23 Nov 2022

Drama The Pak Mat Clan Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3



Drama The Pak Mat Clan, Drama Slot Sakura TV3, Info dan Sinopsis Drama The Pak Mat Clan, Drama The Pak Mat Clan Full Episode, Drama The Pak Mat Clan Episod 1 Hingga 20, The Pak Mat Clan Cast, Pelakon - Pelakon Drama The Pak Mat Clan, Imuda, Aishah Atan, Ahmad Ezzrin Loy, Qistina Khaled, Iman Suhana, Cintaa Aiyuni, Shah Kimin, Megat Sharizal,


Drama The Pak Mat Clan sudah mula disiarkan di slot Sakura TV3 bermula 8 November 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama The Pak Mat Clan ini adalah Imuda, Aishah Atan, Ahmad Ezzrin Loy, Qistina Khaled, Iman Suhana, Cintaa Aiyuni, Shah Kimin, Megat Sharizal dan ramai lagi. Selain itu drama The Pak Mat Clan ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Safuan Rashid serta diterbitkan oleh Lumatic Films. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama The Pak Mat Clan ini di bawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama The Pak Mat Clan

Imuda sebagai Pak Mat
Aishah Atan sebagai Puan Sally
Ahmad Ezzrin Loy sebagai Jay
Iman Suhana sebagai Nurul
Qistina Khaled sebagai Yana
Shah Kimin sebagai Otam
Cintaa Aiyuni sebagai Syikin
Megat Sharizal sebagai Imran
Abi Madyan sebagai Sabri
Atoi Tohet sebagai Faliq
Danny Emirrul sebagai Adam
Kween Keela sebagai Jasmin




Sinopsis Drama The Pak Mat Clan Slot Sakura TV3


Pak Mat adalah seorang pesara tentera yang kini mengendalikan sebuah kafe bersama keluarganya. Perniagaan milik mereka sedang menghadapi masalah kekurangan pelanggan, maka Pak Mat bercadang untuk meluaskan perniagaan mereka dengan membuka cawangan di Bali. Namun, cadangan ini dibantah oleh Puan Sally kerana dia merasakan bahawa cadangan tersebut hanyalah pengaruh Encik Im.Selepas menamatkan pengajian, Jay, anak sulung Pak Mat, masih belum menjumpai haluannya apabila dia diberhentikan kerja sekali lagi. Dalam pada masa yang sama, hari jadi teman wanitanya, Syikin makin hampir dan Jay ingin memberi hadiah istimewa buat Syikin tetapi berdepan dengan masalah kewangan.

Jay mencuba pelbagai cara untuk mengumpul duit, termasuk menjadi pemandu E-Hailing menggunakan kereta Encik Im yang sedang berada di Bali, namun kesemuanya gagal. Nurul, anak bongsu Pak Mat dan Puan Sally, berhadapan masalah di kolej dengan Prof Hamdan yang mula berubah sikap. Dalam pada masa yang sama, Nurul juga terasa disisihkan oleh Pak Mat yang sering melebihkan Jay dalam segala hal. Dapatkah Pak Mat menyelesaikan segala ragam keluarganya itu?

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3


👉👉 Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post