25 Okt 2017

Sinopsis You Are Too Much (Korean Drama)

Sinopsis Drama Korea - You Are Too Much, Korean Drama, My Favorite Drama,
Sinopsis Drama Korea - You Are Too Much

Hari ini aku akan share sedikit sinopsis Drama Korea yang aku suka yang bertajuk You Are Too Much. Drama ini agak panjang juga episodnya iaitu 50 episod tapi jalan ceritanya memang menarik. Jadi selamat membaca ya..

Sinopsis Drama You Are Too Much (Korean Drama)

Mengisahkan tentang Jung Hae Dang yang terpaksa melupakan segala impiannya demi menolong ayahnya untuk membesarkan 3 orang adik perempuannya iaitu Jung Hae Jin, Jung Hae Sung dan Jung Hae Soo. Jung Hae Dang bekerja di kelab malam dan berkebolehan menyanyi dan meniru gaya penyanyi terkenal Yoo Ji Na. Disebabkan satu insiden, Jung Hae Dang berpeluang berkenalan dengan Yoo Ji Na yang merupakan artis pujaannya. Dari situ Hae Dang dan Yoo Ji Na menjadi rapat seperti kakak dan adik, malah Jung Hae Dang turut memperkenalkan seluruh keluarganya serta kekasihnya pada Yoo Ji Na. Hae Dang telah bercinta selama 10 tahun dengan kekasihnya yang bernama Jo Sung Taek itu, namun Jung Hae Dang tidak mahu berkahwin dalam masa terdekat selagi adik - adiknya tidak habis belajar. Suatu hari Hae Dang serta teman lelakinya itu serta Yoo Ji Na meluangkan masa bersama - sama pergi berkelah. Tanpa disangka Jo Sung Taek jatuh cinta pandang pertama pada Yoo Ji Na malah cuba mengorat Yoo Ji Na di belakang Hae Dang. Akhirnya Yoo Ji Na tergoda dan juga jatuh cinta pada boyfriend Jung Hae Dang itu dan mereka bercinta senyap - senyap tanpa pengetahuan Jung Hae Dang. Suatu hari tanpa sengaja Jung Hae Dang mengetahui perkara sebenar dari Yoo Ji Na dan hubungannya Hae Dang dan Yoo Ji Na mula dingin.

Disebabkan satu hal, Jo Sung Taek akhirnya mati disebabkan kemalangan. Dalam masa yang sama Yoo Ji Na telah didekati oleh seorang lelaki kaya yang bernama Park Sung Hwan yang sentiasa menagih cinta Yoo Ji Na. Y. Ji Na awalnya tidak suka bertemu dengan Park Sung Hwan tetapi bila Jo Sung Taek mati, Yoo Ji Na mula kesunyian dan mula berkawan dengan Park Sung Hwan. Jung Hae Dang pula sentiasa sedih dengan kematian bekas kekasihnya itu. Namun hidupnya mula ceria dengan kehadiran seorang lelaki buta yang bernama Lee Kyung Soo. Yoo Ji Na menerima pelawaan Park Sung Hwan untuk tinggal dan menjadi tetamu dirumah besarnya itu. Di situ Yoo Ji Na mengetahui yang Park Sung Hwan mempunyai 2 orang anak lelaki yang bernama Park Hyun Joon dan Park Hyun Sung. Yoo Ji Na tertarik dengan anak sulung Park Sung Hwan iaitu Park Hyun Joon namun Hyun Joon langsung tidak menyukai Yoo Ji Na. Park Sung Hwan mula cemburu dan marah melihat Yoo Ji Na yang tergila - gilakan anakna itu. Dalam masa yang sama Lee Kyung Soo telah menjalani pembedahan mata dan dapat melihat semula, dia kini bercinta dengan Jung Hae Dang. Menerusi Yoo Ji Na, Park Hyun Joon mengenali Jung Hae Dang dan tertarik padanya, namun Hae Dang dah mempunyai kekasih. Namun begitu Park Hyun Joon tetap berkawan baik dengan Jung Hae Dang dan meminta Hae Dang bekerja denganya.

Keadaan mula rumit apabila Lee Kyung Soo sebenarnya merupakan anak Yoo Ji Na yang diabainya sejak kecil. Yoo Ji Na yang mengetahui hubungan anaknya dengan Jung Hae Dang menentang keras perhubungan mereka. Pelbagai cara yang dilakukan Yoo Ji Na untuk memutuskan hubungan mereka, sehinggalah Yoo Ji Na secara tidak sengaja menjadi penyebab kepada kematian adik bongsu Jung Hae Dang yang bernama Jung Hae Soo. Akibat hal ini, Jung Hae Dang berdendam dengan Yoo Ji Na dan berazam untuk menghancurkan hidup Yoo Ji Na. Jung Hae Dang juga memutuskan hubungannya dengan Lee Kyung Soo dan berhasrat untuk berkahwin dengan Park Hyun Joon yang digilai Yoo Ji Na itu sekaligus menjadi menantu pada Yoo Ji Na yang sudah berkahwin dengan Park Sung Hwan. Park Hyun Joon gembira apabila Jung Hae Dang menjadi miliknya walaupun pada masa itu Jung Hae Dang masih belum mencintainya sepenuh hati. Keadaan makin rumit apabila  Jung Hae Dang yang merupakan menantu pada Park Sung Hwan terpaksa tinggal sebumbung dengan bekas kekasihnya Lee Kyung Soo yang kini merupakan anak tiri Park Sung Hwan. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, pelbagai perkara menarik telah berlaku di rumah berkenaan, setiap orang yang tinggal di rumah tersebut mempunyai motif masing - masing. Dapatkah Yoo Ji Na dan Jung Hae Dang tinggal serumah sebagai mak mertua dan menantu?. Adakah Lee Kyung Soo dapat melupakan Jung Hae Dang?.

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post