21 Apr 2017

Tunnel - Korean Movie Review

Tunnel - Korean Movie Review, Filem Korea Tunnel, Sinopsis, Pelakon, Ha Jung Woo, Bae Doo Na, Oh Dal Su, Shin Jung Keun, Nam Ji Hyun, Kim Hae Sook, Yoo Seung Mok, Release 2016, Filem Tunnel,
Review Movie Korea - Tunnel

Filem Korea yang bertajuk Tunnel telah release pada Ogos 2016 yang lalu, jadi hari ini, aku nak buat review mengenai Korean Movie Tunnel ini. Filem Tunnel ini dilakonkan oleh Ha Jung Woo, Bae Doo Na, Oh Dal Su, Shin Jung Keun, Nam Ji Hyun, Kim Hae Sook, Yoo Seung Mok dan ramai lagi. Sudah lama aku teringin nak tengok cerita Tunnel ini, baru sekarang berkesempatan menonton filem ini. Apa pun filem ini memang best untuk ditonton, penuh emosi dan sepanjang menonton filem ini, kita akan tertanya - tanya apakah kesudahan nasib Lee Jung Soo itu, mampukah dia terus bertahan hidup sementara yang lain sudah pun mula putus asa untuk mencarinya. Lepas tengok filem Tunnel ini, aku terbayang juga kalau aku berada di tempat Lee Jung Soo itu, macam manalah agaknya kan?, betapa sukarnya untuk hidup dengan harapan yang tipis itu, namun Lee Jung Soo ini jenis yang kuat semangat, sebab itu dia masih bertahan hidup, walaupun sudah terperangkap selama sebulan lebih di bawah terowong yang runtuh itu. Memang suspen ketika menonton filem ini sebab kita susah nak menjangka kesudahannya. Agak annoying tengok kerenah menteri dan yang seangkatan dengannya yang cuba meraih perhatian dalam politik menggunakan insiden Lee Jung Soo ini.

Awalnya kesemuanya sangat bersemangat untuk menolong Lee Jung Soo ini, tapi selepas beberapa kesilapan yang berlaku serta insiden yang meragut nyawa salah seorang pekerja cari gali membuatkan ramai pihak mula berputus asa dan menyalahkan antara satu sama lain. Paling kesian sekali pastilah pada isteri L.Jung Soo iaitu Se Hyun, dimana dia menjadi perhatian semua pihak, malah dia juga turut disalahkan kerana tidak mahu putus asa dan terus menyuruh agar kerja - kerja pencarian suaminya terus dijalankan dan akhirnya mengorbankan salah seorang pekerja disitu. Keluarga mangsa menyalahkan Se Hyun manakala di pihak lain cuba menggesa Se Hyun supaya redha dan terima kenyataan yang suaminya telah mati. Walaubagaimanapun aku suka dengan sikap bertanggungjawab dan tidak mudah berputus asa ketua keselamatan yang bernama Dae Kyung itu, dia dari awal lagi sememangnya sentiasa berkomunikasi dengan L.Jung Soo menerusi telefon dan sentiasa memberi harapan, nasihat dan kata - kata semangat buat L.Jung Soo supaya terus bertahan. Malah ketika semua orang sudah berputus asa untuk mencari Lee Jung Soo, dia tetap kekal positif dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mencuba mencari L.J.Soo walaupun harapan semakin tipis. Bagi dirinya dia tidak mahu mungkir janji pada L.J.Soo itu dan mencuba seboleh mungkin untuk mencarinya.

Selain itu aku juga suka dengan sikap dan personaliti Lee Jung Soo yang baik hati itu, dimana ketika dia berjumpa dengan seorang lagi mangsa yang  turut terperangkap di dalam terowong yang sama, Lee Jung Soo cuba membantu mangsa berkenaan yang bernama Mi Na, malah Lee Jung Soo turut berkongsi airnya dengan Mi Na itu. Sedangkan waktu itu, L.Jung Soo juga turut terdesak kerana air botolnya tinggal sedikit namun masih sanggup berkongsi dengan Mi Na. Walaubagaimanapun tak lama kemudian Mi Na mati kerana keadaannya jauh lebih serius kerana tidak mampu bergerak. Lee Jung Soo kini tinggal seorang diri ditemani dengan anjing Mi Na. Lee Jung Soo juga sering mendengar radio di keretanya itu dan kadang kala, dia akan keluar dari keretanya dan cuba mencari jalan keluar, pelbagai perkara yang dilakukannya untuk terus bertahan hidup. Lagu tema / OST Tunnel ini aku rasa biasa saja, lagi pun aku tak begitu perasan dengan lagu - lagu OST filem ini sebab aku terlebih fokus dengan jalan cerita filem Tunnel ini. Manakala ending filem Tunnel ini memang happy endinglah kan, bila Lee Jung Soo dan anjing Mi Na itu selamat selepas terperangkap dalam runtuhan terowong itu selama 35 hari. Itu pun nasiblah ketua keselamatan bertegas untuk cuba mencari Lee J. Soo buat kali terakhir dan berjaya.

Cuma aku tak pasti dengan anjing Mi Na itu, adakah Lee Jung Soo akan membelanya sebab sebelum ini memang anak perempuannya teringin untuk memelihara anjing. Bagi aku memang sepatutnya, L.J.Soo membela anjing berkenaan sebab dikala dia seorang diri, anjing itulah yang jadi penemannya. Apa pun endingnya memang happy ending sebab semuanya selamat. Apa pun memang best menonton filem ini dan aku bagi 8.6 Bintang dari 10 bintang untuk filem Tunnel ini.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

2 ulasan:

  1. ala.... bila la nak layan movie korea ni... mcm best je... even movie lain pun susah nak layan..

    BalasPadam
  2. SESI TERJAH BLOG RAKAN BLOGGER

    Hmm macam best je. Tapi uyul tak berkesempatan tgk.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam

My Random Post