6 Jul 2021

Drama Ratu Ten Pin Episod 1 Hingga 16 (Full Episode) Di Astro Ria



Drama Ratu Ten Pin, Astro Ria, Drama Astro Ria, Poster Drama Ratu Ten Pin, Info dan Sinopsis Drama Ratu Ten Pin, Pelakon - Pelakon Drama Ratu Ten Pin, Drama Baru Elisya Sandha, Drama Baru Fify Azmi, Drama Baru Nazim Othman,

Drama Ratu Ten Pin adalah drama terbaru di Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Scammer lakonan Kamal Adli, Fasha Sandha dan Siti Saleha yang tamat episodnya. Bermula 28 Jun 2021, drama Ratu Ten Pin akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria. Antara pelakon drama Ratu Ten Pin ini adalah Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Fify Azmi, Nazim Othman, Sheila Rusly, Hazeeq Dean, Nasz Sally, Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Esma Daniel, Lisdawati dan ramai lagi. Drama 16 episod ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Antara keunikan drama ini bila ianya mengangkat tema sukan Boling gitu. Dah lama tak tengok drama - drama yang bertemakan sukan, selalunya pasal cinta saja kan. Jadi memang menariklah drama ini kan, so jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ratu Ten Pin ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..
  • Elisya Sandha sebagai Norma
  • Syaidatul Afifah sebagai Sandra
  • Fify Azmi sebagai Reezs
  • Nazim Othman sebagai Arief
  • Hazeeq Dean sebagai Khalid
  • Nasz Sally sebagai Nurin
  • Esma Daniel sebagai Razak
  • Lisdawati sebagai Maznah
  • Dato' Sri Eizlan Yusof sebagai Dato' Idris
  • Aleeza Kassim sebagai Datin Marissa
  • Sheila Rusly sebagai Maria
  • Dazrin Kamarudin sebagai Iskandar
  • Akhmal Nazri sebagai Fendi
  • Shalin Zulkifli sebagai Dirinya Sendiri (Penampilan Khas)




Sinopsis Penuh Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Mengisahkan tentang tiga wanita muda yang berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza, mengejar gelaran Ratu Tenpin Negara. Walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah, zaman kanak-kanak Norma penuh dengan botol kaca kosong dan buah kelapa yang dijadikan sebagai alat permainan boling. Disebabkan selalu dan pandai bermain boling, dia dikenali sebagai pemain boling yang sangat berbakat di kalangan kawan-kawannya di kampung. Apabila sudah dewasa, dia berpindah ke Kuala Lumpur bersama sahabat baiknya dan mula bekerja untuk membantu keluarga dalam menampung perbelanjaan di kampung. Nasib Norma berubah apabila dia menjejakkan kakinya buat pertama kali di pusat permainan boling. Reesz yang datang dari keluarga sederhana, dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sebagai anak perempuan bekas juara boling, Maznah menaruh harapan tinggi agar Reesz mengikuti jejak langkahnya. Namun, Reesz lebih berminat dalam bidang reka bentuk grafik dan permainan mudah alih. 
Drama Ratu Ten Pin, Astro Ria, Drama Astro Ria, Poster Drama Ratu Ten Pin, Info dan Sinopsis Drama Ratu Ten Pin, Pelakon - Pelakon Drama Ratu Ten Pin, Drama Baru Elisya Sandha, Drama Baru Fify Azmi, Drama Baru Nazim Othman,
Di rumah, Reesz berhadapan dengan keganasan rumah tangga apabila bapanya masih sukar untuk menerima hobi ibunya dalam sukan boling sehingga merasakan dirinya diabai. Pergaduhan itu berlarutan sehingga melibatkan penderaan fizikal. Reesz membuat keputusan untuk belajar bermain boling untuk menggembirakan ibunya. 
Dilatih secara professional, Sandra mempunyai pengalaman yang paling banyak di antara mereka bertiga dan pernah memenangi kejohanan boling bawah umur peringkat kebangsaan. Dibesarkan dalam gaya hidup serba mewah, dia sudah terbiasa untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Dia merasakan yang dia berhak dipilih untuk skuad kebangsaan boling walaupun prestasinya tidak konsisten. Sikap dan agendanya yang tersembunyi ini boleh menjadi halangan untuk merosakkan prestasinya dalam skuad kebangsaan boling nanti. Untuk memenangi gelaran “Ratu Ten Pin Negara” bukan lah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan. Ketiga-tiga wanita muda itu bertanding walaupun terpaksa berhadapan dengan konflik sendiri dalam masa yang sama.

Lagu Tema / OST Drama Ratu Ten Pin
💟 Kuasa Juara nyanyian KRU
💟 Gemuruh nyanyian Faizal Tahir


1 ulasan:



My Random Post