2 Jun 2021

Drama Scammer Lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha (Astro Ria)



Drama Scammer, Info dan Sinopsis Drama Scammer, Drama Astro Ria, Poster Drama Scammer, Pelakon - Pelakon Drama Scammer, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Siti Saleha, Drama Baru Fasha Sandha,

Drama Scammer sudah pun bersiaran di Astro Ria sejak 24 Mei 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Antara pelakon drama Scammer ini adalah Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir, Didie Alias, Brian Chan, Chew Kin Wah, Muaz Fitri, Wan Raja, Megat Sharizal, Tony Eusoff, Aireen Riana, Kak Girl, Uchee Fukada, Wan Raja, Mizie Ahmad, Amanda Misbun, Rahim Jailani, Nor Albaniah dan ramai lagi. Selain itu drama Scammer ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Norhanisham Muhammad (Labu) serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, lain daripada yang lain, unik dan tak clisye gitu. Plus aku suka dengan barisan pelakon drama Scammer ini sebab semuanya best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Scammer ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Kamal Adli sebagai Joe
Siti Saleha sebagai Amy
Fasha Sandha sebagai Nisa
Arash Mohamad sebagai Razman
Hasnul Rahmat sebagai Darus
Jay Iswazir sebagai Fawaz
Muaz Fitri sebagai Kahar
Didie Alias sebagai Qina
Brian Chan sebagai Leon
Chew Kin Wah sebagai Wong
Tony Eusoff sebagai Malik
Wan Raja sebagai Inspektor  Aqil
Mizie Ahmad sebagai Inspektor Kamal




Sinopsis Penuh Drama Scammer Lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha (Astro Ria)

Johari atau Joe, ialah seorang Anti Money Laundering Analyst di sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerjanya ialah memantau dan melapor kegiatan ‘money laundering’ di kalangan pemegang akaun bank tempatnya bekerja. Selepas dibuang kerja, Joe mula terdesak untuk mencari duit. Demi membina kehidupan yang selesa untuknya isterinya Nisa, Joe menerima tawaran Amy, bekas kekasihnya bekerja sebagai agen pengubahan wang haram (money laundering). Amy mahu gunakan kepakaran Joe dalam selok belok perbankan dan ‘money laundering’ untuk pindahkan duit kliennya yang cuba lari dari kadar cukai yang tinggi. Melalui kepakaran Joe, klien mereka dapat pindahkan duit keluar negara tanpa dikesan oleh Bank Negara. Kepakaran Joe dan kecekapan Amy mula dapat perhatian Wong, ketua kongsi gelap besar KL yang mempunyai rangkaian kegiatan jenayah seperti pelacuran, dadah, pinjaman wang dan judi. Wong arahkan Joe dan Amy ‘cuci’ duit perniagaan haramnya yang bernilai ratusan ribu setiap bulan.

Joe dan Amy terima ‘job’ itu. Mereka mula terima dan ‘cuci’ duit-duit haram itu. Tetapi kegiatan mereka mula dihidu polis yang bernama Darus dan Tahir. Darus ugut akan tangkap Joe jikalau dia enggan beri kerjasama. Khuatir dipenjarakan, Joe dedahkan maklumat dan lokasi duit-duit haram Wong disimpan. Tanpa disangka-sangka, Darus dan Tahir adalah penipu yang menyamar menjadi polis dan situasi tambah gawat apabila semua duit halal milik Wong telah hilang dicuri. Nyawa Joe dan isterinya dalam bahaya. Wong beri Joe masa 48 jam untuk cari semula wangnya yang telah hilang itu!

Drama Scammer, Drama Astro Ria, Poster Drama Scammer, Pelakon - Pelakon Drama Scammer, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Siti Saleha, Drama Baru Fasha Sandha, Info dan Sinopsis Drama Scammer,
Lagu Tema / OST Drama Scammer

💘 Duit nyanyian Meerfly

💘 Emosi nyanyian Benzoloo Feat Khodi

Tonton Drama Scammer Full Episode

Selain di kaca TV, Korang boleh tonton drama Scammer ini secara On Demand menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose (TV3)

⏩ Drama Cukup Derita Itu Lakonan Hisyam Hamid dan Ruhainies Full Episode Di Slot Samarinda TV3

2 ulasan:

  1. best juga drama ni. lain dari drama melayu yg selalu tayang kat tv..hehe

    BalasPadam
  2. cerita ni belum release haritu dah femes kat ig hehe

    BalasPadam



My Random Post