Sinopsis Drama The Pak Mat Clan Slot Sakura TV3
Pak Mat adalah seorang pesara tentera yang kini mengendalikan sebuah kafe bersama keluarganya. Perniagaan milik mereka sedang menghadapi masalah kekurangan pelanggan, maka Pak Mat bercadang untuk meluaskan perniagaan mereka dengan membuka cawangan di Bali. Namun, cadangan ini dibantah oleh Puan Sally kerana dia merasakan bahawa cadangan tersebut hanyalah pengaruh Encik Im.Selepas menamatkan pengajian, Jay, anak sulung Pak Mat, masih belum menjumpai haluannya apabila dia diberhentikan kerja sekali lagi. Dalam pada masa yang sama, hari jadi teman wanitanya, Syikin makin hampir dan Jay ingin memberi hadiah istimewa buat Syikin tetapi berdepan dengan masalah kewangan.
Jay mencuba pelbagai cara untuk mengumpul duit, termasuk menjadi pemandu E-Hailing menggunakan kereta Encik Im yang sedang berada di Bali, namun kesemuanya gagal. Nurul, anak bongsu Pak Mat dan Puan Sally, berhadapan masalah di kolej dengan Prof Hamdan yang mula berubah sikap. Dalam pada masa yang sama, Nurul juga terasa disisihkan oleh Pak Mat yang sering melebihkan Jay dalam segala hal. Dapatkah Pak Mat menyelesaikan segala ragam keluarganya itu?
Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3
👉👉 Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima
Tiada ulasan:
Catat Ulasan