1 Dis 2022

Review dan Sinopsis Filem lnang (2022)



Filem Inang, Filem Indonesia Inang, Filem Seram Inang, Filem Seram Indonesia Inang, Indonesian Movie Inang, Indonesian Horror Movie, Sinopsis Filem Inang, Indonesian Movie The Womb, Inang Cast, Inang Movie, Pelakon - Pelakon Filem Inang, Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou,

Filem Inang (The Womb) adalah filem seram Indonesia yang release pada 13 Oktober 2022 dan diarahkan oleh Fajar Nugros serta diterbitkan oleh IDN Pictures. Antara pelakon filem Inang ini adalah Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou, Nungki Kusumastuti, Pritt Timothy dan ramai lagi. Siapa yang pernah tengok sinetron / drama Indonesia ni mesti kenal dengan Naysilla Mirdad ni sebab dia banyak berlakon dalam sinetron berbanding filem. Antara drama atau sinetron lakonannya yang pernah disiarkan di Malaysia seperti Intan, Cahaya, Sekar dan lain - lain lagi. Filem Inang ini adalah filem keduanya dan merupakan filem seram pertama lakonannya. Lebih menarik bila dalam movie Inang ini Naysilla Mirdad dapat berlakon dengan ibu kandungnya sendiri iaitu Lydia Kandou.
Filem Inang, Filem Indonesia Inang, Filem Seram Inang, Filem Seram Indonesia Inang, Indonesian Movie Inang, Indonesian Horror Movie, Sinopsis Filem Inang, Indonesian Movie The Womb, Inang Cast, Inang Movie, Pelakon - Pelakon Filem Inang, Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou,
Sejujurnya Movie Inang ni takdelah seram mana pun, tak takut pun, hantu pun gitu - gitu je, elemen jumpscare yang minimum saja. Ada review yang mengatakan filem ini kurang best, apa pun semuanya bergantung pada citarasa masing - masinglah kan. Tapi stil aku rasa filem ini ada tarikan juga sebab ianya memfokuskan tentang mitos Jawa bernama Rebo Wekasan dan ritual yang perlu dilakukan yang melibatkan si anak yang baru lahir dan si ibu yang melahirkan. Selain itu filem ini membuatkan penonton rasa dekat dengan watak Wulan yang malang itu, bila wataknya itu dikembangkan dengan baik. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam filem Inang ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem lnang (2022) 

Naysilla Mirdad sebagai Wulan
Dimas Anggara sebagai Bergas
Rukman Rosadi sebagai Agus Santoso
Lydia Kandou sebagai Eva
Nungki Kusumastuti sebagai Bidan
Pritt Timothy sebagai Ki Ageng




Sinopsis Filem Inang Lakonan Naysilla Mirdad (2022) 

Mengisahkan tentang kehidupan Wulan yang bekerja sebagai cashier di sebuah supermarket. Wulan ditinggalkan oleh kekasihnya ketika dirinya hamil. Wulan hidup sebatang kara, setelah dirinya hamil dia hilang segala - galanya. Ketika merasakan dunianya sudah gelap, Wulan menjumpai satu group di Facebook yang membantu ibu - ibu yang sedang mengandung, Wulan menelefon mereka dan menceritakan masalahnya dan akhirnya Wulan ditemukan dengan pasangan suami isteri bernama Agus Santoso dan Eva yang ingin mengambil anak Wulan sebagai anak angkat mereka. Wulan kemudiannya bersetuju untuk tinggal di rumah Agus dan Eva sehingga dia melahirkan anaknya kerana Wulan sudah tidak ada tempat tinggal. Awalnya Wulan berasa gembira tinggal di rumah Agus dan Eva kerana rumah mereka besar, cantik dan selesa, malah mereka melayan Wulan seperti keluarga mereka sendiri. 
Filem Inang, Filem Indonesia Inang, Filem Seram Inang, Filem Seram Indonesia Inang, Indonesian Movie Inang, Indonesian Horror Movie, Sinopsis Filem Inang, Indonesian Movie The Womb, Inang Cast, Inang Movie, Pelakon - Pelakon Filem Inang, Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou, Filem Seram Indonesia 2022,
Namun lama - kelamaan banyak hal aneh yang terjadi, Wulan sering mendapat mimpi - mimpi pelik selain itu, kedatangan Ki Ageng yang cuba membuat ritual pelik atas dirinya menambahkan sangsi di hati Wulan. Akhirnya Wulan nekad tidak mahu menyerahkan anaknya pada Agus dan Eva itu, namun Eva menyarankan agar Wulan menunggu sehingga anak itu lahir dan kemudian baru pergi dari rumah mereka.
Kehadiran Bergas yang baru pulang dari luar negara mengejutkan Agus dan Eva, mereka tidak menyangka anak tunggal mereka itu akan pulang di waktu ini. Agus dan Eva terpaksa menipu Bergas yang bertanya tentang Wulan manakala Wulan pula cuba memberitahu Bergas mengenai benda pelik yang terjadi di rumah itu. Awalnya Bergas tidak mempercayai Wulan namun setelah dia berfikir sedalam - dalamnya, dia sedar ada benda pelik yang terjadi sejak bertahun - tahun dulu. Bergas akhirnya berpakat dengan Wulan untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi dan bersertuju untuk membantu Wulan keluar dari situ. Adakah usaha mereka akan berjaya? 
Filem Inang, Filem Indonesia Inang, Filem Seram Inang, Filem Seram Indonesia Inang, Indonesian Movie Inang, Indonesian Horror Movie, Sinopsis Filem Inang, Indonesian Movie The Womb, Inang Cast, Inang Movie, Pelakon - Pelakon Filem Inang, Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou,
Scene - scene suspen di hujung cerita filem ini memang boleh tahan juga walaupun tidak melibatkan hantu. Apa pun ending filem Inang ini awalnya macam sweet tapi berakhir dengan tragedilah pulak. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 6.8/10 bintang untuk filem ini

Read More

29 Nov 2022

Drama Kudeta Lakonan Vanidah Imran (Astro Ria)



Drama Kudeta, Drama Kudeta Astro Ria, Drama Politik, Sinopsis Drama Kudeta Lakonan Vanidah Imran, Kudeta Cast, Poster Drama Kudeta, Drama Kudeta Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Kudeta, Vanidah Imran, Adlin Aman Ramli, Aqasha, Aedy Ashraf, Sangeeta Krishnasamy, Namron, Koe Yeet, Fazlina Ahmad Daud, Chelsia Ng,

Drama Kudeta sudah mula bersiaran sejak 20 November 2022 yang lalu di Astro Ria, setiap hari Isnin, jam 9 malam. Drama ini juga boleh ditonton setiap hari Ahad di Astro On Demand dan Astro Go serta setiap hari Jumaat pukul 10:00 malam di saluran PRIMETime. Antara pelakon drama Kudeta ini adalah Vanidah Imran, Adlin Aman Ramli, Aqasha, Aedy Ashraf, Sangeeta Krishnasamy, Namron, Koe Yeet, Fazlina Ahmad Daud, Chelsia Ng dan ramai lagi. Selain itu drama Kudeta ini diarahkan oleh Imran Sheik dan Kroll Azry dan diterbitkan oleh Lacuna Pictures Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, plus barisan pelakon drama Kudeta ini juga hebat - hebat belaka. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis 
Drama Kudeta Lakonan Vanidah Imran (Astro Ria)

Mariam Imran, perdana menteri wanita pertama Masraya berusaha untuk kekalkan kuasa atas gabungan pakatan parti yang goyah untuk mengelakkan rampasan kuasa, KUDETA. Apa yang berlaku seterusnya? berhasilkah usaha Mariam Imran itu dan sejauh manakah dia mampu merampas kuasa?..


Read More

28 Nov 2022

Telefilem Cinta Lesen L (TV2)



Telefilem Cinta Lesen L, Telefilem Cinta Lesen L TV2, Telemovie Cinta Lesen L TV2, Sinopsis Telefilem Cinta Lesen L, Telemovie Slot Drama On 2, Telemovie Cinta Lesen L Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Cinta Lesen L, Shiqin Kamal, Shah Kimin, Norliza Saleh, Syed Ahmad Nahar, Tyara Daeell Abdullah, Poster Telefilem Cinta Lesen L, Telefilem Cinta Lesen L Full Movie,
Telefilem Cinta Lesen L Lakonan Shiqin Kamal dan Shah Kimin TV2

Telefilem Cinta Lesen L sudah pun disiarkan di slot Drama On 2 TV2 pada hari Isnin, 28 November 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Cinta Lesen L ini adalah Shiqin Kamal, Shah Kimin, Norliza Saleh, Syed Ahmad Nahar, Tyara Daeell Abdullah dan ramai lagi. Selain itu telefilem Cinta Lesen L ini diarahkan oleh Wan Saiful Shahrizan dan diterbitkan oleh Teccal Sdn Bhd. Nampak macam best je kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Cinta Lesen L di bawah ini okey..




Sinopsis 
Telefilem Cinta Lesen L Lakonan Shiqin Kamal dan Shah Kimin TV2

Mengisahkan percintaan dua pasangan yang berbeza perwatakan umpama langit dengan bumi. Ain, cikgu di sekolah memandu yang berpewatakan kasar telah jatuh cinta dengan muridnya yang merupakan seorang ustaz. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Secret Admirer Lakonan Janna Nick (Astro Citra)

⏩⏩ Telefilem Hello Suria Lakonan Beto Kusyairy dan Sara Ali Di Awesome TV

Read More

Final Gegar Vaganza 9 dan Keputusan Markah Konsert



GV9, Gegar Vaganza 9, Finalis GV9, Elly Mazlein, Kak Lina Kepom, Konsert Final GV9, Konsert Akhir GV9, Top 3 GV9,

Berakhir sudah Gegar Vaganza Musim Ke 9 yang menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara GV9. Walaupun kemenangan Jaclyn Victor sudah diramal dan bukan satu kejutan, namun semua peserta lain memberikan tentangan yang sengit terutamanya di Konsert Akhir Gegar Vaganza 9 ini. Namun tak dinafikan Jac layak menjadi juara GV9 kerana hasil usahanya dan juga persembahan memukau di kedua - dua pusingan iaitu pusingan solo dan juga Battle Round dengan kumpulan VE. Jac menyanyi lagu rap pun mantap gitu. Bob Yusof juga cemerlang di konsert final GV9 ini, tapi sayangnya di pusingan battle round ianya kurang menyerlah tapi tetap comel okey. Agak kesian juga dengan Shila Amzah kerana dia sakit tekak, masa dia bercakap di sesi sidang media, selepas konsert tu memang hilang terus suara dia, nak bercakap pun susah. Aku rasa persembahan semua finalis di konsert final Gegar Vaganza Musim Ke -9  ni memang best - best belaka. Elly Mazlein a.k.a Kak Lina Kepom memang penyeri GV9 ni kan..Apa pun jom tengok keputusan pemenang GV9 di bawah ini okey..




Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 9 (GV9)

Juara GV9 - Jaclyn Victor
Naib Juara - Bob Yusof
Tempat Ketiga - Shila Amzah
Tempat Keempat - Tomok
Tempat Kelima - VE
Tempat Keenam - Hazrul Nizam

Keputusan Markah Peserta Konsert Final GV9

Juara GV9 - Jaclyn Victor (85.86%)
Naib Juara - Bob Yusof (76.28%)
Tempat Ketiga - Shila Amzah (76.02%)
Tempat Keempat - Tomok (75.83%)
Tempat Kelima - VE (72.39%)
Tempat Keenam - Hazrul Nizam (69.75%)

Senarai Juara - Juara Gegar Vaganza

Juara GV1 - Ayai Ilusi
Juara GV2 - Siti Nordiana
Juara GV3 - Azharina Azhar
Juara GV4 - Aishah 
Juara GV5 - Noryn Aziz
Juara GV6 - Naqiu dan Hady Mirza
Juara GV7 - Cliff Umar
Juara GV8 - Aliff Aziz
Juara GV9 - Jaclyn Victor

Jom Baca Ini Juga 👉👉  Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima

Read More

27 Nov 2022

Telefilem Hello Suria (Awesome TV)



Telefilem Hello Suria, Telefilem Hello Suria Awesome TV, Telemovie Awesome TV, Telemovie Hello Suria, Poster Telefilem Hello Suria, Sinopsis Telefilem Hello Suria, Telefilem Hello Suria Full Movie, Hello Suria Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Hello Suria, Sara Ali, Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Syuhaida Abraz (Dottie), Chew Kin Wah, Zera Hariz, Norzizi Zulkifli,

Telefilem Hello Suria akan diulang siar di Awesome TV di saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV pada 27 November 2022, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Hello Suria ini adalah  Sara Ali, Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Syuhaida Abraz (Dottie), Chew Kin Wah, Zera Hariz, Norzizi Zulkifli dan ramai lagi. Selain itu telemovie Hello Suria ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan diterbitkan oleh Roman Abadi Sdn Bhd. Nampak macam sweet je telefilem ini kan,  Jadi jom tengok sinopsis telemovie Hello Suria di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Hello Suria 
Lakonan Beto Kusyairy dan Sara Ali Di Awesome TV

Mengisahkan mengenai detik pertemuan dan percintaan serta cabaran di antara dua insan, Suria dan Ilham. Cerita ini bermula apabila seorang gadis mencari cinta bertemu seorang lelaki pecinta kucing. Adakah kucing, kopi dan buku boleh satukan dua jiwa ini? Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

Telefilem Secret Admirer Lakonan Janna Nick (Astro Citra)



Telefilem Secret Admirer, Telemovie Astro Citra, Telefilem Secret Admirer Astro Citra, Telemovie Secret Admirer, Slot Citra Exclusive, Sinopsis Telefilem Secret Admirer, Telefilem Secret Admirer Full Movie, Telemovie Secret Admirer Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Secret Admirer,  Janna Nick, Dini Schatzmann, Izz Faeiz, Ismail Yaacob, Ain Yasmin, Telemovie Lakonan Janna Nick, Poster Telefilem Secret Admirer,

Telefilem Secret Admirer sudah pun disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada 26 November 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Secret Admirer ini adalah Janna Nick, Dini Schatzmann, Izz Faeiz, Ismail Yaacob, Ain Yasmin dan ramai lagi. Selain itu telemovie Secret Admirer ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Kreatis Medialoka Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, para pelakon pun best - best gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Secret Admirer ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Secret Admirer Lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann (Astro Citra)

Beberapa siri kematian yang berlaku di ibu kota menyebabkan dua wartawan bertelagah dalam merungkai jenayah sebenar di antara kes pembunuhan bersiri atau bunuh diri. Senario menjadi rumit apabila mereka sendiri turut disyaki terlibat dalam skandal ini. Seorang wartawan wanita yang bahagia di alam perkahwinannya, menghadapi masalah menyiasat kes kematian akibat kecurangan, apabila mengesyaki rakan sekerjanya turut terlibat dalam kes tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

24 Nov 2022

Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami Lakonan Anna Jobling dan Malek Mccrone Di Astro Ria



Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami, Drama Adaptasi Novel, Novel Dia Yang Ku Jadikan Suami Karya Rinsya Chasiani, Info dan Sinopsis Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami, Dia Yang Ku Jadikan Suami Cast, Drama Baru Anna Jobling, Drama Baru Malek Mccrone, Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami Full Episode, Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami Episod 1 Hingga 13, Pelakon - Pelakon Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami, Malek Mcrone, Anna Joblings, Syazlin Zainal, Abby Nadzri, Anne Abdullah , Raja Azmi, Zulkifli Ismail, Kuna Muzani, Shah Rezza, Sefik, Reza Hasbi, Farah Wahida, Ending Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami,

Sepatutnya drama Cina Buta yang akan ditayangkan ketika ini, namun atas sebab yang tak dapat dielakkan drama Cina Buta ditunda terlebih dahulu dan kini digantikan dengan drama ini. Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria, drama ini mula disiarkan bermula 23 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Kau vs Aku yang telah tamat episodnya. Antara pelakon Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami ini adalah Malek Mcrone, Anna Joblings, Syazlin Zainal, Abby Nadzri, Anne Abdullah, Raja Azmi, Zulkifli Ismail, Kuna Muzani, Shah Rezza, Sefik, Reza Hasbi, Farah Wahida dan ramai lagi. 

Selain itu drama ini adalah merupakan adaptasi daripada Novel Dia Yang Ku Jadikan Suami karya Rinsya Chasiani. Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Harris Fadzillah serta diterbitkan oleh Elite Forsure Sdn Bhd dan Global Station Sdn Bhd. Nampak macam best je drama ni, plus gandingan Anna Jobling dan Malek Mccrone ni nampak sepadan gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Dia Yang Ku Jadikan Suami di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami

Malek Mcrone sebagai Naim Khair
Anna Joblings sebagai Naazneen Fatah
Syazlin Zainal sebagai Hana
Abby Nadzri sebagai Hidayah
Anne Abdullah sebagai Hasanah
Raja Azmi sebagai Anisah
Zulkifli Ismail sebagai Adnan
Sefik sebagai Kapten Adriz
Reza Hasbi sebagai Wan Aakif
Farah Wahida sebagai Arwin Raisha




Sinopsis 
Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami Lakonan Anna Jobling dan Malek Mccrone 
Di Slot MegaDrama Astro Ria

Naazneen, gadis berdikari yang punya kisah silam pahit menjadikannya punya dua personaliti berbeza. Pertemuan dengan Naim, membuat dirinya tercabar. Penolakan Naim menyebabkan Naazneen bertekad menghancurkan hubungan Naim dengan Hidayah. Namun rancangan jahatnya memakan diri sendiri. Naazneen menerima untuk berkahwin Naim. Naazneen yang insaf mula berubah menjadi isteri solehah. Namun segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar.Tiada siapa sudi mendengar penjelasan dan penyesalan hati Naazneen. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Naim menerimanya kembali.


Read More

Drama Rindu Kasih Episod 1 Hingga 15 Di Slot Samarinda TV3



Drama Rindu Kasih TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Sinopsis Drama Rindu Kasih TV3, Rindu Kasih Cast, Drama Rindu Kasih Full Episode, Drama Rindu Kasih Episod 1 Hingga 15, Pelakon - Pelakon Drama Rindu Kasih, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Amyza Aznan, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd,

Drama Rindu Kasih adalah drama terbaru di slot Samarinda yang disiarkan bagi menggantikan Drama Suri Hati yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah bersiaran sejak 16 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Rindu Kasih ini adalah Ummi Nazeera, Izzue Islam, Amyza Aznan, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Shazia Rozaini, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu drama Rindu Kasih ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) serta diterbitkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, ramai pelakon best dalam drama ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rindu kasih di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Rindu Kasih

Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Nafiz Muaz sebagai Hisham
Amyza Aznan sebagai Shida
Arash Mohd sebagai Khalid
Shazia Rozaini sebagai Huda
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Meor Mohd sebagai Iqbal
Ayu Azlina sebagai Siti
Nik Ramly sebagai Zamani
Ikhwan Khairudin sebagai Khalid Muda
Fariza Shafinaz sebagai Halijah Mudah
Iskandar Shah sebagai Amin
Yamin Abu Bakar sebagai Supri
Siti Rohani Dollah sebagai Tini 
Elly Suhaili sebagai Sofia 
Hairi Ab Ghani sebagai Kamil




Sinopsis Drama Rindu Kasih Lakonan Ummi Nazeera dan Izzue Islam Di Slot Samarinda TV3

Salina dibesarkan seorang diri oleh bapanya, Khalid. Rahsia dirahsiakan oleh Khalid tentang ibunya, Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah. Salina begitu berazam untuk mendapatkan kasih sayang ibunya, dia sanggup melakukan jenayah hanya untuk menemani ibunya di penjara. Semenjak Shida meninggalkan Khalid dan anak mereka Salina yang berusia beberapa bulan, kehidupan Khalid menjadi tidak tentu arah. Khalid perlu bekerja demi menyara anaknya yang masih kecil. Sedar dari pengsan, Zamani, ayah Amir membuat permintaan terakhir kepada Halijah agar mengahwinkan Amir dengan Salina. Demi amanah bapanya, Amir menikahi Salina. Meskipun tiada restu si ibu. Apakah suratan tertulis untuk Salina dan Amir akhirnya.

Lagu Tema / OST Drama Rindu Kasih

👄👄 Seandainya nyanyian Ariff Bahran
👄👄 Retak nyanyian Aqeesh Aleeya


Read More

23 Nov 2022

Drama The Pak Mat Clan Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3



Drama The Pak Mat Clan, Drama Slot Sakura TV3, Info dan Sinopsis Drama The Pak Mat Clan, Drama The Pak Mat Clan Full Episode, Drama The Pak Mat Clan Episod 1 Hingga 20, The Pak Mat Clan Cast, Pelakon - Pelakon Drama The Pak Mat Clan, Imuda, Aishah Atan, Ahmad Ezzrin Loy, Qistina Khaled, Iman Suhana, Cintaa Aiyuni, Shah Kimin, Megat Sharizal,


Drama The Pak Mat Clan sudah mula disiarkan di slot Sakura TV3 bermula 8 November 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama The Pak Mat Clan ini adalah Imuda, Aishah Atan, Ahmad Ezzrin Loy, Qistina Khaled, Iman Suhana, Cintaa Aiyuni, Shah Kimin, Megat Sharizal dan ramai lagi. Selain itu drama The Pak Mat Clan ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Safuan Rashid serta diterbitkan oleh Lumatic Films. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama The Pak Mat Clan ini di bawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama The Pak Mat Clan

Imuda sebagai Pak Mat
Aishah Atan sebagai Puan Sally
Ahmad Ezzrin Loy sebagai Jay
Iman Suhana sebagai Nurul
Qistina Khaled sebagai Yana
Shah Kimin sebagai Otam
Cintaa Aiyuni sebagai Syikin
Megat Sharizal sebagai Imran
Abi Madyan sebagai Sabri
Atoi Tohet sebagai Faliq
Danny Emirrul sebagai Adam
Kween Keela sebagai Jasmin




Sinopsis Drama The Pak Mat Clan Slot Sakura TV3


Pak Mat adalah seorang pesara tentera yang kini mengendalikan sebuah kafe bersama keluarganya. Perniagaan milik mereka sedang menghadapi masalah kekurangan pelanggan, maka Pak Mat bercadang untuk meluaskan perniagaan mereka dengan membuka cawangan di Bali. Namun, cadangan ini dibantah oleh Puan Sally kerana dia merasakan bahawa cadangan tersebut hanyalah pengaruh Encik Im.Selepas menamatkan pengajian, Jay, anak sulung Pak Mat, masih belum menjumpai haluannya apabila dia diberhentikan kerja sekali lagi. Dalam pada masa yang sama, hari jadi teman wanitanya, Syikin makin hampir dan Jay ingin memberi hadiah istimewa buat Syikin tetapi berdepan dengan masalah kewangan.

Jay mencuba pelbagai cara untuk mengumpul duit, termasuk menjadi pemandu E-Hailing menggunakan kereta Encik Im yang sedang berada di Bali, namun kesemuanya gagal. Nurul, anak bongsu Pak Mat dan Puan Sally, berhadapan masalah di kolej dengan Prof Hamdan yang mula berubah sikap. Dalam pada masa yang sama, Nurul juga terasa disisihkan oleh Pak Mat yang sering melebihkan Jay dalam segala hal. Dapatkah Pak Mat menyelesaikan segala ragam keluarganya itu?

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3


👉👉 Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima

Read More

19 Nov 2022

Parti Gabungan PRU - 15 dan Pengalaman Mengundi



parti malaysia, parti - parti pru-15, pilihanraya umum ke -15, pru-15, perikatan nasional, barisan nasional, pakatan harapan, anwar ibrahim, muhyiddin yassin, ismail sabri, tun mahathir mohamad, general election, malaysia general election 15, ge15, hari mengundi, parti gabungan pru-15,
Parti Gabungan Pilihanraya Umum Ke - 15 (PRU - 15)

19 November 2022 adalah tarikh keramat untuk rakyat Malaysia membuat pilihan dan keluar mengundi untuk Pilihanraya Umum ke 15 / PRU - 15. Malam nanti kita akan tahu parti mana yang menang dan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Kalau di tempat aku di Pulau Pinang ni hanya ada 3 parti untuk dipilih iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Siapa pilihan aku mestilah rahsia hahaha. Adakah Anwar Ibrahim akan mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru, atau pun Ismail Sabri mengekalkan gelaran Prime Minister Malaysia tu atau pun Muhyiddin Yassin merampas kembali gelaran tersebut. Mahu pun Tun Mahathir kembali jadi PM yang kesekian kalinya. Apa pun keputusannya semuanya di tangan rakyat Malaysia.




Esok pastinya ramai yang akan pergi mengundi, kena beratur panjang, pastikan bawa apa yang patut contohnya payung, botol air, sedikit makanan seperti biskut jika perlu. Ada juga yang mahu membawa kipas kecil mahu pun kerusi lipat hehe. Aku harapkan esok semua urusan kita dipermudahkan ye, amin...

General Election 15 / GE15
Malaysia General Election 15
PRU15
Pilihanraya Umum Ke -15 

Selamat Mengundi buat semua rakyat Malaysia
Buat pilihan bijak okey..

Update Pengalaman Pergi Mengundi !!

19 Nov 2022 - Ikutkan nak keluar awal untuk pergi mengundi, tapi boleh pula pagi - pagi tu aku diserang gastrik, sakit perut sangat. Aku dah panik, makan pun tak lalu, pastu rasa nak muntah, cirit - birit. Pagi tu keluar juga beli nasi bungkus, tapi last2 tak makan pun. Aku tak ingat aku makan apa, tapi time tengahari hingga ke petang memang baring saja. Rasa tak larat nak keluar pi mengundi, tapi kalau tak pi mengundi, rasa rugi pula, jadi aku gagahkan diri, makan ubat tahan muntah n then rasa lega sikit, tak rasa loya atau mual dah. Jadi aku pun pergi laa mengundi di sebuah sekolah terdekat. Aku pergi mengundi dalam pukul 3.30 petang macam tu. Keluar petang pergi mengundi memang agak selesa sebab tak ramai orang tapi stil sesak gak laa jalan, kereta banyak. Balik mengundi singgah kedai makan berdekatan then beli nasi goreng ikan masin, rm 7 jugalah harganya. Tapi Alhamdulilah memang terbuka selera, aku berjaya habiskan nasi goreng tu n then tidoooooo


Read More

18 Nov 2022

Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3



Drama Kampung People 3, Drama Kampung People 3 Slot Lestary TV3, Sinopsis Drama Kampung People 3 TV3, Kampung People 3 Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kampung People 3, Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Drama Kampung People 3 Full Episode, Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13, Ending Drama Kampung People 3, Ost Drama Kampung People 3,

Drama Kampung People 3 sudah mula disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 18 November 2022, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini masih mengekalkan pelakon asal drama ini, namun dikhabarkan Hun Haqeem yang memegang watak Jaafar tiada dalam drama Kampung People Musim Ketiga ini sebaliknya akan digantikan dengan pelakon lain. Tak syok gak bila Hun Haqeem tak ada dalam season 3 ni kan, apa pun kita tunggu dan lihat sajalah kan. Antara pelakon drama Kampung People 3 ini adalah Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Shahril Sarjan, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazeri Md Isa, Haidar Hasanudin, Hafdzi Sofi, Fadlan Hazim, Sharifah Sakinan, Kismah Johar, Aniq Suhair dan ramai lagi. Selain itu drama Kampung People 3 ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Shahril Sarjan, manakala Amirul Fadhli dan Rashidi Ishak turut menjadi pengarah bersama. Apa pun nampak menarik kan drama ini, aku dah tengok drama Kampung People dari season 1 lagi. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Kampung People 3 ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Kampung People 3

  • Elly Mazlein sebagai Mona
  • Rashidi Ishak sebagai Rafiz
  • Riena Diana sebagai Laila
  • Kamarul Eqifshah sebagai Yummy/Imran
  • Shahril Sarjan sebagai Badrul Bisu
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Sharifah Sakinah sebagai Ejen Shukrinah
  • Kismah Johar sebagai Madamme Mah
  • Aniq Suhair sebagai Darwish




Sinopsis Drama Kampung People 3 Slot Lestary TV3

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar. Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. 

Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula. Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Lagu Tema / OST Drama Kampung People 3 

Hari Baru nyanyian Pasha 


Read More


My Random Post