20 Jan 2021

Episod Akhir Drama Bougainvillea (TV3)



Drama Bougainvillea, Final Episod, Poster Drama Bougainvillea, Watak Pelakon, Info dan Sinopsis Drama Bougainvillea, Drama Baru Beto Kusyairy, Drama Baru Nora Danish, Drama Baru Intan Ladyana, Drama Slot Samarinda TV3,

Diam tak diam dah masuk episod akhir drama Bougainvillea ini kan, dari awal aku memang dah suka dengan semua pelakon - pelakon drama Bougainvillea ini seperti Beto Kusyairy, Nora Danish, Intan Ladyana, Hanna Aqeela, Ameerul Asyraf, Jasper Supayah dan ramai lagi. Di episod yang sebelum ini iaitu episod 14 drama Bougainvillea ini, rahsia Mimie (Nora Danish) dah pecah, suaminya Adrian (Beto Kusyairy) dah tahu yang Mimie tak mengandung dan berpura - pura saja. Tak lama pastu Mimie kena cerai pula tu, manakala dalam masa yang sama kawan baik Mimie iaitu Ali (Ameerul Asyraf) dah nak kahwin dengan Ilyana (Jasper Supayah). Jadi Mimie makin tertekan dan kecewa dengan keadaan dan orang sekelilingnya. Namun dalam masa yang sama ibu kandung Mimie muncul di depannya, jadi adakah hal tersebut akan sedikit sebanyak mengubat kelukaan Mimie?. 



Tak sangka ada plot twist dekat watak Hazira lakonan Hanna Aqeela, ingatkan dia memang ikhlas dan berniat baik pada keluarga Adrian dan Aryanna (Intan Ladyana) rupanya sebaliknya. Apa yang akan berlaku nanti kan?, adakah Adrian dan Yana akan sedar mengenai niat sebenar Hazira. Tak silap aku Hazira ni sakit juga kan, tapi sakit apa tu tak tahulah pula?. Jadi adakah Mimie akan move on dan akhirnya bertemu pengganti Adrian? bagaimana pula Mak Ngah Mimie iaitu Bibah lakonan Ziema Din, adakah dia akan sedar dan insaf, serta tidak berdendam lagi? jadi sama - sama kita tunggu episod 15 (episod akhir) Drama Bougainvillea di Slot Samarinda TV3 nanti okey.

3 ulasan:

  1. macam best je drama ni, siap ada plot twist lagi

    BalasPadam
  2. semua pelakon dalam drama ni memang best tapi dah penat nak tengok cite kebas laki orang ni..hehe

    BalasPadam
  3. tak tengok sebab takde geng nak tgk. tengok sorang tak best

    BalasPadam



My Random Post