Memaparkan catatan dengan label Korean Movies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Korean Movies. Papar semua catatan

11 Jan 2019

Movie Review - The Princess And The Matchmaker




The Princess And The Matchmaker, Movie Review, Ulasan Filem, Korean Movie Review, Korean Movie The Princess And The Matchmaker, 2018, Filem Korea The Princess And The Matchmaker, Lee Seung Gi Movie, Korean Movie 2018, Pelakon Filem The Princess And The Matchmaker, Cast, Lee Seung Gi, Shim Eun Kyung, Yeon Woo Jin, Kang Min Hyuk, Choi Woo Sik, Choi Min Ho (SHINEE), Historical Movie, Joseon,
The Princess And The Matchmaker - Korean Movie Review

Seperti biasa hari ini aku nak buat review filem Korea yang bertajuk The Princess and The Matchmaker yang release pada 28 Februari 2018 yang lalu. Ramai betul pelakon popular yang berlakon dalam Korean Movie The Princess And The Matchmaker ini seperti Lee Seung Gi, Shim Eun Kyung, Yeon Woo Jin, Kang Min Hyuk, Choi Woo Sik, Choi Min Ho (SHINEE) dan ramai lagi. Selain itu movie ini berlatarkan zaman Joseon gitu serta bergenre romantik komedi serta sedikit suspen. Tak silap aku movie The Princess And The Matchmaker ini dah shooting pada tahun 2015 tapi hanya tahun 2018 barulah movie ini release dan ditayangkan di pawagam. Rasanya mungkin sebab producer dan pengarah filem ini tunggu Lee Seung Gi menamatkan khidmat ketenteraannya selama 2 tahun dan kemudian baru release movie ini. Maklumlah Lee Seung Gi kan hero utama movie ini kan, plus movie ni release ketika drama terbaru lakonan Lee Seung Gi iaitu A Korean Odyssey tengah popular dan tengah hangat bersiaran di TV gitu. 




Tarikan utama movie ini mestilah sebab barisan pelakonnya yang sememangnya popular especially yang pelakon lelaki hehe. Manakala heroin movie ini biasa - biasa saja bagi aku. Pelakon semuanya dah best dan popular, malangnya jalan cerita movie ini agak terlalu simple and ringan. Scene paling suspen pun masa Princess Songhwa tu jumpa calon suaminya yang ketiga tu, yang mana awalnya dia kelihatan baik tapi sebenarnya gila dan psiko. Watak Lee Seung Gi sebagai Seo Do Yoon agak serius dan fokus dengan tugasnya sebagai seorang peramal hubungan / matchmaker dalam movie ini. Watak Choi Min Ho yang merupakan adik pada Seo Do Yoon dalam movie ini tidak banyak, aku rasa kalau watak dia tak ada pun tak apa hehehe. Rasanya ni first time aku melihat Choi Woo Sik melakonkan watak psiko yang betul - betul gila dan kejam, selalunya Choi Woo Sik kerap diberi watak budak baik gitu. Akhirnya dapat tengok Yeon Woo Jin melakonkan watak jahat semula hehe, rindu pula nak tengok dia berlakon watak jahat hehe, last drama dia jadi jahat iaitu dalam drama Arang And The Magistrate. Lepas tu dia berlakon jadi hero yang baik gitu. 

Berbalik pada movie ini, aku rasa jalan cerita movie ini terlampau longgar, malah talent serta populariti para pelakon movie ini pun tak mampu nak mencantikkan jalan ceritanya yang lemah. Malah ending movie The Princess And The Matchmaker ini juga agak tak logik kalau nak ikutkan zaman yang princess tu berada, sebab di zaman Joseon itu, tak ada puteri yang boleh bertindak sesuka hati. Apa pun ending movie ini stil happy ending. Korean Movie The Princess And The Matchmaker ini mengisahkan princess Songhwa yang enggan dijodohkan dengan seseorang yang dia tak kenal. Lalu bertindak keluar dari istana senyap –senyap dan menyamar. Dia kemudiannya pergi berjumpa dengan calon – calon bakal suaminya satu persatu untuk mengetahui personality mereka. Matchmaker Seo Do Yoon (Lee Seung Gi) sedar mengenai hal ini dan bertindak mengikut princess Songhwa dan menemaninya untuk berjumpa dengan calon – calon tersebut.

Calon bakal suaminya yang pertama masih lagi kanak – kanak. Manakala calon yang kedua adalah Kang Whi (lakonan Kang Min Hyuk) yang merupakan seorang lelaki kacak dan gentleman, malangnya dirinya adalah seorang playboy dan kaki perempuan. Calon yang ketiga adalah Nam Chi Ho (lakonan Choi Woo Sik) yang merupakan seorang psiko dan kejam. Dia juga bertindak memburu princess Songhwa selepas mengetahui yang princess Songhwa telah pecah masuk rumahnya dan bertemu dengan hamba – hambanya. Calon yang terakhir adalah Yoon Shi Kyung (lakonan Yeon Woo Jin) yang merupakan seorang jahat dan tamak. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan princess Songhwa kerana ingin jawatan penting dalam kerajaan. Yoon Shi Kyung ini turut menggunakan adik Seo Do Yoon yang buta itu untuk mengugut Seo Do Yoon supaya memilih dirinya untuk princess Songhwa. Apa yang berlaku seterusnya.

Pendek katanya masa korang menonton movie ini, jangan letakkan harapan terlalu tinggi yang movie ni best gila. Apa pun aku bagi 5/10 Bintang untuk movie ini.
Read More

4 Jan 2019

Movie Review - Be With You (2018)




Be With You, 2018, Korean Movie, Filem Korea, Movie Review, Korean Movie Be With You, So Ji Sub and Son Ye Jin Movie, Sinopsis Korean Movie Be With You, Cast, Pelakon Filem Korea Be With You, So Ji Sub, Son Ye Jin, Kim Ji Hwan, Ko Chang Seok, Lee Joon Hyuk, Son Yeo Eun, Kim Hyun Soo, Poster Korean Movie Be With You, Special Appearance By Park Seo Joon and Gong Hyo Jin,
Korean Movie Review - Be With You (Lakonan So Ji Sub & Son Ye Jin)

Dah lama tengok movie ni tapi baru sekarang nak buat review hehehe, sebab utama aku tengok movie Korea Be With You mestilah sebab pelakonnya. Movie So Ji Sub dan Son Ye Jin kot memang harus tengok gitu, gandingan diorang juga nampak sweet and comel. Korean Movie Be With You ini release pada 14 March 2018 dan movie ini adalah adaptasi daripada Novel Jepun yang bertajuk Ima, Ai ni Yukimasu karya Takuji Ichikawa. Selain itu novel Jepun berkenaan juga sudah diadaptasi ke movie Jepun yang release pada tahun 2004 dan juga drama Jepun (2005). Tahun 2018 barulah ada versi filem Korea pula. Antara pelakon filem Korea Be With You ini adalah So Ji Sub, Son Ye Jin, Kim Ji Hwan, Ko Chang Seok, Lee Joon Hyuk, Son Yeo Eun, Kim Hyun Soo dan ramai lagi. Lebih menarik bila pelakon popular Gong Hyo Jin dan Park Seo Joon turut buat special appearance / cameo dalam movie ini. 




Bila Gong Hyo Jin muncul dalam filem ini, terus buat aku teringat kat  drama The Master's Sun lakonannya bersama So Ji Sub tu. Tambah - tambah dia pergi blind date untuk berjumpa dengan Woo Jin ( lakonan So Ji Sub) dalam movie ni. Tapi tulah Woo Jin jual mahal pula hahaha, manakala Park Seo Joon pula akan muncul di penghujung cerita. Nak tergelak juga tengok So Ji Sub dan Park Seo Joon jadi watak bapa dan anak sebab diorang nampak macam abang dan adik je hehe. Jalan cerita Korean Movie Be With You ini bermula dengan kematian isteri Woo Jin iaitu Soo Ah (lakonan Son Ye Jin). Selepas itu Woo Jin terpaksa menjaga anak lelakinya Ji Ho yang masih kecil seorang diri. Sebelum Soo Ah mati dia telah berjanji pada anaknya yang dirinya akan kembali ketika musim hujan, setahun kemudian. Anaknya Ji Ho sangat berpegang teguh pada janji ibunya itu dan sentiasa menunggu musim hujan tiba serta ternanti - nantikan kepulangan ibunya. 
Be With You, 2018, Korean Movie, Filem Korea, Movie Review, Korean Movie Be With You, So Ji Sub and Son Ye Jin Movie, Sinopsis Korean Movie Be With You, Cast, Pelakon Filem Korea Be With You, So Ji Sub, Son Ye Jin, Kim Ji Hwan, Ko Chang Seok, Lee Joon Hyuk, Son Yeo Eun, Kim Hyun Soo, Poster Korean Movie Be With You, Special Appearance By Park Seo Joon and Gong Hyo Jin,
Berbeza dengan ayahnya Woo Jin yang tahu isterinya tak akan kembali semula dan berasa sedih melihat anaknya itu yang terlalu percayakan janji Soo Ah. Setelah setahun berlalu, musim hujan tiba dan anaknya mengajak ayahnya untuk ke satu tempat bagi menjemput ibunya. Woo Jin tidak tahu bagaimana cara untuk menerangkan pada Ji Ho bahawa ibunya telah pergi selamanya. Namun siapa sangka bila Soo Ah benar - benar muncul dan kembali pada mereka. Namun Soo Ah telah hilang ingatan dan tidak ingat apa - apa langsung. Woo Jin dan Ji Ho kemudiannya membawa Soo Ah pulang ke rumah, Ji Ho berasa sangat gembira bila ibunya kembali, manakala Soo Ah pula masih keliru dan perlu membiasakan dirinya dengan keluarganya itu. Kemudian kehidupan Ji Ho dan Woo Jin ceria kembali dengan kehadiran Soo Ah. Namun ketika mereka semua bahagia, Soo Ah mendapati dirinya perlu pergi semula meninggalkan semuanya buat kali kedua. Apa yang berlaku seterusnya?

Selain itu terdapat banyak juga adegan flashback yang menunjukkan perkenalan awal Soo Ah dan Woo Jin ketika mereka di bangku sekolah. Tapi semua scene watak Soo Ah dan Woo Jin ketika di zaman sekolah itu dilakonkan oleh pelakon lain yang lebih mudalah kan. Manakala ketika Soo Ah dan Woo Jin di universiti, barulah watak mereka itu dilakonkan sendiri oleh So Ji Sub dan Son Ye Jin. Terdapat juga sedikit plot twist dalam movie ini terutamanya tentang bagaimana Soo Ah boleh yakin dan berjanji pada anaknya yang dia akan kembali tu. Scene - scene sedih memang sedihlah kan terutamanya scene ketika Soo Ah tahu yang dia perlu pergi buat kali kedua dan dia cuba mempersiapkan anaknya Ji Ho dengan mengajarnya kemahiran tertentu seperti memasak sendiri, membasuh baju sendiri dan lain - lain lagi, jadi bila Soo Ah dah tak ada, Ji Ho dah dapat berdikari sendiri dan tidak begitu menyusahkan bapanya lagi. 

Scene paling sedih tu mestilah masa diorang berpisah tu, touching betul, memang pandai pelakon kanak - kanak yang melakonkan watak Ji Ho tu berlakon. Sedih je tengok scene dia dan ibunya itu. Apa pun memang best layan movie ini, semua elemen ada, sedih, sweet, happy manakala ending Korean movie Be With You ini sad ending bila diorang berpisah tapi dalam masa yang sama agak happy ending juga di penghujung cerita tu. Aku bagi 8.4/10 untuk movie ini. 
Read More

5 Dis 2018

Movie Review - Cheese In The Trap




Cheese In The Trap, Movie, Filem, Korean Movie Cheese In The Trap, Korean Movie, Movie Review, Cheese In The Trap Film, Cast, Poster, Pelakon Filem Cheese In The Trap, Park Hae Jin, Oh Yeon Seo, Park Ki Woong, Yoo In Young, Sandara Park, Oh Jong Hyuk, Kim Hyun Jin, 2018,
Movie Review - Cheese In The Trap (Korean Movie)

Movie Cheese In The Trap ini release pada 14 March 2018 yang lalu dan merupakan adaptasi daripada web comic yang popular. Bagi yang tak tahu, sebenarnya sudah ada pun versi drama Cheese In The Trap ini yang disiarkan di channel TVN pada tahun 2016 yang lalu. Namun para pelakon versi drama dan movie memang berbezalah kan, hanya hero dramanya saja iaitu Park Hae Jin dikekalkan untuk berlakon dalam versi filem pula. Antara pelakon filem Cheese In The Trap ini adalah Park Hae Jin, Oh Yeon Seo, Park Ki Woong, Yoo In Young, Sandara Park, Oh Jong Hyuk, Kim Hyun Jin dan ramai lagi. Aku dah tengok kedua dua versi iaitu versi filem dan juga versi drama, jadi bila dah tengok kedua - dua versi memang aku tak dapat lari dari membuat perbandingan antara versi filem dan juga versi drama. Dikatakan Movie Cheese In The Trap ini memang mengikut jalan cerita original web comic tersebut berbanding versi drama.




Tapi versi drama Korea Cheese In The Trap ini of courselah lebih panjang dan perkembangan watak juga lebih mendalam berbanding filem. Cuma bagi aku versi drama macam terlalu fokuskan watak Baek In Ho, malah ending drama Cheese In The Trap itu juga dikritik teruk oleh para penonton, para pelakon juga terutamanya Park Hae Jin turut meluahkan rasa tak puas hati dengan hala tuju wataknya serta ending drama tersebut. Tapi tak sangka juga Park Hae Jin masih sanggup untuk berlakon versi filem pula selepas itu. Bila tengok movie ini turut mengingatkan aku tentang Lee Sung Kyung yang membawakan watak Baek In Ha dalam versi drama. Wataknya dalam drama sangat rare dan gila hingga rasa tak lengkap versi filem tanpa kehadirannya. Namun Yoo In Young berjaya juga membawakan watak Baek In Ha untuk versi filem dengan caranya yang tersendiri. Cuma nampak dia lebih elegan dan tak segila watak Lee Sung Kyung dalam versi dramalah kan.

Kalau dalam versi drama, ending untuk kisah cinta antara Yoo Jung (lakonan Park Hae Jin) dan Hong Seol (lakonan Kim Go Eun) memang tergantung. Manakala dalam versi filem ending movie Cheese In The Trap memang happy ending gitu. Yoo Jung dan Hong Seol (lakonan Oh Yeon Seo) memang sweet gitu, tak banyak konflik dan serabut macam dalam versi drama. Tapi aku tak nafikan versi drama juga ada tarikannya yang tersendiri. Apa pun aku suka dengan watak Yoo Jung tu yang agak misteri gitu dan ada sisi gelapnya yang tersendiri. Scene dia cuba berbaik - baik dan mengorat Hong Seol tu pun adorable sangat sama ada dalam versi filem mahu pun drama. Bagi yang nak layan cerita ini aku sarankan korang tengok saja dua - dua versi, baru korang boleh buat perbandingan gitu. Aku rasa versi movie mahu pun drama ada tarikan yang tersendiri. Aku bagi 7.5/10 bintang untuk Korean Movie Cheese In The Trap ini.
Read More

3 Mei 2018

Review The Five - Korean Movie




The Five, Korean Movie, Filem Korea, Movie, Filem, Korean Movie The Five, Thriller, Serial Killer, Psiko, My Favorite, My Opinion, My Feeling, The Five Poster, The Five Review, The Five Cast, Pelakon Filem Korea The Five, Kim Sun A, On Joo Wan, Ma Dong Seok, Shin Jung Geun, Jung In Gi, Lee Chung Ah, Park Hyo Joo, Dendam, Revenge, Watak Jahat,
Review The Five - Korean Movie

Today aku nak buat review filem Korea pula yang bertajuk The Five yang release pada 14 November 2013 dan bergenre thriller. Filem The Five ini based on the webcomic "The 5ive Heart" dan movie The Five ini telah pernah disiarkah di Astro Citra dan Mustika HD. Antara Pelakon Filem Korea The Five ini adalah Kim Sun A, On Joo Wan, Ma Dong Seok, Shin Jung Geun, Jung In Gi, Lee Chung Ah, Park Hyo Joo dan ramai lagi. Jalan cerita movie ini memang suspen dan ada sedikit plot twist juga, apa pun memang kesian dengan watak utama filem ini iaitu Go Eun Ah yang dilakonkan oleh Kim Sun A. Keluarga bahagia Go Eun Ah hilang sekelip mata apabila suami dan anak perempuannya dibunuh oleh seorang pembunuh bersiri yang psiko. Kemudian dirinya pula lumpuh separuh badan dan terpaksa bergerak dengan menggunakan kerusi roda sahaja. Segala yang berlaku membuatkan Go Eun Ah putus asa dengan hidupnya, namun dia berazam untuk membalas dendam dan mencari pembunuh bersiri tersebut walaupun dirinya kini cacat. Barisan pelakon movie The Five ini memang power - power belaka, lakonan semua pelakon memang terbaik sampai buat aku tertunggu - tunggu apa yang akan terjadi seterusnya.



Go Eun Ah sedar yang dia tak mampu nak membalas dendamnya tanpa pertolongan orang lain, maka dia bertindak mencari 4 orang lain yang sedang terdesak memerlukan penderma organ untuk menyelamatkan orang - orang yang mereka sayang dan Go Eun Ah menawarkan dirinya sebagai penderma organ jika 4 orang berkenaan mengikut syarat yang ditetapkannya. Pelbagai perkara menarik yang berlaku selepas itu, kalau korang nak tahu kenalah tengok nanti, aku tak nak lah cerita banyak - banyak mengenai Sinopsis Korean Movie The Five ini. Walaubagaimanapun aku jamin memang ada banyak scene - scene suspen dalam filem ini terutamanya di pertengahn cerita dan juga di penghujung cerita. Apa pun aku memang kagum dengan lakonan On Joo Wan yang melakonkan watak Oh Jae Wook yang merupakan watak jahat dalam filem ini. Ini kali pertama aku melihat On Joo Wan melakonkan watak jahat dan memang berkesan lakonannya. Rasa geram je tengok watak psikonya itu, aku dah selalu melihat On Joo Wan melakonkan watak baik, watak gentleman, so bila sesekali melihat dia melakonkan watak jahat memang awsome gitu. On Joo Wan ini kalau senyum memang nampak manis je muka dia, nampak adorable gitu, sesekali jadi psiko memang terbaiklah hehehe.

Watak Oh Jae Wook ini walaupun psiko tapi dia bijak, di awalnya dia diburu tapi kemudiannya dia memburu, jadi memang tak mudah untuk Go Eun Ah membalas dendamnya itu. Ending Korean Movie The Five ini memang suspen dan kemudian endingnya bertukar jadi sedih pula bila yang lain dah mula rapat dengan Go Eun Ah dan faham dengan penderitaannya itu. Apa pun memang berbaloi layan cerita ini dan aku bagi 7/10 bintang untuk filem The Five ini. 

Gambar di atas credit to Asianwiki
Read More

28 Feb 2018

Review Filem Korea - Midnight Runners

Midnight Runners, Filem, Movie, Korean Movie, Filem Korea, Korean Movie Review, Review By Miss Banu, Review Filem Korea, Midnight Runners Review, Midnight Runners Cast, Pelakon Filem Korea Midnight Runners, Park Seo Joon, Kang Ha Neul, Park Ha Sun, Sung Dong Il, Lee Ho Jung, Genre, Aksi, Komedi, Polis, Jenayah, 2017, Poster Movie Midnight Runners,
Midnight Runners - Korean Movie Review

Seperti biasa kali ini aku nak share pandangan aku serta membuat sedikit ulasan mengenai Filem Korea Midnight Runners yang release pada 9 Ogos 2017 yang lalu, Korean movie ini bergenre Aksi, Komedi, Polis dan Jenayah. Antara Pelakon Filem Korea Midnight Runners ini adalah Park Seo Joon, Kang Ha Neul, Park Ha Sun, Sung Dong Il, Lee Ho Jung dan ramai lagi. Barisan pelakonnya memang dah best, siap ada Park Seo Joon dan Kang Ha Neul dalam satu movie yang sama, jadi rugilah kalau tak tengok movie ini kan. Malah Park Seo Joon dan Kang Ha Neul turut muncul dalam variety show Running Man untuk mempromosikan filem mereka ini dan episod tersebut memang sangat best dan kelakar hehe. Jalan cerita filem Midnight Runners ini banyak memfokuskan tentang watak Ki Joon yang dilakonkan oleh Park Seo Joon dan watak Hee Yeol yang dilakonkan oleh Kang Ha Neul yang merupakan kawan baik serta pelajar di Korean National Police University. Kiranya diorang ini bakal - bakal polislah tak lama lagi, bromance antara watak mereka juga antara yang menarik dalam movie ini tapi bagi aku bromance diorang okeylah tapi stil tak boleh lawan bromance dalam Drama Chief Kim / Good Manager atau pun dalam Drama Two Cops yang dilakonkan oleh Jo Jung Suk dan Kim Sun Ho.

Filem ini macam tak ada heroin tau sebab lebih berfokuskan tentang watak Ki Joon dan Hee Yeol itu, tapi heroin filem ini wataknya macam pelakon pembantu je hehe. Tapi bagus juga sebab dah malas nak tengok jalan cerita yang berkisarkan kisah cinta 3 segi dan sebagainya. Tak silap aku, filem ini ada sambungannya nanti, so kemungkinan besar akan ada Midnight Runners 2 kot. Lagi pun jalan cerita filem ini berkisarkan tentang Ki Joon dan Hee Yeol yang masih belajar dalam Akademi Polis untuk menjadi polis yang terbaik. Jadi kalau ada sambungannya nanti mestilah kisahnya berkisarkan tentang kehidupan mereka menjadi polislah pula kan. Berbalik pada filem ini aku suka dengan sikap Ki Joon dan Hee Yeol yang sedar akan tanggungjawab mereka yang bakal menjadi polis tak lama lagi dan sanggup berdepan dengan penjenayah walaupun nyawa mereka dalam bahaya. Mereka berazam untuk menyelesaikan segalanya walaupun sedar bahaya yang menanti serta tidak dibantu oleh sesiapa ketika berdepan dengan penjenayah yang jahat itu. Namun ada banyak juga scene - scene yang tak logik bagi aku dalam filem ini, contohnya Ki Joon dan Hee Yeol telah dibelasah teruk oleh sekumpulan samseng tapi yang lawaknya diorang masih bertenaga dan kuat untuk berlawan lagi serta berlari dengan laju pula tu hehehe.



Dalam filem ini memang ada banyak fighting scene dan Ki Joon dan Hee Yeol memang cedera teruk ketika berlawan dengan semua penjahat tu, tapi stil maintain okey. Di permulaan filem ini hingga ke pertengahan cerita memang banyak scene - scene lawak tapi lepas itu jalan cerita filem ini mula bertukar dari lawak menjadi serius. Manakala Ending Filem Midnight Runners ini memang happy endinglah kan. Bagi aku filem ini tak adalah best sangat, plot twist pun tak ada, tapi masih okey dan boleh layannn lagi. Aku bagi 6.8/10 Bintang. Jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye, selamat membaca okey.

Sinopsis Midnight Runners 2017 (Korean Movie)

Mengisahkan Ki Joon dan Hee Yeol yang merupakan pelajar di akademi polis, suatu hari diorang decide untuk keluar berhibur ketika hari cuti mereka. Mereka berduanya ke kelab malam dan menghabiskan masa di situ. Ketika mereka ingin pulang, mereka telah melihat seorang wanita muda telah diculik di depan mata mereka. Mereka kemudian cuba melaporkan kejadian tersebut pada polis namun laporan mereka tidak begitu dipedulikan. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kes tersebut dan cuba menyelamatkan wanita tersebut. Sepanjang malam mereka cuba menjejaki wanita tersebut dan akhirnya mereka sedar mereka kini berdepan dengan satu kumpulan penjenayah berbahaya yang menculik wanita dan menggunakan wanita muda tersebut untuk tujuan tertentu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Poster Filem di atas credit to Asianwiki
Read More

22 Feb 2018

RV : Resurrected Victims - Korean Movie Review

Review Filem Korea - RV : Resurrected Victims, Korean Movie Review, Filem Korea, Review Filem Korea, 2017, Revival, Revenge, Mystery, Thriller, Pelakon Filem RV : Resurrected Victims, Kim Rae Won, Kim Hae Sook, Sung Dong Il, Jeon Hye Jin, Jang Young Nam, Oh Dae Hwan, Kim Min Jun, RV : Resurrected Victims Poster,
Review Filem Korea - RV : Resurrected Victims

Hari ini aku nak buat Movie Review tentang sebuah Korean Movie yang bertajuk RV : Resurrected Victims / Revival. Filem ini release pada 12 Oktober 2017 dan bergenre misteri and thriller manakala pengarah filem ini adalah Kwak Kyung Taek dan movie ini berdasarkan daripada Novel. Antara Pelakon Filem RV : Resurrected Victims ini adalah Kim Rae Won, Kim Hae Sook, Sung Dong Il, Jeon Hye Jin, Jang Young Nam, Oh Dae Hwan, Kim Min Jun dan ramai lagi. Memang agak excited juga tunggu filem ini release sebab jalan ceritanya nampak menarik dan best gitu. Aku bukanlah peminat tegar Kim Rae Won ini tapi aku memang suka dengan jalan cerita yang berkonsepkan revenge sebab lebih suspen dan banyak plot twist. Plot movie ini juga mengingatkan aku tentang Drama Reunited Worlds lakonan Yeo Jin Goo itu sebab konsep jalan ceritanya hampir sama iaitu orang yang mati boleh hidup semula secara tiba - tiba untuk menyelesaikan apa yang belum selesai. Walaubagaimanapun Drama Reunited Worlds mempunyai jalan cerita yang lebih positif berbanding jalan cerita filem RV : Resurrected Victims yang berkonsepkan pembalasan dendam semata - mata



Berikut adalah Sinopsis Filem RV : Resurrected Victims ini - Mangsa bunuh yang telah mati dikenali sebagai RV, hidup semula dan tiba - tiba muncul di dunia ini untuk membalas dendam dan membunuh pembunuh mereka yang terlepas dari hukuman. Selepas selesai menghukum dan membunuh pembunuh mereka, RV ini atau Resurrected Victims ini akan lenyap semula. 7 tahun yang lalu, Seo Jin Hong telah melihat ibunya dibunuh di depan matanya ketika berlakunya satu rompakan di situ. Suatu hari, secara tiba - tiba ibunya muncul semula di rumahnya mengejutkan semua pihak. Keadaan mula huru - hara bila ibu Seo Jin Hong itu cuba membunuh anaknya sendiri iaitu Seo Jin Hong. Namun cubaan ibunya itu gagal kerana ada ramai yang menghalang, Seo Jin Hong mula keliru tentang sebab ibunya ingin membunuh dirinya, pihak polis juga cuba menyiasat Seo Jin Hong juga, kalau - kalau Seo Jin Hong ada kaitan dengan pembunuhan ibunya itu. 

Scene ketika ibunya cuba membunuh anaknya sendiri itu memang agak mengelirukan dan berjaya buatkan penonton tertanya - tanya sebab ibunya bertindak sedemikian, sekaligus menjadikan Seo Jin Hong itu adalah suspek. Memang ada sedikit plot twist dalam drama ini sebab Seo Jin Hong memang antara punca terbesar ibunya mati. Namun di penghujung cerita barulah Seo Jin Hong tahu sebab dan punca sebenar ibunya mati, sekaligus menyalahkan dirinya. Tapi nak salahkan 100 peratus pada Seo Jin Hong itu pun tak boleh juga, sebab ibunya yang buat keputusan untuk menyelamatkan anaknya itu serta merahsiakan kebenaran dari Seo Jin Hong. Kalau nak tahu apa rahsianya dan apa kebenarannya tu kenalah tengok filem ini okey sebab aku tak naklah bagi spoiler kan. Ending Korean Movie RV : Resurrected Victims ini juga agak sedih dan menyayat hati juga. Boleh dikatakan ending filem ini adalah sad ending. Aku rasakan filem ini kurang dari unsur suspen, tak ada scene yang menakutkan mahu pun mengejutkan tapi masih menghiburkan. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 6 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini.

Poster Filem di atas credit to Asianwiki
Read More

23 Okt 2017

Sinopsis Filem Korea - House Of Dissappeared

Filem Korea House Of Dissappeared, Sinopsis, Review By Miss Banu, Misteri, Seram, Thriller, Plot, Twist, Ending, Korean Movie, Pelakon Filem House Of Dissappeared, Kim Yunjin, Taecyeon, 2PM, Jo Jae Yun,
Review Dan Sinopsis Filem Korea - House Of Dissappeared

Seperti biasa hari ini aku nak buat Review dan Sinopsis Filem Korea yang bertajuk House Of Dissappeared. Filem ini bergenre seram, misteri, thriller dan release pada 6 April 2017 yang lalu. Pelakon filem House Of Dissappeared ini terdiri daripada Kim Yunjin, Taecyeon, Jo Jae Yun dan ramai lagi. Kalau tengok dari tajuk filem ini pun, korang dah boleh mengagak yang jalan cerita drama ini berkisarkan tentang sebuah rumah yang misteri dan menyeramkan. Ada plot twist juga dalam filem ini, kadang - kadang aku keliru juga dengan jalan ceritanya yang berulang - ulang tapi masih menghiburkan. Antara scene yang mendebarkan dalam filem ini apabila anak lelaki sulung Mi Hee hilang di sebalik pintu. Apabila pintu tersebut di buka hanya ada dinding saja dan anaknya terus lenyap. Selain itu korang juga akan rasa menyampah juga dengan watak Chul Joong yang agak kejam dengan anak tirinya itu. Tak sangka ada banyak hantu di rumah tersebut, sampai hantu jepun pun ada juga. Taecyeon melakonkan watak baik dalam filem ini iaitu sebagai Paderi Choi yang merupakan kawan baik kepada anak lelaki Mi Hee yang hilang ketika dirinya masih kecil. 

Ending filem House Of Dissappeared ini agak sedih juga, tapi realistik, apa pun aku bagi 7.8 Bintang dari 10 Bintang untuk Korean Movie ini. Apa pun jom baca sinopsis filem ini dibawah ye. Selamat Membaca..

Sinopsis Filem Korea - House Of Dissappeared 
25 tahun yang lalu, Mi Hee adalah seorang suri rumah yang biasa sama seperti orang lain. Dia berkahwin dengan Chul Joong yang bekerja sebagai polis dan mendapat seorang anak lelaki. Chul Joong seorang yang panas baran dan sentiasa berat sebelah serta tidak begitu menyukai anak tirinya yang merupakan anak Mi Hee dengan bekas suaminya yang dulu. Chul Joong sangat menyayangi anaknya dan sentiasa mengarahkan anak Mi Hee yang sulung itu untuk menjaga dan melindungi adiknya. Ada beberapa orang yang sudah memberi amaran pada Mi Hee supaya keluar dari rumah yang didiaminya itu dengan segera kerana dikatakan tidak selamat. Mi Hee berasa tidak sedap hati dengan hal itu tapi mereka tidak dapat berpindah dari situ lagi. Tidak lama kemudian anak lelaki Mi Hee yang bongsu akhirnya mati dan menyebabkan Chul Joong berasa sedih dan marah serta menyalahkan anak sulung Mi Hee yang cuai dalam menjaga adiknya itu. Tidak lama lepas itu Chul Joong yang mabuk dan tidak begitu waras cuba untuk membunuh anak Mi Hee itu.


Tak lama lepas itu Mi Hee mendapati suaminya telah dibunuh dan anak lelakinya itu telah hilang. Walaubagaimanapun polis menangkap Mi Hee dan yakin Mi Hee telah membunuh suaminya itu dan akhirnya dipenjarakan. Mi Hee dipenjarakan selama 25 tahun atas kesalahan yang dia tidak lakukan namun dia tidak dapat membuktikan yang dirinya tidak bersalah. Mi Hee akhirnya dibebaskan dari penjara kerana sudah tua, uzur dan mempunyai penyakit kronik serta tidak mampu hidup lebih lama lagi. Selepas keluar dari penjara, Mi Hee terus pulang ke rumah lamanya dan yakin ada sesuatu yang berlaku di rumah tersebut serta yakin anaknya masih hidup cuma terperangkap di suatu tempat. Paderi Choi sentiasa datang melawat Mi Hee di rumah dan cuba memujuk Mi Hee untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku di rumah tersebut pada malam kejadian, 25 tahun yang lalu. Pada suatu malam, semua hantu mula keluar dari satu pintu dan berlegar - legar di dalam rumah itu. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Mi Hee bertemu dengan anaknya semula?.

Gambar diatas credit to https://pixabay.com
Read More

27 Apr 2017

The Wailing - Korean Movie Review

Review Movie Korea - The Wailing, Filem Korea, Korean Movie, Sinopsis, Seram, Thriller, Misteri, Best, Plot Twist, Menarik, Suspen, Senarai Pelakon Filem The Wailing, Pelakon,Kwak Do Won, Hwang Jung Min, Jun Kunimura, Chun Woo Hee, Kim Hwan Hee, Jang So Yeon, Heo Jin, Horror Movie,
Review Movie Korea - The Wailing

Today aku nak buat review filem Korea yang bertajuk The Wailing, filem ini bergenre seram, thriller dan misteri. Filem ini release pada bulan Mei 2016 dan ditulis serta diarahkan oleh Na Hong Jin. Filem The Wailing ini dilakonkan oleh Kwak Do Won, Hwang Jung Min, Jun Kunimura, Chun Woo Hee, Kim Hwan Hee, Jang So Yeon, Heo Jin dan ramai lagi. Lebih menarik lagi, apabila pelakon berbakat dan terkenal Jepun iaitu Jun Kunimura turut berlakon dalam filem ini. Jun Kunimura ini banyak berlakon dalam filem - filem jepun dan merupakan antara watak penting dalam filem The Wailing ini. Aku paling suka dengan lokasi shooting filem ini iaitu di kawasan pedalaman, penuh dengan kehijauan hutan, air terjun, rumah tradisional, pendek katanya sinematografi filem ini sangat cantik dan indah. Semua pelakon yang membintangi filem ini juga berbakat dan terkenal, malah pelakon kanak - kanak dalam filem ini iaitu Kim Hwan Hee yang memegang watak sebagai Hyo Jin turut memberi lakonan yang cemerlang dan terbaik dalam filem ini. Sebelum ini aku ada menonton drama lakonannya dalam Drama Korea yang bertajuk On The Way To The Airport.

Jalan cerita movie ini sememangnya menarik, terutamanya di penghujung cerita, iaitu ketika dalam 15 minit terakhir bila tiba - tiba ada plot twist yang buatkan aku jadi keliru sikit. Ingatkan ending filem ini dah boleh dijangka bila masuk part pertengahan tapi bila sampai endingnya ada plot twist pula yang membuatkan penonton bertambah teruja, suspen dan confius. Lepas menonton filem ini, aku terpaksa google untuk membaca komen - komen dan pendapat penonton lain bagi memudahkan pemahaman aku pada jalan cerita filem ini terutamanya untuk part ending filem The Wailing ini. Akhirnya setelah aku google dan membaca sedikit sebanyak pendapat penonton - penonton lain yang menonton movie ini, barulah aku bertambah faham. Ikutkan sejak dari awal cerita dah banyak hint / clue yang diberikan, mungkin ramai yang terlepas pandang kan, akhirnya baru faham hint - hint yang diberikan ada kena mengena dengan endingnya dan barulah kita boleh tahu siapa yang benar dan siapa yang jahat. Jalan cerita filem ini bermula dengan wabak penyakit serta kes pembunuhan yang berlaku di kawasan terpencil, kes pembunuhan tersebut sangat unik dan pelik, dimana pembunuhnya akan membunuh seluruh ahli keluarganya sendiri, manakala diri pembunuh akan kelihatan seperti dirasuk, tidak waras, serta mengalami penyakit misteri dan akhirnya mati. Kes pembunuhan yang serupa turut berlaku berulang kali dan menimbulkan panik dikalangan penduduk.

Anggota polis Jong Goo dan rakannya mula menyiasat perkara ini, ramai penduduk mengesyaki yang kes pembunuhan ini ada kaitan dengan kehadiran lelaki Jepun yang baru menetap di kawasan tersebut. Hal ini turut diakui oleh seorang perempuan yang bernama Moo Myeong yang menjadi saksi pada kes pembunuhan itu. Lelaki Jepun itu dikatakan bukan manusia sebaliknya hantu / syaitan yang menyerupai manusia. Ada juga beberapa orang yang terserempak lelaki Jepun itu berubah menjadi makhluk yang menakutkan ketika berada di hutan. Jong Goo awalnya kurang percaya dan akhirnya memutuskan untuk pergi ke rumah lelaki Jepun berkenaan. Di rumah lelaki itu, Jong Goo menemui gambar - gambar semua mangsa / keluarga yang dibunuh. Manakala kasut anak perempuan Jong Goo iaitu Hyo Jin turut ditemui di rumah tersebut. Hal ini amat merungsingkan Jong Goo, ini ditambah lagi dengan perangai dan personaliti anak perempuannya mula berubah dan pelik. Anaknya Hyo Jin mula menjadi kasar dan aggresif. Akhirnya ibu Jong Goo membawa Hyo Jin berjumpa dengan seorang bomoh yang bernama Il Gwang. Bomoh tersebut menyakinkan Jong Goo yang lelaki Jepun itu adalah punca segala kejadian yang berlaku di kampung tersebut. Satu ritual / pemujaan perlu dilakukan untuk menyelamatkan anaknya. Namun dipertengahan ritual tersebut, Jong Goo telah menyuruh mereka berhenti dan membawa anaknya ke hospital.

Aku awalnya ingatkan bomoh Il Gwang ini memang baik tapi bukan, pandai betul bomoh tersebut berlakon baik. Jong Goo yang marah terus membawa kawan - kawannya untuk mencari lelaki Jepun itu di rumahnya, namun dia tiada disitu. Masa Inilah yang buat aku keliru sedikit sebab nampak lelaki Jepun ini seperti lemah dan cedera, aku pun konfius sekejap sebab kalau dia hantu dan bukan manusia, macam mana pula dia boleh cedera kan?. Kemudian kalau tak silap aku, ketika Jong Goo memandu kereta, dia telah terlanggar lelaki Jepun dan yakin yang lelaki tersebut telah mati. Ini ditambah lagi dengan keadaan anaknya bertambah baik di hospital itu. Bomoh Il Gwang pula terserempak dengan Moo Myeong yang berada berdekatan dengan rumah Jong Goo, Bomoh tersebut muntah darah ketika terlihat perempuan yang berpakaian putih yang bernama Moo Myeong itu. Setelah pergi dari situ Bomoh tersebut menelefon Jong Goo dan menyakinkan Jong Goo yang Moo Myeong adalah punca segalanya dan bukannya lelaki Jepun itu. Aku pun masa ini, dah confius betul, siapa yang jahat sebenarnya ni? lelaki Jepun itukah? atau pun Moo Myeong? dan apa motif bomoh Il Gwang yang bersungguh - sungguh menyakinkan Jong Goo bahawa Moo Myeong itu bukan manusia dan jahat. Aku masa ini pun rasa macam suspen gitu sebab aku tak tahu sama ada Moo Myeong ini baik atau jahat. Bomoh tersebut menyuruh Jong Goo untuk cepat - cepat pulang ke rumah untuk menyelamatkan keluarganya kerana anaknya Hyo Jin akan membunuh seluruh keluarga.

Suspen sungguh masa ini sebab Jong Goo memberanikan diri pergi berjumpa dengan Moo Myeong, Jong Goo yakin yang Moo Myeong bukan manusia. Manakala Moo Myeong pula cuba menyakinkan Jong Goo agar jangan pulang ke rumah, sebaliknya menunggu sampai ayam berkokok sebanyak 3 kali baru pulang ke rumahnya kerana Moo Myeong telah memasang perangkap untuk menangkap hantu lelaki Jepun itu, Jika Jong Goo terus pulang ke rumahnya, perangkap tersebut tidak akan berhasil.. Ayam telah berkokok / berbunyi sebanyak 2 kali, Jong Goo mula berasa tidak sedap hati kerana tidak mempercayai Moo Myeong lalu memutuskan untuk pulang ke rumah tanpa menunggu ayam berbunyi buat kali ketiganya, Moo Myeong cuba menghalang namun Jong Goo tetap dengan keputusannya dan segalanya berakhir dengan tragedi. Sinopsis yang aku bagi dalam entry ini tidak lengkap ye, sebab aku tak ceritakan semua yang berlaku, kalau nak tahu lebih detail kenalah tengok movie ini nanti. Ending filem ini memang terbaik sebab banyak twist, Moo Myeong itu sebenarnya baik, dia boleh diibaratkan sebagai angel / roh pelindung kawasan tersebut, namun dia gagal untuk menyakinkan Jong Goo. Manakala Bomoh Il Gwang itu bersubahat dan bekerjasama dengan lelaki Jepun itu, tapi aku tak tahulah bila masa diorang berjumpa semua tu hehe.

Scene ketika lelaki Jepun itu berubah menjadi makhluk yang menakutkan dan bermata merah itu memang scary habis, siap boleh pegang kamera lagi untuk mengambil gambar mangsanya yang seterusnya. Scene anak Jong Goo iaitu Hyo Jin yang macam kena rasuk tu pun menakutkan. Aku juga tak berapa pasti kenapa Jong Goo dan keluarganya menjadi mangsa, adakah lelaki Jepun itu memilih mangsanya secara random atau pun ada sebab - sebab tertentu yang menyebabkan Jong Goo dan keluarganya menjadi mangsa. Paling geram sekali mestilah pada bomoh Il Gwang itu, boleh pula dia bersubahat dengan lelaki Jepun itu. Apa pun aku suka plot twist dalam filem The Wailing ini yang berjaya membuatkan filem ini menjadi semakin menarik.Aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. 
Read More

21 Apr 2017

Tunnel - Korean Movie Review

Tunnel - Korean Movie Review, Filem Korea Tunnel, Sinopsis, Pelakon, Ha Jung Woo, Bae Doo Na, Oh Dal Su, Shin Jung Keun, Nam Ji Hyun, Kim Hae Sook, Yoo Seung Mok, Release 2016, Filem Tunnel,
Review Movie Korea - Tunnel

Filem Korea yang bertajuk Tunnel telah release pada Ogos 2016 yang lalu, jadi hari ini, aku nak buat review mengenai Korean Movie Tunnel ini. Filem Tunnel ini dilakonkan oleh Ha Jung Woo, Bae Doo Na, Oh Dal Su, Shin Jung Keun, Nam Ji Hyun, Kim Hae Sook, Yoo Seung Mok dan ramai lagi. Sudah lama aku teringin nak tengok cerita Tunnel ini, baru sekarang berkesempatan menonton filem ini. Apa pun filem ini memang best untuk ditonton, penuh emosi dan sepanjang menonton filem ini, kita akan tertanya - tanya apakah kesudahan nasib Lee Jung Soo itu, mampukah dia terus bertahan hidup sementara yang lain sudah pun mula putus asa untuk mencarinya. Lepas tengok filem Tunnel ini, aku terbayang juga kalau aku berada di tempat Lee Jung Soo itu, macam manalah agaknya kan?, betapa sukarnya untuk hidup dengan harapan yang tipis itu, namun Lee Jung Soo ini jenis yang kuat semangat, sebab itu dia masih bertahan hidup, walaupun sudah terperangkap selama sebulan lebih di bawah terowong yang runtuh itu. Memang suspen ketika menonton filem ini sebab kita susah nak menjangka kesudahannya. Agak annoying tengok kerenah menteri dan yang seangkatan dengannya yang cuba meraih perhatian dalam politik menggunakan insiden Lee Jung Soo ini.

Awalnya kesemuanya sangat bersemangat untuk menolong Lee Jung Soo ini, tapi selepas beberapa kesilapan yang berlaku serta insiden yang meragut nyawa salah seorang pekerja cari gali membuatkan ramai pihak mula berputus asa dan menyalahkan antara satu sama lain. Paling kesian sekali pastilah pada isteri L.Jung Soo iaitu Se Hyun, dimana dia menjadi perhatian semua pihak, malah dia juga turut disalahkan kerana tidak mahu putus asa dan terus menyuruh agar kerja - kerja pencarian suaminya terus dijalankan dan akhirnya mengorbankan salah seorang pekerja disitu. Keluarga mangsa menyalahkan Se Hyun manakala di pihak lain cuba menggesa Se Hyun supaya redha dan terima kenyataan yang suaminya telah mati. Walaubagaimanapun aku suka dengan sikap bertanggungjawab dan tidak mudah berputus asa ketua keselamatan yang bernama Dae Kyung itu, dia dari awal lagi sememangnya sentiasa berkomunikasi dengan L.Jung Soo menerusi telefon dan sentiasa memberi harapan, nasihat dan kata - kata semangat buat L.Jung Soo supaya terus bertahan. Malah ketika semua orang sudah berputus asa untuk mencari Lee Jung Soo, dia tetap kekal positif dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mencuba mencari L.J.Soo walaupun harapan semakin tipis. Bagi dirinya dia tidak mahu mungkir janji pada L.J.Soo itu dan mencuba seboleh mungkin untuk mencarinya.

Selain itu aku juga suka dengan sikap dan personaliti Lee Jung Soo yang baik hati itu, dimana ketika dia berjumpa dengan seorang lagi mangsa yang  turut terperangkap di dalam terowong yang sama, Lee Jung Soo cuba membantu mangsa berkenaan yang bernama Mi Na, malah Lee Jung Soo turut berkongsi airnya dengan Mi Na itu. Sedangkan waktu itu, L.Jung Soo juga turut terdesak kerana air botolnya tinggal sedikit namun masih sanggup berkongsi dengan Mi Na. Walaubagaimanapun tak lama kemudian Mi Na mati kerana keadaannya jauh lebih serius kerana tidak mampu bergerak. Lee Jung Soo kini tinggal seorang diri ditemani dengan anjing Mi Na. Lee Jung Soo juga sering mendengar radio di keretanya itu dan kadang kala, dia akan keluar dari keretanya dan cuba mencari jalan keluar, pelbagai perkara yang dilakukannya untuk terus bertahan hidup. Lagu tema / OST Tunnel ini aku rasa biasa saja, lagi pun aku tak begitu perasan dengan lagu - lagu OST filem ini sebab aku terlebih fokus dengan jalan cerita filem Tunnel ini. Manakala ending filem Tunnel ini memang happy endinglah kan, bila Lee Jung Soo dan anjing Mi Na itu selamat selepas terperangkap dalam runtuhan terowong itu selama 35 hari. Itu pun nasiblah ketua keselamatan bertegas untuk cuba mencari Lee J. Soo buat kali terakhir dan berjaya.

Cuma aku tak pasti dengan anjing Mi Na itu, adakah Lee Jung Soo akan membelanya sebab sebelum ini memang anak perempuannya teringin untuk memelihara anjing. Bagi aku memang sepatutnya, L.J.Soo membela anjing berkenaan sebab dikala dia seorang diri, anjing itulah yang jadi penemannya. Apa pun endingnya memang happy ending sebab semuanya selamat. Apa pun memang best menonton filem ini dan aku bagi 8.6 Bintang dari 10 bintang untuk filem Tunnel ini.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org
Read More

13 Apr 2017

Horror Stories 2 VS Horror Stories 3

Horror Stories 2 VS Horror Stories 3 (Korean Movie), Filem Korea, Korean Movie, Korean Film, Filem Seram, Pelakon Filem Horror Stories 1, 2 & 3, Hantu, Go Kyung Pyo,
Horror Stories 2 VS Horror Stories 3 (Korean Movie)

Akhirnya aku dah menonton ketiga - tiga siri filem Horror Stories ini bermula dengan filem Horror Stories yang release pada tahun 2012, diikuti filem Horror Stories 2 pada tahun 2013 dan Horror Stories 3 yang release pada tahun 2016. Jadi bila dah tengok ketiga - tiga siri filem ini, barulah boleh buat perbandingan, filem mana yang paling best, betul tak?. Pada pendapat aku, kalau disuruh pilih filem mana yang paling best, aku akan pilih filem yang pertama iaitu Horror Stories (2012) sebab filem yang pertama mengandungi himpunan kisah seram yang menarik dan best berbanding yang kedua mahupun yang ketiga. Manakala Filem yang paling kurang best sekali adalah Horror Stories yang kedua kerana himpunan jalan ceritanya kurang seram, tak logik dan merapu. Untuk yang ketiga pula jalan cerita kesemua kisah seramnya boleh tahan tapi masih tak boleh lawan yang pertamanya.
Kalau tengok pada tempoh masa kesemua filem ini release, kita dapat melihat jarak masa yang dekat antara Horror Stories pertama dan kedua manakala yang ketiga mengambil masa agak lama dalam 3 tahun, barulah release yang ketiganya.

Dalam entry ini aku tak akan sentuh banyak pasal Filem yang pertamanya sebaliknya aku fokus untuk filem yang kedua dan ketiga. Filem Horror Stories 2 dibarisi oleh pelakon best dan popular iaitu Sung Joon, Lee Soo Hyuk, Park Sung Woong, Baek Jin Hee, Kim Seul Gi, Go Kyung Pyo, Kim Ji Won dan ramai lagi. Filem Horror Stories 2 ini mengandungi 4 kisah seram bermula dengan kisah di antara Se Young dan Manager Park yang bekerja di Syarikat Insurans, kedua - dua mereka berdua berbual - bual tentang kes - kes pelik tuntutan insurans yang mencurigakan. Kisah kedua adalah kisah 2 kawan baik yang jatuh dari tebing namun terselamat, walaubagaimanapun kedua - dua mereka terperangkap disitu dan hanya mampu menunggu bantuan tiba. Persahabatan mereka diuji apabila kedua - dua mereka berebut satu coklat dan menyebabkan salah seorang dari mereka mati. Kisah ketiga pula menceritakan tentang tiga wanita muda yang gagal dalam exam lalu mereka bertiga cuba untuk bergembira dengan bersiar - siar dan bermalam di sebuah Villa di yang berdekatan dengan gunung. Walaubagaimanapun mereka mengalami kemalangan dan cedera, lalu mereka bertiga memutuskan untuk berjalan dan terjumpa sebuah rumah. Kisah seram yang keempat adalah mengenai Byeong Shin yang merupakan seorang guru pelatih. Dirinya telah dimalukan oleh pelajarnya ketika hari pertama dia mengajar.

Akibat terlalu malu, Byeong Shin cuba untuk bunuh diri tapi gagal kerana dia takut dan kemudian dia berjumpa dengan Tan Hee yang merupakan salah seorang pelajar disitu yang obses dengan ilmu hitam. Byeong Shin cuba mengikut nasihat Tan Hee untuk cuba ke dunia lain dengan melakukan satu ritual di dalam lif dan akhirnya dirinya terperangkap di dalam dunia lain dan sukar untuk kembali. Dalam keempat - empat kisah seram yang ada dalam Horror Stories 2 ini, satu pun tidak seram, Kisah pertama langsung tak seram, kisah kedua sangat tak seram, kisah ketiga biasa saja dan kisah keempat paling mengarut, gila dan tak masuk akal hehehe. Kesian dekat pelakon Go Kyung Pyo yang berlakon dalam kisah ke-4 yang sangat merapu itu. Pendek kata, Horror Stories 2 memang tak best dan aku bagi 4 Bintang dari 10 Bintang. Manakala Horror Stories 3 juga turut mempunyai 4 kisah seram dan kesemua kisah tersebut dimulakan dengan zaman dahulu diikuti dengan zaman kini dan juga zaman akan datang. Pelakon - pelakon untuk siri ketiga ini boleh tahan juga cuma tidaklah sepopular seperti pelakon - pelakon lain di dalam siri pertama dan kedua itu. Antara pelakonnya terdiri daripada Im Seul Ong, Kyung Soo Jin, Park Jung Min, Hong Eun Hee, Lee Jae In dan ramai lagi. 

Kisah seram pertama mengisahkan seorang kanak - kanak perempuan yang bukan manusia yang berada di suatu planet. Dirinya seorang yang terselamat dan meminta pertolongan dari robot untuk mengizinkan dirinya tinggal disitu. Kisah kedua pula berlatarbelakangkan zaman dulu yang mengisahkan tentang Yi Sang dan Yoon Sung yang tersesat lalu bermalam di sebuah rumah yang didiami oleh seorang tua dan menantunya. Yi Sang yang cedera di kakinya mendapati kawannya Yoon Sung telah hilang, walaubagaimanapun dirinya telah dipaksa untuk bekerja bagi membayar kos bermalam disitu. Semakin lama disitu, Yi Sang mendapati pelbagai pelik yang berlaku disitu dan membuatkan dirinya cuba untuk melarikan diri. Kisah seram yang ketiga berlaku di jalan raya, dimana Soo Jin dan Dong Geun berada di highway ketika itu, kemudian mereka diganggu dengan seorang pemandu trak yang gila. Pemandu Trak tersebut cuba mengganggu mereka, memukul, mencederakan dan juga menculik mereka. Pemandu trak berkenaan terus - terusan cuba mengganggu mereka dengan pelbagai cara yang ekstrim. Kisah yang ke-4 bertajuk Hantu Mesin yang mengisahkan Ye Sun yang merupakan seorang ibu dan menggunakan robot khas yang bernama Dunko untuk menjaga dan menjadi teman pada anak lelakinya. Dunko dan anak Ye Sun sangat rapat, walaubagaimanapun suatu hari Dunko telah mengalami kerosakan yang teruk dan sukar dibaiki dan membuatkan Ye Sun terpaksa mematikan Dunko.

Ye Sun akhirnya mengambil robot baru untuk menggantikan Dunko, walaubagaimanapun hantu Dunko kembali dan cuba menuntut janji Ye Sun dan anaknya pada dirinya. Pada pendapat aku kisah robot - robot ini serta kisah budak yang berada di planet lain tu agak boring bagi aku, manakala kisah seram yang kedua di zaman dulu kala itu juga tidak seram pada aku. Tetapi kisah seram di jalan raya itu agak menarik bagi aku sebab terdapat plot twistnya, dimana pemandu trak tersebut mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya tu. Walaubagaimanapun Horror Stories 3 ini lebih okey sedikit berbanding Horror Stories 2 yang tak best dan merapu itu. Apa pun aku bagi 5.7 Bintang dari 10 bintang untuk siri yang ketiga ini.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org
Read More

26 Mac 2017

Waiting For Next Drama Shin Min Ah

Drama Korea Tomorrow With You Lakonan Shin Min Ah dan Lee Je Hoon, ShinMin Ah Fans, Singer, Actress, Cute, Model,
Waiting For Next Drama / Movie Shin Min Ah

Nampaknya Drama Terbaru lakonan Shin Min Ah yang bertajuk Tomorrow With You bersama dengan Lee Je Hoon telah tamat. Drama Korea Tomorrow With You mempunyai 16 episod kesemuanya dan telah habis disiarkan. Watak Shin Min Ah sebagai Song Ma Rin memang sesuai dengannya, aksi - aksi cute memang sesuai dengan Shin Min Ah ini, muka dahla comel jadi buat apa pun tentulah comel kan. Apa pun aku terganggu betul dengan Rambut suami Song Ma Rin tu yang bagi aku sangat pelik dan hodoh oopss hehe. Lee Je Hoon itu handsome orangnya cuma bila menggayakan style rambut seperti itu menampakkan dirinya agak pelik dan nerd hehe. Manakala Shin Min Ah memang kelihatan cantik dan cute dalam drama ini. Jalan cerita drama ini mungkin sedikit slow tapi keserasian antara hero dan heroin drama ini memang terbaik dan sweet je. Lagipun Shin Min Ah ini memang akan sentiasa serasi dengan mana - mana hero yang digandingkan dengannya. Aku teringin juga nak tengok dia berlakon dengan dengan Lee Min Ho, Lee Dong Wook dan pelakon - pelakon lain.

Aku juga teringin nak tengok dia reunion semula dengan Lee Seung Gi dan So Ji Sub dalam drama baru ataupun movie baru. Paling penting aku nak tengok dia datang Running Man semula hehehe, tak puas pula tengok dia muncul dalam satu episod Running Man tu, hope dia akan jadi guest lagi dalam Running Man tu. Selain itu gandingan dirinya dengan Lee Jun Ki juga sangat cute seperti dalam drama Arang and The Magistrate tu. Pada pendapat aku, lepas berlakon Drama Korea Tomorrow With You ini, maybe dia akan berlakon pula dalam filem baru / movie. Kali terakhir dia muncul dengan filem baru iaitu pada tahun 2014 dengan filem My Love My Bride bersama Jo Jung Seok. Selepas itu Shin Min Ah menumpukan fokusnya untuk berlakon drama Oh My Venus dan kemudian drama ini. So aku jangkakan lepas ini, kemungkinan besar dia akan berlakon filem pula kan. Rasanya mesti ramai juga nak tengok dia bergandingan dengan kekasihnya iaitu Kim Won Bin betul tak? hehe. Apa pun aku akan merindui wajah comel Shin Min Ah itu, moga dia akan kembali dengan filem mahupun dramanya yang baru.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Read More

18 Mac 2017

My Annoying Brother - Korean Movie Review

Review Drama Korea My Annoying Brother, Korean Movie Review By Miss Banu, Jo Jung Seok, Doo Kyung Soo, Park Shin Hye,
Review Drama Korea My Annoying Brother

Aku dah lama tengok movie ini, tapi baru sekarang sempat nak buat reviewnya, Filem My Annoying Brother ini release pada 24 November 2016 dan dilakonkan oleh ramai pelakon best dan popular. Pelakon - pelakonnya terdiri daripada Jo Jung Seok, Do Kyung Soo (EXO), Park Shin Hye, Kim Gang Hyun dan ramai lagi. Penulis Skrip filem My Annoying Brother ini pernah menulis skrip untuk drama dan filem - filem lain seperti Miracle In Cell No 7, No Breathing, The Royal Tailor, Bel Ami, Entertainer dan banyak lagi. Jalan cerita filem ini sweet je yang mengisahkan hubungan antara adik dan abang, walaubagaimanapun di penghujung cerita filem ini mula jadi sedih sikit. Lakonan Jo Jung Seok sebagai seorang abang yang awalnya tidak begitu pedulikan adiknya tapi kemudian bertukar menjadi abang yang terbaik dan sayang pada adiknya. Jadi pada sesiapa yang nak tengok Filem Korea yang best, sweet dan ada pengajaran bolehlah cuba tengok filem Annoying Brother ini, aku pun tengok online jer cerita ni. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye..


Sinopsis My Annoying Brother (Korean Movie)

Mengisahkan tentang Ko Doo Young yang merupakan atlet Judo yang berbakat besar namun tercedera ketika dalam pertandingan yang mengakibatkan dirinya Buta. Manakala Ko Doo Sik pula berada dalam penjara atas tuduhan menipu dan dia menggunakan alasan untuk menjaga adiknya yang buta untuk keluar dari penjara dengan lebih cepat. Akhirnya Ko Doo Sik dilepaskan dengan syarat dirinya harus menjaga adiknya yang buta untuk tempoh satu tahun. Selepas menjadi buta, Ko Doo Young hanya mengurung dirinya di rumah dan ingin bersendirian, sekali - sekala bekas jurulatih Judonya iaitu Soo Hyun akan datang melawat sambil membawa makanan dan tolong membersihkan rumah K. Doo Young. Doo Shik yang tiba - tiba muncul selepas 15 tahun menghilangkan diri membuatkan situasi antara adik dan abang itu menjadi sukar. Mereka berdua tinggal serumah dan pada awalnya kedua - dua mereka saling membenci. Walaubagaimanapun, tanpa disangka Doo Sik mula rapat dengan adiknya itu dan mereka hidup dengan gembira sehinggalah suatu hari apabila Ko Doo Sik mendapat tahu yang dirinya mengidap Kanser Usus / Perut dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.

Akhirnya Ko Doo Sik cuba melatih Ko Doo Young untuk berdikari dan meminta bantuan Soo Hyun untuk melatih Ko Doo Sik semula untuk bertanding dalam Sukan Paralimpik Brazil. Ko Doo Sik juga merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan adiknya itu dan menyuruh Do Young untuk fokus pada pertandingan saja. Ketika Doo Young berada di Brazil untuk sukan Paralimpik itu, penyakit Ko Doo Sik mula menjadi semakin teruk, ketika sakit, dirinya dibantu oleh kawan barunya iaitu Dae Chang. Ketika di pusingan Final pertandingan Judo di Sukan Paralimpik itu, Do Young akhirnya mengetahui kebenaran tentang penyakit abangnya itu. Dirinya mula sedih dan terganggu, apa yang berlaku seterusnya?.


Ending Filem My Annoying Brother ini memang sedihlah juga terutamanya scene ketika Ko Doo Young dapat tahu hal yang sebenar tu. Manakala Ko Doo Sik pula nampak betul sayang pada adiknya itu. Scene masa Ko Doo Sik masuk hospital tu pun sedih nasiblah ada kawan dia yang tolong dia, kalau tak lagi kesian sebab Ko Doo Sik sorang - sorang saja. Paling best bila Doo Sik pesan pada kawannya itu untuk tolong dan bantu adik dia pula lepas ini. Nasiblah kawan Doo Sik iaitu Dae Chang ini boleh diharap dan berpegang pada janjinya. Dalam filem ini juga tidak ada scene cinta sebab memfokuskan tentang hubungan adik beradik je. Awalnya aku ingatkan Jurulatih Do Young iaitu Soo Hyun itu akan jatuh cinta pada abang Doo Young tu tapi lain pula yang jadi bila Doo Sik tu sakit pula. Apapun filem My Annoying Brother ini memang seronok ditonton dan aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk Movie ini.

Gambar diatas ini credit to https://commons.wikimedia.org
Read More


My Random Post