15 Apr 2017

Pelakon Utama Bertukar Dalam Drama Korea & Hindi

Ku Hye Sun, Jang Hee Jin, Pelakon Utama Bertukar Dalam Drama Korea & Hindi, Pelakon, Drama Korea, Korean Drama, Drama You Are Too Much, Drama Hindi, Bollywood,
Pelakon Utama Bertukar Dalam Drama Korea & Hindi

Hari ini nak bercerita tentang pelakon utama drama yang bertukar secara tiba - tiba dalam Drama Korea mahupun Drama Hindi / Hindustan / Bollywood. Selalunya benda ini sering terjadi untuk drama - drama bersiri yang panjang episodnya contohnya 50 episod ke atas. Tak pernah lagi aku tengok heroin drama bertukar atau diganti untuk drama yang ada hanya 16 episod saja. Berbanding drama Korea, hal ini seringkali terjadi dalam drama hindi, dulu aku memang rajin menonton drama Hindi di TV tapi sekarang ini dah tak begitu rajin dah hehehe. Aku dapati memang benda ini dah jadi trend dalam drama hindi, tapi selalunya pelakon utama, terutamanya untuk watak hero dan heroin akan kekal, cuma untuk watak pelakon pembantu memang hal pertukaran pelakon sering terjadi. Walaubagaimanapun ada je drama - drama hindi yang menukar pelakon utamanya, sama ada watak hero ataupun heroin dengan pelakon lain atas pelbagai sebab dan alasan. Selalunya hal ini terjadi apabila pelakon utamanya (pelakon asal) yang ingin menarik diri dari meneruskan berlakon drama tersebut atas sebab masalah kesihatan, ingin mencuba sesuatu yang baru mahupun bosan dengan watak yang dilakonkan. Dalam sesetengah hal, ada juga pengarah sendiri yang membuang pelakon asal drama tersebut disebabkan masalah disiplin, masalah mengada -ngada dan menyusahkan semua orang lalu digantikan dengan pelakon lain.

Misalnya dalam drama hindi Pavitra Rishta,apabila watak heronya digantikan dengan orang lain, apabila hero asalnya iaitu Sushant Singh Rajput ingin berhenti dari berlakon drama tersebut kerana ingin fokus berlakon dalam filem - filem Bollywood pula berbanding drama. Ternyata keputusannya membuahkan hasil apabila banyak filem - filem lakonannya popular dan mendapat sambutan. Ketika dirinya berlakon dalam drama tersebut, dia juga turut bercinta dengan heroin drama Pavitra Rishta itu iaitu Ankita, lama juga hubungan mereka ini bertahan. Walaubagaimanapun pada tahun 2016, mereka dah putus pula, alahai sayangnya sebab kedua - dua mereka sepadan. Lepas Sushant Singh Rajput digantikan dengan pelakon lain dalam drama tersebut, aku rasa drama tersebut mula jadi tak best sebab macam pelik pula hehehe dan last sekali aku terus tak tonton dah drama tersebut. Ada lagi satu kes apabila watak heroin digantikan dengan pelakon lain, hal ini terjadi dalam drama Hindi Ram Milaye Jodi. Watak heroin dalam drama tersebut ditukarkan dengan orang lain disebabkan pelakon asalnya tidak dapat memberi lakonan dan komitmen yang terbaik. Setelah beberapa lama, watak hero asalnya pula digantikan dengan orang lain dan macam biasa aku terus tak nak menonton drama tersebut. Selain drama yang aku sebutkan diatas ini, ada banyak lagi drama - drama hindi yang mempunyai kes yang serupa.

Dalam Drama Korea pula, kes pertukaran pelakon jarang - jarang juga berlaku, cuma baru - baru ini aku perasan dalam drama Korea Our Gab Soon, salah seorang pelakon wanita yang melakonkan watak sebagai kakak kepada hero drama tersebut telah hilang secara tiba - tiba dalam drama tersebut. Sampai ke episod akhir drama tersebut iaitu episod 61, watak kakak Gab Dol itu hilang macam tu saja, macam tak pernah wujud pula dalam drama tersebut, sedangkan dalam poster drama tersebut juga kelihatan gambarnya, patutnya buatlah satu alasan kan mengenai kehilangan watak itu, contohnya dia berhijrah ke luar negara ke apa ke kan?, Ini terus hilang macam Gab Dol itu anak tunggal pula hehe. Paling terbaru sekali adalah menerusi Drama You Are Too Much yang tengah disiarkan sekarang ini, heroin asal drama tersebut iaitu Ku Hye Sun hanya sempat berlakon dalam drama tersebut sampai episod keenam saja kerana terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan. Bermula episod ketujuh hingga ke episod akhir nanti, pelakon Jang Hee Jin akan menggantikan Ku Hye Sun itu. Ramai juga penonton yang complaint tidak berpuas hati kerana heroin drama itu bertukar serta berasa pelik dan sukar untuk terus menonton drama tersebut. Kesian juga pada Jang Hee Jin kerana terpaksa berdepan dengan kritikan penonton, bukan senang nak menggantikan pelakon lain untuk watak utama pula tu. Tapi aku merindui juga lakonan Ku Hye Sun itu, sayangnya dia sakit pula kan.

Apa pun aku akan terus menonton drama Korea You Are Too Much itu sebab jalan ceritanya best dan kesemua pelakon dalam drama tersebut juga best dan dikenali ramai. Selain itu aku juga dah biasa tengok lakonan Jang Hee Jin ini dalam drama - drama lain seperti drama On The Way To The Airport, My Shy Boss dan banyak lagi.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org




1 ulasan:

  1. Hi lain macam tu.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    BalasPadam

My Random Post