21 Ogo 2022

Telefilem Neraka Kasih Maisarah Lakonan Mimi Lana (TV3)



Telefilem Neraka Kasih Maisarah, Telemovie Neraka Kasih Maisarah, Info dan Sinopsis Telefilem Neraka Kasih Maisarah, Telefilem Neraka Kasih Maisarah Full Movie, Telefilem Neraka Kasih Maisarah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Neraka Kasih Maisarah, Mimi Lana, Shahz Jaszle, Laila Nasir, Sura Sojangi Mustaqim Bahadon, Raja Afiq,

Telefilem Neraka Kasih Maisarah pernah disiarkan pada tahun 2018 yang lalu dan kini diulang siar kembali di tv3 pada Ahad ini, 21 Ogos 2022, jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Neraka Kasih Maisarah ini adalah Mimi Lana, Shahz Jaszle, Laila Nasir, Sura Sojangi Mustaqim Bahadon, Raja Afiq, Ainina Ahmad B dan ramai lagi. Selain itu telemovie Neraka Kasih Maisarah ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Layar Ceritera Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Neraka Kasih Maisarah di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Neraka Kasih Maisarah Lakonan Mimi Lana (TV3)

Maisarah merupakan anak bidan terkenal, Mak Midah. Perkenalannya dengan Zakuan melalui Wechat, menyebabkan maruah dia tergadai.  Maisarah disahkan hamil 2 bulan dan meminta Zakuan untuk bertanggungjawab namun Zakuan enggan. Hampir 6 bulan tidak pulang ke kampung, pelbagai alasan Maisarah berikan kepada ibunya. Akhirnya, Maisarah pulang juga ke kampung ketika kandungannya berusia 8.  Dia yakin hanya ibunya mampu membantunya. Namun ternyataan meleset apabila Mak Bidah bertindak mengurung Maisarah dalam “kolong” belakang rumah sehingga Maisarah selamat melahirkan bayi. Anak Maisarah diberikan kepada Dijah. Saat itu Maisarah menjadi gila kerana rindukan anaknya hingga Maisarah melarikan diri dan mengambil anaknya dari rumah Dijah sehingga menimbulkan kekecohan di kampung. Akhirnya Mak Bidah sedar Maisarah sangat memerlukan bayinya. Dijah akhirnya merelakan  bayi itu  diberikan semula kepada ibu kandungnya.
Telefilem Neraka Kasih Maisarah, Telemovie Neraka Kasih Maisarah, Info dan Sinopsis Telefilem Neraka Kasih Maisarah, Telefilem Neraka Kasih Maisarah Full Movie, Telefilem Neraka Kasih Maisarah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Neraka Kasih Maisarah, Mimi Lana, Shahz Jaszle, Laila Nasir, Sura Sojangi Mustaqim Bahadon, Raja Afiq,




👉👉 Drama Remang (TV3)
Read More

Telefilem Bini - Bini Lockdown : Cerekarama TV3



Telefilem Bini - Bini Lockdown, Telemovie Bini - Bini Lockdown, Slot Cerekarama TV3, Cerekarama Bini - Bini Lockdown, Sinopsis Telefilem Bini - Bini Lockdown, Poster Telefilem Bini - Bini Lockdown, Pelakon - Pelakon Telefilem Bini - Bini Lockdown, Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Eina Azman, Nadia Brian, Sangeeta Krishnasamy,

Telefilem Bini - Bini Lockdown telah pun diulang siar di slot Cerekarama TV3 pada 20 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Bini - Bini Lockdown ini adalah Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Eina Azman, Nadia Brian, Sangeeta Krishnasamy, Puteri Adlin Lina, Nur Aisyah Adelia, Laura Olivia dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bini - Bini Lockdown ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi siapa dah tengok telemovie Bini - Bini Lockdown ni? apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Bini - Bini Lockdown : Cerekarama TV3 

 Mengisahkan bagaimana Azim handle empat orang isterinya ketika mereka semua terperangkap dalam satu rumah semasa lockdown. Bagaimana liciknya Azim ketika cuba untuk mengelakkan isteri-isterinya mengetahui yang dia sudah beristeri empat. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya, mampukah Azim handle demand keranah isterinya yang pelbagai.


 Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia (TV3)


👉👉 Telefilem Rumah Tok Wie (Awesome TV)


💕💕 Drama Mek Cha Lakonan Aqasha dan Chacha Maembong (TV1)

Read More

20 Ogo 2022

Telefilem Rumah Tok Wie (Awesome TV)



Telefilem Rumah Tok Wie, Telemovie Rumah Tok Wie, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Rumah Tok Wie, Rumah Tok Wie Cast, Poster Telefilem Rumah Tok Wie, Pelakon - Pelakon Telefilem Rumah Tok Wie, Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani,

Telefilem Rumah Tok Wie akan diulang siar di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV pada hari Ahad ini, 21 Ogos 2022, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Rumah Tok Wie ini adalah Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani NS, Vivienna Alfred, Pak Abu, Saiful Ghaz dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rumah Tok Wie ini diarahkan oleh Razif Ajiboy Rashid dan diterbitkan oleh Rumah Produksi Merah Sdn Bhd. Nampak menarik dan macam best je kan telefilem ni, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie Rumah Tok Wie di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Rumah Tok Wie Lakonan Hazama dan Dato Awie (Awesome TV)

Tok Wie memiliki sebuah rumah agam. Rumah tersebut dibina sebagai tempat untuk Tok Wie menyimpan segala barang-barang berharga miliknya. Kodi, Fuad dan Amir merancang untuk merompak rumah Tok Wie. Apa yang berlaku seterusnya? adakah Kodi, Fuad dan Amir berjaya merompak rumah Tok Wie?..





Read More

19 Ogo 2022

Drama Mek Cha Lakonan Aqasha dan Chacha Maembong (TV1)



Drama Mek Cha tv1, Sinopsis Drama Mek Cha, Poster Drama Mek Cha, Drama Mek Cha Full Episode, Drama Mek Cha Episod 1 Hingga 13, Mek Cha Cast, Pelakon - Pelakon Drama Mek Cha, Aqasha, Chacha Maembong, Roy Azman, Kuna, Aleza Shadan, Drama TV1 2022,

Drama Mek Cha sudah bersiaran di Slot Seleksi Widuri TV1 sejak 30 Julai 2022 yang lalu, setiap Jumaat hingga Ahad, jam7 malam. Antara pelakon drama Mek Cha ini adalah Chacha Maembong, Aqasha, Maisara Sufya, Roy Azman, Kuna, Aleza Shadan dan ramai lagi. Selain itu drama Mek Cha ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Rina Khan serta diterbitkan oleh Indera Asahan Sdn Bhd. Drama Mek Cha ini juga boleh ditonton secara online di portal rasmi RTM iaitu rtmklik. Apa pun nampak menarik dan unik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Mek Cha Lakonan Aqasha dan Chacha Maembong (TV1)

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mek Cha lakonan Chacha Maembong yang pandai berdikari, tegas dan unik. Suatu hari Mek Cha mendapat kerja di sebuah kilang keropok dan selalu diganggu oleh anak bosnya Haikal. Mak Wan ingin melamar Mek Cha untuk anaknya Haikal namun ditolak oleh Mek Cha dan ayahnya. Ayahnya ingin Mek Cha berkahwin dengan Rizwan lakonan Aqasha. Selepas berkahwin, Mek Cha mengikut Rizwan tinggal di Kuala Lumpur. Rizwan setuju berkahwin dengan Mek Cha selepas kecewa dengan kekasihnya, Shaliza. Selepas berkahwin Rizwan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan Mek Cha kerana Mek Cha bertutur dalam loghat Kelantan. Apa yang berlaku seterusnya? adakah rumahtangga Mek Cha dan Rizwan akan bahagia?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Remang Lakonan Syafie Naswip TV3




Read More

18 Ogo 2022

Drama Anak Beranak Abe Yie Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3



Drama Anak Beranak Abe Yie TV3, Drama Slot Sakura TV3, Sinopsis Drama Anak Beranak Abe Yie TV3, Poster Drama Anak Beranak Abe Yie, Drama Anak Beranak Abe Yie Full Episode, Drama Anak Beranak Abe Yie Episod 1 Hingga 20, Drama Anak Beranak Abe Yie Cast, Pelakon - Pelakon Drama Anak Beranak Abe Yie, Aiman Tino, Azlee Senario, Jasmin Hamid, Wan Sharmila, Puteri Sarah Liyana, Wanns Ahmad, Aidil Aziz, Aidit Noh, Ending Drama Anak Beranak Abe Yie,
Drama Anak Beranak Abe Yie Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3

Drama Anak Beranak Abe Yie adalah drama terbaru di slot Sakura TV3 yang disiarkan mulai 16 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Nenda yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Anak Beranak Abe Yie ini adalah Aiman Tino, Azlee Senario, Jasmin Hamid, Wan Sharmila, Puteri Sarah Liyana, Wanns Ahmad, Aidil Aziz, Aidit Noh, Shazia Rozaini, Qhaira Imani dan ramai lagi. Selain itu drama Anak Beranak Abe Yie ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) serta diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakonnya pun best - best belaka, plus bergenre komedi gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Anak Beranak Abe Yie ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Anak Beranak Abe Yie

Azlee Senario sebagai Abe Yie
Jasmin Hamid sebagai Che Yah
Aiman Tino sebagai Muluk
Aidil Aziz sebagai Sam
Puteri Sarah Liyana sebagai Shima
Wan Sharmila sebagai Ann
Aidit Noh sebagai Adi
Shazia Rozaini sebagai Maslina
Qhaira Imani sebagai Aqila




Sinopsis Drama Anak Beranak Abe Yie - Slot Sakura TV3

Kerajaan akhirnya mengumumkan SOP baharu berhubung Covid yang membolehkan penduduk merentas negara dan beberapa negara Eropah. Daripada melawat ibu bapa mereka, mereka memutuskan untuk pergi melancong. Sehingga satu hari, kerajaan memutuskan untuk mengukuhkan lagi SOP kerana jumlah kes kembali meningkat. Sam dan Ann menyesali keputusan mereka, dan memutuskan untuk pulang ke Kampung mereka tanpa mengira sebarang sekatan yang diberikan oleh kerajaan. Che Yah gembira apabila dua orang anaknya dapat kembali walaupun Abe Yie dan Muluk langsung tidak bersetuju dengan tindakan mereka. Apabila Sam dan Ann pulang ke rumah mereka, mereka disahkan positif Covid dan ini telah menimbulkan kekecohan di kampung mereka. Kampung mereka dianggap sebagai "Zon Merah" kerana kebanyakan kes datang dari sana. Dan orang ramai mula mengutuk keluarga Abe Yie mengenai perkara ini. Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Remang (TV3)


Read More

17 Ogo 2022

Drama Remang (TV3)



Drama Remang TV3, Slot Tonton Malam Seram, Poster Drama Remang TV3, Sinopsis Drama Remang TV3, Poster Drama Remang TV3, Drama Remang Episod 1 Hingga 12, Drama Remang Full Episode, Remang Cast, Pelakon - Pelakon Drama Remang,

Drama Remang sudah mula bersiaran di TV3 bermula 1 Ogos 2022 yang lalu, setiap hari Isnin, jam 11 malam di slot baru iaitu slot Tonton Malam Seram TV3. Antara pelakon drama Remang ini adalah Syafie Naswip, Emma Maembong, Azrel Ismail, Shamielya Shamsul, Chacha Maembong, Airil Hafiz, Angeline Tan, Kent Tan, Aween Ismail, Adam Corrie, Iman Suhana, Fiza Halim, Shyrim Husni dan ramai lagi. Selain itu drama Remang ini mempunyai 12 episod dan diarahkan oleh Khairul Rizam serta diterbitkan oleh Anomali Media & Production Sdn Bhd. Jalan cerita Remang tidak bersifat bersambung-sambung, dan sebaliknya, setiap episod mempunyai kisah yang berlainan. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Remang Lakonan Syafie Naswip TV3

Mengisahkan tentang seorang DJ radio iaitu Ejay (Syafie Naswip) yang cuba untuk naikkan rating (populariti) pendengar dalam slot tengah malam yang diuruskannya. Oleh itu, dia mendapat satu idea dengan menukar segmen cinta yang dibawanya sebelum ini kepada segmen seram yang dinamakan sebagai "Remang Malam". Dalam segmen ini, DJ Ejay akan menerima panggilan telefon daripada pendengar yang akan menceritakan kisah-kisah seram yang pernah dihadapi mereka, dan juga kisah-kisah yang lazim berlaku dalam masyarakat Melayu.

Senarai Episod Drama Remang

1) Dendam Saka
2) Pak Cik Tumpang
3) Botol Puaka
4) Tangkai

Lagu Tema / OST Drama Remang

👄👄 Makuta nyanyian Kmy Kmo, Luca Sickta & Hazama


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Ku Punya Hati Lakonan Nabil Aqil dan Sharifah Rose Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3


👉👉 Drama Dia Bukan Bidadari Lakonan Mona Allen, Keith Foo dan Fadlan Hazim Episod 1 Hingga 26 Di Slot Widuri TV1


💕💕 Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah Episod 1 Hingga 28 Di Slot MegaDrama Astro Ria

Read More

14 Ogo 2022

Telefilem Dosa Terlindung (TV3)



Telefilem Dosa Terlindung TV3, Telemovie Dosa Terlindung TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Dosa Terlindung, Telefilem Dosa Terlindung Full Movie, Telefilem Dosa Terlindung Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Dosa Terlindung, Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan,

Telefilem Dosa Terlindung akan disiarkan pada hari Ahad ini, 14 Ogos 2022, jam 9 malam di TV3. Telefilem ini sudah pernah disiarkan di TV3 pada tahun 2017 dan kini diulang siar kembali. Antara pelakon telefilem Dosa Terlindung ini adalah Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan, Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Ezzrin Loy dan Erynn Erynna dan ramai lagi. Selain itu telemovie Dosa Terlindung ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan diterbitkan oleh Alfanazra Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie Dosa Terlindung ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Dosa Terlindung TV3

Beberapa tahun lalu, Zie meninggalkan suami, Khairi dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka. Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal. Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi. Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.



Read More

Telefilem Kami Blackpinky (Awesome TV)



Telefilem Kami Blackpinky, Telemovie Kami Blackpinky Awesome tv, telefilem Awesome TV, Sinopsis Telefilem Kami Blackpinky, Poster Telefilem Kami Blackpinky, Telemovie Kami Blackpinky Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Kami Blackpinky, Telefilem Kami Blackpinky Full Movie, Shiha Zikir, Lia Natalia, Norreen Iman, Malia Baby,
Telefilem Kami Blackpinky (Awesome TV)

Telefilem Kami Blackpinky akan disiarkan pada hari Ahad ini 14 Ogos 2022, jam 9.30 malam di Awesome TV. Antara pelakon telefilem Kami Blackpinky ini adalah Shiha Zikir, Lia Natalia, Norreen Iman, Malia Baby dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kami Blackpinky ini diarahkan oleh Aizam Syamsul Aksan dan diterbitkan oleh Arisprop Holdings Sdn Bhd. Wah nampak macam best dan lawak ja telemovie Kami Blackpinky ni, plus para pelakonnya pun aku suka, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Kami Blackpinky Lakonan Shiha Zikir, Lia Natalia, Norreen Iman dan Malia Baby(Awesome TV)

Jannah dan tiga kawan baiknya yang bekerja di kilang sangat meminati kumpulan K-Pop, Blackpink. Kehidupan mereka banyak dipengaruhi dengan idola mereka itu. Suatu hari, mereka menyertai pertandingan. Apa yang berlaku seterusnya?..



👉👉 Cerekarama Air Mata Si Kudung TV3

Read More

Cerekarama Air Mata Si Kudung TV3



Telefilem Air Mata Si Kudung, Telemovie Air Mata Si Kudung, Poster Telefilem Air Mata Si Kudung, Sinopsis Telefilem Air Mata Si Kudung, Cerekarama tv3, Air Mata Si Kudung Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Air Mata Si Kudung, Fizo Omar, Nadiya Nisaa, Norlia Ghani, Telefilem Air Mata Si Kudung Full,

Telefilem Air Mata Si Kudung telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 13 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Air Mata Si Kudung ini adalah Fizo Omar, Nadiya Nisaa, Norlia Ghani, Mak Wan, Ben Laden, Putri Luvvna dan Syaffik Sahli dan ramai lagi. Selain itu telemovie Air Mata Si Kudung ini diarahkan oleh Bade Haji Azmi dan diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Memang menarik telemovie ini kan,jadi jom tengok sinopsis telemovie Air Mata Si Kudung ini di bawah ye..




Sinopsis 
Telefilem Air Mata Si Kudung - Cerekarama TV3

Sabri dan Seroja dua beradik yatim piatu yang tinggal di sebuah kampung. Malang tidak berbau apabila Sabri kehilangan kakinya akibat dibaham buaya ketika menjaring ikan di sungai. Apabila dewasa Seroja dipinang seorang doktor yang membuat rawatan di kampung itu. Demi kebahagiaan dan masa depan adiknya, Sabri merelakan walaupun berat hati. Selepas setahun berkahwin, Seroja sekali pun tidak pernah pulang ke kampung menziarah abangnya. Sabri pula asyik terkenang dan merindui Seroja. Kehidupan Seroja bersama suami bahagia tetapi ibu mertua Seroja membenci dan mengongkong kehidupan Seroja dan suaminya akibat daripada tangannya yang cacat. Bertahun - tahun Sabri menanti dan menangis meratapi ketiadaan Seroja. Sehinggalah suatu hati matanya jadi kabur akibat jangkitan kuman. Muncul Sam dan Sally, anak - anak Seroja yang mencari Sabri kerana ibu bapa mereka terkorban dalam nahas jalanraya.



Read More

13 Ogo 2022

Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28 Di Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Ash dan Aish, Drama Ash dan Aish Astro Ria, Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Sinopsis Drama Ash dan Aish, Poster Drama Ash dan Aish, Pelakon - Pelakon Drama Ash dan Aish, Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Drama Ash dan Aish Full Episode, Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28, Drama Adaptasi Novel Ash dan Aish,

Drama Ash dan Aish adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Jodohku Babysitter lakonan Aliff Aziz dan Intan Najuwa yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di Astro Ria mulai 10 Ogos 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Selain itu drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Ash dan Aish karya Maya Adira. Antara pelakon drama Ash dan Aish ini adalah Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Harissa Adlynn, Asha Merican, Jaja Iliyes, Norreen Iman, Arash Mohd, Kuza, Nada Nursyuhada, Idzham Ismail dan ramai lagi. Drama Ash dan Aish ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Helmi Yusof serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ash dan Aish ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Ash dan Aish

  • Meerqeen Sebagai Ashrafi/Ash
  • Siti Khadijah Halim Sebagai Aisha/Aish
  • Anna Jobling Sebagai Delila
  • Harissa Adlynn sebagai Amni
  • Nadhir Nasar sebagai Izhan
  • Asha Merican sebagai Izma
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia
  • Norreen Iman sebagai Kak Wati
  • Arash Mohd sebagai Hj Adnan
  • Kuza Muzani sebagai Hajah Zarina
  • Zainol MacWilson sebagai Encik Mukhtar
  • Zarina Zainuddin sebagai Puan Suraya
  • Nada Nursyuhada sebagai Jihan
  • Idzham Ismail sebagai Anwar
  • Rahhim Omar sebagai Haji Rahim




Sinopsis Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang tabah bernama Aisha. Aisha atau Aish, kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan. Oleh sebab itu, dia pernah hampir dicabul oleh bapa saudaranya sendiri kerana mahukan harta keluarga. Aish melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu. Ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka, Aish bertemu dengan Ashrafi (Ash), seorang lelaki misteri yang sering membeli lolipop dan makanan kucing di kedai tersebut. Selepas mengetahui tentang Aish yang menghadapi kesempitan hidup untuk menyara diri di kota raya, Ash mempelawa Aish untuk bekerja di kafe miliknya sendiri. Pekerja-pekerja di kafe Ash iaitu Sanctuary Café mempunyai kisah hitam masing-masing. Mereka diberi peluang oleh Ash untuk membina kehidupan yang baharu sebagai pekerja di kafenya. Aish yang turut mempunyai impian yang sama seperti pekerja-pekerja yang lain terus menerima tawaran Ash.

Drama Ash dan Aish, Drama Ash dan Aish Astro Ria, Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Sinopsis Drama Ash dan Aish, Poster Drama Ash dan Aish, Pelakon - Pelakon Drama Ash dan Aish, Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Drama Ash dan Aish Full Episode, Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28, Drama Adaptasi Novel Ash dan Aish,
Ash sering membantu Aish untuk menyesuaikan diri di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, Aish menawarkan diri untuk menjadi isteri Ash sebagai gurauan supaya dia tidak perlu membantunya lagi untuk mencari tempat tinggal. Namun guaraun itu diambil serius oleh Ash dan mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Perkahwinan mereka pada awalnya agak kekok namun bibit-bibit percintaan kian berputik apabila Ash sering mengambil berat tentang Aish. Malangnya Ash ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Sewaktu berada di hospital, Aish terkejut apabila dia boleh melihat Ash bangun dan bercakap seperti biasa. Namun apa yang dilihat ternyata hanyalah roh Ash sahaja. Keupayaan istimewa Aish yang boleh melihat roh manusia kembali setelah beberapa tahun terhenti. Oleh sebab itu, Ash bertekad untuk meminta Aish menolongnya sedar daripada koma.


Lagu Tema / Runut Bunyi/ OST Drama Ash dan Aish

👄 Halusinasi nyanyian Fieya Julia
👄 Goodbye, Hello nyanyian Syamel dan Ernie Zakri
👄 Beku nyanyian Elizabeth Tan dan Hazama
👄 Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul
👄 Luka Baru nyanyian Margosa
👄 Sembah nyanyian Naim Daniel ft Man Kidal




Read More

11 Ogo 2022

Drama Epilog 3 Naga Lakonan Hazama dan Juliana Evans (Awesome TV)



Drama Epilog 3 Naga, Drama Epilog 3 Naga Awesome TV, Drama Awesome TV, Drama Epilog 3 Naga Episod 1 Hingga 24, Drama Epilog 3 Naga Full Episode, Epilog 3 Naga Cast, Pelakon - Pelakon Drama Epilog 3 Naga, Drama Epilog 3 Naga Full Episode, Hazama, Juliana Evans, Drama Adaptasi Novel Epilog 3 Naga,

Drama Epilog 3 Naga sudah mula disiarkan di Awesome TV bermula 3 Ogos 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam. Drama ini boleh ditonton di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV. Antara pelakon drama Epilog 3 Naga ini adalah Hazama, Syarul Ezani, Shafiq ‘Stu’ Rosli, Juliana Evans, Atyka Jalil, Katalina, Faizal Hussein, Ridzuan Hashim, Marissa Yasmin, Sahronizam Noor, Along Eyzendy, Aman Nassim dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Epilog 3 Naga karya Kaz Ishak yang mengangkat genre aksi tentang dunia gengsterism. Selain itu drama Epilog 3 Naga ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Razif Ajiboy serta diterbitkan oleh Layar Sutra Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Epilog 3 Naga ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


Watak dan Barisan Pelakon Drama Epilog 3 Naga 

Hazama Azmi sebagai Khalid
Syarul Ezani sebagai Fazarul
Shafiq ‘Stu’ Rosli sebagai Sean Abdullah
Juliana Evans sebagai Natasha
Atyka Jalil sebagai Sazlina
Katalina sebagai Sofea Ahmad
Faizal Hussien sebagai Azroy
Ridzuan Hashim sebagai Uncle Hussien
Marissa Yasmin sebagai Makcik Asmah
Sahronizam Noor sebagai Pakcik Zulkarnain
Along Eyzendy sebagai Black
Aman Nassim sebagai Chris




Sinopsis Drama Epilog 3 Naga Lakonan Hazama dan Juliana Evans (Awesome TV)

Mengisahkan tentang kisah tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap. Fazarul, Khalid and Sean merupakan sahabat karib sejak kecil. Persahabatan, kisah cinta dan kasih sayang keluarga, disulam dengan kenakalan remaja yang mula membawa padah tatkala batas dilangkah. Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri. Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama. Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Murder By Moonlight Episod 1 Hingga 8 Di Astro Citra


Read More


My Random Post