ramai lagi. Selain itu drama 28 episod ini diarahkan oleh Bahri Uma dan diterbitkan oleh Orangetree Production. Wah nampak menarik drama ini kan, plus aku suka juga dengan gandingan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Aprena Manrose ni, korang boleh baca sini ⏩⏩ Biodata Terkini Aprena Manrose. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Hatimu Sedingin Salju beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Hisyam Hamid sebagai Arman
Apreena Manrose sebagai Rania 
Hafeez Mikail sebagai Nabil 
Bella Dowanna sebagai Syena
Fadlan Hazim sebagai Haikal
Mustafa Kamal sebagai Datuk Jamal
Maria Farida sebagai Datin Mimi
Rahim Jailani sebagai Mahfuz
Zila Bakarin sebagai Noraini
Khaty Azian sebagai Normala
Scha Eliana sebagai Melissa 
Zaefrul Nordin sebagai Datuk Hisyam
Aleza Shadan sebagai Datin Afifa
Idzham Ismail sebagai Huzair 
Mathni Razak sebagai Rizki 
Ziema Din sebagai Sarah
Liza Semron sebagai Mira 




Sinopsis Penuh Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose - Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang Arman (Hisham Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang. Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu. Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania. Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

Lagu Tema / OST Drama Hatimu Sedingin Salju
👄 Andaikan nyanyian Sarah Suhairi

Read More

30 Mei 2021

Info dan Sinopsis Telefilem Takbir Semalam (Awesome TV)



Telefilem Takbir Semalam, Telemovie Takbir Semalam, Info dan Sinopsis Telefilem Takbir Semalam, Poster Telefilem Takbir Semalam, Pelakon - Pelakon Telefilem Takbir Semalam, Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Telemovie Awesome TV,

Telefilem Takbir Semalam akan disiarkan di di slot Ohsem Tele Awesome TV (Astro saluran 123, MyTV  saluran 112). pada 30 Mei 2021 ini. Antara pelakon telefilem Takbir Semalam Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Siti Hariesa dan ramai lagi. Selain itu telemovie Takbir Semalam ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Wah nampak menarik telefilem ni kan, mesti sedih kan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Takbir Semalam ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Takbir Semalam Lakonan Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly (Awesome TV)

Mengisahkan Mak Yah terkenal dengan sikap yang suka memaki hamun dan bercakap kasar. Tahun ini merupakan tahun pertama bagi Mak Yah untuk menyambut Hari Raya seorang diri. Orang kampung sedih melihat Mak Yah kerana dia masih lagi belum boleh menerima hakikat kerana semua ini berlaku di atas sikapnya yang sering memarahi anak menantunya sehingga mereka sekeluarga nekad keluar dari rumah dan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa mereka semua.

Read More

26 Mei 2021

Drama Cukup Derita Itu Episod 1 Hingga Episod 40 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3



Drama Cukup Derita Itu, Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah, Drama Melayu TV3, Drama Adaptasi Novel, Info dan Sinopsis Drama Cukup Derita Itu, Pelakon - Pelakon Drama Cukup Derita Itu, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Chacha Maembong,

Drama Cukup Derita Itu adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiakan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini sudah bersiaran sejak 6 Mei 2021 yang lalu dan mempunyai 40 episod. Antara pelakon Drama Cukup Derita Itu adalah Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Lia Natalia. Selain itu drama Cukup Derita Itu disiarkan bagi menggantikan drama Penjara Janji lakonan Alif Satar dan Azira Syafinas. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Cukup Derita Itu karya novelis terkenal Siti Rosmizah. Manakala pengarah drama ini adalah Along Kamaludin dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Selepas Drama Adaptasi Novel Rindu Awak Separuh Nyawa popular, kini muncul lagi drama baru yang merupakan adaptasi novel karya Siti Rosmizah. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Cukup Derita Itu beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
Ruhainies Farehah sebagai Ellani
Chacha Maembong sebagai Ellana
Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah
Rosnah Johari sebagai Datin Mahani
Lia Natalia sebagai Salwa
Didie Alias sebagai Mak Yek
Farhan Asri sebagai Amirul
Dian P. Ramlee sebagai Nek Long
Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah
Fahrin Ahmad sebagai Fariz
Sera Melissa sebagai Ayu
Hafidzuddin Fazil sebagai Dato' Azli
Mubarak Majid sebagai Pak Mat




Sinopsis Penuh Drama Cukup Derita Itu Lakonan Hisyam Hamid dan Ruhainies di Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya korang kena baca novel ini. Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan. Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui. Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms. Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?
Drama Cukup Derita Itu, Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah, Drama Melayu TV3, Drama Adaptasi Novel, Info dan Sinopsis Drama Cukup Derita Itu, Pelakon - Pelakon Drama Cukup Derita Itu, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Chacha Maembong, Poster Drama Cukup Derita Itu,
Lagu Tema / OST Drama Cukup Derita Itu
💋 Cukup Derita Itu nyanyian Siti Nordiana 
💋 Pergilah Derita nyanyian Asfan Shah dan Lia Aziz

Tonton Drama Cukup Derita Itu Full Episode
Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV3, korang boleh menonton secara online drama ini di aplikasi 👌 IQIYI

Read More

15 Mei 2021

Telefilem Puaka Hari Raya Lakonan Hisyam Hamid (Astro Citra)



Telefilem Puaka Hari Raya, Telemovie Puaka Hari Raya, Telefilem Raya, Telemovie Raya, Telefilem Astro Citra, Poster Telefilem Puaka Hari Raya, Pelakon - Pelakon Telefilem Puaka Hari Raya, Hisyam Hamid, Khatijah Tan, Info dan Sinopsis Telefilem Puaka Hari Raya,

Telefilem Puaka Hari Raya akan disiarkan pada hari Sabtu iaitu pada 15 Mei 2021, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon Telefilem Puaka Hari Raya ini adalah Hisham Hamid, Khatijah Tan, Sharul Kamal, Aman Aziz, Ummar Dzariff dan ramai lagi. Selain itu telemovie Puaka Hari Raya ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Puaka Hari Raya ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Puaka Hari Raya (Astro Citra)

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Fahmi yang derhaka pada ibunya Fatimah sehingga sanggup melarikan diri dan meninggalkan ibunya itu seorang diri pada malam hari raya. Di luar pengetahuan Fahmi ibunya telah pun meninggal dunia pada malam yang sama. Empat tahun berlalu, Fahmi yang terlalu merindui ibunya pulang semula ke kampung halamannya itu. Namun apa yang menantinya hanyalah puaka yang menculik kanak - kanak setiap kali tibanya malam raya. Apa yang berlaku seterusnya?..
Telefilem Puaka Hari Raya, Telemovie Puaka Hari Raya, Telefilem Raya, Telemovie Raya, Telefilem Astro Citra, Poster Telefilem Puaka Hari Raya, Pelakon - Pelakon Telefilem Puaka Hari Raya, Hisyam Hamid, Khatijah Tan, Info dan Sinopsis Telefilem Puaka Hari Raya,
Read More

23 Apr 2021

Drama Isolasi Lakonan Hisyam Hamid dan Reen Rahim (Awesome TV)



Drama Isolasi, Info dan Sinopsis Penuh Drama Isolasi, Poster Drama Isolasi, Pelakon - Pelakon Drama Isolasi, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Reen Rahim, Drama Baru Aishah Ilias,
Drama Isolasi Lakonan Hisyam Hamid dan Reen Rahim Di Awesome TV

Drama Isolasi telah pun disiarkan di Awesome TV bermula 16 April yang lalu setiap Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon drama Isolasi ini adalah Hisyam Hamid, Reen Rahim, Mustaqim Bahadon, Siti Khadijah Halim, Zain Hamid, Aishah Ilias, Amir, Jasper Supayah dan ramai lagi. Selain itu drama Isolasi ini diarahkan oleh Wan Saiful Shahrizan. Wah nampak menarik kan drama ini, plus aku suka dengan barisan pelakon drama Isolasi ni semua best - best belaka. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Drama Isolasi 
Lakonan Hisyam Hamid dan Reen Rahim Di Awesome TV

Khairi dan Ika menghadapi masalah rumah tangga bercadang untuk bercerai dan kedua - dua mereka pergi ke resort berkenaan untuk berbincang secara baik mengenai masalah mereka. Namun lain yang jadi bila mereka sering bergaduh dan sukar untuk berbincang. Manakala Ariz dan Erra pula sedang menikmati percutian bulan madu mereka. Tanpa disangka, 2 pasangan ini terperangkap di resort tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kiblat Yang Hilang Full Episode Di Awesome TV
Read More

25 Sep 2020

Drama Dendam Cinta Arissa Lakonan Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime (Astro Prima)



Drama Dendam Cinta Arissa, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Atikah Suhaime, Drama Baru Aidil Aziz, Drama Baru Shiqin Kamal, Drama Astro Prima 2020, Poster Drama Dendam Cinta Arissa,

Drama Dendam Cinta Arissa akan diulang siar di slot Tiara Astro Prima, setiap Isnin hingga Jumaat mulai 21 September 2020 bagi menggantikan drama Jalan Sesat Ke Syurga yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah pernah disiarkan di Astro Ria pada bulan Mac yang lalu namun jalan ceritanya tak habis dan tergantung kerana diorang tak sempat nak habiskan shooting sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Antara pelakon drama Dendam Cinta Arissa ini adalah Hisyam Hamid, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Ruzana Ibrahim, Aidil Aziz, Shiqin Kamal, Arash Mohd, Putri Hanan, Noryati Taib, Dilla Ahmad dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Memang menarik drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Dendam Cinta Arissa Lakonan Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime (Astro Prima)

Setelah lama bercinta, Zariman (Fezrul Khan) akhirnya melamar Arissa (Atikah Suhaime) untuk menjadi isterinya dan mula membuat perancangan perkahwinan. Arissa dilanda dilema, takut sekiranya selepas dia berkahwin dan berpindah, Suraya (Putri Hanan) tidak dapat menjaga nenek mereka (Saleha) dengan baik. Sementara itu, Rafael (Hisyam Hamid) dilanda kemelut rumahtangga apabila dia syak Diana (Ruzana Ibrahim) curang dengan dia. Diana akhrinya mengaku yang dia curang dan meminta Rafael supaya lepaskan dia. Perkahwinan Arissa dan Zariman musnah apabila Rafeal melanggar Zariman ketika Rafael mengejar isterinya Diana yang cuba melarikan anaknya Mimi. Zariman meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, dan Arissa mengalami kemurungan yang teruk. Zaki (Aidil Aziz) menjaga Arissa dan kebajikan keluarga Arissa, dalam diam masih menaruh hati pada Arissa.  Arissa terima lamaran Zaki, walaupun dia masih gusar dan tahu hatinya masih lagi pada Zariman. Rafeael yang ingin berterus terang pula jatuh cinta dengan Arissa tanpa sengaja. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Arissa bahagia akhirnya?.. 

Drama Dendam Cinta Arissa, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Atikah Suhaime, Drama Baru Aidil Aziz, Drama Baru Shiqin Kamal, Drama Astro Prima 2020, Poster Drama Dendam Cinta Arissa, OST Drama Dendam Cinta Arissa,

Lagu Tema / OST Drama Dendam Cinta Arissa 

💕 Retak nyanyian Han Byul

💕 Hadiah nyanyian Amylea 

💕 Tegas nyanyian Faradhiya

💕 Begini Aku nyanyian Rina Lee

Jom Baca Ini Juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Drama Bicara Cinta Lakonan Dato Adi Putra dan Emma Maembong (TV3)

⏩ Sinopsis Drama Kampung People 2 (TV3) 

Read More

8 Feb 2020

Sinopsis Telefilem Ghairah Lakonan Hisyam Hamid dan Sara Ali




Telefilem Ghairah, Telemovie Ghairah, Astro Citra, Sinopsis Telefilem Ghairah, Poster Telefilem Ghairah, Senarai Pelakon Telefilem Ghairah, Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar, Telefilem Astro 2020,

Telefilem Ghairah akan disiarkan di Astro Citra pada 8 Februari 2020, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Ghairah ini adalah Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ghairah ini diarahkan oleh Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Dear Creative Sdn Bhd. Telefilem ini adalah adaptasi daripada Novel Ghairah karya Zura Anwar, nampak menarik telefilem ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye. Sinopsis penuh akan diupdate nanti..




Sinopsis Telefilem Ghairah Lakonan Hisyam Hamid dan Sara Ali (Astro Citra)

Mengisahkan Dani (Hisyam Hamid) yang hilang ingatan selepas mengalami satu kemalangan misteri. Ara (Sara Ali) isteri pada Dani merupakan seorang wartawan mula menjaga Dani dan cuba mengembalikan ingatan Dani. Rakan sekerja Ara iaitu Hafiz (Jay Iswazir) berasa sangsi dengan kejadian yang menimpa Dani. Dia merasakan ada seseorang yang memburu Dani tapi Dani bernasib baik kerana terselamat. Hafiz cuba menyiasat kes Dani namun Ara tidak mahu Hafiz untuk terus menyiasat kes tersebut dan campurtangan dalam hidup Dani. Ara kemudian membawa Dani pulang ke rumah mereka yang terletak dikawasan terpencil dan awalnya semuanya kelihatan baik, namun lama - kelaman Dani mula berasa sangsi dengan perlakuan isterinya Ara. Dipisahkan dari dunia luar membuatkan Dani semakin panik. Siapakah ara sebenarnya? Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid
➔ Drama Dua Takdir Cinta (Slot Tiara Astro Prima)
Read More

12 Dis 2019

Baca Online Novel Tq Kapten Karya Qash Irdina




Novel TQ Kapten, Baca Online Novel TQ Kapten Bab 1 Hingga Bab 10, Novel Online Tq Kapten, Novelis Qash Irdina, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu 2019, Drama Bersiri Astro 2019, Drama TQ Captain, Slot MegaDrama, Astro Ria, Pelakon - Pelakon Drama Tq Captain, Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok, Raf Yaacob, Natrah Khalid, Fadhli Masoot, Harris Annuar, Muntazar Ghani, Nurul Fateha, Jalaluddin Hassan, Safura Ya'cob, Sinopsis Novel Tq Kapten, Cover Depan Novel Tq Kapten,

Novel Tq Kapten Karya Qash Irdina telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod iaitu drama TQ CAPTAIN yang sekarang ini tengah hangat bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria. Hisyam Hamid dan Mawar Rashid akan menjadi teraju utama drama Tq Captain ini. Hisyam Hamid akan memegang watak sebagai Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin manakala Mawar Rashid akan memegang watak sebagai Mikayla Mirza. Selain Hisyam Hamid dan Mawar Rashid, pelakon lain yang turut berlakon dalam drama TQ Captain ini adalah Natrah Khalid sebagai Elle, Tomok sebagai Amsyar, Mark Adam sebagai Zafrel, Raf Yaacob sebagai Leftenan Bazli dan ramai lagi. Jadi sambil - sambil menonton versi dramanya di TV tu, korang juga boleh baca novel Tq Kapten ini secara online juga, caranya korang cuma perlu klik link di bawah tu ye. Tapi tak semua bab ada, kalau nak baca novel penuh, sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran okey. Apa pun jom tengok sinopsis novel Tq Kapten di bawah ini ye..




Sinopsis Novel TQ Kapten Karya Qash Irdina


Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands. Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya’, mat perang kacak bergaya di RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, mat perang itu juga menjadi hero menyelamatkannya. Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya’ berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla. “Kerja nombor satu. Awak nombor dua.”- Kapten Dihya’ Amboi, padu betul ayat dia! “Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu.”- Mikayla 
Novel TQ Kapten, Baca Online Novel TQ Kapten Bab 1 Hingga Bab 10, Novel Online Tq Kapten, Novelis Qash Irdina, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu 2019, Drama Bersiri Astro 2019, Drama TQ Captain, Slot MegaDrama, Astro Ria, Pelakon - Pelakon Drama Tq Captain, Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok, Raf Yaacob, Natrah Khalid, Fadhli Masoot, Harris Annuar, Muntazar Ghani, Nurul Fateha, Jalaluddin Hassan, Safura Ya'cob, Sinopsis Novel Tq Kapten, Hero dan Heroin Drama Tq Captain,
Ayat orang tak nak kalah. Mikayla menjunjung ego. Kapten Dihya’ angkat kaki. Masa itu, baru kenal erti rindu. Oleh kerana bumi ini bentuknya sfera, mereka asyik sahaja bertemu. Bercakar belum lagi, cuma bertikam lidah. Sekejap sayang, esok membenci. Tapi bila rindu, seorang asyik tengok WhatsApp sambil menangis tak berlagu, seorang lagi tiup seruling lagu Kamelia. Masuk angin keluar asap! “Don’t you dare challenge me, Dihya’. Just because that I confessed my own feelings towards you lately, you buat I rasa macam perempuan murah. Go to hell with your pride and concern.” - Mikayla “Pasal Mikayla, aku memang sayang kat dia. Cuma perasaan sayang ni aku serahkan kepada Allah. Apa yang kita sayang, biar Allah yang jaga.”- Kapten Dihya’ Ada rahsia yang perlu dibongkar. Kerana selagi itu, cinta antara Mikayla dan Kapten Dihya’ tidak akan bersatu sampai bila-bila. Tapi, siapakah yang akan membongkarkan rahsia itu? Bersatukah dua jiwa itu akhirnya?

➔ Baca Online Novel TQ Kapten Bab 1 Hingga Bab 10 ⤌ 

Jom Baca ini juga ➽ Drama Mama Papa Ekspres (Slot Dahlia TV3)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

13 Okt 2019

Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik (Astro Citra)




Malam Tahlil Suhaila Balik, Telefilem, Telemovie, Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik, Telemovie Malam Tahlil Suhaila Balik, Sinopsis Telemovie Malam Tahlil Suhaila Balik, Poster Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik, Kisah Seram, Hantu, Inspirasi Dari Kisah Benar, Senarai Pelakon Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik, Telefilem Astro 2019, Uqasha Senrose, Hisyam Hamid, Wan Maimunah Aziz, Zarynn Min, Liza Abdulah,
Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik Lakonan Hisyam Hamid dan Uqasha Senrose

Sepanjang bulan Oktober ni, semua telefilem baru yang disiarkan di Astro Citra tu memang semuanya bergenre seram gitu hehe. Kali ini giliran telefilem yang diinspirasikan dari kisah benar gitu bertajuk Malam Tahlil Suhaila Balik. Antara pelakon telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik ini adalah Uqasha Senrose, Hisyam Hamid, Wan Maimunah Aziz, Zarynn Min, Liza Abdulah dan ramai lagi. Kalau tengok dari trailer memang nampak menarik telemovie Malam Tahlil Suhaila Balik ni. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh MS Digital Studio Sdn Bhd. Para pelakon pun best - best belaka, so jom tengok sinopsis ringkas di bawah ini ye.




Sinopsis Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik

Dalam pada menanggung perit kematian Suhaila, suaminya berdepan dengan masalah yang tak disangka-sangka apabila mayat isterinya kembali ke rumah pada salah satu malam tahlilnya. Hal tersebut membuatkan semua orang ketakutan, apa sebenarnya yang terjadi?..

Jom Baca Ini Juga ➔ Biodata Terkini Uqasha Senrose

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~ 
Read More


My Random Post