Memaparkan catatan dengan label Ungku Ismail. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ungku Ismail. Papar semua catatan

11 Jan 2023

Drama Cina Buta Lakonan Ungku Ismail dan Nad Zainal (Astro Ria)



Drama Cina Buta, Drama Cina Buta Astro Ria, Poster Drama Cina Buta, Sinopsis Drama Cina Buta, Cina Buta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cina Buta, Nad Zainal, Ungku Ismail, Puteri Aishah, Aliff Aziz, Drama Cina Buta Full Episode, Drama Cina Buta Episod 1 Hingga 18,
Drama Cina Buta Lakonan Ungku Ismail, Nad Zainal, Aliff Aziz dan Puteri Aishah (Astro Ria)

Drama Cina Buta ini sudah pun disiarkan di Astro Ria sejak 19 Disember 2022 yang lalu dan mempunyai 18 episod. Sepatutnya drama ini disiarkan lebih awal tapi asyik tertangguh saja. membawa penceritaan yang sarat dengan liku-liku kehidupan berumah tangga serta pengajaran tentang hukum-hukum perkahwinan. Antara pelakon drama Cina Buta ini adalah Ungku Ismail, Nad Zainal, Aliff Aziz dan Puteri Aishah, Norreen Iman, Anas Ridzuan, Aman Aziz, Didie Alias, Azhan Rani dan ramai lagi. Penggunaan istilah ‘Cina Buta’ mungkin jarang diperdengarkan di kalangan masyarakat, namun ia membawa maksud yang sangat penting dalam kehidupan sesebuah rumah tangga. Ia bermaksud perkahwinan yang dirancang untuk mendapatkan semula bekas isteri setelah terjatuhnya talak tiga. 

Drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cina Buta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Cina Buta

Nad Zainal sebagai Mia Sara
Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz
Aliff Aziz sebagai Aliff
Puteri Aishah sebagai Habibah
Norreen Iman sebagai Norreen
Anas Ridzuan sebagai Ajis
Aman Aziz sebagai Umar
Didie Alias sebagai Datin Sri
Azhan Rani sebagai Tan Sri
Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Ahmad Tungkik




Sinopsis 
Drama Cina Buta Lakonan Ungku Ismail, Nad Zainal, Aliff Aziz dan Puteri Aishah (Astro Ria)

Sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun. Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga. Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama. 
Drama Cina Buta, Drama Cina Buta Astro Ria, Poster Drama Cina Buta, Sinopsis Drama Cina Buta, Cina Buta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cina Buta, Nad Zainal, Ungku Ismail, Puteri Aishah, Aliff Aziz, Drama Cina Buta Full Episode, Drama Cina Buta Episod 1 Hingga 18,
Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali tetapi dalam masa yang sama, Aliff telah jatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah dia sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz?

Lagu Tema / OST Drama Cina Buta

👄👄 Pari Purna nyanyian Amylea



Read More

24 Mei 2021

Drama Single Terlalu Lama Full Episode Di TV3



Drama Single Terlalu Lama, TV3, Poster Drama Single Terlalu Lama, Info dan Sinopsis Drama Single Terlalu Lama, Pelakon - Pelakon Drama Single Terlalu Lama, Drama Single Terlalu Lama Full Episode, Drama Single Terlalu Lama Cast,

Drama Single Terlalu Lama sudah mula bersiaran di TV3 bermula 29 April yang lalu setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Single Terlalu Lama ini adalah Ungku Ismail Aziz, Julia Farhana Marin, Riz Amin, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Dayana Roza, Lia Natalia, Azar Azmi, Noorkhiriah, Zila Bakarin, Uchee Fukada, Norman Hakim dan ramai lagi. Selain itu drama Single Terlalu Lama ini diarahkan oleh Ungku Ismail Aziz sendiri dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan telefilem ini, unik gitu, jadi jom tengok watak -watak pelakon dalam drama Single Terlalu Lama ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Ungku Ismail Aziz sebagai Andy
Riz Amin sebagai Raiz Amani
Julia Farhana sebagai Jasmine
Noorkhiriah sebagai Habibah
Zila Bakarin sebagai Mahani
Uchee Fukada sebagai Halena
Norman Hakim sebagai Dr.Farid




Sinopsis Drama Single Terlalu Lama Lakonan Ungku Ismail Aziz dan Julia Farhana Marin TV3

Andy ingin menamatkan zaman bujangnya selepas berjaya dalam kerjayanya apabila dia kini menginjak usia 40 tahun. Selepas hadir ke beberapa temu janji yang diaturkan oleh ibunya, Andy hampir berputus asa untuk menemui wanita idamannya. Ketika di majlis reunion sekolah, Andy bertemu dengan Jasmine, gadis yang menjadi idaman pelajar lelaki semasa belajar. Andy tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan bertunang dengan Jasmine. Pelbagai dugaan dan cabaran menguji pasangan ini. Lebih merumitkan apabila Andy mendapat tahu Jasmine menyimpan sebuah rahsia. Apa rahsia tersebut? dan mampukah hubungan cinta Andy dan Jasmine bertahan lama?..

Lagu Tema / OST Drama Single Terlalu Lama
👌 Sendiri nyanyian Anuar Zain 
👌 Ternyata nyanyian Azhar Osman 
👌 Dia Bagiku nyanyian Khodi

Read More

11 Dis 2020

Tonton Drama Gerak Khas The Finale Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir) Di TV3



Drama Gerak Khas The Finale, Poster Drama Gerak Khas The Finale, Pelakon - Pelakon Drama Gerak Khas The Finale, Info Drama Gerak Khas The Finale, Drama Gerak Khas RTM, Tonton Drama Gerak Khas The Finale Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode) Di TV3,

Drama Gerak Khas The Finale sudah pun disiarkan di TV3 bermula 4 Disember 2020 yang lalu, iaitu setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 malam. Selain itu drama ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam serta diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai drama ini korang boleh klik sini okey 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Gerak Khas The Finale TV3. Apa pun jom tengok senarai pelakon dan watak mereka dalam drama Gerak Khas The Finale di bawah ini okey

Drama Gerak Khas The Finale, Poster Drama Gerak Khas The Finale, Pelakon - Pelakon Drama Gerak Khas The Finale, Info Drama Gerak Khas The Finale, Drama Gerak Khas RTM, Tonton Drama Gerak Khas The Finale Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode) Di TV3, Info dan Sejarah Drama Gerak Khas The Finale TV3,

  • Datuk Yusof Haslam sebagai DCP Datuk Helmi
  • Norman Hakim sebagai ACP Haris
  • Erra Fazira sebagai ASP Jeslina
  • C. Kumaresan sebagai DSP Kumar
  • Abby Abadi sebagai DSP Aleeza
  • Salina Saibi sebagai ASP Salina
  • Ungku Ismail Aziz sebagai Inspector Daniel
  • Izzat Mushtaq sebagai Inspector Izzat
  • Sheera Iskandar sebagai Inspector Sheera
  • Deen Maidin sebagai S.M Lingam
  • Farid Amirul sebagai Sub Insp Lim
  • Z. Zamri sebagai Sergeant Zaidi
  • SAC Shaharon Anuar sebagai SAC Saiful




Jangan risau jika korang terlepas untuk menonton drama Gerak Khas The Finale di TV3 sebab korang boleh menonton secara ekslusif di laman web www.iq.com atau di aplikasi iQiyi selepas selesai tayangan di TV3. Apa pun aku akan update link disini setiap episod dari masa ke semasa okey. 

Tonton Drama Gerak Khas The Finale Episod 1 Hingga 28 (Full Episode)


Drama Gerak Khas The Finale Episod 3 - https://www.iq.com/play/1fenbec4d8w?frmrp=home&frmb=R:24282491112&frmrs=1


Drama Gerak Khas The Finale Episod 4 - https://www.iq.com/play/mpulc5xfp4?frmrp=home&frmb=focus_banner_1&frmrs=click


Gerak Khas The Finale Episod 5 - https://www.iq.com/play/1e1wgnrrug8?frmrp=home&frmb=R:24282491112&frmrs=2

Gerak Khas The Finale Episod 6 - https://www.iq.com/play/21x2kw33yy8?frmrp=home&frmb=R:30504283312&frmrs=0

Gerak Khas The Finale Episod 7 - https://t.me/DramatelemovieChannel/169

Drama Gerak Khas The Finale Episod 8 - https://t.me/DramatelemovieChannel/171

Drama Gerak Khas The Finale Episod 9 - https://t.me/DramatelemovieChannel/202

Drama Gerak Khas The Finale Episod 10

- https://t.me/DramatelemovieChannel/207

Drama Gerak Khas The Finale Episod 11 - https://t.me/DramatelemovieChannel/247

Drama Gerak Khas The Finale Episod 12 - https://t.me/DramatelemovieChannel/248

Gerak Khas The Finale Episod 13

Gerak Khas The Finale Episod 14

Gerak Khas The Finale Episod 15

Gerak Khas The Finale Episod 16


Read More

4 Dis 2020

Drama Gerak Khas The Finale Kini Di TV3 Bukan Lagi Di RTM



Drama Gerak Khas The Finale, Poster Drama Gerak Khas The Finale, Pelakon - Pelakon Drama Gerak Khas The Finale, Info Drama Gerak Khas The Finale, Drama Gerak Khas RTM, Drama Gerak Khas The Finale Kini Di TV3,

Drama Gerak Khas bukan lagi asing di kalangan penonton drama Malaysia, antara drama yang paling lama bersiaran di Malaysia bermula April 1999 sehingga sekarang. Lebih menarik bila drama Gerak Khas diberikan pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran” pada tahun 2009. Malah siri Gerak Khas ini juga pernah diadaptasi dalam bentuk filem pada tahun 2001, 2002 dan 2005. Antara barisan pelakon asal yang pernah membintangi siri Gerak Khas ini adalah Datuk Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, AC Mizal dan Abby Abadi. Kini ia turut dibintangi oleh Norman Hakim, C. Kumaresan, Salina Saibi, Zul Ariffin, Sheera Iskandar, Erra Fazira dan ramai lagi. 




Keluargaku juga antara penggemar drama Gerak Khas ini sejak zaman - zaman Ac Mizal ngan Abby Abadi dulu hehehe. Teringin gak nak tengok Dato Ac Mizal muncul sekejap jadi cameo ke dalam drama Gerak Khas The Finale ni, tapi rasa macam tak ada je. 
Kini setelah lebih 21 tahun bersiaran di RTM, Gerak Khas The Finale akan mula ditayangkan di TV3 pula mulai 4 Disember 2020, iaitu setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam. 
Drama yang memaparkan pelbagai kisah dan kes jenayah seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, dadah dan sebagainya itu sehingga kini masih menjadi ikutan para pencinta drama tempatan. Jom tengok Official Trailer Drama Gerak Khas The Finale di bawah ini okey..
Read More

12 Sep 2020

Sinopsis Telefilem Anais Patah Hati Pertama Kali (Astro Citra)




Telefilem Anais Patah Hati Pertama Kali, Sinopsis Telefilem Anais Patah Hati Pertama Kali, Poster Telefilem Anais Patah Hati Pertama Kali, Siti Saleha, Ungku Ismail Aziz, Astro Citra,

Telefilem Anais Patah Hati Pertama Kali lakonan Siti Saleha dan Ungku Ismail Aziz akan disiarkan di Astro Citra pada 12 September ini, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Anais Patah Hati Pertama Kali ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Dee Al - Hadi, Puteri Jannah dan ramai lagi. Telemovie Anais Patah Hati Pertama Kali ini diarahkan oleh Junad M. Nor dan diterbitkan oleh Tall Order Sdn Bhd. Aku suka tengok gandingan Siti Saleha dan Ungku Ismail ni, dulu diorang dah pernah berlakon sekali dalam drama Bila Aidil Ada Fitri, kali ini diorang berlakon dalam telefilem pula. Nampak macam best telefilem ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Anais Patah Hati Pertama Kali Lakonan Siti Saleha dan Ungku Ismail Aziz (Astro Citra)

Anais (Siti Saleha), seorang chef membuat pastri berusia 30-an, putus cinta untuk pertama kalinya dalam hidup, dan menghadapi masalah untuk mengawal emosinya. Anais tak pernah patah hati! Sebab dialah pematah hati lelaki bersiri. Berapa ramai ex - boyfriend dia yang merana kena tinggal. Tapi tak sangka seorang lelaki ni mampu buat Anais patah hati. Bermulalah perjalanan Anais untuk jumpa ex dia untuk selesaikan kan apa yang patut. 

Read More

16 Jan 2020

Episod Akhir Drama Adellea Sofea




Adellea Sofea, Drama Adellea Sofea, Slot Akasia, TV3, Final Episode Adellea Sofea, Drama Adellea Sofea Episod 28, Episod Akhir Drama Adellea Sofea, Sinopsis Episod Akhir Drama Adellea Sofea, My Opinion,

Berakhir sudah drama kesukaan ramai iaitu drama Adellea Sofea yang tamat episodnya pada 14 Januari yang lalu. Drama Seadanya Aku lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya akan menggantikan drama Adellea Sofea ini. Berbalik pada drama Adellea Sofea ini lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz ini, episod akhir drama ini memang happy endinglah kan, cuma tak berapa logik sikit part Ikram dan Sofea tu. Yela berani betul Sofea bagi Ikram masuk rumah, masa dia seorang diri dalam rumah tu. Awalnya ingatkan ada Rina ke Ilya ke yang standby siap - siap dalam rumah tu, tapi diorang tak ada pula. Tak logik juga bila Ikram boleh pergi macam tu saja lepas Sofea start marah dan halau Ikram tu. Apa pun episod 28 Adellea Sofea ni memang happy ending. Nak tengok episod akhir drama Adellea Sofea ini, bolehlah tengok video kat bawah ini okey. 




Selamat menonton..
Jom Baca Ini juga ➔ Drama Adellea Sofea Episod 24 - Sofea Nak Bercerai?
Read More

9 Jan 2020

Drama Adellea Sofea Episod 24 - Sofea Nak Bercerai?




Drama Adellea Sofea Episod 24 - Sofea Nak Bercerai?, Drama Best, Drama Adellea Sofea, Drama Popular, Trending Di Twitter, Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Jasmine Suraya Chin, Fizo Omar, Slot Akasia, TV3,

Diam tak diam dah masuk episod 24 dah drama Adellea Sofea ni, memang best layan drama ni, para pelakon pun mantap. Suka tengok gandingan Ungku Ismail Aziz dengan Mira Filzah ni. Lagi beberapa episod je lagi drama ni nak habis. Antara scene yang aku suka dalam drama Adellea Sofea ni masa scene - scene lawak watak Fir tu dan juga scene Sofea lakonan Mira Filzah marah dan mengamuk tu, lakonan terbaik, rasa sedih dan kecewa watak Sofea tu sampai kat hati penonton gitu. Berbalik pada episod 24 drama Adellea Sofea ni, hubungan Sofea dan Fir dilanda masalah. Suzy pula dapat balasan. Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang jadi bolehlah layan video di bawah okey. Selamat Menonton..




Watak pelakon Dalam Drama Adellea Sofea
Mira Filzah sebagai Adellea Sofea
Ungku Ismail Aziz sebagai Alif Firdaus
Jasmine Suraya Chin sebagai Suzie Tan
Fazlina Ahmad Daud sebagai Dr. Fauziah
Bella Dally sebagai Iliya
Fizo Omar sebagai Ikram
Josiah Hogan sebagai Karl
Cassia Iman sebagai Damia
Roy Azman sebagai En. Izham
Uchee Fukada sebagai Rina
Kazar Saisi sebagai Aziz
Iman Zulkarnain sebagai Zahim  
Sharisa Haris sebagai Jenab/Jamilah

Jom Baca ini juga ➔ Novel Superhero Hati Karya Wardina Aisyah (Drama Adaptasi Novel)
Read More

22 Dis 2019

Telefilem Durian Oh Durian (Cerekarama TV3)




Durian Oh Durian, Telefilem, Telemovie, Slot Cerekarama, TV3, Telefilem Durian Oh Durian, Telemovie Durian Oh Durian, Cerekarama Durian Oh Durian, Sinopsis Telefilem Durian Oh Durian, Senarai Pelakon Telefilem Durian Oh Durian, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Dian P. Ramlee, Dato Jalaluddin Hassan,

Telefilem Durian Oh Durian akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 21 Disember 2019 ini. Antara pelakon telefilem Durian Oh Durian ini adalah Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Dian P. Ramlee, Dato Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Ungku Ismail Aziz dan Bella Dally turut bergandingan sebagai adik - beradik dalam drama bersiri popular Adellea Sofea. Lebih menarik bila telemovie Durian Oh Durian ini turut diarahkan oleh Ungku Ismail Aziz dan diterbitkan oleh Paragon Radical Sdn Bhd. Memang nampak menarik telefilem ini kan sebab jalan ceritanya unik. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Durian Oh Durian Lakonan Ungku Ismail dan Bella Dally (TV3)

Kehidupan Midie, seorang pemuda menjadi haru biru apabila, apa yang berlaku dalam hidupnya dikaitkan dengan pokok durian yang ditanam oleh datuknya semasa dia dilahirkan. Apa yang berlaku seterusnya?..


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

14 Dis 2019

Drama Adellea Sofea Lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz (TV3)




Adellea Sofea, Drama Adellea Sofea, Slot Akasia, TV3, Drama Best, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri TV3 2019, My Favorite Drama, OST Drama Adellea Sofea, Sinopsis Drama Adellea Sofea, Watak Pelakon Dalam Drama Drama Adellea Sofea, Poster Drama Adellea Sofea, Drama Baru Mira Filzah, Biodata Mira Filzah, Drama Baru Ungku Ismail Aziz, Senarai Pelakon Drama Adellea Sofea, Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris, Uchee Fukada, Remy Maghrib, Fadzly Fuad,
Drama Adellea Sofea adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang mula disiarkan sejak 6 Disember yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Setelah Ku Dimiliki lakonan Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Adellea Sofea ini adalah Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris, Uchee Fukada, Remy Maghrib, Fadzly Fuad dan ramai lagi. Selain itu drama Adellea Sofea ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin serta diterbitkan oleh Radiusone Sdn Bhd. Aku jarang tengok drama Melayu, tapi disebabkan jalan cerita drama Adellea Sofea ni best dan aku juga suka dengan para pelakonnya membuatkan aku teruja untuk menonton drama ini hehehe. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Adellea Sofea ini serta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..
Adellea Sofea, Drama Adellea Sofea, Slot Akasia, TV3, Drama Best, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri TV3 2019, My Favorite Drama, OST Drama Adellea Sofea, Sinopsis Drama Adellea Sofea, Watak Pelakon Dalam Drama Drama Adellea Sofea, Poster Drama Adellea Sofea, Drama Baru Mira Filzah, Biodata Mira Filzah, Drama Baru Ungku Ismail Aziz, Senarai Pelakon Drama Adellea Sofea, Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris, Uchee Fukada, Remy Maghrib, Fadzly Fuad,
Watak Pelakon

Ungku Ismail Aziz sebagai Fir / Firdaus
Mira Filzah sebagai Adellea Sofea / Sofea
Jasmine Suraya sebagai Suzie
Bella Dally sebagai Iliya
Fizo Omar sebagai Ikram
Josiah Hogan sebagai Karl
Cassia Iman sebagai Damia
Fazlina Ahmad Daud sebagai Dr Fauziah
Roy Azman sebagai Encik Izham
Uchee Fukada sebagai Rina
Kazar Saisi sebagai Aizi
Iman Zulkarnain sebagai Zahim
Sharisa Haris sebagai Jenab / Jamilah
Remy Maghrib sebagai Sham
Fadzly Fuad sebagai Fahmy




Sinopsis 
Drama Adellea Sofea Lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz - Slot Akasia TV3

Mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita. Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Firdaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.
Adellea Sofea, Drama Adellea Sofea, Slot Akasia, TV3, Drama Best, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri TV3 2019, My Favorite Drama, OST Drama Adellea Sofea, Sinopsis Drama Adellea Sofea, Watak Pelakon Dalam Drama Drama Adellea Sofea, Poster Drama Adellea Sofea, Drama Baru Mira Filzah, Biodata Mira Filzah, Drama Baru Ungku Ismail Aziz, Senarai Pelakon Drama Adellea Sofea, Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris, Uchee Fukada, Remy Maghrib, Fadzly Fuad,

Tanpa Sofea ketahui, Firdaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya.  En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdaus kerana ada rahsia di antara mereka. Tak lama kemudian Firdaus nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Sofea. Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

Lagu Tema / OST Adellea Sofea

➤ Tentang Rahsia nyanyian Judika & Shila Amzah

➤ Syarat Bahagia nyanyian Dinda Permata

➤ Selalu Denganmu nyanyian Amylea & Kaer

➤ Bagai Lagu Indah nyanyian Adzrin



Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Mira Filzah


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

29 Sep 2019

Telefilem Cik Shopaholic Lakonan Puteri Aishah & Ungku Ismail




Cik Shopaholic, Telefilem, Telemovie, Telefilem Cik Shopaholic, Telemovie Cik Shopaholic, Sinopsis Telefilem Cik Shopaholic, Slot Cerekarama, TV3, Senarai Pelakon Telefilem Cik Shopaholic, Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah, Syerinie Myra, Sharifah Shahora, Hazwan Alif, Watak Pelakon, Poster Telefilem Cik Shopaholic,
Cerekarama Cik Shopaholic TV3

Telefilem Cik Shopaholic akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 28 September 2019 ini, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Cik Shopaholic ini adalah Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah, Syerinie Myra, Sharifah Shahora, Hazwan Alif dan ramai lagi. Ikutkan Telemovie Cik Shopaholic ini adalah siaran ulangan ye, sebab dah pernah disiarkan sebelum ini di NTV7 pada tahun 2018 dan kini disiarkan semula di slot Cerekarama TV3. Skrip telefilem ini ditulis oleh Sharifah Abu Salem serta diarahkan oleh Hadith Omar serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan telemovie Cik Shopaholic ini kan, so jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Cik Shopaholic (Cerekarama TV3)

Razi (Ungku Ismail), seorang yang cerewet dan sangat berkira dalam soal kewangan. Manakala Hezliza (Puteri Aishah) pula sangat boros dalam berbelanja. Keluarga mereka ingin menyatukan mereka agar dapat mengubah sikap masing-masing. Hezliza yang sudah terbiasa hidup senang merasakan terpaksa melakukan segala urusan rumahtangga sendirian setelah berkahwin tanpa pembantu rumah. Razi menyedari, Hezliza mempunyai bakat dalam masakan. Mereka kemudiannya membuka restoran dan mempunyai ramai pelanggan. Suatu hari, kekasih lama Razi ke restoran mereka dan cuba untuk rapat dengan Razi. Hezliza tertekan, dan di dalam diam dia kembali kepada perangai lamanya, kerana hanya membeli-belah sahaja yang dapat mengurangkan tekanannya.

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Han Byul (Big Stage 2019)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More


My Random Post