26 Okt 2017

Sinopsis Drama Korea - Duel

Sinopsis Drama Korea - Duel, Korean Drama Synopsis - Duel, Pelakon Drama Duel, Yang Se Jong, Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Seo Eun Su,
Korean Drama Synopsis - Duel

Seperti biasa, aku nak share sedikit sinopsis Drama Korea yang bertajuk Duel ini, gambar di atas ini hanya sekadar hiasan saja ya. Pelakon Drama Duel ini adalah Yang Se Jong, Jung Jae Young, Kim Jung Eun, Seo Eun Su dan lain - lain lagi. Apa pun selamat membaca ya.

Sinopsis Drama Duel (Korean Drama)

Mengisahkan Jang Deuk Cheon yang merupakan seorang anggota polis, di sebalik ketegasannya di tempat kerja, dia merupakan seorang bapa yang penyayang kepada satu - satunya anak perempuannya yang bernama Jang Soo Yeon. Jang Deuk Cheon terpaksa bekerja keras untuk mencari duit supaya dapat membiayai kos rawatan Soo Yeon yang menghidap penyakit Leukimia. Tidak lama kemudian Soo Yeon terpilih untuk menjadi pesakit terawal untuk menjalani satu clinical test sekaligus mendapatkan rawatan yang berteknologi tinggi yang mampu menyembuhkan penyakitnya sepenuhnya. Namun tidak lama kemudian Jang Soo Yeon telah diculik oleh seorang lelaki dan sebelum pengsan, Jang Deuk Cheon sempat melihat wajah penculik anaknya itu. Selepas itu Jang Deuk Cheon berusaha untuk menjejaki penculik anaknya itu, malah penculik berkenaan turut meminta wang tebusan. Dengan bantuan polis lain, Jang Deuk Cheon hampir dapat menangkap penculik itu, namun setelah penculik itu ditangkap, penculik itu seolah - olah hilang ingatan, tidak ingat siapa dirinya dan sebagainya. Dalam masa yang sama, Jang Deuk Cheon terpandang seorang lelaki yang berdiri di sebalik cermin yang mempunyai wajah seiras dengan penculik yang ditangkapnya itu.

Jang Deuk Cheon berusaha untuk menangkapnya namun gagal, akhirnya diorang mengetahui identiti penculik itu adalah Lee Sung Joon. Walaupun telah dibelasah dengan teruk, Lee Sung Joon masih tidak mengingati siapa dirinya dan dimanakah Soo Yeon berada. Dia juga terkejut melihat lelaki yang seiras wajahnya di terminal bas itu, kemungkinan besar lelaki itu adalah kembarnya. Jang Deuk Cheon tidak berpuas hati apabila anaknya belum dijumpai, walaupun penculiknya sudah ditangkap, dia juga merasakan ada benda yang tidak kena dengan Lee Sung Joon ini. Akhirnya Jang Deuk Cheon cuba melarikan Lee Sung Joon dari penjara dan mereka berdua sama - sama cuba mencari Soo Yeon. Memori Lee Sung Joon sedikit demi sedikit mula kembali dan akhirnya Jang Deuk Cheon yakin Lee Sung Joon tidak terlibat dalam kes penculikan anaknya itu. Mereka kini bekerjasama dalam mencari penculik sebenar yang bernama Lee Sung Hoon. Dalam pencarian anaknya itu, Jang Deuk Cheon mengetahui satu rahsia besar tentang Lee Sung Joon dan Lee Sung Hoon yang disangkanya kembar tapi sebenarnya bukan. Mereka berdua sebenarnya adalah manusia klon. Dalam misi pencarian anaknya itu, Jang Deuk Cheon turut bertemu dengan Ryu Mi Rae yang sedang menyiasat tentang kisah silam ibunya.

Siapa sangka, masalah dan jawapan yang dicari oleh mereka bertiga sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Dapatkan Jang Deuk Cheon bertemu semula dengan anak kesayangannya itu? Bagaimana pula dengan Nasib Lee Sung Joon itu?.

Gambar di atas credit to Pixabay..

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post