Memaparkan catatan dengan label Cun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cun. Papar semua catatan

26 Mac 2017

Waiting For Next Drama Shin Min Ah

Drama Korea Tomorrow With You Lakonan Shin Min Ah dan Lee Je Hoon, ShinMin Ah Fans, Singer, Actress, Cute, Model,
Waiting For Next Drama / Movie Shin Min Ah

Nampaknya Drama Terbaru lakonan Shin Min Ah yang bertajuk Tomorrow With You bersama dengan Lee Je Hoon telah tamat. Drama Korea Tomorrow With You mempunyai 16 episod kesemuanya dan telah habis disiarkan. Watak Shin Min Ah sebagai Song Ma Rin memang sesuai dengannya, aksi - aksi cute memang sesuai dengan Shin Min Ah ini, muka dahla comel jadi buat apa pun tentulah comel kan. Apa pun aku terganggu betul dengan Rambut suami Song Ma Rin tu yang bagi aku sangat pelik dan hodoh oopss hehe. Lee Je Hoon itu handsome orangnya cuma bila menggayakan style rambut seperti itu menampakkan dirinya agak pelik dan nerd hehe. Manakala Shin Min Ah memang kelihatan cantik dan cute dalam drama ini. Jalan cerita drama ini mungkin sedikit slow tapi keserasian antara hero dan heroin drama ini memang terbaik dan sweet je. Lagipun Shin Min Ah ini memang akan sentiasa serasi dengan mana - mana hero yang digandingkan dengannya. Aku teringin juga nak tengok dia berlakon dengan dengan Lee Min Ho, Lee Dong Wook dan pelakon - pelakon lain.

Aku juga teringin nak tengok dia reunion semula dengan Lee Seung Gi dan So Ji Sub dalam drama baru ataupun movie baru. Paling penting aku nak tengok dia datang Running Man semula hehehe, tak puas pula tengok dia muncul dalam satu episod Running Man tu, hope dia akan jadi guest lagi dalam Running Man tu. Selain itu gandingan dirinya dengan Lee Jun Ki juga sangat cute seperti dalam drama Arang and The Magistrate tu. Pada pendapat aku, lepas berlakon Drama Korea Tomorrow With You ini, maybe dia akan berlakon pula dalam filem baru / movie. Kali terakhir dia muncul dengan filem baru iaitu pada tahun 2014 dengan filem My Love My Bride bersama Jo Jung Seok. Selepas itu Shin Min Ah menumpukan fokusnya untuk berlakon drama Oh My Venus dan kemudian drama ini. So aku jangkakan lepas ini, kemungkinan besar dia akan berlakon filem pula kan. Rasanya mesti ramai juga nak tengok dia bergandingan dengan kekasihnya iaitu Kim Won Bin betul tak? hehe. Apa pun aku akan merindui wajah comel Shin Min Ah itu, moga dia akan kembali dengan filem mahupun dramanya yang baru.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Read More

13 Jan 2016

Filem Heropanti Lakonan Tiger Shroff & Kriti Sanon

Filem, Movie, Hindi, Bollywood, Hindustan, Heropanti, Debut, Pelakon, Tiger Shroff, Kriti Sanon, Review,
Ulasan Filem Heropanti Lakonan Tiger Shroff & Kriti Sanon

Ahad yang lalu, aku ada menonton filem hindustan dekat Astro Citra, iaitu Filem Heropanti yang boleh dikategorikan masih baru juga sebab release tahun 2014. Heropanti bermaksud "Big Attitude" dan merupakan filem debut / filem pertama buat Tiger Shroff yang merupakan anak kepada pelakon Bollywood juga iaitu Jackie Shroff. Begitu juga dengan Kriti Sanon, filem Heropanti ini juga merupakan filem debutnya untuk industri filem Bollywood. Rasanya ramai yang kenal dengan Kriti Sanon ini sebab dia juga berlakon dalam filem Dilwale yang ada Shah Rukh Khan dan Kajol tu dan Kriti Sanon ini berlakon jadi adik Kajol tu, ingat tak?. Gandingan hero dan heroin cerita ini memang nampak okey dan sepadan, kiranya bagai pinang dibelah dua, sebabnya seorang kacak dan seorang lagi cantik jelita, memang sweet dah gandingan diorang ini. Selain itu, aku juga suka dengan poster filem Heropanti ini, sangat cantik posternya, boleh buat penonton tertarik untuk menonton Bollywood Movie ini.

Manakala jalan cerita filem ini dah macam filem tamil sebab banyak sangat samseng, lagi pun filem ini memang remake filem telugu, jadi sebab itu ada unsur - unsur ala - ala filem Tamil tu. Kadang - kadang rimas juga tengok samseng banyak sangat dalam filem ini, Apa pun ada pengajaran juga dalam cerita ini, iaitu kasih sayang seorang bapa kepada anak perempuannya, kebebasan wanita dalam membuat keputusan dan pilihan dan lain - lain lagi. Kira okey juga filem ini, cuma banyak sangat adegan lawan - lawan dan bergaduh antara samseng itu semua. Nak kata best sangat tu tak adalah, tapi masih berbaloi menonton filem ini, ini ditambah lagi dengan lagu - lagunya yang menarik serta pelakon yang berbakat besar. Apapun dekat India, filem Heropanti ini kira berjaya juga, sebab agak laris dari segi kutipan tiketnya di pawagam.

Menerusi Filem Heropanti ini juga, Tiger Shroff telah memenangi banyak anugerah antaranya adalah Best Male Debut, Superstar of Tomorrow - Male dan banyak lagi. Aku perasan yang kebanyakan filem - filem lakonan Tiger Shroff ini bergenre Aksi dan Superhero seperti filemnya yang kedua dan ketiga iaitu Baaghi dan A Flying Jatt. Manakala filem Dilwale merupakan filem Hindi kedua buat Kriti Sanon diikuti dengan filem Raabta lakonannya bersama dengan Sushant Singh Rajput. Secara keseluruhannya aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk filem Heropanti ini.

Gambar di atas credit to  Bollywood Hungama

Read More


My Random Post