23 Okt 2017

Sinopsis Filem Korea - House Of Dissappeared

Filem Korea House Of Dissappeared, Sinopsis, Review By Miss Banu, Misteri, Seram, Thriller, Plot, Twist, Ending, Korean Movie, Pelakon Filem House Of Dissappeared, Kim Yunjin, Taecyeon, 2PM, Jo Jae Yun,
Review Dan Sinopsis Filem Korea - House Of Dissappeared

Seperti biasa hari ini aku nak buat Review dan Sinopsis Filem Korea yang bertajuk House Of Dissappeared. Filem ini bergenre seram, misteri, thriller dan release pada 6 April 2017 yang lalu. Pelakon filem House Of Dissappeared ini terdiri daripada Kim Yunjin, Taecyeon, Jo Jae Yun dan ramai lagi. Kalau tengok dari tajuk filem ini pun, korang dah boleh mengagak yang jalan cerita drama ini berkisarkan tentang sebuah rumah yang misteri dan menyeramkan. Ada plot twist juga dalam filem ini, kadang - kadang aku keliru juga dengan jalan ceritanya yang berulang - ulang tapi masih menghiburkan. Antara scene yang mendebarkan dalam filem ini apabila anak lelaki sulung Mi Hee hilang di sebalik pintu. Apabila pintu tersebut di buka hanya ada dinding saja dan anaknya terus lenyap. Selain itu korang juga akan rasa menyampah juga dengan watak Chul Joong yang agak kejam dengan anak tirinya itu. Tak sangka ada banyak hantu di rumah tersebut, sampai hantu jepun pun ada juga. Taecyeon melakonkan watak baik dalam filem ini iaitu sebagai Paderi Choi yang merupakan kawan baik kepada anak lelaki Mi Hee yang hilang ketika dirinya masih kecil. 

Ending filem House Of Dissappeared ini agak sedih juga, tapi realistik, apa pun aku bagi 7.8 Bintang dari 10 Bintang untuk Korean Movie ini. Apa pun jom baca sinopsis filem ini dibawah ye. Selamat Membaca..

Sinopsis Filem Korea - House Of Dissappeared 
25 tahun yang lalu, Mi Hee adalah seorang suri rumah yang biasa sama seperti orang lain. Dia berkahwin dengan Chul Joong yang bekerja sebagai polis dan mendapat seorang anak lelaki. Chul Joong seorang yang panas baran dan sentiasa berat sebelah serta tidak begitu menyukai anak tirinya yang merupakan anak Mi Hee dengan bekas suaminya yang dulu. Chul Joong sangat menyayangi anaknya dan sentiasa mengarahkan anak Mi Hee yang sulung itu untuk menjaga dan melindungi adiknya. Ada beberapa orang yang sudah memberi amaran pada Mi Hee supaya keluar dari rumah yang didiaminya itu dengan segera kerana dikatakan tidak selamat. Mi Hee berasa tidak sedap hati dengan hal itu tapi mereka tidak dapat berpindah dari situ lagi. Tidak lama kemudian anak lelaki Mi Hee yang bongsu akhirnya mati dan menyebabkan Chul Joong berasa sedih dan marah serta menyalahkan anak sulung Mi Hee yang cuai dalam menjaga adiknya itu. Tidak lama lepas itu Chul Joong yang mabuk dan tidak begitu waras cuba untuk membunuh anak Mi Hee itu.


Tak lama lepas itu Mi Hee mendapati suaminya telah dibunuh dan anak lelakinya itu telah hilang. Walaubagaimanapun polis menangkap Mi Hee dan yakin Mi Hee telah membunuh suaminya itu dan akhirnya dipenjarakan. Mi Hee dipenjarakan selama 25 tahun atas kesalahan yang dia tidak lakukan namun dia tidak dapat membuktikan yang dirinya tidak bersalah. Mi Hee akhirnya dibebaskan dari penjara kerana sudah tua, uzur dan mempunyai penyakit kronik serta tidak mampu hidup lebih lama lagi. Selepas keluar dari penjara, Mi Hee terus pulang ke rumah lamanya dan yakin ada sesuatu yang berlaku di rumah tersebut serta yakin anaknya masih hidup cuma terperangkap di suatu tempat. Paderi Choi sentiasa datang melawat Mi Hee di rumah dan cuba memujuk Mi Hee untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku di rumah tersebut pada malam kejadian, 25 tahun yang lalu. Pada suatu malam, semua hantu mula keluar dari satu pintu dan berlegar - legar di dalam rumah itu. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Mi Hee bertemu dengan anaknya semula?.

Gambar diatas credit to https://pixabay.com

1 ulasan:



My Random Post