22 Apr 2021

Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)



Drama Kuali Mentua Lauk Menantu, Drama Bulan Ramadan TV2, Poster Drama Kuali Mentua Lauk Menantu, Info dan Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu,

Sempena bulan puasa ni macam - macam drama best yang disiarkan di TV, salah satunya adalah drama Kuali Mentua Lauk Menantu yang disiarkan di TV2, iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Selain itu drama ini mempunyai 26 episod dan sudah bersiaran di TV2 sejak 7 April yang lalu. Antara pelakon drama Kuali Mentua Lauk Menantu ini adalah Hafreez Adam, Afifah Nasir, Normah Damanhuri, Aman Graseka, Zera Hariz, Zuhairi Ibrahim, Sharul Kamal, Lola, Ainaa Kamalia, Kismah Johar, Zarynn Min, Ali Reza, Mia Nasir, Abd Manan Sulaiman dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution. Nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kuali Mentua Lauk Menantu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Hafreez Adam sebagai Haikal
Afifah Nasir sebagai Lela
Normah Damanhuri sebagai Hashimah
Aman Graseka sebagai Chef Hafiz
Zera Hariz sebagai Roza
Zuhairi Ibrahim sebagai Luqman
Sharul Kamal sebagai Sharol
Lola sebagai Ona
Ainaa Kamalia sebagai Nina
Kismah Johar sebagai Wan Ipah
Zarynn Min sebagai Mak Ngah Ana
Ali Reza sebagai Isman
Mia Nasir sebagai Diera
Abd Manan Sulaiman sebagai Manaf




Sinopsis Penuh Drama Kuali Mentua Lauk Menantu Lakonan Hafreez Adam dan Afifah Nasir (TV2)

Lela, (23), comel, periang, suka menyakat,dan bekerjaya klik-klik. Dia jadi ‘photographer’ wanita yang kerja di studio seniornya di KL bersama kawan baiknya Ona selepas selesai jalani praktikal dan habis belajar. Lela dibesarkan oleh ayahnya, En Lukman. Tapi sebab En Lukman ni kerja atas kapal dan selalu belayar, Lela kena tinggal dengan neneknya Wan Ipah dan Mak Ngahnya.

Haikal Mikael, (27), arkitek muda yang berjaya. Kacak tapi serius je dengan kerja sampai lupa dunia luar. Ada girlfriend, seorang model nama Nina. Tapi model tu yang tergedik-gedikkan dia. Sedangkan Haikal, macam ‘lost’ je setiap kali kena teman si Nina. Nak kata cinta, macam takde perasaan. Las-las Haikal letak status dalam FBnya, ‘In Relation but no one’. Nina ni suka heret Haikal pergi studio untuk fotografi dan kadang-kadang pergi buat ‘fashion show’. Haikal pun menurut jelah. Tapi jangan haraplah dia nak ambik tahu awek dia pakai fesyen apa, warna apa, posing macam mana. Bila di lokasi, dia lebih rela layan game di handphone.

sampai masanya, maka bernikahlah Haikal dan Lela. Sejak malam pertama, Haikal hanya tunjuk reaksi wajah kosong je setiap kali Lela berbicara dengan nada kecohnya. Paling takpun, dia senyum sebab bagi dia, si Lela ni memang ting-tong sikit. Selepas itu, Haikal dan Lela disuruh balik kampung untuk tinggal selama seminggu bersama Wan Ipah dan Mak Ngah. Ketika itulah, sikit demi sikit Haikal mulai kenal perwatakan Lela. Nampak saja kecil molek, tapi Lela ni sebenarnya berganda lasaknya di kampung. Segala ceruk kampung diheretnya Haikal termasuklah bawa Haikal naik trektar sawah yang dipandunya sendiri. “Awak ni, segala jenis mak nenek lesen ada kan? Lesen apa yang awak takde, kenderaan apa yang awak tak bawak?”, tanya Haikal. Dengan selambernya Lela menjawab, “Semua kenderaan yang saya ada lesen, saya dah bawak. Cuma satu je lagi lesen yang saya ada, tapi saya tak dapat bawak lagi. Lesen nak bawak hati saya masuk dalam hati awak”

Maka masuk bulan puasa, Lela banyak habiskan masa di rumah Hashimh, walaupun Haikal selalu mengelat sebab tak nak berlama di sana. Lela manfaatkan masa itu untuk rapatkan hubungannya dengan adik-adik tiri dan ayah tirinya. Mereka pergi terawih, tadarrus, semuanya sama-sama. Sampai Haikalpun sama terbabit jadi baik dengan keluarga tirinya. Tapi yang tak syoknya, setiap kali buka puasa, mesti si Tina datang menyibuk bawak juadahnya juga. Memang tu rancangan Hashimah, nak jugak satukan Haikal dengan Tina. Bukan Lela tak tahu rancangan mama mertuanya tu. Tapi dia kan jenis selamber. Pandai pula dia menjawab kenakan Tina balik bila Tina menggedik dengan Haikal. Yang lawaknya, setiap hari makanan yang dibawa Tina terpaksa dihumban dalam tong sampah. Memang takde siapa nak layan makanannya sebab takde bahan. Kedekut punya pasal. Makanan yang tak cukup bahan mana sedap kan…

Tapi Hashimah tak putus asa, plus Tina yang memang gedik nak jadi menantu dia walaupun En Manaf, Mila dan Adam meluat sangat. Mereka lebih sayang Lela dan sentiasa back-up Lela dari Hashimah dan Tina. Kini, Hashimah pula tuduh Lela nak pecah-belahkan dia dengan keluarganya. Betullah cara Lela tu, pikat hati dengan makanan. Kalau makanan serba kedekut, macam mana hati nak sayang?

👉 Tonton Drama Kuali Mentua Lauk Menantu Full Episode

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Hindi TV3 Bepanah Pyaar

⏩⏩ Drama Calon Menantu Tuan Rumah (TV2)

Read More

20 Apr 2021

Info dan Sinopsis Drama Hindi TV3 Bepanah Pyaar



Hindi Drama Bepanah Pyaar, Drama Hindi TV3 Bepanah Pyaar, Drama Hindi Bepanah Pyaar Slot Sonia TV3, Poster Drama Hindi Bepanah Pyaar, Info dan Sinopsis Drama Hindi Bepanah Pyaar TV3, Sinopsis Penuh Drama Hindi Bepanah Pyaar TV3, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Bepanah Pyaar, Pearl V Puri, Aparna Dixit, Ishita Dutta, Sudha Chandran,

Hindi Drama Bepanah Pyaar (Endless Love) adalah drama terbaru di slot Sonia TV3 yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang. Drama Hindi Bepanah Pyaar ini disiarkan bagi menggantikan drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka yang telah tamat episodnya dan mula bersiaran sejak 13 April 2021. Antara pelakon drama Bepanah Pyaar ini adalah Pearl V Puri, Aparna Dixit, Ishita Dutta, Sudha Chandran, Manish Goplani, Manoj Chandila, Tanvi Thakkar dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 190 episod tapi bila ditayangkan di TV3, aku rasa episodnya maybe kurang sebab TV3 akan cantum dan panjangkan durasi masa drama ini menjadi dalam 40 minit berbanding hanya 22 minit setiap episod kalau ikut original. Selain itu drama Hindi Bepanah Pyaar mula disiarkan di India pada 3 Jun 2019 dan episod akhir drama Bepanah Pyaar ini disiarkan pada 28 February 2020. Tahun 2021 dah disiarkan di Malaysia pula dan drama ini dibuat serta diterbitkan oleh Ekta Kapoor. 
Hindi Drama Bepanah Pyaar, Drama Hindi TV3 Bepanah Pyaar, Drama Hindi Bepanah Pyaar Slot Sonia TV3, Poster Drama Hindi Bepanah Pyaar, Info dan Sinopsis Drama Hindi Bepanah Pyaar TV3, Sinopsis Penuh Drama Hindi Bepanah Pyaar TV3, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Bepanah Pyaar, Pearl V Puri, Aparna Dixit, Ishita Dutta, Sudha Chandran,
Ekta Kapoor ni memang selalu terbit drama - drama hindi mahu pun filem hindustan, dia juga adalah kakak pada pelakon Bollywood Tushar Kapoor. Berbalik pada drama ini, ianya bergenre cinta, misteri dan juga suspen thriller gitu. Drama ini memfokuskan tentang kehidupan Raghbir Malhotra (Pearl V Puri) yang kehilangan isteri tercinta iaitu Bani Raichand (Aparna Dixit) akibat kemalangan. Kemudian datanglah Pragati (Ishita Dutta) yang awalnya merupakan pekerja Raghbir namun akhirnya menjadi isterinya. Pragati mula syak yang kematian Bani Raichand iaitu isteri pertama Raghbir Malhotra telah dirancang oleh seseorang. Namun selepas itu bermulalah plot twist dalam drama ini hehehe, kalau nak tahu plot twistnya apa sila baca sinopsis penuh drama ini di bawah ye hehe. Ending Drama Hindi Bepanah Pyaar ini mestilah happy ending kan, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca..





Sinopsis Penuh Drama Hindi Bepanah Pyaar - Slot Sonia TV3

The series revolves around two star-crossed lovers Raghbir Malhotra and Bani Raichand who love each other and get married till Bani dies in an accident. Soon destiny brings Pragati into Raghbir's life.

The story begins with Raghbir ready for marrying his childhood friend Misha after Bani's death. Raghbir, still in love with Bani deeply, is reminiscing their relationship and keeps having nightmares about her accident when a railing gave way and Bani fell to her death.

Sukanya Raisinghania appears at the wedding claiming Raghbir proposed and married her in London. Though Raghbir denies, the wedding is called off. He enlists the help of his office new employee Pragati to find out Sukanya's truth. As they discover her lies, they end up getting married in a series of events but Raghbir reveals he still loves Bani.

Pragati sees mysterious things in the house and encounters Bani's spirit one day. She learns that Bani was pregnant at the time of her death and her death was not accidental as someone from Raghbir's family tampered with the railing. She starts falling for Raghbir. Sanket finds important information and goes to inform Pragati but meets with an accident and dies.

Pragati suspects Bani's murderer to be behind Sanket's accident and finds the gloves of the murderer in the basement. She is shocked when she finds them to be Raghbir's gloves as well as a tape recorder which has a recording of Raghbir saying that he will kill Bani. Soon, it is revealed that Pragati is Bani and didn't die but had to undergo a plastic surgery due to the accident and returned in a fake identity of Pragati to get her revenge.

In a series of events, Bani learns that the hooded man is not Raghbir. It is shown that Harshit and his ally are behind her so-called accident. Intoxicated, Raghbir realizes his love for Bani (Pragati) who finds out that Kunti whom Raghbir adores is the mastermind.

Hindi Drama Bepanah Pyaar, Drama Hindi TV3 Bepanah Pyaar, Drama Hindi Bepanah Pyaar Slot Sonia TV3, Poster Drama Hindi Bepanah Pyaar, Info dan Sinopsis Drama Hindi Bepanah Pyaar TV3, Sinopsis Penuh Drama Hindi Bepanah Pyaar TV3, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Bepanah Pyaar, Pearl V Puri, Aparna Dixit, Ishita Dutta, Sudha Chandran,
Raghbir realises his love for her (not knowing she is Bani) and decides to give their marriage a chance but Bani decides to tell her truth to Raghbir who learns it before that and starts hating her for lying. With nowhere to go and all members of Raghbir's family despising Bani, Saahas enters to help her.

Bani returns in a new avtar, claiming 51 percent of their property which a deal done between Raghbir and her company before her accident. She begins managing the office despite Raghbir's hatred while Saahas supports her. Furious over their proximity, Raghbir accuses her of giving his place to someone else.

It's revealed that Saahas wants to separate Bani and Raghbir as he loved her since they met in college but she married Raghbir. In meantime, Raghbir learns of her love towards him and Kunti's atrocities towards his family. He meets with an accident. Saahas agrees to cure Raghbir only if Bani marries him.

Bani agrees to Saahas's condition. As Raghbir goes to confront Kunti, he learns of Bani's marriage and fights with Saahas who hits Raghbir on his head which results in Raghbir losing his memory and forgetting Bani. Taking this as an opportunity, Kunti manipulates Raghbir into believing that Bani is a cheater.

Bani hatches a plan to take Raghbir to the place where she met with her accident. On recreating the same scene again, Raghbir recalls his memory. As the two turn back to go home, they see Kunti pointing a gun towards them. But, much to Kunti's shock, Harshit pushes the gun of her hand.

Then, Bani reveals that Harshit apologised to the family much earlier as he realised that Kunti had used him for her greed and decided to help her. Thus, all of them go back home and Raghbir pours his heart out for Bani. Then, they live happily ever after.


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose (TV3)

⏩⏩ Drama Ratu Ten Pin Episod 1 Hingga 16 (Full Episode) Di Astro Ria

Read More

Drama Calon Menantu Tuan Rumah (TV2)




Drama Calon Menantu Tuan Rumah kini tengah hangat disiarkan di TV2 sempena bulan Ramadan ini. Walaubagaimanapun drama ini adalah drama ulangsiar kerana sudah pernah disiarkan di TV Okey pada tahun 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Calon Menantu Tuan Rumah ini adalah Hafidz Roshdi, Zara Zya, Haleeda Mazlin, Dayana Roza, Aprena Manrose, Isyariana, Mia Nasir, Dini Schatzmann, Hefny Sahad, Zaidi Omar, Nik Adam Mika, Faez Nick, Ateeqah Ayu dan ramai lagi. Selain itu drama Calon Menantu Tuan Rumah ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Hadith Omar serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Siapa yang dah pernah tengok drama ini? nampak best kan sebab ada ramai pelakon hebat gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon beserta sinopsis drama ini di bawah ye..

Watak Pelakon Drama Calon Menantu Tuan Rumah

Hafidz Roshdi sebagai Adam 
Zara Zya sebagai Anis
Dayana Roza sebagai Lia 
Aprena Manrose sebagai Zurin
Isyariana sebagai Ika 
Mia Nasir sebagai Ros
Haleeda Mazlin sebagai Kak Pah
Zaidi Omar sebagai Pak Bahar
Nik Adam Mika sebagai Irwan
Faez Nick sebagai Udin




Sinopsis Drama Calon Menantu Tuan Rumah

Mengisahkan janda anak satu, Kak Pah yang menyewakan beberapa bilik di kediamannya kepada wanita bujang Ros, Zurin, Ika dan Lia. Pada masa sama, Kak Pah ingin mencari menantu untuk anaknya, Adam. Ros pandai mengambil hati Kak Pah membuatkan beliau selalu disebut sebagai penyewa yang baik oleh Kak Pah. Ros sebenarnya ada memasang niat untuk mengenakan Zurin, Ika dan Lia. Apa yang berlaku seterusnya??..

Tonton Drama Calon Menantu Tuan Rumah Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode)

Drama ini juga boleh ditonton secara online di 👍rtmklik dari episod pertama hingga ke episod akhir drama Calon Menantu Tuan Rumah ini.

Lagu Tema / OST Drama Calon Menantu Tuan Rumah
💕 Diamaran Mama nyanyian Hazama

Read More

17 Apr 2021

Telefilem Ayat Dari Langit (Astro Citra)



Telefilem Ayat Dari Langit, Telemovie Ayat Dari Langit, Info dan Sinopsis Telefilem Ayat Dari Langit, Sinopsis Penuh Telefilem Ayat Dari Langit, Telefilem Astro Citra, Citra Exclusive, Pelakon - Pelakon Telefilem Ayat Dari Langit, Adlin Aman Ramlie, Ellie Suriaty, Puteri Sarah, Kodi Rasheed, Poster Telefilem Ayat Dari Langit,

Telefilem Ayat Dari Langit akan disiarkan pada hari Sabtu, 17 April 2021, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Ayat Dari Langit ini adalah Adlin Aman Ramlie, Ellie Suriaty, Puteri Sarah Liyana, Kodi Rasheed, Rahim Jailani, Ismail Yaakob dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ayat Dari Langit ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Opera Klasik. Nampak menarik kan telefilem ini yang mengangkat isu ajaran sesat. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Ayat Dari Langit 
Lakonan Adlin Aman Ramlie, Ellie Suriaty, Puteri Sarah Liyana dan Kodi Rasheed (Astro Citra)

Ustaz Muiz dan isterinya mengajar ajaran sesat dan mahu pengikutnya mengikut telunjuk mereka. Namun lama kelamaan ianya mula membuatkan pengikutnya bernama Ikmal mula merasa sangsi dengan ajaran Ustaz Muiz. Dalam masa yang sama ada salah seorang pengikut wanita bernama Faizah jatuh cinta pada Ikmal dan berusaha untuk rapat dengan Ikmal. Ustaz Muiz dan isterinya menggalakkan Faizah dan Ikmal untuk bercinta mahu pun melakukan lebih daripada itu. Ustaz Muiz juga suka untuk menyelesaikan masalah - masalah orang kaya yang datang padanya. Kebanyakkan orang kaya tersebut hanya mahukan musuh - musuh mereka hilang dan tidak menganggu mereka. Ustaz Muiz dan pengikutnya bertindak membunuh sesiapa saja, asalkan mereka mendapat duit yang lumayan. Selain itu ustaz Muiz juga turut berkenan dengan Faizah. Apa yang berlaku seterusnya?
Telefilem Ayat Dari Langit, Telemovie Ayat Dari Langit, Info dan Sinopsis Telefilem Ayat Dari Langit, Sinopsis Penuh Telefilem Ayat Dari Langit, Telefilem Astro Citra, Citra Exclusive, Pelakon - Pelakon Telefilem Ayat Dari Langit, Adlin Aman Ramlie, Ellie Suriaty, Puteri Sarah, Kodi Rasheed,
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Slot Lestary Covid Oh Covid Episod 1 Hingga 13 (Full Episode) TV3

⏩⏩ Drama Penjara Janji Episod 1 Hingga Episod 15 (Full Episode) Lakonan Alif Satar, Fauzi Nawawi dan Azira Shafinaz Di Slot Samarinda TV3

Read More

16 Apr 2021

Drama Penjara Janji Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir) Di Slot Samarinda TV3



Drama Penjara Janji, Info dan Sinopsis Drama Penjara Janji, Poster Drama Penjara Janji, Watak - Watak Pelakon Drama Penjara Janji, Pelakon - Pelakon Drama Penjara Janji, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Azira Shafinaz, Drama Baru Fauzi Nawawi, Drama Slot Samarinda,

Drama Penjara Janji adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama ulangsiar Camelia. Antara pelakon drama Penjara Janji ini adalah Alif Satar, Azira Shafinaz, Fauzi Nawawi, Esma Daniel, Aida Aris, Zulin Aziz, Aishah Atan, Baggio, Syed Ali Murtadha, Raja Hakim dan ramai lagi. Kalau korang ingat lagi sebelum ini Alif Satar pernah berlakon sekali dengan Azira Shafinaz dalam drama Pia tahun lalu. Drama Penjara Janji ini mempunyai 15 episod dan sudah mula bersiaran di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 12 April 2021 yang lalu. Selain itu drama ini diarahkan oleh Azman Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Penjara Janji ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..
Drama Penjara Janji, Info dan Sinopsis Drama Penjara Janji, Poster Drama Penjara Janji, Watak - Watak Pelakon Drama Penjara Janji, Pelakon - Pelakon Drama Penjara Janji, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Azira Shafinaz,
Alif Satar sebagai Rizan
Fauzi Nawawi sebagai Zulkifli
Azira Shafinaz sebagai Rozita
Esma Daniel sebagai Razlan
Syed Ali Murtadha sebagai Azam




Sinopsis Penuh Drama Penjara Janji Lakonan Alif Satar, Fauzi Nawawi dan Azira Shafinaz Di Slot Samarinda TV3

Rizan, seorang warden penjara berusaha memenuhi hasrat terakhir daripada banduan bernama Zulkifly yang berdepan dengan hukuman mati. Hasrat Zulkifly adalah untuk bersatu dengan ahli keluarganya. Rizan terlalu fokus dalam menguruskan hal Zulkifly sehingga mengabaikan tunangnya, Rozita dan persiapan perkahwinan mereka. Tanpa diketahui Rizan, Zulkifly merupakan ayahnya sendiri yang tidak pernah dia temui. Apa yang berlaku seterusnya?...

Drama Penjara Janji, Info dan Sinopsis Drama Penjara Janji, Poster Drama Penjara Janji, Watak - Watak Pelakon Drama Penjara Janji, Pelakon - Pelakon Drama Penjara Janji, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Fauzi Nawawi, Drama Slot Samarinda,
Lagu Tema / OST Drama Penjara Janji

👐 Damba Cintamu Nyanyian Alif Satar dan Raihan

👐 Rahsia nyanyian Zulin Aziz

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Tak Sempurna Mencintaimu Episod 1 Hingga 28 (Full Episode) Lakonan Redza Rosli dan Intan Najuwa Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik (Astro Ria)

Read More

12 Apr 2021

Info dan Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik (Astro Ria)



Drama Bila Syaitan Berbisik, Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik, Drama Astro Ria, Drama Bulan Ramadan, Info dan Sinopsis Penuh Drama Bila Syaitan Berbisik, Drama Baru Azar Azmi, Drama Baru Lah Ahmad, Pelakon - Pelakon Drama Bila Syaitan Berbisik, Poster Drama Bila Syaitan Berbisik,

Drama Bila Syaitan Berbisik akan disiarkan di Astro Ria bermula 12 April 2021 ini setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam. Drama ini disiarkan khas sempena bulan Ramadan ini dan diinspirasikan daripada kisah benar. Antara pelakon drama Bila Syaitan Berbisik ini adalah Lah Ahmad, Azar Azmi, Kamal Adli, Uyaina Arshad, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Norlia Ghani, Liza Abdullah, Syafnida Shuhaimi, Hamidah Wahab, Mustaqim Bahadon, Natasha Hudson dan ramai lagi. Selain itu drama Bila Syaitan Berbisik ini mempunyai 18 episod dan diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Opera Klasik. Nampak menarik kan drama ini, penuh pengajaran gitu, haruslah tonton di Astro Ria nanti kan. Tengok trailer je dah nampak best, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Drama Bila Syaitan Berbisik Lakonan Lah Ahmad dan Azar Azmi (Astro Ria)

Diinspirasikan daripada kisah benar, ikuti perjalanan Naen dan Dhia membantu mangsa yang terlibat dalam kes-kes jenayah dalam agama, jenayah seks dan penderaan domestik.

Tonton Drama Bila Syaitan Berbisik Episod 1 Hingga Episod 18 (Full Episode) Astro Ria
Drama ini boleh ditonton di aplikasi Astro Go.

Read More

10 Apr 2021

Telefilem Diam Tanda Setuju Lakonan Farid Kamil, Beto Kusyairy Dan Mawar Rashid (Astro Citra)



Telefilem Diam Tanda Setuju, Telemovie Diam Tanda Setuju, Sinopsis Telefilem Diam Tanda Setuju, Ending Telefilem Diam Tanda Setuju,
Info dan Sinopsis Telefilem Diam Tanda Setuju Lakonan Farid Kamil, Beto Kusyairy Dan Mawar Rashid (Astro Citra)

Telefilem Diam Tanda Setuju akan disiarkan pada hari Sabtu ini di Astro Citra pada 10 April 2021 ini, jam 9 malam. Ramai pelakon best dalam telemovie Diam Tanda Setuju ini. Antara pelakon Telefilem Diam Tanda Setuju ini adalah Mawar Rashid, Nurin Afiqah, Beto Kusyairy, Farid Kamil, Razman Mahayuddin, Syrul Ezwan, Saliza Ali, Hakimi Rejab, Shamer Rashid, Zack Zabhas, Tengku Zara dan ramai lagi. Selain itu Telefilem Diam Tanda Setuju ini bergenre romantik komedi dan diarahkan oleh Osman Ali serta diterbitkan oleh Nuansa. Nampak menarik kan telefilem ini, apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh 
Telefilem Diam Tanda Setuju Lakonan Farid Kamil, Beto Kusyairy Dan Mawar Rashid (Astro Citra)

Kisah dua sahabat baik yang berhadapan dengan konflik perhubungan di saat mereka mula panik memikirkan usia mereka yang semakin meningkat tetapi belum bertemu jodoh. Apa yang berlaku seterusnya?

Read More

Telefilem Hantu Sangkut 2.0 (Astro Citra)



Telefilem Hantu Sangkut 2.0 (Astro Citra), Sinopsis Penuh Telefilem Hantu Sangkut 2.0 (Astro Citra), Info dan Sinopsis Telefilem Hantu Sangkut 2.0 (Astro Citra), Poster Telefilem Hantu Sangkut 2.0 (Astro Citra), Pelakon - PelakonTelefilem Hantu Sangkut 2.0 (Astro Citra),

Telefilem Hantu Sangkut 2.0 ini sudah pun disiarkan pada 3 April 2021 yang lalu di Astro Citra, jam 9 malam. Antara pelakon Telefilem Hantu Sangkut 2.0 ini adalah Ayie Elham (Floor 88), Eric Fuzi (Floor 88), Wafiy Ilhan, Danish Daneal @ Coki, Hamdan Senario, Arie Zaharie dan ramai lagi. Memang syok telefilem ini, apa pun telemovie Hantu Sangkut 2.0 ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production & Knack Knack Studios. Jom tengok sinopsis telefilem Hantu Sangkut 2.0 di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Hantu Sangkut 2.0 (Astro Citra) Lakonan Ayie Floor 88, Eric Floor 88 dan Wafiy Ilhan

Wafiy dan rakan-rakan terpaksa membatalkan penggambaran filem kerana PKP dan akhirnya tersadai di sebuah chalet di mana mereka telah diganggu oleh penunggu chalet.

Read More

7 Apr 2021

Drama Slot Lestary Covid Oh Covid Episod 1 Hingga 13 (Full Episode) TV3



Drama Covid Oh Covid, Info dan Sinopsis Drama Covid Oh Covid, Poster Drama Covid Oh Covid, Drama Slot Lestary TV3, Pelakon Drama Covid Oh Covid, Drama Baru Adibah Noor, Drama Baru Umie Aida, Drama Baru Nora Danish, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Tiz Zaqyah, Drama Baru Nabila Huda,

Drama Covid Oh Covid adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang mula disiarkan sejak 2 April 2021 yang lalu setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Romantika 4 Hari 3 Malam lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson yang telah tamat episodnya. Antara pelakon Drama Covid Oh Covid ini adalah Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nora Danish, Syafiq Kyle, Tiz Zaqyah, Yusof Hashim, Nabila Huda, Amar Asyraf, Nasir Al Aydrus, Fathia Latiff, Nazrief Nazri, Nafiz Muaz dan ramai lagi. Selain itu Drama Covid Oh Covid ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Jet Li dan Izuan Mokhtar serta diterbitkan oleh Rumah Karya Citra. Nampak menarik kan drama ini, plus ada ramai pelakon - pelakon best dalam drama ini. Jadi jom tengok watak - watak Pelakon dalam drama Covid Oh Covid ni di bawah okey, beserta sinopsisnya sekali ye.

Adibah Noor sebagai Habsah
Tony Eusoff sebagai Tuan Ariffin
Umie Aida sebagai Tok Wan
Tiz Zaqyah sebagai Safura 
Nabila Huda sebagai Salmiah
Nora Danish sebagai Suhaila
Nasiruddin Alaydrus sebagai Shazrul
Fathia Latiff sebagai Riana 
Yusof Hashim sebagai Adam 
Nafiz Muaz sebagai Zafrin




Sinopsis Penuh Drama Covid Oh Covid (TV3)

Pengumuman sambungan PKP amat meresahkan rakyat Malaysia termasuklah Villa Angrani yang dihuni oleh Tuan Ariffin (Tony Eusoff), mak mertuanya Tok Wan (Datin Paduka Umie Aida), isterinya Habsah (Adibah Noor) dan anak-anaknya Safura (Tiz Zaqyah), Salmiah (Nabila Huda), Suhaila (Nora Danish), dan Shazrul (Nasiruddin Alaydrus). Hanya Suhaila dan Shazrul yang belum berkahwin tinggal bersama dengan Tuan Ariffin. Walaubagaimanapun, mereka sebuah keluarga yang rapat dan anak-anak selalu berkumpul di situ. Tuan Ariffin menyediakan bilik untuk semua anak-anaknya termasuklah Safura yang sudah berkahwin kecuali Salmiah yang seperti anak terbuang kerana perkahwinannya yang tidak direstui. Adik-beradik bersepakat mahu merapatkan semula hubungan Salmiah dengan Habsah. Tok Wan mengidap Alzheimer dan selalu membuat suasana jadi huru hara dengan perangainya. Tuan Ariffin mempunyai hubungan dengan Riana (Fatiya Latiff), seorang janda yang rumahnya berdekatan dengan masjid. 
Drama Covid Oh Covid, Info dan Sinopsis Drama Covid Oh Covid, Poster Drama Covid Oh Covid, Drama Slot Lestary TV3, Pelakon Drama Covid Oh Covid, Drama Baru Adibah Noor, Drama Baru Umie Aida, Drama Baru Nora Danish, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Tiz Zaqyah, Drama Baru Nabila Huda,
Apabila masjid ditutup, Tuan Ariffin resah sebab tak dapat jumpa dengan kekasih hati. Habsah yang sangat fobia dengan Covid-19 sangat tegas dan tak suka anak-anak keluar rumah tanpa sebab. Dia sangat mematuhi SOP. Hubungan antara Tuan Ariffin dan Riana dapat dihidu oleh Shazrul. Dia berpakat dengan Suhaila untuk menggagalkan hubungan ayah dan janda itu. Safura bergiat aktif dalam kerja amal, menghantar barang dan makanan kepada warga seni yang kurang berkemampuan. Setelah PKP dilanjutkan, Safura ingin mengadakan konsert secara maya bagi mengumpul dana. Suhaila pula resah dengan majlis perkahwinan yang akan diteruskan dengan pematuhan SOP. Sebagai seorang influencer, Suhaila kongsikan video persiapan perkahwinannya untuk tatapan peminat. Suhaila terkejut apabila suaminya, Zafrin mengambil keputusan untuk tidak hidup menumpang di Villa Angrani. Bagaimana Suhaila menyesuaikan diri? Tambahan lagi, Suhaila memang tidak gemar membuat kerja rumah dan tidak pandai memasak.

Tonton Drama Covid Oh Covid Full Episode - Episod 1 Hingga 13 (Akhir)
- Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV, korang juga boleh menontonnya  secara online di www.iq.com secara percuma okey.

Read More

3 Apr 2021

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Full Episode Slot Akasia TV3



Drama Tak Sempurna Mencintaimu, Novel Tak Sempurna Mencintaimu, Drama Adaptasi Novel, Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu, Poster Drama Tak Sempurna Mencintaimu, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Bulan Ramadan, Baca Online Novel Tak Sempurna Mencintaimu,

Drama Tak Sempurna Mencintaimu adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama ulangan Pujaan Hati Kanda yang diulang siar di TV3. Drama 28 episod ini sudah mula bersiaran sejak 29 Mac yang lalu, setiap hari, jam 7 malam. Antara pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu ini adalah Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Fendy Bakry, Dato Tamimi Siregar, Lydiawati, Azzarima, Mak ah, Fendi Seman, Nafiez Zaidi, Ali Redza, Shah Khan, Asha Merican, Naim Shamshol dan ramai lagi. Selain itu drama ini diinspirasikan daripada Novel Tak Sempurna Mencintaimu karya Rehan Makhtar. Drama Tak Sempurna Mencintaimu ini diarahkan oleh Emi Suffian dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, kiranya ni drama bulan Ramadanlah kan, setiap hari bersiaran gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Redza Rosli sebagai Mustaqim
Intan Najuwa sebagai Siratul
Rita Nadira sebagai Melissa
Aniq Suhair sebagai Safwan
Fendy Bakry sebagai Epul
Nafiez Zaidi sebagai Fiqri
Azza Elite sebagai Kak Siti
Ali Reza sebagai Kyle
Shah Khan sebagai Kuca
Scha Elinnea sebagai Mawardah 
Naim Shamshol sebagai Rudy




Sinopsis Penuh Drama Tak Sempurna Mencintaimu Lakonan Redza Rosli dan Intan Najuwa slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang Mustaqim dan Siratul yang masing-masing menjaga diri antara satu sama lain,  dan sama-sama membentuk diri kearah kebaikan. Mustaqim berpewatakan seorang yang agak nakal dan panas baran manakala Siratul pula seorang yang penyabar, tabah dan lurus. Siratul bekerja keras demi mencari rezeki tanpa bergantung pada sesiapa pun. Pertemuan Mustaqim dan Siratul pada awalnya penuh dengan amarah tetapi akhirnya jatuh cinta. Kisahnya bermula apabila adik Siratul telah melanggar motor kesayangan Mustaqim menyebabkan dia marah dan dengan lantang menghina gadis itu. Tapi walaupun dalam keadaan marah dia mengikuti Siratul, menggantikan perbelanjaan motor yang telah hancur dan rosak dan menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat. 

Mengenali Siratul membuatkan Mustaqim mula merasa tenang setelah 10 tahun hatinya terluka akibat pengkhianatan yang dilakukan  oleh Melisa. Melisa merupakan seorang gadis yang amat menyukainya tetapi cinta itu tidak dibalas oleh Mustaqim. Lantas untuk membalas dendam Melisa berkahwin dengan ayah Mustaqim. Difitnahnya Mustaqim sehingga ayahnya menghalau keluar dari rumah dan dia tidak pernah pulang lagi selama 10 tahun. Dengan adanya Siratul, hati yang beku itu perlahan-lahan cuba melupakan kesilapannya semalam. Tanpa sedar, cinta mula berputik antara mereka. Namun, cinta mana yang tidak diuji? Hadirnya Melisa tanpa diduga, membuatkan kisah cinta mereka benar-benar dipukul badai. Adakah Siratul dan Mustaqim dapat bersatu pada pengakhirannya? Dapatkah Mustaqim memaafkan dan kembali semula pada ayahnya?

Drama Tak Sempurna Mencintaimu, Novel Tak Sempurna Mencintaimu, Drama Adaptasi Novel, Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu, Poster Drama Tak Sempurna Mencintaimu, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Bulan Ramadan, Baca Online Novel Tak Sempurna Mencintaimu,

Sinopsis Novel Tak Sempurna Mencintaimu

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.
"Kau sindir aku lagi, kan?" -MUSTAQIM
"Tak... kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan" -SIRATUL
Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa... Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.
"Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu..." -MUSTAQIM
"Memang dasar orang gila!" -SIRATUL
Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati... Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.
"Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!" -SIRATUL
"Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul..." -MUSTAQIM

Mustaqim bingung. Tak... Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati. Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.
"Kalau dia tu, pedang yang menghunus... saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan." -SIRATUL
Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa... Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.
"You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul..." -MELISA
"Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga..." -SIRATUL
"Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau..." -MUSTAQIM
Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namum adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bula perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.
Drama Tak Sempurna Mencintaimu, Novel Tak Sempurna Mencintaimu, Drama Adaptasi Novel, Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu, Poster Drama Tak Sempurna Mencintaimu, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Bulan Ramadan, Baca Online Novel Tak Sempurna Mencintaimu,

Lagu Tema / OST Drama Tak Sempurna Mencintaimu

💜 Lagu Durja nyanyian Khai Bahar.

Baca Online Novel Tak Sempurna Mencintaimu

👉 Baca Online Novel Tak Sempurna Mencintaimu Bab 1 Hingga Bab 15

Tonton Drama Tak Sempurna Mencintaimu Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)


Jika terlepas menonton drama ini di TV3, korang boleh saksikan drama ini secara online di aplikasi WeTV Malaysia atau di website wetv.vip sejurus selepas habis tayangan di TV sekitar jam 8 malam. Tontonan adalah secara percuma.

Read More


My Random Post