Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

19 Nov 2022

Parti Gabungan PRU - 15 dan Pengalaman Mengundi



parti malaysia, parti - parti pru-15, pilihanraya umum ke -15, pru-15, perikatan nasional, barisan nasional, pakatan harapan, anwar ibrahim, muhyiddin yassin, ismail sabri, tun mahathir mohamad, general election, malaysia general election 15, ge15, hari mengundi, parti gabungan pru-15,
Parti Gabungan Pilihanraya Umum Ke - 15 (PRU - 15)

19 November 2022 adalah tarikh keramat untuk rakyat Malaysia membuat pilihan dan keluar mengundi untuk Pilihanraya Umum ke 15 / PRU - 15. Malam nanti kita akan tahu parti mana yang menang dan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Kalau di tempat aku di Pulau Pinang ni hanya ada 3 parti untuk dipilih iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Siapa pilihan aku mestilah rahsia hahaha. Adakah Anwar Ibrahim akan mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru, atau pun Ismail Sabri mengekalkan gelaran Prime Minister Malaysia tu atau pun Muhyiddin Yassin merampas kembali gelaran tersebut. Mahu pun Tun Mahathir kembali jadi PM yang kesekian kalinya. Apa pun keputusannya semuanya di tangan rakyat Malaysia.




Esok pastinya ramai yang akan pergi mengundi, kena beratur panjang, pastikan bawa apa yang patut contohnya payung, botol air, sedikit makanan seperti biskut jika perlu. Ada juga yang mahu membawa kipas kecil mahu pun kerusi lipat hehe. Aku harapkan esok semua urusan kita dipermudahkan ye, amin...

General Election 15 / GE15
Malaysia General Election 15
PRU15
Pilihanraya Umum Ke -15 

Selamat Mengundi buat semua rakyat Malaysia
Buat pilihan bijak okey..

Update Pengalaman Pergi Mengundi !!

19 Nov 2022 - Ikutkan nak keluar awal untuk pergi mengundi, tapi boleh pula pagi - pagi tu aku diserang gastrik, sakit perut sangat. Aku dah panik, makan pun tak lalu, pastu rasa nak muntah, cirit - birit. Pagi tu keluar juga beli nasi bungkus, tapi last2 tak makan pun. Aku tak ingat aku makan apa, tapi time tengahari hingga ke petang memang baring saja. Rasa tak larat nak keluar pi mengundi, tapi kalau tak pi mengundi, rasa rugi pula, jadi aku gagahkan diri, makan ubat tahan muntah n then rasa lega sikit, tak rasa loya atau mual dah. Jadi aku pun pergi laa mengundi di sebuah sekolah terdekat. Aku pergi mengundi dalam pukul 3.30 petang macam tu. Keluar petang pergi mengundi memang agak selesa sebab tak ramai orang tapi stil sesak gak laa jalan, kereta banyak. Balik mengundi singgah kedai makan berdekatan then beli nasi goreng ikan masin, rm 7 jugalah harganya. Tapi Alhamdulilah memang terbuka selera, aku berjaya habiskan nasi goreng tu n then tidoooooo


Read More

28 Jun 2019

Song Jong Ki dan Song Hye Kyo Bercerai




Song Song Couple, Song Jong Ki, Song Hye Kyo, Bercerai, Song Jong Ki dan Song Hye Kyo Bercerai, Penceraian Song Jong Ki dan Song Hye Kyo, Perfect Couple, Gambar Perkahwinan Song Song Couple, Gambar Kahwin Song Jong Ki dan Song Hye Kyo,

Agak mengejutkan bila di media sosial kecoh dengan berita penceraian pelakon popular Korea iaitu Song Jong Ki dan Song Hye Kyo. Mereka yang dilabel sebagai perfect couple itu akhirnya mengumumkan akan bercerai. Usia perkahwinan mereka juga tidak begitu lama dalam 2 tahun macam tu, alasan mereka bercerai adalah kerana "differences in personality". Sebelum mereka bercerai, memang ada desas desus dan juga khabar angin serta spekulasi dari media China mengenai perkahwinan mereka yang tengah dilanda masalah. Namun semua peminat tidak percaya dan fikir positif saja, akhirnya kini mereka akan bercerai. Lebih buruk bila pelakon popular Park Bo Gum turut dikaitkan dengan punca penceraian mereka. Kesian pula dekat Park Bo Gum bila nama dia pun dikaitkan sekali. Pasni dah tak ada dah song song couple lagi, ramai fans turut bersedih dengan berita penceraian mereka. Nak buat camne jodoh tak panjang kan.
Song Song Couple, Song Jong Ki, Song Hye Kyo, Bercerai, Song Jong Ki dan Song Hye Kyo Bercerai, Penceraian Song Jong Ki dan Song Hye Kyo, Perfect Couple, Gambar Perkahwinan Song Song Couple, Gambar Kahwin Song Jong Ki dan Song Hye Kyo,
Gambar Perkahwinan Song Jong Ki dan Song Hye Kyo


Read More

1 Jan 2019

Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin Bercinta




Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin, Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin Dating, Lee Kwang-soo, Lee Sun-bin Have Been Dating for 5 Months, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin Bercinta, Running Man, Lee Kwang Soo Running Man, 2018, Love Story Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin In Running Man, Lee Lee Couple,

Akhirnya ada pengumuman rasmi mengenai percintaan Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin ini, diorang bertemu di Running Man, kemudian menjadi kawan dan bercinta. Mereka dikatakan telah bercinta selama 5 bulan. Sebelum ini Lee Kwang Soo sering digosipkan dengan ahli Running Man iaitu Jung Soo Min dan akhirnya Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin mengaku bercinta. Rasanya nanti mesti Lee Kwang Soo akan kena usik kaw - kaw dengan member Running Man yang lain di episod Running Man yang akan datang tu hehe. Lee Lee Couple ni mungkinkah akan mengikut jejak langkah Song Song Couple (Song Jong Ki & Song Hye Kyo tu) sampai berkahwin ke kan. Dah la Lee Sun Bin ni lawa ada iras - iras Song Hye Kyo juga kan. Apa pun hope hubungan diorang kekal sampai ke fasa perkahwinan gitu. Rasanya ini kali pertama Lee Kwang Soo secara terbuka mengaku bercinta, sebelum ini dia bercinta senyap - senyap saja. Mesti Lee Kwang Soo benar - benar sayangkan Lee Sun Bin dan serius dalam perhubungan mereka. 
Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin, Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin Dating, Lee Kwang-soo, Lee Sun-bin Have Been Dating for 5 Months, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin Bercinta, Running Man, Lee Kwang Soo Running Man, 2018, Love Story Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin In Running Man, Lee Lee Couple,



Aku memang suka tengok Lee Sun Bin ni sebab dia cantik, pastu lakonannya juga best, antara drama lakonannya yang aku suka seperti 38 Task Force, Missing 9 dan juga Sketch.
Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin, Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin Dating, Lee Kwang-soo, Lee Sun-bin Have Been Dating for 5 Months, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin Bercinta, Running Man, Lee Kwang Soo Running Man, 2018, Love Story Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin In Running Man, Lee Lee Couple,
Lebih menarik bila gurauan Lee Kwang Soo dalam Running Man yang kononnya dia dan Lee Sun Bin akan dating tu jadi kenyataan pula. Cuma part dia cakap nak berkahwin tu tak tahulah kan hehehe. Apa pun diorang memang sweet couple gitu.
Read More

5 Nov 2017

Hujan Lebat & Banjir Di Penang

Hujan Lebat dan Banjir Di Pulau Pinang, Ribut, Angin Kencang, Penang, Hujan Tak Berhenti,
Hujan Lebat dan Banjir Di Pulau Pinang

Ketika entry ini ditulis, hujan masih lagi tidak berhenti tapi tidak selebat sebelum ini. Agak merisaukan juga bila hujan turun tidak berhenti - henti sejak dari petang pada 4 November hinggalah sekarang, 5 November 2017 (pagi). Kalau tengok status Facebook kawan - kawan yang lain, semuanya pun update tentang hujan lebat dan banjir yang berlaku di kawasan rumah diorang. Air dah naik paras separuh kereta dah, memang merisaukan tambah - tambah bagi mereka yang tinggal di kawasan yang rendah. Tempat aku pula, di kawasan yang agak tinggi, jadi memang jarang berlaku banjir, tapi mestilah risau juga kan. Sebelum ini dah pernah terjadi hujan lebat di Pulau Pinang dan banjir sana sini, ini kali kedua terjadi. Apa pun Hujan Lebat di Pulau Pinang ketika ini dah sedikit kurang berbanding pada waktu malam tadi. Pada waktu malam tadi, hujan memang lebat betul, ini diikuti dengan angin kencang, habis bumbung - bumbung gerai makanan yang ada di sekitar kawasan perumahan aku ini tercabut, memang part angin kencang itu agak menakutkan, sebab dengan bunyi bumbung tercabutlah, kemudian ada dengar juga bunyi kaca pecah beberapa kali. Tapi aku tak pastilah kaca apa yang pecah tu.

Malah kawan - kawan yang tinggak di kawasan Flat pun turut beritahu yang bahagian bawah flat dah banjir. Aku sendiri tinggal di tingkat paling bawah, moga tak banjirlah disini dan aku harap hujan cepat berhenti dan banjir yang berlaku di semua tempat akan mulai surut tak lama lagi. Kesian pada mereka yang mengalami kesusahan, rumah rosak akibat banjir ini dan terpaksa menumpang di rumah orang lain. Mujur hujan ketika ini dah tidak selebat sebelum ini, Ya Allah kau permudahkan segalanya di Pulau Pinang ini. Doa - doakan kami semua disini ya, aku dengar juga yang di negeri lain turut mengalami hujan lebat dan semoga hujan akan berhenti tidak lama lagi, amin.

Update Terkini!!

Dalam pukul 9 pagi macam tu, hujan dah berhenti, Alhamdulilah, banyak jalan ditutup di Pulau Pinang akibat banjir, tanah runtuh serta pokok tumbang. 

Gambar di atas credit to Pixabay
Read More


My Random Post