15 Feb 2022

Info dan Sinopsis Drama Filipina Legal Wives (TV3)



Drama Filipina Legal Wives TV3, Drama Filipina Legal Wives Slot Sakura TV3, Poster Drama Filipina Legal Wives, Drama Filipina Legal Wives Full Episode, Ending Drama Filipina Legal Wives, Pelakon - Pelakon Drama Filipina Legal Wives, Dennis Trillo, Alice Dixson, Andrea Torres, Bianca Umali,

Slot Sakura sebelum ini banyak drama Melayu, kali ini ada drama Filipina pula yang bertajuk Legal Wives. Boleh dikatakan drama ini drama baru juga sebab disiarkan di Filipina pada bulan Julai 2021, now dah disiarkan di Malaysia gitu, cepat kan. Hero drama Filipina Legal Wives ini adalah Dennis Trillo yang pernah berlakon dalam drama Filipina Temptation Of Wife yang turut disiarkan di TV3 dulu. Drama arahan Ziq Dulay ini mempunyai 40 episod dan disiarkan setiap Isnin hinggs Khamis, jam 6 petang menerusi slot Sakura TV3. Antara pelakon drama Filipina Legal Wives ini adalah Dennis Trillo, Alice Dixson, Andrea Torres, Bianca Umali, Derrick Monasterio, Ashley Ortega, Al Tantay, Juan Rodrigo, Tommy Abuel, Bernard Palanca dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan tentang kisah cinta pasangan yang berbeza agama dan lelaki yang mengamalkan poligami. Drama ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 2 Februari yang lalu. Nampak menaik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama Filipina ini di bawah okey




Sinopsis Drama Filipina Legal Wives - Slot Sakura TV3

Mengisahkan kisah cinta antara Ismael (Dennis Trillo) dan Diane (Andrea Torres) yang penuh dengan liku. Ismael berasal dari keluarga Muslim yang kaya manakala Diane ialah penganut agama Katolik. Ismael merahsiakan hubungan cintanya dengan Diane daripada pengetahuan keluarganya atas sebab perbezaan agama. Dalam suatu kejadian yang tidak dijangka, Ismael terlibat dalam konflik keluarga sehingga menyebabkan dia membuat keputusan untuk menikahi Amirah (Alice Dixson), janda kepada abangnya. Diane yang terluka dengan perbuatan Ismail telah membawa diri ke tempat lain. Ismael terus menjejaki Diane kerana dia mahu membuktikan cintanya kepada Diane.

Drama Filipina Legal Wives TV3, Drama Filipina Legal Wives Slot Sakura TV3, Poster Drama Filipina Legal Wives, Drama Filipina Legal Wives Full Episode, Ending Drama Filipina Legal Wives, Pelakon - Pelakon Drama Filipina Legal Wives, Dennis Trillo, Alice Dixson, Andrea Torres, Bianca Umali,
Ismael hanya mengahwini Amirah atas tanggungjawab terhadap keluarganya. Oleh itu, Diane telah menerima Ismael dan bersetuju untuk berkahwin dengannya sebagai isteri keduanya. Apabila Ismael dan Diane ingin memulakan hidup baharu sebagai pasangan suami isteri, dugaan baharu datang menguji. Kawan kepada Ismael merayu Ismael untuk mengahwini anak perempuannya, Farrah (Bianca Umali) yang terlibat dalam satu skandal. Oleh kerana Ismael terhutang budi dengannya, akhirnya Ismael bersetuju. Amirah, Diane dan Farrah akhirnya menjadi isteri-isteri yang sah kepada Ismael. Bagaimanakah mereka melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan konflik?
Episod Akhir dan Ending Drama Filipina Legal Wives - Slot Sakura TV3
Abdul Malik mengaku yang dirinya membunuh Vince pada polis dan Ismail terlepas dari tuduhan membunuh itu. Ismail berjanji akan menjaga Farah dan juga ibu mertuanya itu. Amirah menghilangkan diri sekali lagi dan akhirnya Ismail dan anak Amirah mengetahui hal sebenar dari bapa Amirah yang Amirah sebenarnya sedang sakit. Ismail membawa pulang Amirah dan menjaga Amirah sebaik mungkin. Diane juga gembira Amirah pulang dan dia juga dah berubah dan dah membiasakan diri dengan kehidupan bermadu. Tak lama kemudian Diane melahirkan anaknya dan dia juga turut menjaga Amirah dengan baik.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Derhaka Cinta Jebat Lakonan Azlee Khairi dan Elvina Mohamad (TV1)
⏩⏩ Info dan Sinopsis Telefilem Nota (TV2)
👉👉 Drama Suamiku Lelaki Pendosa Lakonan Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah (Slot Samarinda TV3)

2 ulasan:



My Random Post