Memaparkan catatan dengan label Shiqin Kamal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shiqin Kamal. Papar semua catatan

28 Nov 2022

Telefilem Cinta Lesen L (TV2)



Telefilem Cinta Lesen L, Telefilem Cinta Lesen L TV2, Telemovie Cinta Lesen L TV2, Sinopsis Telefilem Cinta Lesen L, Telemovie Slot Drama On 2, Telemovie Cinta Lesen L Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Cinta Lesen L, Shiqin Kamal, Shah Kimin, Norliza Saleh, Syed Ahmad Nahar, Tyara Daeell Abdullah, Poster Telefilem Cinta Lesen L, Telefilem Cinta Lesen L Full Movie,
Telefilem Cinta Lesen L Lakonan Shiqin Kamal dan Shah Kimin TV2

Telefilem Cinta Lesen L sudah pun disiarkan di slot Drama On 2 TV2 pada hari Isnin, 28 November 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Cinta Lesen L ini adalah Shiqin Kamal, Shah Kimin, Norliza Saleh, Syed Ahmad Nahar, Tyara Daeell Abdullah dan ramai lagi. Selain itu telefilem Cinta Lesen L ini diarahkan oleh Wan Saiful Shahrizan dan diterbitkan oleh Teccal Sdn Bhd. Nampak macam best je kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Cinta Lesen L di bawah ini okey..




Sinopsis 
Telefilem Cinta Lesen L Lakonan Shiqin Kamal dan Shah Kimin TV2

Mengisahkan percintaan dua pasangan yang berbeza perwatakan umpama langit dengan bumi. Ain, cikgu di sekolah memandu yang berpewatakan kasar telah jatuh cinta dengan muridnya yang merupakan seorang ustaz. Apa yang berlaku seterusnya?..


⏩⏩ Telefilem Hello Suria Lakonan Beto Kusyairy dan Sara Ali Di Awesome TV

Read More

3 Ogo 2022

Episod Akhir Drama Risik Pada Hati



Drama Risik Pada Hati, Drama Risik Pada Hati Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Risik Pada Hati TV3, Drama Risik Pada Hati Full Episode, Drama Risik Pada Hati Episod 1 Hingga 28, Poster Drama Risik Pada Hati, Risik Pada Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Risik Pada Hati, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zara Zya, Drama Slot Akasia TV3, Episod 28 Drama Risik Pada Hati, Episod Akhir Risik Pada Hati, Ending Risik Pada Hati,

Habis sudah drama Risik Pada Hati lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya ni, lepas ni drama Ku Punya Hati akan menggantikan drama ini. Episod 28 drama Risik Pada Hati ini merupakan episod terakhir drama ini dan menyaksikan Hayfa telah diceraikan oleh Adam dengan talak 1. Haifa dan ibu dia kemudian pergi ke rumah Suhara dan tinggal disitu buat sementara waktu. Rupa - rupanya semua yang terjadi adalah rancangan Hayfa, dia memang inginkan Adam terdengar perbualannya dengan Aisya sekaligus meminta Adam untuk menceraikannya. Aisya meminta Adam untuk memujuk dan rujuk dengan Hayfa semula. Hayfa kurang sihat lalu membuat pemeriksaan doktor dan mendapat berita gembira yang dirinya sedang hamil. 




Zuriat yang selama ini ditunggu akhirnya tiba juga, namun Hayfa tidak mahu rujuk semula dengan Adam. Awalnya aku ingatkan diorang akan happy sama - sama hidup bermadu tapi Hayfa tetap keras hati tak nak rujuk dengan Adam. Walaupun tak rujuk semula, hubungan Hayfa dengan Adam dan juga Aisya tetap baik, mereka sama - sama jaga anak dan berkumpul sekali kalau ada apa - apa jamuan dan sebagainya. Aisya juga turut mengandung anak kedua gitu, aku begitu confident yang Hayfa akan rujuk semula dengan Adam, tapi rupanya tak hehe. Watak - watak macam Suhara, Erra, Atilia tu semua memang annoying, mengacau rumah tangga orang saja.



Read More

27 Jun 2022

Drama Risik Pada Hati Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3



Drama Risik Pada Hati, Drama Risik Pada Hati Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Risik Pada Hati TV3, Drama Risik Pada Hati Full Episode, Drama Risik Pada Hati Episod 1 Hingga 28, Poster Drama Risik Pada Hati, Risik Pada Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Risik Pada Hati, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zara Zya, Drama Slot Akasia TV3,

Drama Risik Pada Hati adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Bisik - Bisik Gelora yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 27 Jun 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Risik Pada Hati ini adalah Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam, Shazia Rozaini dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul. Selain itu drama ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Pali Yahya serta diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, jalan ceritanya berkisarkan tentang poligami gitu, selain itu Alif Satar dan Zara Zya dah pernah bergandingan dalam drama Pia. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Risik Pada Hati ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Risik Pada Hati

  • Alif Satar Sebagai Adam
  • Ummi Nazeera Sebagai Hayfa
  • Zara Zya Sebagai Aisya
  • Shiqin Kamal Sebagai Suhara
  • Izzue Islam Sebagai Nazim
  • Ifa Raziah Sebagai Mak Ngah Diba




Sinopsis Drama Risik Pada Hati Lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya - Slot Akasia TV3

Mengisahkan Adam dan Hayfa yang sangat bahagia dengan perkahwinan namun Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada suaminya. Suatu hari, Hayfa meminta Adam berkahwin lain dan Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Selepas kehadiran Umar, kebahagian kehidupan mereka mula goyah. Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?

Drama Risik Pada Hati, Drama Risik Pada Hati Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Risik Pada Hati TV3, Drama Risik Pada Hati Full Episode, Drama Risik Pada Hati Episod 1 Hingga 28, Poster Drama Risik Pada Hati, Risik Pada Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Risik Pada Hati, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zara Zya, Drama Slot Akasia TV3,

Lagu Tema / OST Drama Risik Pada Hati

👄 Seribu Gundah nyanyian Hariz dan Wanie (LCK3)


👉 Baca Novel Risik Pada Hati Bab 1 dan Bab 2


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Roxy Lakonan Nadiyah Shahab, Azlee Khairi dan Eira Syazira Episod 1 Hingga 20 Di Slot Dahlia TV3


👉👉 Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey


💕💕 Drama Aku Yang Merinduimu Lakonan Syafie Naswip dan Elisya Sandha Episod 1 Hingga 26 Di Slot Widuri TV1

Read More

28 Feb 2022

Telefilem Amsterdam Kami Datang (TV2)



Telefilem Amsterdam Kami Datang, Telemovie Amsterdam Kami Datang, Telefilem Amsterdam Kami Datang TV2, Sinopsis Telefilem Amsterdam Kami Datang, Pelakon - Pelakon Telefilem Amsterdam Kami Datang, Nazim Othman, Shiqin Kamal,
Telefilem Amsterdam Kami Datang (TV2)

Telefilem Amsterdam Kami Datang akan disiarkan di TV2 pada 28 Februari 2022 ini, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Amsterdam Kami Datang ini adalah Nazim Othman, Elfaezah Ul Haq, Shiqin Kamal, Shaikh Kalam dan ramai lagi. Selain itu telemovie Amsterdam Kami Datang ini diarahkan oleh Liza Ismail dan diterbitkan oleh Qaisworks Sdn Bhd. Nampak macam menarik je kan telefilem ini kan, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Amsterdam Kami Datang Lakonan Nazim Othman, Elfaezah Ul Haq dan Shiqin Kamal (TV2)

Sempana ulang tahun kelahiran Muaz, dia dan 3 orang lagi sahabat merancang secara spontan untuk bercuti di Amsterdam. Apa yang berlaku seterusnya? Berjayakah perancangan mereka?



Read More

23 Ogo 2021

Episod Akhir dan Ending Drama Cik Ayu Mee Sanggul



Episod Akhir Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Ending Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Info dan Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Drama Cik Ayu Mee Sanggul Full Episode, Poster Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Episod 1 Hingga 16 Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Pelakon - Pelakon Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Baru Shiqin Kamal, cik ayu mee sanggul cast, cik ayu mee sanggul ost,

Diam tak diam dah nak habis dah drama Cik Ayu Mee Sanggul ini, Isnin ni akan disiarkan episod 16 yang merupakan episod akhir drama Cik Ayu Mee Sanggul ni. Aku suka juga dengan gandingan Aqasha dan Amelia Henderson ni, gandingan yang fresh gitu. Lepas settle isu Mastura tu yang kena reject dengan Akhtar tu, kehidupan Ayu dan Akhtar mula bahagia, ini ditambah lagi bila Ayu mengandung. Manakala Akhtar pula dah ada business sendiri dibantu oleh Ayu manakala pengacau hidup Ayu iaitu Razak dah insaf akhirnya lepas dibelasah teruk. Rizman pula dah move on dari Ayu, dia kini bercinta dengan Zaza pula yang merupakan orang kanan Ayu. 




Namun konflik serius mula berlaku bila anak kesayangan mereka iaitu Uwais sakit teruk. Ini ditambah lagi dengan kehadiran bekas isteri Akhtar iaitu Farhana lakonan Dynas Mokhtar yang tiba - tiba muncul di situasi genting dimana Farhana ingin menjaga dan mengambil Uwais daripada Akhtar. So apa yang berlaku seterusnya? Korang rasa macam mana dengan ending drama Cik Ayu Mee Sanggul ini, adakah happy ending? atau sad ending?. Tapi mesti happy ending kan, aku rasa Uwais tu mesti akan sembuh manakala Farhana tu mungkin akan back off atau pun diorang akan kongsi hak penjagaan Uwais tu. Apa pun nanti aku update lain okey..


Read More

12 Ogo 2021

Drama Cik Ayu Me Sanggul Lakonan Aqasha dan Amelia Henderson (Astro Ria)



Drama Cik Ayu Me Sanggul, Info dan Sinopsis Drama Cik Ayu Me Sanggul, Drama Cik Ayu Me Sanggul Full Episode, Poster Drama Cik Ayu Me Sanggul, Episod 1 Hingga 16 Drama Cik Ayu Me Sanggul, Pelakon - Pelakon Drama Cik Ayu Me Sanggul, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Baru Shiqin Kamal, cik ayu mee sanggul cast, cik ayu mee sanggul ost,

Drama Cik Ayu Mee Sanggul adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan sejak 27 Julai 2021 yang lalu bagi menggantikan Drama Love Elsa lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad yang telah tamat episodnya. Drama Cik Ayu Mee Sanggul ini mempunyai 16 episod dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Antara pelakon - pelakon drama Cik Ayu Mee Sanggul ini adalah Aqasha, Amelia Henderson, Aryan Azdrin, Shiqin Kamal, Wan Raja, Dynas Mokhtar, Iman Zulkarnain, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Rosyam Nor, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah, Cat Farish dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Best gak layan drama ni, tajuk je dah unik kan, seronok gak tengok kisah cinta Ayu dan Akhtar ni. Tapi tula ramai pula pengacau dalam kisah diorang ni. Aku suka juga tengok gandingan Aqasha dan Amelia Henderson ni, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cik Ayu Mee Sanggul ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey. 

Amelia Henderson sebagai Cik Ayu 
Aqasha sebagai Akhtar 
Aryan Azdrin sebagai Uwais
Iman Zulkarnain sebagai Rizman 
Shiqin Kamal sebagai Mastura
Fimie Don sebagai Joe Al-Jufry
Asha Merican sebagai Icha
Nabil Aqil sebagai Hazmel/Mel
Aznah Hamid sebagai Wan Cun
Mahmud Ali Bashah sebagai Razak
Izzendra sebagai Zaza 
Natasha Hamzah sebagai Wan Milah
Cat Farish sebagai Hamzah
Wan Raja sebagai Faizal
Dynas Mokhtar seabagai Farhana
Rosyam Nor sebagai Tuan Baharom




Sinopsis Penuh Drama Cik Ayu Me Sanggul Lakonan Aqasha dan Amelia Henderson (Astro Ria)

Mengisahkan tentang Cik Ayu  yang merupakan janda kaya yang mempunyai sebuah cafe yang popular dengan Mee Sanggul. Ayu sering dipandang serong dan difitnah oleh sorang sekeliling disebabkan status jandanya itu. Perkenalan Ayu dengan anak kecil bernama Uwais dan nenek Uwais menambahkan keceriaan dalam hidup Ayu. Uwais juga mula sayang pada Ayu dan mahukan Ayu menjadi ibunya, begitu juga Ayu yang tak mahu jauh dengan Uwais. Namun hubungan rapatnya dengan Uwais serta nenek Uwais iaitu Nek Wan ditentang oleh Akhtar, yang merupakan seorang duda dan ayah pada Uwais. Apabila Akhtar mendapat tahu yang Ayu adalah isteri kepada Arwah Tuan Baharom yang mewarisi segala hartanya, Akhtar terus membencinya. Akhtar skeptikal terhadap status janda Ayu kerana pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya, Farhana. Insiden demi insiden mula merapatkan Ayu dan Akhtar, namun Akhtar masih ragu - ragu untuk bagi Ayu terus rapat dengan keluarganya. Disebabkan kasihan pada Uwais, Ayu membuat keputusan drastik ingin menjadi ibu tiri pada Uwais dan isteri Akhtar, lalu bertindak meminang Akhtar. 
Drama Cik Ayu Me Sanggul, Info dan Sinopsis Drama Cik Ayu Me Sanggul, Drama Cik Ayu Me Sanggul Full Episode, Poster Drama Cik Ayu Me Sanggul, Episod 1 Hingga 16 Drama Cik Ayu Me Sanggul, Pelakon - Pelakon Drama Cik Ayu Me Sanggul, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Baru Shiqin Kamal, cik ayu mee sanggul cast, cik ayu mee sanggul ost,
Akhtar yang terkejut dengan hal peminangan itu berasa malu dan ingin berpindah dari situ. Hal ini ditambah lagi dengan kehadiran Rizman yang ingin menagih cinta Ayu. Namun akhirnya Akhtar mengalah setelah sedar yang Uwais sangat memerlukan Ayu menjadi ibunya dan mereka berdua akhirnya berkahwin demi Uwais walaupun masih belum jatuh cinta sepenuhnya. Selepas berkahwin Akhtar kelihatan kekok untuk menyesuaikan diri dengan Ayu namun hubungan mereka okey sahaja sehinggalah Mastura hadir. Mastura adalah sepupu Akhtar yang dah lama sukakan Akhtar, kali ini dia nekad nak rampas Akhtar daripada Ayu. Ayu sangat tidak menyukai Mastura dan cemburu dengan hubungan rapat Mastura dan Akhtar. Malah Akhtar pula melayan Mastura dengan baik sekali. Kadangkala Akhtar dan Ayu bergaduh disebabkan Mastura. Apa yang berlaku seterusnya?, adakah Mastura berjaya memisahkan Ayu dan Akhtar? dapatkah Ayu dan Akhtar bahagia akhirnya?..

Lagu tema / runut bunyi/ OST Drama Cik Ayu Mee Sanggul

💕 Jodoh nyanyian Neeta dan Radityo
💕 Tak Kisah Pun nyanyian Najwa Latif
💕 Janji nyanyian Sufian Suhaimi
💕 Bicara Rasa nyanyian Ariff Bahran dan Sarah Suhairi
💕 Perasaanku nyanyian Fieya Julia

Read More


My Random Post