10 Jun 2022

Drama Seribu Nina Lakonan Syafiq Kyle, Adriana Adnan dan Marsha (Viu Malaysia)



Drama Seribu Nina, Drama Seribu Nina Viu Malaysia, Seribu Nina Cast, Drama Seribu Nina Full Episode, Poster Drama Seribu Nina, Info dan Sinopsis Drama Seribu Nina, Pelakon - Pelakon Drama Seribu Nina, Seribu Nina Synopsis, Drama Lakonan Syafiq Kyle,

Drama Seribu Nina mula disiarkan di Viu yang merupakan perkhidmatan penstriman video OTT. Drama ini disiarkan di Viu Malaysia bermula 19 Mei 2022 yang lalu dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu. Antara pelakon drama Seribu Nina ini adalah Syafiq Kyle, Adriana Adnan, Marsha Milan, Adlin Aman Ramlie, Fahmy Reza, Nadia Aqilah, Chelsia Ng, Riezman Khuzaimi, Arash Mohd, Roniey Syahrul dan ramai lagi. Selain itu drama Seribu Nina ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan diterbitkan oleh Infinitus Ventures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, jalan ceritanya pun unik dan lain dari yang lain. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Seribu Nina beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Adriana Adnan sebagai Nina
Syafiq Kyle sebagai Amar
Marsha Milan sebagai Didi
Adlin Aman Ramlie sebagai Firdaus
Fahmy Reza sebagai sebagai Sado
Nadia Aqilah sebagai Yati
Chelsia Ng sebagai Ann
Riezman Khuzaimi sebagai Sebi
Arash Mohammad sebagai Orang Besar
Roniey Syahrul sebagai Hooded Assassin




Sinopsis Drama Seribu Nina Lakonan Syafiq Kyle, Adriana Adnan dan Marsha Milan (Viu Malaysia)

Mengisahkan satu pasangan yang berbeza personaliti : Amar, seorang pensyarah muda yang teliti dan skema, manakala Nina, teman wanitanya yang bekerja sebagai barista kafe tempatan pula bersikap spontan. Ketika Amar dalam dilema setelah dilamar Nina, satu peristiwa tidak dijangka berlaku. Nina yang menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar telah diculik kembali ke dimensi asalnya. Pada masa yang sama, Nina dan Amar juga sedang diburu oleh Didi, seorang pemburu upahan dari dimensi lain. Amar kemudian memulakan pengembaraannya merentas seribu dimensi untuk mencari Nina. Perjalanan pasangan ini menyebabkan mereka menemui kebenaran tentang perasaan antara satu sama lain, sambil membentuk persahabatan dengan penghuni dimensi lain di sepanjang perjalanan mereka. Apa yang berlaku seterusnya?..

Tonton Drama Seribu Nina Full Episode

Penonton Viu boleh menonton siri ini menggunakan aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play dan di TV pintar terpilih, serta di laman web di www.viu.com 

 Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose Episod 1 Hingga 20 Di Slot MegaDrama Astro Ria


⏩⏩ Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah Episod 1 Hingga 15 (TV9)


👉👉 Drama Filipina To Have & To Hold - Slot Sakura TV3

1 ulasan:



My Random Post