10 Jun 2021

Drama Slot Akasia Masih Ada Rindu Lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana



Drama Masih Ada Rindu, Drama Slot Akasia TV3, Drama Adaptasi Novel Masih Ada Rindu Karya Mimie Afinie, Poster Drama Masih Ada Rindu, Info dan Sinopsis Drama Masih Ada Rindu, Drama Masih Ada Rindu Full Episode, Novel Masih Ada Rindu, Drama Baru Farid Kamil, Drama Baru Mimi Lana, Drama Baru Dayang Areeda, Drama Baru Halim Radzi,

Drama Masih Ada Rindu adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan mulai 2 Jun yang lalu bagi menggantikan drama Sabarlah Duhai Hati lakonan Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Masih Ada Rindu ini adalah Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina dan ramai lagi. Drama ini diinspirasikan daripada Novel Masih Ada Rindu karya Mimie Afinie dan mempunyai 16 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Masih Ada Rindu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Farid kamil sebagai Hadi/Hakim
Mimi Lana sebagai Nurul Syafika
Halim Radzi sebagai Imran
Dayang Areeda sebagai Nasya
Kuna Muzani sebagai Hajah Noraini
Aleza Shadan sebagai Zaleha
Rahim Jailani sebagai Saifuddin
Aishah Ilias sebagai Syazwani
Fahmi Reza sebagai Badrul
Sri Idrina sebagai Rafidah




Sinopsis Penuh Drama Masih Ada Rindu Lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana - Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Bagaimanakah Hadi dan Syafika mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu?
Hakim melamar Syafika pada hari graduasinya. Ibu Syafika, Zaleha tidak bersetuju kerana tidak mahu apa yang berlaku padanya dahulu, berlaku pada anaknya pula. Ayahnya Saifuddin merestui tetapi Zaleha memutuskan hubungan dengan Syafika. Hakim memberitahu berita perkahwinannya kepada abangnya Hadi. Melihat pada Syafika, Hadi merasakan ada sesuatu yang istimewa. Syafika dan Hakim berbulan madu. Hakim menunjukkan sisi romantiknya untuk sambutan hari lahir Syafika yang ke-21. 
Drama Masih Ada Rindu, Drama Slot Akasia TV3, Drama Adaptasi Novel Masih Ada Rindu Karya Mimie Afinie, Poster Drama Masih Ada Rindu, Info dan Sinopsis Drama Masih Ada Rindu, Drama Masih Ada Rindu Full Episode, Novel Masih Ada Rindu, Drama Baru Farid Kamil, Drama Baru Mimi Lana, Drama Baru Dayang Areeda, Drama Baru Halim Radzi,
Malangnya, Hakim diserang asma dan menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital. Syafika berada dalam kesedihan yang amat besar atas kematian Hakim. Ibu Hakim, Hajjah Noraini menjaga Syafika dengan baik. Syafika sering salah anggap bahawa Hadi adalah Hakim. Hadi semakin tertarik dengan peribadi Syafika. Suatu hari Syafika yang kepenatan pengsan. Hadi menghantar Syafika ke hospital dan doktor memberitahu Syafika sudah mengandung. Syafika mula merasakan Hadi sudah jatuh hati padanya. Syafika cuba untuk melawan perasaan itu kerana masih rindukan Hakim. Hajjah Noraini merestukan, akhirnya Syafika membuka pintu hatinya untuk Hadi. Sudah bersediakah Syafika ‘melepaskan’ Hakim? Bagaimanakah Hadi membuktikan cintanya kepada Syafika?

Lagu Tema / OST Drama Masih Ada Rindu 
💕 Nada Kalbu nyanyian Aina Abdul 
💕 Nukilanku nyanyian Aisha Retno
💕 Cinta nyanyian Marsha Milan

Tonton Drama Masih Ada Rindu Full Episode
Drama Masih Ada Rindu boleh ditonton di TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Selain itu drama ini juga boleh ditonton secara online dan percuma di aplikasi WeTV

1 ulasan:



My Random Post