5 Okt 2018

Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15)




Drama Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Slot Samarinda, TV3, Ending Drama Bahagia Bukan Bidaan, Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15), Sinopsis Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisyam, Ika Nabella, Sherry Ibrahim, Mak Wan, Arja Lee, Watak Dalam Drama Bahagia Bukan Bidaan, Hana, Nik, Talha, Azlan, Aina, Murni, Kartini, Poster, Episod 15 Drama Bahagia Bukan Bidaan, 2018,
Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15)

Episod 15 drama Bahagia Bukan Bidaan ini adalah merupakan episod terakhir drama ini yang disiarkan pada 3 Oktober yang lalu di TV3. Barisan pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini terdiri daripada Nora Danish, Dato Adi Putra, Zamarul Hisyam, Ika Nabella, Arja Lee, Wan Sharmila dan ramai lagi. Dalam episod 13 dan 14 drama ini, macam - macam yang berlaku contohnya Nik (lakonan Adi Putra) yang baru kematian isteri pertamanya dan menjadi sedih, manakala Hana (lakonan Nora Danish) pula sudah mula mencintai Nik dan akhirnya mereka bernikah. Aina (lakonan Ika Nabella) pula berdepan masalah dalam menguruskan syarikat serta suaminya Azlan (lakonan Zamarul Hisyam) dan akhirnya Aina mati kena langgar lari, manakala Azlan pula kahwin satu lagi dengan wanita yang bernama Kartini lakonan Sherry Ibrahim tanpa pengetahuan Aina. Manakala Talha (Arja Lee) pula adalah bekas pesakit kemurungan dan sudah berhenti menjadi doktor dan merupakan mastermind yang merancang perpisahan Hana dan Azlan dengan melibatkan Aina.




Manakala episod akhir drama ini bermula dengan Hana yang berasa risau kerana yakin ada orang lain yang selalu ikut dirinya ke mana saja dia pergi. Manakala Nik pergi berjumpa dengan Talha dan Talha mengaku dan berterus - terang pada Nik mengenai dirinya, malah Talha juga berjanji pada Nik akan membantu Nik mencari siapa orang yang selalu follow Hana itu. Kemudian Nik memberitahu perkara sebenar mengenai Talha pada isterinya Hana dan kelihatan Hana sangat terkejut dengan berita itu. Hana kemudian berasa marah serta takut dengan Talha dan tak mahu berjumpa dengan Talha lagi. Berbeza dengan Murni (lakonan Wan Sharmila) yang merasakan Talha tidak berbahaya seperti yang dikatakan oleh Hana dan menyuruh Hana supaya memberi peluang kedua pada Talha untuk berubah dan move on dengan hidupnya. Hana akhirnya bersetuju berjumpa dengan Talha dan Talha kemudiannya memohon maaf pada Hana seikhlas hatinya dan akhirnya Hana memaafkannya dan mereka berbaik. Selepas selesai berjumpa dengan Talha, Hana kemudian didekati oleh seorang lelaki yang ingin menculiknya, rupa - rupanya lelaki tersebut adalah Azlan,

Talha yang menyaksikan kejadian itu sempat menolong Hana dan memukul Azlan lalu Azlan jatuh tangga lalu lumpuh. Nik cuba menasihati dan mengajak Hana untuk pergi melawat Azlan tapi Hana enggan ada kaitan dengan Azlan lagi. Selepas itu Nik selalu melawat Azlan di hospital dan berborak dengannya, malah Azlan juga sudah mula insaf dan sedar apa yang dilakukannya selama ini salah dan meminta maaf pada Nik. Talha juga turut berjumpa dengan Azlan dan menjelaskan segalanya serta memohon maaf pada Azlan namun Azlan mula marah dan menghalaunya keluar dari situ. Setelah dinasihati dan disedarkan oleh Nik, Hana akhirnya pergi melawat Azlan dan Azlan turut memohon maaf pada Hana atas kesalahannya selama ini. Apa pun ending drama Bahagia Bukan Bidaan ini memang happy endinglah kan, bila Nik dan Hana hidup bahagia gitu hehe. Drama Mawar Murni akan menggantikan drama Bahagia Bukan Bidaan ini.
Read More

4 Okt 2018

Biodata Terkini Farah Nabilah




Farah Nabilah, Pelakon, Biodata, Profil, Biodata Artis, Artis Malaysia, Biodata Farah Nabilah, Profil Farah Nabilah, Senarai Drama Lakonan Farah Nabilah, Drama Terbaru Farah Nabilah,
Profil / Biodata Farah Nabilah

Hari ini aku nak share serba sedikit tentang biodata pelakon cantik Farah Nabilah ini, Farah Nabilah antara pelakon yang berbakat, dia boleh bawakan watak sedih, watak garang dan pelbagai watak lain dengan baik sekali. Aku mula kenal Farah Nabilah ini dari drama bersiri Papa Ricky, Farah makin dikenali dan popular selepas berlakon dalam drama bersiri Titian Cinta (2017) yang disiarkan di slot Akasia TV3 dan bergandingan dengan Zul Ariffin dalam drama berkenaan. Manakala drama terbaru lakonan Farah Nabilah ini, tengah hangat disiarkan di slot Akasia TV3 iaitu drama Kau Yang Pertama bergandingan dengan Fikry Ibrahim. Apa pun jom tengok biodata ringkas Farah Nabilah di bawah ini, okey..




Profil / Biodata Farah Nabilah

Nama Penuh: Farah Nabilah binti Saipuddin
Nama Komersil: Farah Nabilah
Nickname: Fawaa
Umur: 26 (2018)
Tarikh Lahir: 10 March 1992
Asal : Selangor, Malaysia
Kerjaya: Model dan Pelakon
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Universiti SEGI)
Farah Nabilah, Pelakon, Biodata, Profil, Biodata Artis, Artis Malaysia, Biodata Farah Nabilah, Profil Farah Nabilah, Senarai Drama Lakonan Farah Nabilah, Drama Terbaru Farah Nabilah,
Senarai Drama Lakonan Farah Nabilah: Kau Yang Pertama, Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mocha Kau Bahagia, Titian Cinta, Papa Ricky, Ustaz Pink, Inikah Cinta, Imam Mudaku Romantik dan banyak lagi.
Senarai Telefilem Lakonan Farah Nabilah: Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Adakah Aku Bersalah, Tersuka Tanpa Sengaja Raya dan banyak lagi
Filem: Mana Mau Lari (2014) - cameo
Anugerah: Menang Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era ke -5 
Read More

3 Okt 2018

Resepi Kuah Kacang Mudah & Sedap




Kuah Kacang, Resepi, Resipi, Resepi Kuah Kacang, 2018, Kuah Kacang Sesuai Dimakan dengan Nasi Himpit, Satay, Resepi Kuah Kacang Yang Mudah Dan Sangat Sedap,
Resepi Kuah Kacang Mudah Dan Sedap

Kalau makan satay ke, nasi himpit, ketupat dan dicicah pula dengan kuah kacang ni memang sedap tak terkata gitu. Tambahan lagi kalau kuah kacang tu sedap dan mudah disediakan memang seronoklah makan macam - macam dengan kuah kacang ni, makan dengan roti pun boleh hehe. Jadi dalam entry ni, aku nak share resepi kuah kacang ni dengan korang semua, resepi ini credit pada ownernya iaitu Arieza Rieza dan resepi ini aku ambil dari Facebook Resepi Orang Kampung. Jadi selamat mencuba ye buat semua.


Bahan Yang Dikisar / blander:

Cili kering

Bawang besar 2 biji

Bawang putih 3 ulas

Serai 2 batang

Lengkuas sedikit
Asam jawa
Udang kering





Bahan - Bahan lain


* Kacang tanah goreng dengan minyak dan kisar ikut suka nak hancur sangat atau tidak. Saya blander guna blander basah saja..senang kerja



* garam perasa
* gula putih
* gula merah
* air

Cara memasak
- Panaskan minyak kemudian masukkan bahan blander, tunggu sehingga pecah minyak
- kemudian masukkan kacang yang siap diblander bersama bahan- bahan lain.
- tunggu mendidih..kalau pekat sangat boleh tambah air, pastikan rasa semua cukup masin masam manis..
- dah ok boleh tutup api dan hidang bersama nasi impit cucur udang atau sate.
Selamat mencuba..
Read More

1 Okt 2018

Sinopsis Telemovie Dilema (NTV7)




Dilema, Telemovie, Telefilem, Telemovie Dilema, Telefilem Dilema, Slot Luna, NTV7, Cast, Pelakon Telemovie Dilema, Scha Alyahya, Izzue Islam, Vince, Bella Dowanna, Doria Rachel Jolly, Sinopsis Telefilem Dilema, 2018,
Sinopsis Telemovie Dilema - Slot Luna ntv7

Telefilem Dilema akan disiarkan pada 30 September 2018 ini di Slot Luna NTV7, jam 8.30 malam dan diarahkan oleh Azaromi Ghozali. Antara pelakon telemovie Dilema ini adalah Scha Alyahya, Izzue Islam, Vince, Bella Dowanna, Doria Rachel Jolly dan ramai lagi. Nampak macam menarik juga telemovie Dilema ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye, selamat membaca..




Sinopsis Telemovie Dilema - Slot Luna ntv7

Robert, lelaki berbangsa Cina dan berkahwin dengan Rebecca yang menetap di Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ruby. Bagaimanapun, kelahiran Ruby tidak pernah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Perkahwinan Robert dan Rebecca tidak mendapat restu keluarga, malah sejak dari awal hubungan lagi, mereka sering bergaduh. Tengku Nafrin dan Zandra Amelia adalah pasangan suami isteri yang sering bersama dengan Robert saat jatuh bangunnya. Hubungan rapat mereka menyebabkan Robert sering berkongsi masalah dengan Tengku Nafrin dan Zandra. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More

30 Sep 2018

Telemovie Pengantin Lari Culik Artis (Astro Citra)




Pengantin Lari Culik Artis, Telemovie,Telefilem, Telefilem Pengantin Lari Culik Artis, Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Slot Citra Exclusive, Astro Citra, Poster, 2018, Sinopsis Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Cast, Pelakon Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Nabila Razali, Syafiq Kyle, Muzayyin, Norman Hakim, Bell Ngasri, Eyka Farhana,
Sinopsis Telemovie Pengantin Lari Culik Artis 

Telefilem Pengantin Lari Culik Artis akan disiarkan di slot Citra Exclusive pada 29 September 2018, jam 9 malam, di Astro Citra dan Mustika HD. Antara pelakon telemovie Pengantin Lari Culik Artis ini adalah Nabila Razali, Syafiq Kyle, Muzayyin, Norman Hakim, Bell Ngasri, Eyka Farhana dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie ini adalah Aidilfitri Mohamed Yunos dan diterbitkan oleh TSAR Asia Sdn Bhd. Kalau tengok dari tajuk telemovie ini saja dah nampak kelakar dan best gitu, plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka. Jadi jom tengok sinopsis Telemovie Pengantin Lari Culik Artis ini di bawah ye. Selamat membaca okey..




Telemovie Pengantin Lari Culik Artis (Astro Citra)

Mengisahkan Fammy yang merupakan peminat fanatik Jay Johan yang merupakan seorang artis popular. Fammy memang obses dengan Jay Johan sehingga membuatkan ayahnya berasa kurang senang dengan sikap Fammy itu. Akhirnya ayahnya membuat keputusan drastik untuk menikahkan Fammy dengan anak kawan baiknya. Namun Fammy tidak mahu berkahwin, kemudian ayahnya memberi pilihan pada Fammy, iaitu sekiranya Jay Johan tidak masuk meminangnya, maka Fammy harus menikah dengan anak kawan baiknya itu. Tercabar dengan cabaran yang diberikan ayahnya itu membuatkan Fammy nekad untuk berbuat sesuatu agar dapat berkahwin dengan artis pujaannya itu iaitu Jay Johan. Manakala Jay Johan pula tertekan dengan sikap pihak pengurusannya yang ingin mengatur hidupnya. 
Pengantin Lari Culik Artis, Telemovie,Telefilem, Telefilem Pengantin Lari Culik Artis, Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Slot Citra Exclusive, Astro Citra, Poster, 2018, Sinopsis Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Cast, Pelakon Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Nabila Razali, Syafiq Kyle, Muzayyin, Norman Hakim, Bell Ngasri, Eyka Farhana,
Malah dia dipaksa untuk berpura - pura bercinta dengan seorang artis wanita yang dibencinya. Fammy kemudiannya memakai baju pengantin dan mencuri Campervan milik ayahnya itu dan pergi ke tempat Jay Johan berada. Manakala Jay Johan pula ingin melarikan diri dari peminat serta pengurusnya lalu secara tak sengaja menaiki campervan yang di bawa Fammy itu. Jay Johan menyangka Campervan itu telah disewa oleh pengurusnya untuk dirinya dan turut menyangka Fammy adalah driver Camper Van tersebut. Jay Johan kemudian menyuruh Fammy untuk memandu van tersebut, manakala Fammy yang masih terkejut melihat Jay Johan yang tiba - tiba muncul hanya mengikut arahan Jay Johan. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST Pengantin Lari Culik Artis
➔ The Lipstik - Teruna dan Dara
Read More

29 Sep 2018

Episod Akhir Drama Alamatnya Cinta

Alamatnya Cinta, Drama Aamatnya Cinta, Astro Ria, Slot MegaDrama, Adaptasi Drama Korea Full House, Ending Drama Alamatnya Cinta, Episod Akhir, Sinopsis Episod 24 Drama Alamatnya Cinta (Episod Akhir), Cast, Pelakon Drama Alamatnya Cinta, Hisyam Hamid, Hannah Delisha, Alicia Amin, Yusry Abdul Halim, Cik Manggis, Fahad Iman, Jasmine Suraya, Dian P. Ramlee, Lisa Surihani, Watak Dalam Drama Alamatnya Cinta, Faliq, Ellie, Omar, Damon Degawan, Dian, Poster Drama Alamatnya Cinta,
Episod Akhir Drama Alamatnya Cinta (Astro Ria)

Tamat sudah drama 24 episod, bertajuk Alamatnya Cinta yang merupakan adaptasi daripada Drama Korea Full House. Hisham Hamid dan Hannah Delisha adalah pelakon utama drama Alamatnya Cinta ini dan merupakan kali pertama diorang bergandingan. Ini juga kali pertama aku melihat Yusry Abdul Halim berlakon dalam drama sebab sebelum ini dia selalu berlakon dalam filem mahu pun jadi pengarah saja. Paling sweet bila Lisa Surihani pun ada jadi cameo dalam drama ini sebagai watak Dian. Sebut pasal watak Dian teringat pula dekat filem Istanbul Aku Datang yang mana Lisa turut memegang watak Dian juga dalam filem tu hehe. Pelakon lain dalam drama ini adalah Alicia Amin, Jay Hidhir, Cik Manggis, Fahad Iman, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Manakala Ending drama Alamatnya Cinta ini memang happy ending gitu, apa pun jom tengok sinopsis episod akhir drama Alamatnya Cnta di bawah ini okey. Selamat membaca..




Sinopsis Episod 24 Drama Alamatnya Cinta (Episod Akhir)

Setelah bercerai, Faliq Assad (Hisham Hamid) berusaha untuk memujuk Ellie Farhana (Hannah Delisha) untuk kembali padanya, manakala Ellie pula sudah berjanji akan berkahwin dengan Damon Degawan (Yusry). Ellie memujuk Damon untuk tidak menarik pelaburannya dalam filem lakonan Faliq itu dan Damon bersetuju untuk meneruskannya, manakala Faliq pula ingin melabur dalam filemnya itu dengan duitnya sendiri. Tak lama kemudian Ellie tiba - tiba tidak dapat meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan Damon dan meminta maaf pada Damon lalu pergi dari situ. Damon berasa kecewa kerana Ellie telah meninggalkannya dan Damon berterus terang pada ibunya bahawa Ellie mengingatkannya tentang Dian (Lisa Surihani). Tak lama kemudian Ibu Damon sengaja menyuruh Dian untuk pergi berjumpa dengan Damon dan kemudian mereka sering bertemu dan makin rapat. Manakala Faliq berasa gembira bila Ellie tidak jadi berkahwin dengan Damon dan berusaha pelbagai cara untuk memikat Ellie semula.




Namun Ellie sengaja tidak menghiraukan Faliq, tapi Faliq tidak berputus asa dan cuba terus - terusan untuk berkahwin semula dengan Ellie. Namun Ellie masih lagi jual mahal dan sentiasa mengelak dari bercakap soal kahwin, Faliq juga turut meminta bantuan Omar (Fahad Iman) untuk menolongnya. Akhirnya Faliq cuba mengajak Ellie untuk berkahwin buat kali terakhir dan Ellie akhirnya bersetuju untuk berkahwin tapi bersyarat. Syaratnya Faliq harus membantu Ellie untuk membuat kerja - kerja rumah, tak lama kemudian Ellie dan Faliq menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan menjempat rakan - rakan mereka ke rumah. Kemudian Ellie membuat kejutan pada Faliq dengan memberitahu yang dirinya kini mengandung dan membuatkan Faliq berasa sangat gembira.
Read More

28 Sep 2018

Cash Out Google Adsense For The First Time




Google Adsense, Cash Out, Earnings, Menjana Pendapatan Dengan Blog, 2018, Lulus Google Adsense, Cash Out Google Adsense For The First Time,
Cash Out Google Adsense For The First Time

Blog Dari Hati Miss Mulan ini lulus Google Adsense pada 26 Oktober 2017 setelah beberapa kali gagal hehehe. Jenuh juga masa nak lulus dulu, contohnya kena reject sebab entry pendek - pendek belaka, kemudian kena reject sebab letak poster drama or movie, bila semua perubahan aku dah buat, barulah Google Adsense aku diluluskan. Setelah berbulan - bulan mengumpul duit, akhirnya pada 21 September 2018 duit Google Adsense dah masuk dalam akaun bank mak aku hehe.




Alhamdulilah dapatlah dalam RM400 lebih dan pada 25 September 2018 barulah aku betul - betul keluarkan duit google adsense itu dari bank dan aku gunakan duit itu untuk beli barang - barang keperluan harian. Memang rasa seronok gitu bila dapat duit dari hasil berbloging ini, walaupun kena kumpul berbulan - bulan tapi akhirnya merasa jugalah duit google adsense ini kan, maklumlah blog ni suam - suam kuku je, hasil pendapatan blogger lain lebih masyuk lagi dari aku. Apa pun semuanya rezeki, Alhamdulilah..
Read More

27 Sep 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest: Join Session #2 Now!

Lazada Malaysia, Shopathon Sale, My Favorite Brands On Lazada, Jenama, Lazada Shopathon Blogger Contest, 2018,
Lazada Shopathon Blogger Contest: Join Session #2 Now!

Okey kali ini aku nak join Lazada Shopathon Blogger Contest untuk sesi kedua yang mana akan tamat pada hari ini. Hari ini iaitu 27 September 2018, Lazada ada buat sale gempak iaitu Shopathon Sale yang berlangsung hanya satu hari saja iaitu pada hari ini 27/9/2018. Jadi jom semua shopping di Lazada sebab semua harga barang tengah murah - murah ni hehe.

Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them

1) PANASONIC
Panasonic, Barang Elektrik, Lazada Malaysia, Shopathon Sale, My Favorite Brands On Lazada, Jenama, Lazada Shopathon Blogger Contest, 2018,
Sejak dari dulu lagi, aku memang dah biasa dan suka beli barang - barang elektrik jenama Panasonic ini, sebab kualitinya yang terbaik dan barang yang dibeli tidak cepat rosak malah tahan lama.

2) OPPO
Oppo, LazMall, Handphone Oppo, Telefon Pintar, Telefon Bimbit, Oppo Malaysia, Lazada Malaysia, Shopathon Sale, My Favorite Brands On Lazada, Jenama, Lazada Shopathon Blogger Contest, 2018,
Aku berkenan juga dengan handphone jenama Oppo ini, designnya nampak cantik dan teringin nak beli bila ada duit nanti haha. Plus handphone Oppo ini juga sering dipromosi secara besar - besaran di TV kan, hope murah rezeki, bolehlah beli nanti hihi.

3) NESTLE
Nestle, Makanan, Grocery, Milo, Maggi, Nescafe, Barang Makanan, Lazada Malaysia, Shopathon Sale, My Favorite Brands On Lazada, Jenama, Lazada Shopathon Blogger Contest, 2018,
Aku juga suka beli barang dapur / produk makanan dari jenama Nestle seperti Milo, Maggi, Nescafe dan lain - lain lagi. Bagi aku semua produk makanan dari Nestle ini sedap - sedap belaka dan terbaik. 

Read More

26 Sep 2018

Episod 4 Hingga 9 Drama Bahagia Bukan Bidaan




Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Slot Samarinda, TV3, Drama Bahagia Bukan Bidaan, Novel Bahagia Bukan Bidaan, Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan, Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 4 Hingga Episod 9, 2018, Kisah Orang Ketiga, Cast, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sherry Ibrahim, Watak, Hana, Azlan, Aina, Nik, Murni, Talha,
Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 4 Hingga Episod 9

Nampaknya Drama Bahagia Bukan Bidaan ini semakin diminati ramai, maklumlah semua pelakonnya juga best best kan dan berpengalaman gitu. Barisan pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini terdiri daripada Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Nampaknya dalam episod 4 hingga episod 9 ini, emosi Hana makin stabil, ini ditambah dengan kehadiran Nik dalam kehidupannya. Bukan main cepat Nik masuk meminang Hana ini hehehe tapi Nik juga ada simpan satu rahsia dari Hana, kesian dengan Hana nanti, apa pun dalam entry ini aku nak share sinopsis drama Bahagia Bukan Bidaan untuk episod 4 hingga episod 9, jadi selamat membaca ye



Azlan (Zamarul Hisham)mula berasa susah dan kelam kabut dalam menguruskan perniagaannya sejak Hana (Nora Danish) tak ada, pelbagai masalah timbul kerana tidak ada pekerja lain yang sebagus Hana. Selain itu Hana juga bersetuju menyerahkan semua hartanya pada Azlan dengan harapan dapat berjumpa dengan anak - anaknya semula. Azlan tidak menyangka Hana sanggup berbuat demikian tapi masih enggan membenarkan Hana berjumpa dengan anak - anaknya. Kawan baik Hana iaitu Murni (Wan Sharmila) berasa geram dengan sikap Hana yang terlampau baik dan masih mengikut cakap Azlan. Atas desakan Murni, akhirnya Hana pergi ke rumah bekas ibu mertuanya untuk berjumpa dengan anak - anaknya. Mak Azlan melayan Hana dengan baik dan turut menasihatinya supaya tidak mengikut cakap Azlan dan turut membenar Hana berjumpa dengan anak - anaknya itu pada bila - bila masa pun. Walaupun Hana dah serahkan semua hartanya, Azlan masih tidak mengizinkan Hana berjumpa dengan anak - anak, selagi mereka tak rujuk semula. Hana kemudian memutuskan untuk berubah ke arah yang lebih baik dan lebih mengenal ALLAH. Tak lama kemudian, Azlan pergi berjumpa dengan mak Aina untuk meminta izin bernikah dengan Aina (Ika Nabella), tapi mak Aina tidak merestui hubungan mereka. Mak Aina juga menegaskan tidak akan datang ke majlis pernikahan mereka itu nanti.




Tak lama kemudian, Hana pergi interview kerja jawatan pengurus restoran kepunyaan Nik Zachary (Adi Putra) dan partnernya. Namun Azlan tiba - tiba datang ke restoran tersebut dan membuatkan Nik sengaja menyamar sebagai bakal suami Hana dan menyebabkan Azlan berlalu pergi. Kemudian Hana pula memarahi Nik Zachary itu. Azlan turut menegur cara Aina mengendalikan restoran kerana tiada keuntungan malah makin rugi pula. Rupa - rupanya Aina ada skandal dengan lelaki lain iaitu Talha (Arja Lee) yang juga merupakan kawan pada Hana. Sebenarnya Aina mencintai Talha bukannya Azlan, dia mendekati Azlan sebab hartanya dan Talha juga turut memujuk Aina untuk meneruskan pernikahannya dengan Azlan. Selain itu Azlan nekad untuk memujuk Hana untuk rujuk semula dan bertindak berjumpa paksu untuk meminta maaf dan meminta pertolongan paksu untuk memujuk Hana kembali padanya. Walaubagaimanapun paksu menyuruh Azlan supaya memberi Hana masa untuk mencari kebahagiaanya sendiri. Hana sering keluar bersama bosnya Nik Zachary atas urusan kerja manakala Nik pula sentiasa mencari peluang untuk mengorat dan memikat Hana. Nik meminta Hana supaya mengenalinya lebih dalam manakala Hana pula tidak mempedulikan Nik. Selain itu Azlan dan Aina telah berjumpa dengan Nik dan partnernya atas urusan perniagaan.

Azlan cemburu melihat hubungan Hana dan Nik, namun masih meneruskan niatnya untuk bernikah dengan Aina, malah Azlan telah membawa Aina berjumpa dengan maknya serta anak - anaknya. Walaubagaimanapun kelihatan anak - anak Azlan tidak menyukai Aina, makin lama Azlan makin merindui Hana dan takut akan kehilangan Hana buat selamanya. Jadi Azlan mengambil keputusan untuk pergi ke rumah paksu lagi untuk memujuk Hana, namun dirinya gagal kerana Hana tak nak rujuk semula dan akhirnya mereka berdua bergaduh besar di depan rumah paksu. Nik, Murni dan Talha turut berada disitu dan Murni makin geram dengan sikap Azlan dan menamparnya dan hal tersebut membuatkan Azlan bertambah marah. Paksu kemudiannya memarahi Azlan dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut dan akhirnya Azlan terpaksa pergi dari situ. Hana makin tak tahan dengan gangguan Azlan, manakala Nik pula membuat kejutan untuk meminang Hana. Hana akhirnya menerima pinangan Nik supaya Azlan berhenti dari menganggunya. Tapi Hana belum mencintai Nik lagi, namun kelihatan Nik sangat yakin yang Hana akan jatuh cinta padanya tak lama lagi. Apa yang bakal berlaku seterusnya?...
Read More

25 Sep 2018

Sarah Suhairi Juara Big Stage 2018




Sarah Suhairi, Penyanyi, Artis Malaysia, Peserta Big Stage, Finalis Big Stage, Juara Big Stage 2018, Pemenang, Lagu Best, Lagu Nyawa dan Raga Nyanyian Sarah Suhairi, Sarah Suhairi Juara Big Stage 2018, Keputusan Final Big Stage 2018, Baby Shima,

Konsert Final Big Stage semalam berlangsung meriah dan menobatkan Sarah Suhairi menjadi Juara Big Stage Musim Pertama. Syafiq Farhain pula menjadi naib juara, manakala Afieq Shazwan mendapat tempat ketiga diikuti Wani Kayrie dan Baby Shima. Juri jemputan untuk konsert final Big Stage ini pula adalah Mas Idayu dan Mark Adam. Juri tetap Big Stage iaitu Faizal Tahir turut membuat persembahan khas dengan lagu terbarunya Ragaman, manakala Dato Seri Siti Nurhaliza pula berduet dengan Alif Satar lagu Kisah Yang Ku Inginkan. Sarah Suhari menyampaikan lagu barunya iaitu Nyawa & Raga dan juga Awan Yang Terpilu nyanyian asal Ning Baizura. Memang rezeki Sarah Suhairi menang besar gitu, walaupun di peringkat awal dia antara peserta underdog dan aku sendiri pun tak kenal Sarah Suhairi ini sampailah dia masuk pertandingan Big Stage ini, pastu jadi juara pula. 




Berbanding semua lagu baru finalis lain, aku paling suka dengan lagu baru Sarah Suhairi iaitu Nyawa dan Raga sebab catchy, rancak dan sedap didengar, siap ada part rapping gitu. First time dengar pun terus suka dengan lagu Nyawa & Raga itu, dan lrik lagu tersebut juga membawa makna yang mendalam mengena sahabat dan persahabatan. Manakala lagu baru finalis lain agak biasa
biasa saja bagi pendapat akulah kan. 
Awalnya aku ingatkan Syafiq Farhain yang menang sebab sebelum ini dia tak berada di kedudukan bottom three namun rezeki memihak pada Sarah. Aku suka juga dengar suara Sarah Suhairi ini, tone suara dia sedap didengar. Manakala Wani Kayrie pula membuat persembahan pembukaan dengan lagu Pematah Hati yang telah ditukar menjadi rentak Irama Malaysia gitu. Memang nampak meriah dan happening atas pentas tu, suara Wani Kayrie pun sedap je menyanyi lagu dalam Irama Malaysia ini, cuma aku tak berapa suka dengan persembahan kedua Wani, mungkin sebab lagu barunya itu tidak disukai aku.
rah Suhairi, Penyanyi, Artis Malaysia, Peserta Big Stage, Finalis Big Stage, Juara Big Stage 2018, Pemenang, Lagu Best, Lagu Nyawa dan Raga Nyanyian Sarah Suhairi, Sarah Suhairi Juara Big Stage 2018, Keputusan Final Big Stage 2018, Baby Shima,
 Afieq Shazwan pula menyerlah dengan persembahan kedua lagu rancak iaitu Foot Loose. Manakala Baby Shima pula menyerlah dengan lagu balada iaitu lagu barunya yang bertajuk Sirna. Walaupun suara Baby Shima sedap menyanyikan lagu ini tapi lagunya itu tidak begitu aku suka. Manakala persembahan keduanya, dia menyampaikan lagu Police Entry. Aku rasa pemilihan lagu ini kurang sesuai, Baby Shima patut pilih lagu yang lebih mencabar, tak pun kalau dia nyanyi lagu irama Malaysia maybe lebih best dan harapan untuk berada dalam top 3 akan lebih cerah gitu. Rasanya Big Stage ini hampir pasti akan ada musim kedua nanti, entah siapa yang akan masuk nanti, apa pun tahniah buat semua finalis kerana berjaya sampai ke peringkat akhir Big Stage ini. Tahniah juga buat Sarah Suhairi kerana menjadi juara Big Stage 2018 ini.

Read More

24 Sep 2018

Sinopsis Telemovie I Heart You Cik Yah




I Heart You Cik Yah, Telemovie, Telefilem, 2018, Poster, Slot Citra Exclusive, Telemovie I Heart You Cik Yah, Sinopsis I Heart You Cik Yah, Pelakon Telemovie I Heart You Cik Yah, Kamal Adli, Siti Saleha, Nasha Aziz, Cinta,
Sinopsis Telemovie I Heart You Cik Yah

Telefilem I Heart You Cik Yah sudah pun disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra dan Mustika HD pada 22 September yang lalu. Antara pelakon telemovie I Heart You Cik Yah ini adalah Kamal Adli, Siti Saleha, Nasha Aziz, Amyza Aznan, Ikhram Ruzzaman, Tiz Zaqyah, Fezrul Khan dan ramai lagi. Manakala Ungku Ismail Aziz menjadi pengarah telemovie ini. Nampaknya kali ini Ungku Ismail tak berlakon sekali sebab hanya mengarah saja, apa pun Siti Saleha dan Ungku Aziz ini dah pernah berlakon sekali dalam drama Bila Aidil Ada Fitri yang disiarkan di Astro Oasis pada bulan puasa yang lalu. Nasha Aziz pegang watak jahat sikit dalam telemovie ini hehehe, manakala jalan cerita telemovie I Heart You Cik Yah ini agak simple tapi bolehlah nak layan tu kan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie I Heart You Cik Yah

Mengisahkan tentang Kef (Kamal Adli) dan Cik Yah (Siti Saleha) yang tidak sehaluan dan sering bertengkar kerana tak puas hati antara satu sama lain. Namun mereka terpaksa bekerjasama kerana ingin menyelamatkan kilang tempat mereka bekerja daripada ditutup oleh pihak atasan. Keadaan di kilang makin kucar - kacir dan apa yang dirancangkan mereka serba tidak menjadi, ketika wakil pihak atasan iaitu Alexandria (Nasha Aziz) datang melawat kilang berkenaan. Alexandria tidak selesa berada di kilang tersebut tapi dalam masa yang sama terpikat pula dengan kekacakkan Kef. Alexandria menawarkan pekerjaan baru pada Kef di syarikat utama yang terletak di Kuala Lumpur.
I Heart You Cik Yah, Telemovie, Telefilem, 2018, Poster, Slot Citra Exclusive, Telemovie I Heart You Cik Yah, Sinopsis I Heart You Cik Yah, Pelakon Telemovie I Heart You Cik Yah, Kamal Adli, Siti Saleha, Nasha Aziz, Cinta,
Hal tersebut membuatkan Kef berbelah bahagi kerana dia telah mula menyayangi Cik Yah yang merupakan rakan sekerjanya itu. Manakala Cik Yah juga sedih dan tak mampu nak menghalang Kef dari bekerja di KL. Akhirnya Kef bekerja di Kuala Lumpur dan turut bercinta dengan Alexandria, walaubagaimanapun Keif terkejut bila kilang di Muar yang merupakan tempat kerja lamanya akan ditutup juga dan membuatkan Kef cuba mencari jalan untuk menghalang. Cik Yah yang tiba - tiba muncul disitu membuatkan Kef sedikit terkejut. Namun Cik Yah datang dengan persediaan lengkap mengenai rancangannya untuk memajukan kilang tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More


My Random Post