10 Sep 2021

Review dan Sinopsis Hindi Movie Hungama 2



Hungama 2, Hungama 2 Review, Hindi Movie Hungama 2, Bollywood Movie Hungama 2, Hungama 2 Synopsis, Hungama 2 Cast, Hungama 2 Review, Hungama 2 Poster, Pelakon - Pelakon Filem Hungama 2, Shilpa Shetty, Meezan Jafri, Rajpal Yadav,

Bila dapat tahu akan ada filem Hungama 2 ni aku agak teruja juga sebab aku memang suka dengan filem Hungama yang first punya, iaitu yang release pada tahun 2003 tu. Plus lebih menarik bila filem Hungama 2 ni jadi filem comeback untuk Shilpa Shetty ke dunia filem Bollywood selepas lama tak berlakon, begitu juga dengan pengarah filem ini Priyadarshan yang lama tak mengarah filem Bollywood ni. Bagi sesiapa yang dah tengok filem Hungama yang pertama tu pasti dah tahu konsep dia macam mana kan, penuh kekeliruan, salah sangka dan lawak habis. Berbalik pada filem Hungama 2 ni ianya release pada 23 Julai 2021, filem Hungama 2 ini bukan sambungan pada filem Hungama 2003 tu, malah jalan ceritanya juga berbeza sama sekali. Hindi Movie Hungama 2 ini based pada filem Malayalam bertajuk Minnaram yang diarahkan oleh Priyadarshan juga pada tahun 1994. Antara pelakon - pelakon filem Hungama 2 ini adalah Paresh Rawal, Ashutosh Rana, Pranitha Subhash, Shilpa Shetty, Meezaan Jafri, Rajpal Yadav, Tiku Talsania dan ramai lagi. Pelakon Johny Lever dan Akshaye Khanna turut menjadi cameo dalam filem ini. 
Hungama 2, Hungama 2 Review, Hindi Movie Hungama 2, Bollywood Movie Hungama 2, Hungama 2 Synopsis, Hungama 2 Cast, Hungama 2 Review, Hungama 2 Poster, Pelakon - Pelakon Filem Hungama 2, Shilpa Shetty, Meezan Jafri, Rajpal Yadav,
Kalau tengok dari barisan pelakon filem Hungama 2 ni ada ramai juga pelakon asal filem Hungama 2003 yang turut berlakon dalam filem ini, misalnya Paresh Rawal, Rajpal Yadav, Tiku Talsania, malah Akshaye Khanna pun jadi cameo okey. Sayangnya Aftab dan Rimi Sen takde dalam filem ini. Ada juga nama watak - watak pelakon dari Hungama 2003 tu dikekalkan misalnya seperti watak Radhe Shyam Tiwari, Anjali Tiwari dan lain - lain lagi. Bagi aku lepas menonton Bollywood Movie Hungama 2 ni, ada dua benda yang aku suka, pertama sekali sebab ada Shilpa Shetty dalam movie ni, Shilpa Shetty sangat cantik okey, tak nampak macam 46 tahun tapi macam anak dara gitu. Plus ada lagu best dalam movie ni iaitu Chura Ke Dil Mera 2.0 yang merupakan remake pada lagu yang tajuknya juga sama dari filem Main Khiladi Tu Anari (1994) lakonan Shilpa Shetty sendiri bersama Akshay Kumar. Dua benda tu jela yang aku suka, yang lain hampeh, jalan cerita filem Hungama 2 ni sangatlah tak lawak dan gagal mengikut kejayaan filem Hungama 2003 itu. Barisan pelakon dah best, tapi jalan cerita ntah apa - apa, tak ada yang menarik pun, adoiiyaii.

Ini kali pertama juga aku tengok Meezaan Jafri berlakon, stail dan gaya lakonannya dalam filem ini mengingatkan aku pada pelakon Ranbir Kapoor. Selain itu filem ini memang mendapat banyak negatif review dari penonton dan pengkritik filem. Apa pun aku bagi 4/10 bintang untuk movie Hungama 2 ni, jadi jom tengok sinopsis Hungama 2  di bawah ini ye.




Sinopsis Filem Hungama 2 

Colonel Govind Kapoor lakonan Ashutosh Rana mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu Aman dan Aakash lakonan Meezaan Jafri serta mempunyai 4 orang cucu yang nakal. Konflik mula berlaku bila bekas kekasih Aakash di zaman kolejnya iaitu Vaani lakonan Pranitha Subhash tiba - tiba muncul di rumahnya bersama seorang kanak - kanak bernama Gehna dan mendakwa itu adalah anak Aakash. Aakash terkejut dan menafikan budak tu anak dia, namun ayahnya tidak mempercayai Aakash. Lebih mengharukan lagi ketika itu Aakash hampir nak bertunang dengan anak perempuan kawan baik ayahnya. Vaani kemudian mula tinggal di rumah keluarga Aakash, namun Aakash berusaha mencari bukti yang budak kecil tu bukan anaknya. Aakash kemudian meminta pertolongan rakan sekerjanya iaitu Anjali Tiwari lakonan Shilpa Shetty untuk membantunya mencari jalan untuk keluar dari masalah ini. 
Hungama 2, Hungama 2 Review, Hindi Movie Hungama 2, Bollywood Movie Hungama 2, Hungama 2 Synopsis, Hungama 2 Cast, Hungama 2 Review, Hungama 2 Poster, Pelakon - Pelakon Filem Hungama 2, Shilpa Shetty, Meezan Jafri, Rajpal Yadav,
Anjali Tiwari juga sangat rapat dengan keluarga Aakash, kira macam anak angkat pada bapa Aakash tu. Walaubagaimanapun suami Anjali iaitu Radhe Shyam Tiwari lakonan Paresh Rawal sangat kuat cemburu. Radhe Shyam Tiwari mula salah sangka dan yakin yang isterinya Anjali ada affair dengan Aakash dan Gehna itu adalah anak pada hubungan sulit Aakash dan isterinya. Macam - macam cara yang Aakash lakukan untuk mengusir Vaani dan anaknya itu keluar dari rumahnya. Manakala Radhe Shyam Tiwari pula cuba untuk membunuh Aakash tapi tak berjaya. Aakash mengupah seseorang untuk menyamar menjadi suami Vaani tapi lain yang berlaku. Siapa Vaani dan Gehna sebenarnya? kenapa Vaani tiba - tiba muncul dalam hidup Aakash? apa motif sebenar Vaani? adakah benar Gehna itu anak Aakash?. Bagaimana pula dengan salah faham Radhe Shyam Tiwari itu?..



2 ulasan:

  1. Bila free sikit masa cuti sek ni abam kie nak tengok la...

    BalasPadam
  2. haritu tengok lagu remake chura ke dil mera tu hmm kecewa betul tak syok langsung. tak pernah tengok hungama tapi hero untuk movie ni macam kayu

    BalasPadam



My Random Post