15 Mac 2021

Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf (TV1)



Drama Cinta Untuk Raf, TV1, Info dan Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf, Poster Drama Cinta Untuk Raf TV1, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Untuk Raf, Drama Baru Luqman Hafidz, Drama Baru Sasqia Dahuri, Drama Baru Tash Yong,

Drama Cinta Untuk Raf sudah bersiaran sejak 15 Februari 2021 di slot Bidadari TV1 RTM iaitu setiap Isnin hingga Jumaat 3.05 petang. Antara pelakon drama Cinta Untuk Raf ini adalah Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Cinta Untuk Raf Karya Rabihah Nur Ridhuan. Selain itu drama 26 episod ini diarahkan oleh Zek Zukry dan diterbitkan oleh Open Echo Communications Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Untuk Raf ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Luqman Hafidz sebagai Raf
Sasqia Dahuri sebagai Dr Orked Huwaina 
Tash Yong sebagai Humaira / Tasya / Inara
Badrul Muhayat sebagai Raza
Dilla Ahmad sebagai Aqilah
Mustaqim Bahadon sebagai Noah Sulaiman
Tina Rasid sebagai Nadirah
Zarynn Min sebagai Lily
Idris Md Diah sebagai Ariz 
Ema Akma sebagai Zaharah 
Melissa Campbell sebagai Dr Kim 
Kristina Vinokree sebagai Sherena Mona 
Dayana Jasmin sebagai Humairah 12 tahun 




Sinopsis Penuh Drama Cinta Untuk Raf Lakonan Luqman Hafidz dan Sasqia Dahuri dan Tash Yong (TV1)

Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf. Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini. Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Keputusan Pemenang AJL35
Read More

Lagu Gila Menang AJL35



Lagu Gila Menang AJL35, Keputusan Pemenang AJL35, Senarai Pemenang AJL35, Lagu Gila, Anugerah Juara Lagu ke 35, TV3, Penyanyi,

Tahniah buat lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B kerana menjadi juara dan menang AJL 35. Tak dinafikan lagu Gila ni memang best, bila dengar kita pun terikut sekali menyanyi hehehe. Cuma aku tak jangkalah yang lagu Eh nyanyian Zizi Kirana berjaya dapat persembahan terbaik, rezeki dia kan. Tempat kedua atau Naib Juara menjadi milik lagu Semalam nyanyian Aina Abdul, cuma Aina tak tewas pada Ernie Zakri untuk kategori Vokal Terbaik. Tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu nyanyian Dato Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Tahniah juga pada Ernie Zakri kerana berjaya mengenggam trofi Vokal Terbaik selepas tewas pada Hafiz Suip pada AJL34 yang lalu. Aku ingat lagu Hutang ke lagu Hati tu mungkin akan sangkut tapi tak ada rezeki. Apa pun AJL35 kali ini mencipta sejarah juga bila diadakan tanpa ada penonton. 
Lagu Gila Menang AJL35, Keputusan Pemenang AJL35, Senarai Pemenang AJL35, Lagu Gila, Anugerah Juara Lagu ke 35, TV3, Penyanyi,
Read More

13 Mac 2021

Info dan Sinopsis Telefilem Matilah Nak Kembali (Astro Citra)



Telefilem Matilah Nak Kembali, Telemovie Matilah Nak Kembali, Sequel Telefilem Matilah Nak Pontianak, Sinopsis Telefilem Matilah Nak Kembali, Poster Telefilem Matilah Nak Kembali,


Telefilem Matilah Nak Kembali akan disiarkan pada Sabtu ini, iaitu pada 13 Mac 2021 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Kalau tak silap aku, telefilem Matilah Nak Kembali ini adalah sequel atau pun sambungan pada telefilem sebelum ini iaitu Telefilem Matilah Nak Pontianak. Cuma kali ni tak ada Usop dalam telefilem ini. Antara pelakon Telefilem Matilah Nak Kembali ini adalah Shiha Zikir, Arie Zaharie, Azzam Sham, Qody Rany, Anas Ridzuan, Danish Daniel (Coki), Bohari Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Matilah Nak Kembali ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios. Wow nampak macam best je kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh 
Telefilem Matilah Nak Kembali (Astro Citra)

Mengisahkan tentang tiga jejaka yang berkawan baik dengan pontianak jelita. Namun terpaksa mengkhianati pontianak tersebut demi untuk membantu orang kampung yang diganggu saka. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

12 Mac 2021

Tonton Drama Slot Lestary Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episode Di TV3



Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episod, Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Poster Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Pelakon - Pelakon Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Slot Lestary TV3,

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bermula 10 Mac yang lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama ulangan Semua Salahku yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Romantika 4 Hari 3 Malam ini adalah Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Zila Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris, Oshin Ahmad, Daniesh Suffian, Dottie, Izzendra, Jesse Lim dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Romantika 4 Hari 3 Malam karya Wizana Emilia. Selain itu drama 13 episod ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Nampak macam menarik je kan drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Romantika 4 Hari 3 Malam beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Amelia Henderson sebagai Lana Analia
Sean Lee sebagai Amar
Syafi Tee sebagai Hisham
Nynaa Harizal sebagai Aida Safia
Wafariena sebagai Raina
Oshin Ahmad sebagai Nia Erlina 
Daniesh Suffian sebagai Baim
Dottie sebagai Zeti
Izzendra sebagai Azlinda
Jesse Lim sebagai Encik Masri
Aida Aris sebagai Cik Norsira
Lisdawati sebagai Mak Salmah
Sahronizam Noor sebagai Dato' Zahid




Sinopsis Penuh Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson (TV3)

Lana Analia memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai. Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.
Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episod, Sinopsis Penuh Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Poster Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Pelakon - Pelakon Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Slot Lestary TV3,
Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan. Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?

Lagu Tema / OST Drama Romantika 4 Hari 3 Malam
💕 Masih Ada nyanyian Naqiu

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episod, Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Poster Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Pelakon - Pelakon Drama Romantika 4 Hari 3 Malam, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Slot Lestary TV3,
Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) Slot Lestary TV3

Kalau korang terlepas nak menonton drama ini di TV3, korang boleh menontonnya secara online di Wetv okey --> https://wetv.vip/en/play/jzyiyn5maiqtidy/z0036vy2qs5?vid=z0036vy2qs5

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Rudy vs Jolie Lakonan Nadia Brian dan Aidit Noh (TV Okey)

⏩⏩ Telefilem Telunjuk Iblis Lakonan Kamal Adli dan Tiz Zaqyah

👉👉 Telefilem Kasyaf Gelang Iblis Lakonan Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly

Read More

11 Mac 2021

Drama Rudy vs Jolie Lakonan Nadia Brian dan Aidit Noh (TV Okey)



Drama Rudy vs Jolie, Poster Drama Drama Rudy vs Jolie, Drama Rudy vs Jolie TV Okey, Sinopsis Drama Rudy vs Jolie, Info - Info Drama Rudy vs Jolie, Pelakon - Pelakon Drama Rudy vs Jolie, Drama Baru Nadia Brian, Drama Baru Aidit Noh, Drama Baru Sharifah Husna,

Drama Rudy vs Jolie merupakan sebuah drama yang bergenre romantik komedi sudah pun bersiaran di TV Okey (RTM) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam, sejak 15 Februari 2021 yang lalu. Antara pelakon drama Rudy vs Jolie ini adalah Aidit Noh, Nadia Brian, Sharifah Husna, Mathni Razak, Che Kem, Raja Azmi, Kuna Muzani, Kak Girl, Rashdan Baba, Amyza Aznan, Syakila, Serra Kamal, Yang Fairuz dan ramai lagi. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Apa pun memang nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rudy vs Jolie ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Aidit Noh sebagai Rudy
Nadia Brian sebagai Jolie
Raja Azmi sebagai Mama Maria 
Che Kem sebagai Papa Jurie
Kuna Muzani sebagai Latifah 
Mathni Razak sebagai Aryan
Sharifah Husna sebagai Nina
Kak Girl sebagai Siti Khadijah
Rashdan Baba sebagai Fendi 
Amyza Aznan sebagai Aishah
Syakila sebagai Mona
Serra Kamal sebagai Bella




Sinopsis Penuh Drama Rudy vs Jolie Lakonan Nadia Brian dan Aidit Noh 

Kisah Jolie seorang kaunselor yang baru kehilangan kekasih dan bertekad untuk tidak bercinta lagi dengan mana-mana lelaki sehinggalah berjumpa Mr R yang berjaya mengubah keadaan. Konflik tercetus apabila kedua-duanya terlibat menjadi mangsa program realiti blog dan vlog serta umpan kepada sahabat baik Mr R. lalu apakah kesudahan kisah cinta mereka ini? 

Lagu Tema / OST Drama Rudy vs Jolie
💋 Terukir Namanya nyanyian Daus Eli

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea 365 : Repeat The Year
Read More

6 Mac 2021

Telefilem Penunggu Soldorm (Astro Citra)



Telefilem Penunggu Soldorm, Telemovie Penunggu Soldorm, Telefilem Astro Citra, Pelakon - Pelakon Telefilem Penunggu Soldorm, Telefilem Lakonan Kumpulan Floor88, Ayie Floor88, Info dan Sinopsis Telefilem Penunggu Soldorm, Kisah Seram,

Telefilem Penunggu Soldorm akan disiarkan pada hari sabtu, 6 Mac 2021 di Astro Citra, antara pelakon telefilem Penunggu Seldorm ini adalah Ayie Elham, Eric Fuzi, Wafiy Ilhan, Daniah Daneal (Coki), Fizz Fairuz, Sara Ali dan ramai lagi. Selain itu telemovie Penunggu Soldorm ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios. Wah nampak menarik kan telefilem ini. Bila tengok dari trailer pun memang nampak best telefilem Penunggu Soldorm ini. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Penunggu Soldorm 
(Astro Citra)

Daniel dan kawan-kawan, menghadapi gangguan misteri oleh ‘Penunggu Sol-Dorm’ ketika bersolat secara berjemaah di Dorm Asrama dan keadaan bertambah kelam kabut, seram apabila mereka bertemu kelibat menyerupai Cikgu Azizi. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

22 Feb 2021

Drama Slot Samarinda Aku Yang Kau Gelar Isteri TV3 Full Episode



Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Info - Info Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Poster Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Pelakon - Pelakon Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri,

Selepas drama Takdir Yang Tertulis lakonan Nad Zainal, Nazim Othman dan Elvina melabuhkan tirainya, kini tibalah giliran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri untuk menemui penonton di slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini sudah bersiaran di TV3 sejak 17 Februari yang lalu. Antara pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini adalah Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Lana Nodin, Baby Azreen, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Jasper Supayah, Baby Azreen dan ramai lagi. Selain itu Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua serta diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Menarik juga sebab ianya lain drama ini sebab ianya lain daripada yang lain dan memfokuskan tentang dendam dan juga ilmu hitam. Apa pun jom tengok sinopsis dan senarai pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri serta watak - watak mereka di bawah ini okey

Adi Putra sebagai Ezlan
Sharifah Sakinah sebagai Laila
Nadia Brian sebagai Raihani
Atiq Azman sebagai Pian
Lana Nodin sebagai Embun
Zaki Azeman sebagai Naim
Ummar Dzariff sebagai Rais
Laura Olivia sebagai Ain
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
Kuza sebagai Mak Su
Jasper Supayah sebagai Rose
Baby Azreen sebagai Maryam




Sinopsis Penuh D
Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Lakonan Adi Putra, Nadia Brian dan Sharifah Sakinah (TV3)

Mengisahkan Laila (Sharifah Sakinah) yang menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Laila tidak secantik gadis lain dan ramai yang mengejeknya, hanya Eizlan saja yang melayan Laila dengan baik. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Raihani seorang gadis cantik yang baik dan merupakan anak yatim piatu. Lalu Eizlan menikahi Raihani walaupun ditentang ibunya. Laila patah hati dan membenci Eizlan dan Raihani, tak lama kemudian Laila bertemu semula dengan Embun (Lana Nordin) yang merupakan ibu saudaranya. Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Laila kini semakin cantik, dia mengikut jejak langkah Embun yang mengamalkan ilmu hitam. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Apa yang berlaku seterusnya? Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?
Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Info - Info Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Poster Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Pelakon - Pelakon Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri,
Lagu Tema / OST Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri
👄 Purnama nyanyian Naim Daniel

Tonton Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir)

-  Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 3
- Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 4
- Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 5
- Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 6
- Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 7
- Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 8
- Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 9
- Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 10
- Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 11
- Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 12
- Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 13
- Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 14
- Episod Akhir Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri (Episod 15)


Read More

6 Feb 2021

Telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche Lakonan Syafiq Kyle dan Mimi Lana



Telefilem Bukan Cerita Cinta, Telemovie Bukan Cerita Cinta, Sinopsis Telefilem Bukan Cerita Cinta, Poster Telefilem Bukan Cerita Cinta,

Telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche akan disiarkan pada Sabtu ini 6 Februari 2021, jam 9 malam di Astro Citra.  Antara pelakon telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche ini adalah Mimi Lana, Syafiq Kyle, Alif Aziz, Firdaus Nadxaman, Lienda Halim, Nazzaty Rusli, Saidah Kamarudin, Sara Zulkifli, Hazeman Huzir, Eddy Effrimz dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bukan Cerita Cinta Cliche ini diarahkan oleh Faizal Nadxaman dan diterbitkan oleh GUAM Teamwork Sdn Bhd. Nampak menarik telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche ini kan, bergandingan lagi Syafiq Kyle dan Mimi Lana ni, kadang - kadang diorang jadi adik - beradik, kadang - kadang diorang jadi kekasih. So agak - agak korang diorang jadi apa dalam telefilem ini?. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem 
Bukan Cerita Cinta Cliche Lakonan Syafiq Kyle dan Mimi Lana 
(Astro Citra)

Mengisahkan Emmel seorang penulis kisah cinta. Skrip tulisan Emmel mendapat sambutan hangat daripada penonton mahupun penerbit. Ironinya, dalam kehidupan realiti, Emmel tidak mempunyai kehidupan cinta dan masih bersendirian serta mengimpikan cinta dalam kehidupan realitinya, lalu dia menyertai sebuah kumpulan terapi untuk berkongsi masalah peribadinya. Apa yang berlaku seterusnya?..

⏩⏩ Info dan Sinopsis Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong (Astro Citra)
Read More

4 Feb 2021

Drama Marry Me Senorita Slot MegaDrama Astro Ria Tonton Episod 1 Hingga 20 (Full Episode)



Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,

Drama Marry Me Senorita adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Tercipta Satu Ikatan lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha yang telah tamat episod. Drama Marry Me Senorita sudah pun bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria pada 2 Februari yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Marry Me Senorita ini adalah Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Siti Khadijah Halim, Asha Merican, Raja Azura, Nabil Aqil, Daler Yusof, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza dan ramai lagi. Lebih menarik bila drama ini diinspirasikan daripada Novel Marry Me Senorita karya novelis terkenal Suri Ryana. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nur Ain Sharif dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Memang nampak menarik drama ini kan, okey itu serba sedikit mengenai info drama Marry Me Senorita ini. Apa pun jom tengok - watak pelakon dalam drama Marry Me Senorita ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Barisan Pelakon Drama Marry Me Senorita

  • Janna Nick sebagai Sofiy Leia
  • Dini Schatzmann sebagai Isa Alejandro
  • Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
  • Meerqeen Sebagai Amar
  • Yasmin Hani sebagai Engku Marini
  • Jalaluddin Hassan sebagai Engku Aziz
  • Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
  • Siti Khadijah Halim sebagai Tina
  • Natasha Elyzza sebagai Shelli
  • Asha Merican sebagai Idora
  • Daler Yusuf sebagai Chef Riz
  • Alif Muhaimin sebagai Adam
  • Raja Azura sebagai Mak Long




Sinopsis Penuh Drama Marry Me Senorita

Mengisahkan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam. Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Schatzmann) di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya. Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin.

Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,
Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya. Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati. Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada. Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?

Lagu Tema / OST Drama Marry Me Senorita

💓 Surat Akhir nyanyian Amira Othman

Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,

👉👉 Baca Online Novel Marry Me Senorita Karya Suri Ryana


Tonton Online Drama Marry Me Senorita Episod 1 Hingga 20 (Akhir)


Drama Marry Me Senorita Episod 1 - https://www.youtube.com/watch?v=py8qK7Qr0n0

Drama Marry Me Senorita Episod 2 - https://www.youtube.com/watch?v=J1WTy0gquHg

Drama Marry Me Senorita Episod 3 -

Read More

1 Feb 2021

Episod Akhir Drama Tercipta Satu Ikatan (Episod 20)



Episod Akhir Drama Tercipta Satu Ikatan, Episod 20 Drama Tercipta Satu Ikatan, Sinopsis Episod Akhir Drama Tercipta Satu Ikatan, Final Episode Drama Tercipta Satu Ikatan, Finale Drama Tercipta Satu Ikatan,

Sekejap saja masa berlalu, dah masuk episod ke 20 drama Tercipta Satu Ikatan yang merupakan episod akhir bagi drama ini. Selepas ini drama Marry Me Senorita lakonan Janna Nick dan Dini akan disiarkan bagi menggantikan drama ini pada 2 Februari nanti. Dalam episod akhir drama Tercipta Satu Ikatan ini apa akan jadi pada watak - watak utama drama ini ye seperti Daniyal (lakonan Aeril Zafrel), Leanna (lakonan Hannah Delisha) Zhafran (lakonan Izzue Islam) Anita (lakonan Nadiyah Shahab), Rissa (lakonan Sophia Barakbah) dan ramai lagi. Adakah Zhafran atau Daniyal akan mati di akhir cerita? happy ending or sad ending?. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas episod akhir drama ini di bawah ye..




Sinopsis Episod Akhir Drama Tercipta Satu Ikatan (Episod 20)

Anita mencari Rissa yang sudah lama menghilangkan diri dan mendedahkan identitinya. Leanna dan Daniyal kini menjaga J&I bersama tetapi sesuatu rahsia besar yang mereka tidak tahu akhirnya terbongkar.

Read More

30 Jan 2021

Info dan Sinopsis Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong (Astro Citra)



Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, Telemovie 44 Hari Bangkitnya Pocong, Sinopsis Penuh Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, Poster Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, Pelakon Utama Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, Astro Citra,

Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong akan disiarkan pada Sabtu ini, iaitu pada 30 Januari 2021, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong ini adalah Kodi Rasheed, Ellie Suriaty, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, Raja Syahiran, Amalina Yusof, Deyana Desa dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie  44 Hari Bangkitnya Pocong ini adalah Azmir Affandi dan diterbitkan oleh Heritage Movies Sdn Bhd. Wah telefilem seram gitu di Astro Citra, nampak menarik juga telefilem ini. Dikatakan lokasi rumah yang diorang gunakan untuk shooting telefilem ini juga agak keras dan menyeramkan, banyak kisah seram yang dialami oleh pelakon dan krew produksi. Hal ini dikongsikan sendiri oleh pelakon utama Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong ini iaitu Kodi Rasheed menerusi Twitternya. Kalau nak tahu lebih details pasal pengalaman seram diorang, korang bolehlah pi baca kat twitter Kodi Rasheed okey. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Penuh Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong (Astro Citra)

Mengisahkan pasangan suami isteri di sebuah kampung iaitu Anjang dan Maimun, mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Aizat yang bekerja di Singapura. Maimun seorang isteri yang dehaka, dia sanggup menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suaminya. Selain itu Maimun juga suka bergaduh dengan jiran - jiran dan dibenci oleh orang kampung. Suatu hari Maimun meninggal dunia dan rohnya tak tenteram, dia menjadi Pocong dan mengganggu semua penduduk kampung. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More


My Random Post