21 Feb 2022

Telefilem Lari Cabi Lari (TV2)



Telefilem Lari Cabi Lari (TV2), Telemovie Lari Cabi Lari (TV2), Poster Telefilem Lari Cabi Lari, Sinopsis Telefilem Lari Cabi Lari, Lari Cabi Lari Cast, Slot Drama On 2, Telefilem TV2, Lari Cabi Lari Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Lari Cabi Lari, Eric Fuzi, Eric Fuzi Floor 88, Jasper Supayah,

Telefilem Lari Cabi Lari akan disiarkan di slot Drama On 2 TV2 pada 21 Februari 2022 ini, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Lari Cabi Lari ini adalah Eric Fuzi, Jasper Supayah, Syrul Ezwan, Sri Kumaran, Amirul Ilias, Kween Keela, Hafizee Hatta, Syafiq Aiman, Aqil Nahar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Lari Cabi Lari ini diarahkan oleh Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Funwerk Studio Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Lari Cabi Lari di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Lari Cabi Lari Lakonan Eric Fuzi dan Jasper Supayah (TV2)

Mengisahkan Ramat atau Cabi sering dibuli dan diejek kerana tubuh badannya yang agak gempal. Dia cuba menyesuaikan diri di kolej dan berkenalan dengan Mariah. Pada suatu hari, Selvan rakan serumah Cabi telah melihat Daniel dan rakan-rakannya membuli Cabi dek kerana dia rapat dengan Mariah. Selvan lantas mencabar Daniel agar berhenti menganggu Cabi sekiranya Cabi dapat melayakkan diri mewakili kolej dalam acara larian 5000 meter. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Cabi melayakkan diri?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Janji Pada Hati Slot Qalbu TV Alhijrah


Read More

Drama Janji Pada Hati Slot Qalbu TV Alhijrah



Drama Janji Pada Hati, Drama Janji Pada Hati TV Alhijrah, Senarai Drama Slot Qalbu TV Alhijrah, Poster Drama Janji Pada Hati, Drama Janji Pada Hati Lakonan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, Info dan Sinopsis Drama Janji Pada Hati,

Drama Janji Pada Hati adalah drama terbaru di slot Qalbu TV Alhijrah yang disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa, jam 6 petang. Drama Janji Pada Hati ini mempunyai 13 episod dan sudah bersiaran di TV Alhijrah sejak 7 Februari 2022 yang lalu. Antara pelakon drama Janji Pada Hati ini adalah Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, Hazwani Helmi, Raysa Sofea, Puteri Rayyana Rayqa dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Sham Jr. dan diterbitkan oleh MDAG Marketing Production Sdn Bhd. Nampak macam best je drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Janji Pada Hati ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey, selamat membaca..

Azwan Kombos sebagai Ezani
Ezzaty Abdullah sebagai Dahlia
Hazwani Helmi sebagai Laila
Raysa Sofea sebagai Maira
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Aina




Sinopsis Penuh Drama Janji Pada Hati Slot Qalbu TV Alhijrah

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Dahlia yang amat tabah dalam memelihara rukun kebahagiaan di dalam rumahtangganya. Dahlia adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang amat menyayangi anak tunggalnya Aina. Walau luaran kelihatan bahagia, namun Dahlia sering kali merasakan dirinya terkurung. Tidak seperti suaminya Ezani yang bekerjaya serta senantiasa sibuk dengan kariernya. Rasa kelompongan yang ada di dalam hati Dahlia tambah buruk apabila dia mengetahui Maira, kekasih lama Ezani akan memulakan kerjasama dengan suaminya di tempat kerja. Maira akan menjadi peguam kepada syarikat Ezani. 
Disebabkan itu, Dahlia berpakat dengan Laila, rakan sepejabat Ezani untuk mengintipnya di tempat kerja. Bukan itu sahaja, Laila turut memberi amaran kepada Maira agar menjauhi Ezani kerana dia sudah berkeluarga. Laila turut menasihatkan Ezani agar tidak rapat dengan Maira demi Dahlia. Sedikit sebanyak nasihat Laila meninggalkan kesan di dalam hati Ezani. Untuk menjernihkan keadaan, Ezani membuat kejutan dengan menghadiahkan jambangan buat Dahlia. Ezani berjanji untuk meluangkan lebih banyak masa dengan Aina, anak mereka. Walau gembira, Dahlia masih rasa ragu-ragu. Perasaan curiganya bertambah teruk apabila mereka terserempak dengan Maira di pasaraya. Dahlia nampak reaksi Ezani yang terkedu melihat Maira. 
Drama Janji Pada Hati, Drama Janji Pada Hati TV Alhijrah, Senarai Drama Slot Qalbu TV Alhijrah, Poster Drama Janji Pada Hati, Drama Janji Pada Hati Lakonan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, Info dan Sinopsis Drama Janji Pada Hati, Drama Janji Pada Hati Full Episode, Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah,
Bahasa tubuh mereka berdua meyakinkannya bahawa Ezani curang. Konflik semakin tegang apabila Dahlia terjumpa penyata bank tempahan hotel dan pembelian barangan berjenama daripada kad kredit Ezani. Dahlia meminta kepastian dengan Laila berkenaan hal tersebut dan Laila mendakwa Ezani membelikan barangan tersebut untuk Maira. Dahlia tekad untuk bersemuka dengan Maira di pejabatnya. Saat melihat kelibat Ezani dan Maira yang kelihatan mesra, hatinya hancur. Dia melulu pulang ke rumah. Malang tidak berbau, kereta yang dipandu Dahlia kemalangan. Dahlia koma. Ezani mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga isterinya yang terlantar di hospital. Dia juga perlu menjaga Aina. Takdir Allah Dahlia tersedar dari koma yang Panjang. Namun begitu, segalanya kelihatan amat mengelirukan. Saat terjaga, Dahlia terkejut apabila terbau nasi goreng kegemarannya yang sering dimasak oleh arwah ibunya. Apabila ke dapur, dia melihat sosok tubuh ibunya Hajah Siti yang telah meninggal dunia. Kehidupan Dahlia seperti berputar kembali ke zaman silam. Malahan jeritan ibunya agar dia lekas pergi ke kelas pengajian benar-benar membuatnya keliru. Dahlia terkejut kerana dia masih pelajar di universiti. Dia juga bukan isteri Ezani. Malah, Aina juga tidak pernah wujud sama sekali. Apakah yang sebenarnya sedang terjadi? Adakah ini semua adalah khayalan Dahlia? Benarkah Dahlia pernah menjadi isteri Ezani?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Filipina Legal Wives (TV3)


👉👉 Drama Ulya & Dini Lakonan Hun Haqeem dan Shaza Bae Di Astro Ria             
Read More

20 Feb 2022

Drama Ulya & Dini Lakonan Hun Haqeem dan Shaza Bae Di Astro Ria



Drama Ulya & Dini, Poster Drama Ulya & Dini, Drama Ulya & Dini Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria 2022, Info dan Sinopsis Drama Ulya & Dini, Sinopsis Penuh Drama Ulya Dini, Ulya Dini Cast, Drama Ulya & Dini Full Episode, Watak Pelakon Drama Ulya Dini, Pelakon - Pelakon Drama Ulya & Dini, Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal,

Drama Ulya & Dini adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Bunga Hati lakonan Intan Najuwa dan Redza Rosli yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di Astro Ria bermula 14 Februari 2022 yang lalu iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Ulya Dini ini adalah Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal dan ramai lagi. Selain itu drama Ulya Dini ini diarahkan oleh Tam Suhaimi dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Macam best je kan drama ini kan, so jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ulya & Dini ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Shaza Bae sebagai Ulya
Hun Haqeem sebagai Dini
Afiq Muiz sebagai Hamdan
Fara Nadiah sebagai Najwa
Syazlin Zainal sebagai Lin
Catriona Brian Ross sebagai Ummi Yana
Che Kem sebagai Encik Zaim
Noralbaniah sebagai Mak




Sinopsis Penuh Drama Ulya & Dini Lakonan Hun Haqeem dan Shaza Bae Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan Ulya, yang dulunya berbadan besar dan dibuli terutamanya oleh Lin, anak kepada usahawan kosmetik Umi Yana, dan Dini, abang kepada kawan baiknya, Hamdan. Selepas kematian ayahnya, Ulya menyambung pengajian di Amerika Syarikat. Di situ, hidupnya berubah setelah dia berjaya menurunkan berat badannya dan menjadi influencer gaya hidup dan kesihatan dengan 80,000 pengikut dari seluruh dunia. Pengikut Ulya memujanya tetapi mereka tidak tahu Ulya sebenarnya mempunyai isu kesihatan mental. Dia menghadapi bulimia dan serangan panik yang disangkanya sudah terkawal tetapi sebenarnya tidak. Selepas tamat pengajian Sarjana Muda, Ulya berpeluang menyambung ke peringkat pengajian Siswazah tetapi terpaksa pulang ke Malaysia untuk menolong ibunya jual rumah mereka.

Drama Ulya & Dini, Poster Drama Ulya & Dini, Drama Ulya & Dini Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria 2022, Info dan Sinopsis Drama Ulya & Dini, Sinopsis Penuh Drama Ulya Dini, Ulya Dini Cast, Drama Ulya & Dini Full Episode, Watak Pelakon Drama Ulya Dini, Pelakon - Pelakon Drama Ulya & Dini, Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal,
Walaupun Ulya berat hati kerana teringatkan ibunya yang kurang memberi perhatian kepada dia dan adiknya, Najwa, Ulya pulang juga ke Malaysia. Di Malaysia, berlaku satu insiden yang mencetuskan serangan panik Ulya selepas pertemuannya dengan Lin yang pernah membulinya dengan teruk yang akhirnya juga mempertemukan Ulya dengan Hamdan dan Dini. Insiden itu juga memberi idea kepada Ulya untuk bantu Hamdan yang dulunya kurus kini sudah gemuk dan kembali ke gaya hidup sihat. Kerana perasaan cemburu, tertekan serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Ulya, Dini, Hamdan, Lin dan Najwa sekaligus merapatkan hubungan Ulya dan Dini.


Lagu Tema / OST Drama Ulya Dini

💋💋 Tiada Noktah nyanyian Chubb-E


Tonton Online Drama Ulya & Dini Full Episode


Drama Ulya & Dini episod 1 hingga 4 boleh ditonton di Youtube Astro Gempak, manakala episod seterusnya boleh ditonton di aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Drama Cinta Amnesia Lakonan Riena Diana Slot Lestary TV3


👉👉 Drama 3 Nota Cinta Episod 1 Hingga 14 (Akhir) Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose Di Slot Akasia TV3


⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Filipina Legal Wives (TV3)

Read More

19 Feb 2022

Telefilem Transit Cinta Lakonan Sharifah Husna dan Hafidz Roshdi (TV1)



Telemovie Transit Cinta, Telefilem Transit Cinta TV1, Telefilem Transit Cinta Lakonan Sharifah Husna dan Hafidz Roshdi TV1, Slot Panggung RTM, Telefilem RTM TV1, Transit Cinta Cast, Info dan Sinopsis Telefilem Transit Cinta, Pelakon - Pelakon Telefilem Transit Cinta,

Telefilem Transit Cinta akan disiarkan di slot Panggung RTM TV1 pada 19 Februari 2022 ini iaitu pada hari Sabtu, jam 9 malam. Hafidz Roshdi dan Sharifah Husna akan menjadi teraju utama telefilem ini. Manakala Rodzee Razak akan menjadi pengarah pada telemovie Transit Cinta ini dan ianya diterbitkan oleh CMA Media Sdn Bhd. Antara pelakon telefilem Transit Cinta ini adalah Sharifah Husna, Hafidz Roshdi, Sarah Dawud, Ali Reza, Anna Melissa, Ayu Azlinda, Norziana dan ramai lagi. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Transit Cinta di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Transit Cinta Lakonan Sharifah Husna dan Hafidz Roshdi - Slot Panggung RTM TV1

Lisa yang kecewa setelah tunangnya ditangkap khalwat bersama sepupunya Sasha telah bertindak memutuskan pertunangan mereka. Lisa kemudian memilih memilih untuk mengembara secara backpack. Dalam pengembaraanya Lisa bertemu degnan lelaki bernama Nazim. Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion)


Read More

18 Feb 2022

Drama Cinta Amnesia Lakonan Riena Diana Slot Lestary TV3



Drama Cinta Amnesia, Drama Cinta Amnesia Slot Lestary TV3, Drama Slot Lestary TV3, Poster Drama Cinta Amnesia, Info dan Sinopsis Drama Cinta Amnesia, Sinopsis Penuh Drama Cinta Amnesia, Drama Lakonan Riena Diana, Drama Cinta Amnesia Full Episode, Drama TV3, Cinta Amnesia Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Amnesia, Riena Diana, Zynakal, Hazeeq Dean, Nadzmi Adhwa, Anas Ridzuan, Bell Ngasri,

Bermula 12 Februari 2022 drama Cinta Amnesia mula bersiaran di slot Lestary TV3 setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Life Lila yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Cinta Amnesia ini adalah Riena Diana, Zynakal, Hazeeq Dean, Nadzmi Adhwa, Anas Ridzuan, Bell Ngasri, Jasmin Hamid, Faezah Elai dan ramai lagi. Selain itu drama Cinta Amnesia ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Heykal Hanifah serta diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus para pelakonnya juga best - best belaka,so jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Amnesia ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Riena Diana sebagai Laura Madeena
Zynakal sebagai Huzair
Jasmin Hamid sebagai Puan Laila
Bell Ngasri sebagai Latef
Anas Ridzuan sebagai Leon
Nadzmi Adhwa sebagai Lukeman
Faezah Elai sebagai Julia




Sinopsis Drama Cinta Amnesia Lakonan Riena Diana Slot Lestary TV3

Laura sering mengimpikan kehidupan yang mewah dan terkenal. Laura memasang impian untuk berkahwin dengan lelaki kaya dan kacak bernama Idham tetapi perkahwinan mereka gagal. Malu dengan apa yang berlaku, dia berpura-pura hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan. Sejauh manakah dia mampu berpura-pura dan menipu semua orang? Dan boleh ke ketiga abangnya hadap adik mereka yang magnet drama ni? Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Cinta Amnesia

👄👄 WOW nyanyian Iqwan Alif
Drama Cinta Amnesia, Drama Cinta Amnesia Slot Lestary TV3, Drama Slot Lestary TV3, Poster Drama Cinta Amnesia, Info dan Sinopsis Drama Cinta Amnesia, Sinopsis Penuh Drama Cinta Amnesia, Drama Lakonan Riena Diana, Drama Cinta Amnesia Full Episode, Drama TV3, Cinta Amnesia Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Amnesia, Riena Diana, Zynakal, Hazeeq Dean, Nadzmi Adhwa, Anas Ridzuan, Bell Ngasri,
Tonton Online Drama Cinta Amnesia Full Episode

Bagi yang terlepas untuk menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di VIU Malaysia

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Turki Astro Prima - Love Of My Life (Hayatimin Aski)


Read More

15 Feb 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Derhaka Cinta Jebat (TV1)



Drama Derhaka Cinta Jebat, Drama Slot Widuri TV1, Drama Derhaka Cinta Jebat Slot Widuri TV1, Poster Drama Derhaka Cinta Jebat, Info dan Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat, Drama Derhaka Cinta Jebat Episod 1 Hingga 26 TV1, Derhaka Cinta Jebat Full Episode, Derhaka Cinta Jebat Novel PDF, Derhaka Cinta Jebat Drama, Novel Derhaka Cinta Jebat Bab 1 Hingga Bab Akhir, Derhaka Cinta Jebat Wattpad, OST Derhaka Cinta Jebat, Derhaka Cinta Jebat Episode 1, Episod Akhir Drama Derhaka Cinta Jebat, Derhaka Cinta Jebat Ending, Derhaka Cinta Jebat Cast, Pelakon - Pelakon Drama Derhaka Cinta Jebat, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Drama Melayu 2022 tv1,

Drama Derhaka Cinta Jebat adalah drama terbaru yang disiarkan di slot Widuri TV1, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Drama ini sudah pun bersiaran sejak 3 Januari yang lalu dan merupakan adaptasi Novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet. Antara pelakon drama Derhaka Cinta Jebat ini adalah Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Faez Nick, Daniel Fong, Ikhwan Rosli, Nina Fazurina, Mimi Ernida, Wilma Muhammad, Aznah Hamid dan ramai lagi. Selain itu drama Derhaka Cinta Jebat ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus para pelakonnya juga best. Agak - agak korang macam manalah ending drama Derhaka Cinta Jebat ini nanti kan?. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Azlee Khairi sebagai Jebat Zulkarnain
  • Elvina Mohamad sebagai Aisyah Humairah
  • Ikmal Amry sebagai Tuah Iskandar
  • Jasper Supayah sebagai Cemelia
  • Faez Nick sebagai Iqbal
  • Daniel Fong sebagai Amar/Eric Wong
  • Ikhwan Rosli sebagai Salim
  • Nina Fazurina sebagai Amira
  • Puteri A'teeqah Ayu sebagai Suria
  • Mimi Ernida sebagai Inara
  • Hannah Qiassatina sebagai Fatihah
  • Wilma Muhammad sebagai Huda
  • Aznah Hamid sebagai Opah
  • Bohari Ibrahim sebagai Azman
  • Puteri Ateeqah sebagai Suria
  • Razali Ghani sebagai Pak Husin
  • Siti Ruwiyani sebagai Cik Yam
  • Izzendra sebagai Teja




Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat Lakonan Azlee Khairi dan Elvina Mohamad - Slot Widuri TV1

Semua berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar. Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya. Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. 


Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu. Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka. Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?


Lagu Tema / OST Drama Derhaka Cinta Jebat

👄👄 Yang Benar nyanyian Floor 88


Tonton Online Drama Derhaka Cinta Jebat Full Episode

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik iaitu 👉 Di sini..dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Maryam Qistina (TV Okey)


👉👉 Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria)


⏩⏩ Drama Life Lila Slot Lestary TV3

Read More

Info dan Sinopsis Drama Filipina Legal Wives (TV3)



Drama Filipina Legal Wives TV3, Drama Filipina Legal Wives Slot Sakura TV3, Poster Drama Filipina Legal Wives, Drama Filipina Legal Wives Full Episode, Ending Drama Filipina Legal Wives, Pelakon - Pelakon Drama Filipina Legal Wives, Dennis Trillo, Alice Dixson, Andrea Torres, Bianca Umali,

Slot Sakura sebelum ini banyak drama Melayu, kali ini ada drama Filipina pula yang bertajuk Legal Wives. Boleh dikatakan drama ini drama baru juga sebab disiarkan di Filipina pada bulan Julai 2021, now dah disiarkan di Malaysia gitu, cepat kan. Hero drama Filipina Legal Wives ini adalah Dennis Trillo yang pernah berlakon dalam drama Filipina Temptation Of Wife yang turut disiarkan di TV3 dulu. Drama arahan Ziq Dulay ini mempunyai 40 episod dan disiarkan setiap Isnin hinggs Khamis, jam 6 petang menerusi slot Sakura TV3. Antara pelakon drama Filipina Legal Wives ini adalah Dennis Trillo, Alice Dixson, Andrea Torres, Bianca Umali, Derrick Monasterio, Ashley Ortega, Al Tantay, Juan Rodrigo, Tommy Abuel, Bernard Palanca dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan tentang kisah cinta pasangan yang berbeza agama dan lelaki yang mengamalkan poligami. Drama ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 2 Februari yang lalu. Nampak menaik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama Filipina ini di bawah okey




Sinopsis Drama Filipina Legal Wives - Slot Sakura TV3

Mengisahkan kisah cinta antara Ismael (Dennis Trillo) dan Diane (Andrea Torres) yang penuh dengan liku. Ismael berasal dari keluarga Muslim yang kaya manakala Diane ialah penganut agama Katolik. Ismael merahsiakan hubungan cintanya dengan Diane daripada pengetahuan keluarganya atas sebab perbezaan agama. Dalam suatu kejadian yang tidak dijangka, Ismael terlibat dalam konflik keluarga sehingga menyebabkan dia membuat keputusan untuk menikahi Amirah (Alice Dixson), janda kepada abangnya. Diane yang terluka dengan perbuatan Ismail telah membawa diri ke tempat lain. Ismael terus menjejaki Diane kerana dia mahu membuktikan cintanya kepada Diane.

Drama Filipina Legal Wives TV3, Drama Filipina Legal Wives Slot Sakura TV3, Poster Drama Filipina Legal Wives, Drama Filipina Legal Wives Full Episode, Ending Drama Filipina Legal Wives, Pelakon - Pelakon Drama Filipina Legal Wives, Dennis Trillo, Alice Dixson, Andrea Torres, Bianca Umali,
Ismael hanya mengahwini Amirah atas tanggungjawab terhadap keluarganya. Oleh itu, Diane telah menerima Ismael dan bersetuju untuk berkahwin dengannya sebagai isteri keduanya. Apabila Ismael dan Diane ingin memulakan hidup baharu sebagai pasangan suami isteri, dugaan baharu datang menguji. Kawan kepada Ismael merayu Ismael untuk mengahwini anak perempuannya, Farrah (Bianca Umali) yang terlibat dalam satu skandal. Oleh kerana Ismael terhutang budi dengannya, akhirnya Ismael bersetuju. Amirah, Diane dan Farrah akhirnya menjadi isteri-isteri yang sah kepada Ismael. Bagaimanakah mereka melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan konflik?
Episod Akhir dan Ending Drama Filipina Legal Wives - Slot Sakura TV3
Abdul Malik mengaku yang dirinya membunuh Vince pada polis dan Ismail terlepas dari tuduhan membunuh itu. Ismail berjanji akan menjaga Farah dan juga ibu mertuanya itu. Amirah menghilangkan diri sekali lagi dan akhirnya Ismail dan anak Amirah mengetahui hal sebenar dari bapa Amirah yang Amirah sebenarnya sedang sakit. Ismail membawa pulang Amirah dan menjaga Amirah sebaik mungkin. Diane juga gembira Amirah pulang dan dia juga dah berubah dan dah membiasakan diri dengan kehidupan bermadu. Tak lama kemudian Diane melahirkan anaknya dan dia juga turut menjaga Amirah dengan baik.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Derhaka Cinta Jebat Lakonan Azlee Khairi dan Elvina Mohamad (TV1)
⏩⏩ Info dan Sinopsis Telefilem Nota (TV2)
👉👉 Drama Suamiku Lelaki Pendosa Lakonan Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah (Slot Samarinda TV3)

Read More

14 Feb 2022

Info dan Sinopsis Telefilem Nota (TV2)



Telefilem Nota, Telemovie Nota, Telefilem Nota TV2, Sinopsis Telefilem Nota, Poster Telefilem Nota, Nota Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Nota TV2, Fizo Omar, Ezzaty Abdullah, Mimi Ernida, Amar Asyraf, Reza Hasbi,

Telefilem Nota sudah pun disiarkan pada 14 Februari 2021 yang lalu di slot Drama On 2 TV2. Antara pelakon telefilem Nota ini adalah Fizo Omar, Ezzaty Abdullah, Mimi Ernida, Amar Asyraf, Elly Ariffin, Ikhwan Khairuddin, Reza Hasbi dan ramai lagi. Selain itu telemovie Nota ini diarahkan oleh Nuad Haji Othman dan diterbitkan oleh Nuad Production Sdn Bhd. Nampak menarik juga telemovie Nota ini kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah okey.




Sinopsis Telefilem Nota (TV2)

Mengisahkan Mazni menghasilkan sebuah skrip telemovie yang merancang untuk membunuh lelaki yang disyaki ada kaitan dengan kematian kakaknya. Apa yang berlaku seterusnya??..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Tumpang Lalu Bang Episod 1 Hingga 28 (Akhir) Di TV9

⏩⏩ Drama Turki Astro Prima - Love Of My Life (Hayatimin Aski)

👉👉 Drama Suamiku Lelaki Pendosa Lakonan Aaron Aziz (TV3)

Read More

13 Feb 2022

Ending Drama Bunga Hati (Astro Ria)



Drama Bunga Hati, Drama Bunga Hati Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Info dan Sinopsis Drama Bunga Hati, Poster Drama Bunga Hati, Baca Online Novel Bunga Hati, Bunga Hati Cast, Drama Bunga Hati Full Episode, Sinopsis Penuh Drama Bunga Hati, Pelakon - Pelakon Drama Bunga Hati,

Drama Bunga Hati sudah mula bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria sejak 10 Januari 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Bunga Hati adalah karya Liza Ali dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Bunga Hati ini adalah Intan Najuwa, Redza Rosli, Erwin Dawson, Fify Azmi, Zulkifli Ismail, Lydiawati, Fazziq Muqris, Nafiez Zaidi, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Bunga Hati di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Intan Najuwa sebagai Dilaila
Redza Rosli sebagai Amer
Erwin Dawson sebagai Joshua
Fauziah Ahmad Daud sebagai Salimah
Zulkifli Ismail sebagai Razak
Lydiawati sebagai Noraini
Fazziq Muqris sebagai Farizan
Nafiez Zaidi sebagai Luqman
Fify Azmi sebagai Jessila
Halmey Hamdah sebagai sebagai Dato Sulaiman

Bazly Hanif sebagai Gaban




Sinopsis Drama Bunga Hati Lakonan Intan Najuwa, Redza Rosli dan Erwin Dawson - Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang kisah cinta 3 hati. Dilaila (Intan Najuwa) yang memendam rasa, Amer (Redza Rosli) yang menderita bipolar kerana cinta, Joshua (Erwin Dawson) yang tulus ikhlas dalam cinta. Manakala Salimah (Fauziah Ahmad Daud) yang berdendam dan membenci anaknya, Noraini (Lydiawati) yang penuh hasad durjana, Razak (Zulkifli Ismail) yang menyimpan rasa bersalah terhadap kisah silamnya, Luqman (Nafiez Zaidi) yang cacat tapi suci hatinya, Jessila ( sebagai Jessila) yang mengejar cinta Amer dengan seribu daya dan Farizan (Fazziq Muqris) yang penuh agenda. Cinta pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.
Drama Bunga Hati, Drama Bunga Hati Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Info dan Sinopsis Drama Bunga Hati, Poster Drama Bunga Hati, Baca Online Novel Bunga Hati, Bunga Hati Cast, Drama Bunga Hati Full Episode, Sinopsis Penuh Drama Bunga Hati, Pelakon - Pelakon Drama Bunga Hati, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Baru Redza Rosli,
Lagu Tema / OST Drama Bunga Hati

👄👄 Berakhirlah Pencarianku nyanyian Hafiz Suip dan Ernie Zakri

Baca Online Novel Bunga Hati Bab 1 Hingga Bab 10

Selain menonton versi drama di kaca TV, korang juga boleh membaca novel Bunga Hati secara online 👉 Disini..



👉👉 Drama Kau Cipta Kasih Lakonan Nazim Othman dan Uyaina Arshad (TV3)
Read More

Telefilem Aroma Cinta (TV1)



Telefilem Aroma Cinta TV1, Telemovie Aroma Cinta, Slot Panggung RTM TV1, Telefilem Slot Panggung RTM TV1, Poster Telefilem Aroma Cinta, Sinopsis Telefilem Aroma Cinta, Info dan Sinopsis Telefilem Aroma Cinta, Aroma Cinta TV1 Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Aroma Cinta TV1,

Telefilem Aroma Cinta sudah pun disiarkan di slot Panggung RTM TV1 pada 12 Februari 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Aroma Cinta ini adalah Shahz Jazle, Dayana Roza, Hafizul Kamal, Wan Sharmila, Fazren Rafi, Farazeeqa Rasid, Wan Nor Azlin, Hamidah Wahab, Aisyah Onney dan ramai lagi. Selain itu telemovie Aroma Cinta ini diarahkan oleh Lyn Ahmad dan diterbitkan oleh Deamedia Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Aroma Cinta Lakonan Shahz Jaszle dan Dayana Roza - Slot Panggung RTM TV1

Yulia sudah putus tunang dan berkenalan dengan Salleh tanpa mengetahui hubungan sulit Salleh dengan Laila, isteri kepada Sham. Apakah yang akan terjadi?



Read More


My Random Post