5 Jan 2019

Bloglist Exchange Segment by Abam Kie

Bloglist Exchange Segment by Abam Kie, blogger, blog, bloglist 2019,

Hari ini aku nak join Bloglist Exchange Segment by Abam Kie, tarikh tamat segmen ini adalah pada 31 Januari 2019. Segmen ini ada hadiah juga tau, so mari meriahkan segmen ini ramai - ramai. 


Read More

4 Jan 2019

Movie Review - Be With You (2018)




Be With You, 2018, Korean Movie, Filem Korea, Movie Review, Korean Movie Be With You, So Ji Sub and Son Ye Jin Movie, Sinopsis Korean Movie Be With You, Cast, Pelakon Filem Korea Be With You, So Ji Sub, Son Ye Jin, Kim Ji Hwan, Ko Chang Seok, Lee Joon Hyuk, Son Yeo Eun, Kim Hyun Soo, Poster Korean Movie Be With You, Special Appearance By Park Seo Joon and Gong Hyo Jin,
Korean Movie Review - Be With You (Lakonan So Ji Sub & Son Ye Jin)

Dah lama tengok movie ni tapi baru sekarang nak buat review hehehe, sebab utama aku tengok movie Korea Be With You mestilah sebab pelakonnya. Movie So Ji Sub dan Son Ye Jin kot memang harus tengok gitu, gandingan diorang juga nampak sweet and comel. Korean Movie Be With You ini release pada 14 March 2018 dan movie ini adalah adaptasi daripada Novel Jepun yang bertajuk Ima, Ai ni Yukimasu karya Takuji Ichikawa. Selain itu novel Jepun berkenaan juga sudah diadaptasi ke movie Jepun yang release pada tahun 2004 dan juga drama Jepun (2005). Tahun 2018 barulah ada versi filem Korea pula. Antara pelakon filem Korea Be With You ini adalah So Ji Sub, Son Ye Jin, Kim Ji Hwan, Ko Chang Seok, Lee Joon Hyuk, Son Yeo Eun, Kim Hyun Soo dan ramai lagi. Lebih menarik bila pelakon popular Gong Hyo Jin dan Park Seo Joon turut buat special appearance / cameo dalam movie ini. 




Bila Gong Hyo Jin muncul dalam filem ini, terus buat aku teringat kat  drama The Master's Sun lakonannya bersama So Ji Sub tu. Tambah - tambah dia pergi blind date untuk berjumpa dengan Woo Jin ( lakonan So Ji Sub) dalam movie ni. Tapi tulah Woo Jin jual mahal pula hahaha, manakala Park Seo Joon pula akan muncul di penghujung cerita. Nak tergelak juga tengok So Ji Sub dan Park Seo Joon jadi watak bapa dan anak sebab diorang nampak macam abang dan adik je hehe. Jalan cerita Korean Movie Be With You ini bermula dengan kematian isteri Woo Jin iaitu Soo Ah (lakonan Son Ye Jin). Selepas itu Woo Jin terpaksa menjaga anak lelakinya Ji Ho yang masih kecil seorang diri. Sebelum Soo Ah mati dia telah berjanji pada anaknya yang dirinya akan kembali ketika musim hujan, setahun kemudian. Anaknya Ji Ho sangat berpegang teguh pada janji ibunya itu dan sentiasa menunggu musim hujan tiba serta ternanti - nantikan kepulangan ibunya. 
Be With You, 2018, Korean Movie, Filem Korea, Movie Review, Korean Movie Be With You, So Ji Sub and Son Ye Jin Movie, Sinopsis Korean Movie Be With You, Cast, Pelakon Filem Korea Be With You, So Ji Sub, Son Ye Jin, Kim Ji Hwan, Ko Chang Seok, Lee Joon Hyuk, Son Yeo Eun, Kim Hyun Soo, Poster Korean Movie Be With You, Special Appearance By Park Seo Joon and Gong Hyo Jin,
Berbeza dengan ayahnya Woo Jin yang tahu isterinya tak akan kembali semula dan berasa sedih melihat anaknya itu yang terlalu percayakan janji Soo Ah. Setelah setahun berlalu, musim hujan tiba dan anaknya mengajak ayahnya untuk ke satu tempat bagi menjemput ibunya. Woo Jin tidak tahu bagaimana cara untuk menerangkan pada Ji Ho bahawa ibunya telah pergi selamanya. Namun siapa sangka bila Soo Ah benar - benar muncul dan kembali pada mereka. Namun Soo Ah telah hilang ingatan dan tidak ingat apa - apa langsung. Woo Jin dan Ji Ho kemudiannya membawa Soo Ah pulang ke rumah, Ji Ho berasa sangat gembira bila ibunya kembali, manakala Soo Ah pula masih keliru dan perlu membiasakan dirinya dengan keluarganya itu. Kemudian kehidupan Ji Ho dan Woo Jin ceria kembali dengan kehadiran Soo Ah. Namun ketika mereka semua bahagia, Soo Ah mendapati dirinya perlu pergi semula meninggalkan semuanya buat kali kedua. Apa yang berlaku seterusnya?

Selain itu terdapat banyak juga adegan flashback yang menunjukkan perkenalan awal Soo Ah dan Woo Jin ketika mereka di bangku sekolah. Tapi semua scene watak Soo Ah dan Woo Jin ketika di zaman sekolah itu dilakonkan oleh pelakon lain yang lebih mudalah kan. Manakala ketika Soo Ah dan Woo Jin di universiti, barulah watak mereka itu dilakonkan sendiri oleh So Ji Sub dan Son Ye Jin. Terdapat juga sedikit plot twist dalam movie ini terutamanya tentang bagaimana Soo Ah boleh yakin dan berjanji pada anaknya yang dia akan kembali tu. Scene - scene sedih memang sedihlah kan terutamanya scene ketika Soo Ah tahu yang dia perlu pergi buat kali kedua dan dia cuba mempersiapkan anaknya Ji Ho dengan mengajarnya kemahiran tertentu seperti memasak sendiri, membasuh baju sendiri dan lain - lain lagi, jadi bila Soo Ah dah tak ada, Ji Ho dah dapat berdikari sendiri dan tidak begitu menyusahkan bapanya lagi. 

Scene paling sedih tu mestilah masa diorang berpisah tu, touching betul, memang pandai pelakon kanak - kanak yang melakonkan watak Ji Ho tu berlakon. Sedih je tengok scene dia dan ibunya itu. Apa pun memang best layan movie ini, semua elemen ada, sedih, sweet, happy manakala ending Korean movie Be With You ini sad ending bila diorang berpisah tapi dalam masa yang sama agak happy ending juga di penghujung cerita tu. Aku bagi 8.4/10 untuk movie ini. 
Read More

3 Jan 2019

Sinopsis Drama Opsss Terpikat Cik Sombong




Opsss... Terpikat Cik Sombong, Drama Opsss Terpikat Cik Sombong, Novel Opsss Terpikat Cik Sombong By Cici Aida, Unifi TV, Drama Adaptasi Novel, 2018, Cast, Pelakon Drama Opsss Terpikat Cik Sombong, Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Nafiez Zaidi, Ariff Aziz, Nelissa Edreena, Liza Abdullah, Razak Ahmad, Shakilla Khoriri, Khalida Balqis, Azlan Mokhtar, Sinopsis Opsss Terpikat Cik Sombong,
Sinopsis Drama Opsss Terpikat Cik Sombong

Drama Opsss... Terpikat Cik Sombong sudah mula disiarkan di saluran HyppSensasi 116 (Unifi TV) bermula 10 Disember 2018 yang lalu, iaitu setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel Opsss... Terpikat Cik Sombong karya novelis Cici Aida. Drama Opsss Terpikat Cik Sombong ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Nafiez Zaidi, Ariff Aziz, Nelissa Edreena, Liza Abdullah, Razak Ahmad, Shakilla Khoriri, Khalida Balqis, Azlan Mokhtar dan ramai lagi. Selain itu Drama Opsss Terpikat Cik Sombong ini mempunyai 30 episod dan diarahkan oleh Khalid Nazri. Nampak menarik juga sinopsis drama ini, rasanya ini kali pertama aku melihat Dayang Areeda melakonkan watak utama, tapi aku memang suka tengok lakonan dia. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Opsss Terpikat Cik Sombong Lakonan Shukri Yahaya dan Dayang Areeda

Ego! Cengil! Pendendam!
Cukup pakej sifat Ira Harisya (lakonan Dayang Areeda). Cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang suka ambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi, lelaki itu Zeid Farhans (lakonan Shukri Yahaya).

Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya, bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa jadi punching bag.

Tapi tiba-tiba…“Kenapa kau datang sini, hah? Aku benci tengok muka kau. Kau yang menyebabkan anak aku lumpuh. Keluar!”- Puan Sri Marlia (Liza Abdullah). “Saya akan bertanggungjawab Puan Sri. Saya akan jadikan Ira isteri saya.”- Hans



Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans.Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan. Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya. Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suami. Suami yang tidak dirancang. Namun, bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang kilauannya sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opss…dia sudah terpikat pada cik sombong.
Tetapi…Ira Harisya.. bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka! Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

2 Jan 2019

Biodata Terkini Hannah Delisha




Hannah Delisha, Pelakon, Penyanyi, Duta Huawei, Biodata, Profil Hannah Delisha, Biodata Hannah Delisha, Biodata Penuh Hannah Delisha, Senarai Drama Lakonan Hannah Delisha, Filem Lakonan Hannah Delisha, Telemovie Lakonan Hannah Delisha, Hannah Delisha Social Media, Gambar Terkini Hannah Delisha, 2019,
Biodata Terkini Hannah Delisha

Hari ini aku nak share serba sedikit tentang biodata pelakon cantik manis yang berasal dari Singapura ini iaitu Hannah Delisha. Hannah Delisha ini mula popular di Malaysia ini selepas berlakon dalam drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer bersama dengan Syafiq Kyle yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2017 yang lalu. Selepas itu Hannah Delisha memang terus menjadi perhatian dan pilihan pengarah dan penerbit drama / filem di Malaysia ini. Terbaru drama lakonan Hannah Delisha yang bertajuk Tercipta Satu Ikatan bersama Aeril Zafrel dan Izzue Islam tengah hangat bersiaran di slot Mega Drama Astro Ria. Apa pun jom tengok biodata penuh Hannah Delisha ini di bawah ye.




Biodata Penuh Hannah Delisha

Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama Komersil: Hannah Delisha
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
Umur: 23 Tahun (2019)
Asal: Singapura
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Pengacara & Model
Syarikat Rakaman/ Label: Faithful Music
Senarai Lagu - lagu nyanyian Hannah Delisha: Anugerah, Tak Perlu Kata Apa - Apa, Baby Bro (OST Baby Bro), Esok Masih Ada (OST Drama Monalisa), Hana ft Aziz Harun (OST Drama Alamatnya Cinta), Nova Superstar (lagu promosi untuk produk Huawei Nova 2i CF)
Model / Duta: Hannah Delisha Duta Huawei Nova 2i CF
Filem: Langsuir (filem pertama)
Hannah Delisha, Pelakon, Penyanyi, Duta Huawei, Biodata, Profil Hannah Delisha, Biodata Hannah Delisha, Biodata Penuh Hannah Delisha, Senarai Drama Lakonan Hannah Delisha, Filem Lakonan Hannah Delisha, Telemovie Lakonan Hannah Delisha, Hannah Delisha Social Media, Gambar Terkini Hannah Delisha, 2019,
Senarai drama - drama lakonan Hannah Delisha: Tercipta Satu Ikatan, Cinta Sekali Lagi, Bukan Kahwin Paksa, 30 Pesanan Suara, Aku Cinta Dia, I Love, You Stupid!, Alamatnya Cinta, 3 Gadis Manis Musim Ke -2, Kisah Paling Sulung, Mencintaimu Mr. Photographer, 7 Hari, Faculty,  Bingit Musim ke-4: Kurnia, Kathy Gerenti, Kemelut, Farhana. 
Program TV: Pengacara Ciptarasa Rempah Ratus (2016) di TVi
Teater: Titaditu (2017)
Senarai Telefilem / telemovie lakonan Hannah Delisha: Cruise Cinta Lebaran, The HantusSpaghetti Kuah Kacang.
Read More

1 Jan 2019

Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin Bercinta




Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin, Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin Dating, Lee Kwang-soo, Lee Sun-bin Have Been Dating for 5 Months, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin Bercinta, Running Man, Lee Kwang Soo Running Man, 2018, Love Story Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin In Running Man, Lee Lee Couple,

Akhirnya ada pengumuman rasmi mengenai percintaan Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin ini, diorang bertemu di Running Man, kemudian menjadi kawan dan bercinta. Mereka dikatakan telah bercinta selama 5 bulan. Sebelum ini Lee Kwang Soo sering digosipkan dengan ahli Running Man iaitu Jung Soo Min dan akhirnya Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin mengaku bercinta. Rasanya nanti mesti Lee Kwang Soo akan kena usik kaw - kaw dengan member Running Man yang lain di episod Running Man yang akan datang tu hehe. Lee Lee Couple ni mungkinkah akan mengikut jejak langkah Song Song Couple (Song Jong Ki & Song Hye Kyo tu) sampai berkahwin ke kan. Dah la Lee Sun Bin ni lawa ada iras - iras Song Hye Kyo juga kan. Apa pun hope hubungan diorang kekal sampai ke fasa perkahwinan gitu. Rasanya ini kali pertama Lee Kwang Soo secara terbuka mengaku bercinta, sebelum ini dia bercinta senyap - senyap saja. Mesti Lee Kwang Soo benar - benar sayangkan Lee Sun Bin dan serius dalam perhubungan mereka. 
Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin, Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin Dating, Lee Kwang-soo, Lee Sun-bin Have Been Dating for 5 Months, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin Bercinta, Running Man, Lee Kwang Soo Running Man, 2018, Love Story Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin In Running Man, Lee Lee Couple,



Aku memang suka tengok Lee Sun Bin ni sebab dia cantik, pastu lakonannya juga best, antara drama lakonannya yang aku suka seperti 38 Task Force, Missing 9 dan juga Sketch.
Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin, Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin Dating, Lee Kwang-soo, Lee Sun-bin Have Been Dating for 5 Months, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin Bercinta, Running Man, Lee Kwang Soo Running Man, 2018, Love Story Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin In Running Man, Lee Lee Couple,
Lebih menarik bila gurauan Lee Kwang Soo dalam Running Man yang kononnya dia dan Lee Sun Bin akan dating tu jadi kenyataan pula. Cuma part dia cakap nak berkahwin tu tak tahulah kan hehehe. Apa pun diorang memang sweet couple gitu.
Read More

30 Dis 2018

Sinopsis Telemovie Syaitan (Astro Citra)




Telefilem Syaitan, Telemovie Syaitan, Sinopsis Telemovie Syaitan, Astro Citra, Poster Telefilem Syaitan, Cast, 2018, Pelakon Telemovie Syaitan, Duerra Mitilda, Rita Rudaini, Idris Khan, Tasha Shilla, Cynta Azura,

Telefilem Syaitan telah pun disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada 29 Disember 2018 yang lalu. Antara pelakon telemovie Syaitan ini adalah Duerra Mitilda, Rita Rudaini, Idris Khan, Tasha Shilla, Cynta Azura dan ramai lagi. Selain itu telemovie Syaitan ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik juga telemovie ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem Syaitan ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Syaitan (Astro Citra)

Kejutan yang dirancang oleh Zahid untuk meraikan ulangtahun perkahwinan bersama-sama isteri dan anaknya bertukar menjadi tragedi. Zahid harus memilih untuk menyelamatkan nyawa salah seorang di antara mereka. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

28 Dis 2018

Sinopsis Drama Aku Cinta Dia (TV3)




Aku Cinta Dia, Drama Melayu, Slot Lestary, TV3, Drama Aku Cinta Dia, Senarai Pelakon Drama Aku Cinta Dia, 2018, Watak Pelakon, OST Aku Cinta Dia, Sinopsis Drama Aku Cinta Dia, Cast, Aiman Hakim, Hannah Delisha, Nadia Brian, Ikmal Amry, Fahad Iman, Nasz Sally, Yuna Rahim, Catriona Brian, Fauzi Nawawi, Hafiz Bahari, Elly Mazlein, Zul Huzaimy, Miera Leyana, Natasha Elyzza, Raja Hakim, Idzham Ismail, Poster,
Sinopsis Drama Aku Cinta Dia Slot Lestary TV3

Drama Aku Cinta Dia adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 dan sudah mula disiarkan sejak 26 Disember 2018 yang lalu, iaitu setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Selain itu drama Aku Cinta Dia ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Bahri Uma serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn.Bhd. Rasanya ini kali pertama aku melihat gandingan Aiman Hakim dan Hannah Delisha sebagai hero dan heroin drama. Apa pun jom tengok senarai pelakon drama Aku Cinta Dia serta watak - watak yang mereka bawakan di bawah ini ye..

Watak pelakon Drama Aku Cinta Dia (Lestary TV3)

Aiman Hakim sebagai Affan
Hannah Delisha sebagai Laila
Nadia Brian sebagai Sarina
Ikmal Amry sebagai Akbar
Fahad Iman sebagai Ikhwan
Catriona Brian Ross sebagai Puan Zaity
Fauzi Nawawi sebagai Dr Azhar
Hafiz Bahari sebagai Ili
Elly Mazlein sebagai Rima
Zul Huzaimy sebagai Luq
Nasz Sally sebagai Bib
Yuna Rahim sebagai Isya
Natasha Elyzza sebagai Ariana




Lagu tema drama ini (OST Aku Cinta Dia) bertajuk Hingga Akhir Nanti dan dinyanyikan oleh Neon Band. Kalau tengok dari sinopsis drama Aku Cinta Dia ni, memang nampak menarik jalan ceritanya, para pelakonnya juga best - best belaka, siap shooting kat luar negara lagi tu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat membaca.

Sinopsis Drama Aku Cinta Dia Lakonan Aiman Hakim & Hannah Delisha

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Laila dalam meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan, putus di tengah jalan. Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya. Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar. Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku. Pertemuan Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat.

Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.
Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan. Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan. Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Nadia Brian
Read More

27 Dis 2018

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu




Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Adaptasi Novel, Novel Kan Kukejar Cinta Kamu, Karya Novelis Fauziah Ashari, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Arahan Yusri Abdul Halim, Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu, 2018, Cast, Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ, OST Kan Kukejar Cinta Kamu, Lagu Hajat By Hael Husaini, Cover Depan Novel Kan Kukejar Cinta Kamu, Poster, Ending Drama Kan Kukejar Cinta Kamu,
Drama Adaptasi Novel Kan Kukejar Cinta Kamu - Slot MegaDrama Astro Ria

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu sudah disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria sejak 17 Disember 2018 yang lalu dan mempunyai 28 episod. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Kan Kukejar Cinta Kamu karya Fauziah Ashari. Selain itu drama Kan Kukejar Cinta Kamu ini disiarkan bagi menggantikan drama Isteri Bukan Untuk Disewa yang telah tamat episodnya. Manakala pengarah drama Kan Kukejar Cinta Kamu ini adalah Yusry Abdul Halim, wah selalu tengok Yusry mengarah filem atau telemovie gitu, kali ini dapat tengok drama arahan Yusry pula. Ini juga adalah kali pertama aku melihat gandingan Fendy Bakry dan Amyra Rosli, nampak sesuai juga diorang dengan watak masing - masing. Apa pun jom tengok senarai pelakon drama Kan Kukejar Cinta Kamu serta watak - watak yang mereka bawakan di bawah ini ye.

Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagai Huzail
Elya Miera sebagai Dilaila
Syamim Farid sebagai Kalsom
Doria Rachel Jolly sebagai Adelea
Natasya Mahyan sebagai Marlisa
Mia Nasir sebagai Qistina
Safwan Nazri sebagai Faris
Shah Hazvee sebagai Raid
Hafizuddin Fadzil sebagai Datuk Seri Hakim
Zarynn Min sebagai Datin Seri Dhiya
Mahmud Alibashah sebagai Muzzamil
Rosnah Johari sebagai Nazurah
RJ sebagai Zack





Lagu Hajat nyanyian Hael Husaini dijadikan sebagai lagu tema drama ini (OST Kan Kukejar Cinta Kamu). Lebih menarik bila lagu Hajat itu telah dibaladakan, jadi rentaknya tak rancak macam versi original gitu. Sedap juga bila lagu hajat ni dijadikan versi balada gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..


Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu (slot MegaDrama Astro Ria)


Datuk Seri Hakim, ayah si Alma ni bermusuh dengan datuk Raiyan iaitu Datuk Raqib dan ayah Raiyan, Muzammil. Permusuhan yang dah berpuluh tahun. Datuk Raqib dah meninggal dunia tapi anak - anak masing - masing dah diingatkan supaya jangan dekat sesama sendiri.
Bermusuh mestilah ada sebab kan? Itu misterinya. Cerita bermula apabila Alma ni degil, selamba dan jenis nekad. Bertemu pertama kali dengan Raiyan di Ireland, dia tau Raiyan ni anak dan cucu siapa. Tapi dia berkawan juga. Gatal juga nak bercinta. Raiyan juga tau siapa Alma tapi dia terpikat dengan Alma yang berperangai tak semenggah. Alma pernah curah air ke kepalanya. Raiyan makin jatuh cinta kerana sikap Alma yang bersahaja dan cantik.
Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Adaptasi Novel, Novel Kan Kukejar Cinta Kamu, Karya Novelis Fauziah Ashari, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Arahan Yusri Abdul Halim, Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu, 2018, Cast, Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ, OST Kan Kukejar Cinta Kamu, Lagu Hajat Versi Balada By Hael Husaini, Poster Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Ending Drama Kan Kukejar Cinta Kamu,
Mereka pun bercinta dan tekad nak urai kenapa keluarga mereka bermusuh. Maka, sebelum balik tanah air, mereka bernikah senyap - senyap di Ireland. Konflik bermula bila mereka balik Malaysia. Alma dan Raiyan pulang ke pangkuan keluarga masing - masing. Baru sehari mereka pulang, Raiyan kemalangan yang mengakibatkan dia amnesia. Tiada sesiapa tahu status Alma sebagai isteri Raiyan kecuali Nek Bonda (nenek Raiyan). Maka Raiyan yang amnesia telah disogok cerita keluarga Alma jahat. Namun, Alma berusaha mengejar cinta Raiyan. Alma yang bersahaja, lucu, tekad, degil, menggoda dan redah apa saja demi mengembalikan cinta dan ingatan Raiyan, suaminya.

Namun banyak cabaran yang perlu dilalui Alma, apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Alma melalui semua cabaran itu atau dia akan berputus asa untuk terus mengejar cinta Raiyan dan move on? atau masih ada sinar harapan untuk Alma dan Raiyan bersama selamanya?.
Read More

26 Dis 2018

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

Hari ini aku nak join 2019 Segmen Blog Azlinda Alin, tarikh tamat segmen ini adalah pada 7 Januari 2019 nanti. Jadi masih ada masa untuk korang join segmen ini, klik Banner di atas untuk join segmen ini okey. Untung - untung dapat masuk bloglist ke kan hehehe.


Read More

25 Dis 2018

Baca Online Novel Pujaan Hati Kanda




Pujaan Hati Kanda, Novel Pujaan Hati Kanda, Novelis Aulia Iman, 2018, Drama Adaptasi Novel, Drama Pujaan Hati Kanda, Novel Online, Baca Online Novel Pujaan Hati Kanda, Baca Online Novel Pujaan Hati Kanda Bab 1 Hingga Bab 15, Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda. Cast, Gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda, Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor, Poster Drama Pujaan Hati Kanda,
Baca Online Novel Pujaan Hati Kanda

Kali ini giliran Novel Pujaan Hati Kanda karya novelis Aulia Iman pula diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod dan disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 20 Disember yang lalu. Drama Seribu Rindu dah tamat episodnya, maka drama Pujaan Hati Kanda inilah yang akan menggantikan drama tersebut. Gandingan kali ketiga Remy Ishak dan Mira Filzah bermula filem Rise Ini Kalilah, kemudian drama Lelaki Kiriman Tuhan dan yang terbaru drama Pujaan Hati Kanda pula. Apa pun jom tengok Senarai Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda serta watak - watak mereka dalam drama ini.
Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
Azar Azmi sebagai Fatimah
Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim sebagai Suria
Taufiq Hanafi sebagai Naim
Qazem Nor sebagai Rizman




Pada yang suka baca Novel Online,
korang boleh baca novel Pujaan Hati Kanda ini secara online, dengan cara klik saja link di bawah sekali. Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang pun boleh baca novel online juga, tapi tak semua bablah yang ada kan hehehe. Apa pun sebelum tu, jom tengok sinopsis drama Pujaan Hati Kanda ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda
Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri. Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi
Read More

24 Dis 2018

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember), Blogger, Blog,

Hari ini aku nak join Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember), tarikh tamat segmen ini adalah pada 31 Disember 2018. Semua yang join segmen ini akan dapat masuk bloglist selama setahun, malah syarat nak join segmen ini juga sangat mudah. Jadi meh join ramai - ramai..




Read More


My Random Post