26 Okt 2019

Review Drama Korea Save Me 2 : The Fake




Save Me 2, Save Me 2 : The Fake, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Save Me 2, Drama Korea Save Me 2 : The Fake, Sinopsis Drama Korea Save Me 2, Artis Korea, Review By Miss Banu, Blog Dari Hati Miss Mulan, My Opinion, My Feeling, Ulasan Drama Korea Save Me 2, Suspen, Watak Pelakon, Ending Drama Korea Save Me 2, Korean Style, Poster Drama Korea Save Me 2 : The Fake, Senarai Pelakon Drama Korea Save Me 2, Uhm Tae Goo, Cheon Ho Jin, Esom, Kim Young Min, Han Sun Hwa, Sung Hyuk, Oh Yeon Ah, Jo Jae Yun, Baek Soo Jang, Esom New Drama, Uhm Tae Goo New Drama,

Selepas drama Korea Save Me mendapat sambutan penonton, kini muncul pula drama sambungannya iaitu Save Me 2 : The Fake. Walaubagaimanapun jalan cerita dalam Save Me 2 ini berbeza dengan season yang pertama, tapi masih mengekalkan genre yang sama. Korean Drama Save Me 2 : The Fake ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel OCN bermula 8 Mei 2019 dan tamat episodnya pada 27 Jun 2019 yang lalu. Drama Save Me 2 ini diadaptasikan daripada filem animasi The Fake (2013) dan disiarkan bagi menggantikan drama Possessed dan kemudian akan digantikan dengan drama baru bertajuk Class Of Lies. Antara pelakon drama Korea Save Me 2 : The Fake ini adalah Uhm Tae Goo, Cheon Ho Jin, Esom, Kim Young Min, Han Sun Hwa, Sung Hyuk, Oh Yeon Ah, Jo Jae Yun, Baek Soo Jang dan ramai lagi. Hanya seorang pelakon dari drama Save Me 1 dikekalkan untuk season kedua ini iaitu Jo Jae Yun. Namun wataknya untuk season kedua ini juga berbeza dari season pertama sebab dia jadi polis gitu. Dalam first season Jo Jae Yun pegang watak jahat and watak jahat tu juga ada muncul di episod terakhir drama ni, maybe hint untuk next season kot hahaha. Bila buat review drama ini, aku tak dapat lari dari membuat perbandingan drama Save Me season 1 dengan season 2 ni.




Korean Drama Save Me season 1 sangat suspen, jalan cerita bergerak laju, episod pertama pun dah wow kan. Berbeza sedikit dengan drama Korea Save Me 2 : The Fake yang agak slow pace, bermula episod 9 barulah jalan cerita jadi laju dan suspen. Selain itu agak stress juga dengan watak utama drama ini iaitu Kim Min Cheol lakonan Uhm Tae Goo yang sentiasa panas baran dan kerjanya nak bergaduh dengan orang je, pastu tak berfikir panjang sebab tu payah dia nak lawan orang jahat tu yang lebih bijak dalam menipu serta memanipulasikan orang lain dan bermulut manis. Selain itu adik perempuan Kim Min Cheol iaitu Kim Young Sun lakonan Esom tu pun satu hal, asyik membenci dan salah faham pada abangnya hingga susah Kim Min Cheol nak selamatkan dia. Aku tak sangka Cheon Ho Jin boleh bawa watak jahat dalam drama ini, sebab muka dia memang nampak baik sangat. Dia ada pegang watak guru yang sangat baik dalam drama Korea My Strange Hero, siapa yang tengok cite My Strange Hero tu mesti payah nak terima dia jadi jahat dalam drama ni hehehe. Tapi terbaik juga lakonan dia tu, rasa geram je tengok dia menipu semua penduduk kampung tu yang kebanyakannya terdiri daripada orang tua.

Save Me 2, Save Me 2 : The Fake, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Save Me 2, Drama Korea Save Me 2 : The Fake, Sinopsis Drama Korea Save Me 2, Artis Korea, Review By Miss Banu, Blog Dari Hati Miss Mulan, My Opinion, My Feeling, Ulasan Drama Korea Save Me 2, Suspen, Watak Pelakon, Ending Drama Korea Save Me 2, Korean Style, Poster Drama Korea Save Me 2 : The Fake, Senarai Pelakon Drama Korea Save Me 2, Uhm Tae Goo, Cheon Ho Jin, Esom, Kim Young Min, Han Sun Hwa, Sung Hyuk, Oh Yeon Ah, Jo Jae Yun, Baek Soo Jang, Esom New Drama, Uhm Tae Goo New Drama,
Dalam banyak - banyak watak dalam drama ni, aku paling suka dengan watak Go Eun Ah lakonan Han Sun Hwa yang merupakan penyokong kuat dan girlfriend Kim Min Cheol yang setia. Tapi aku tak pasti sama ada dia dan Kim Min Cheol benar - benar bercinta atau tidak, sebab nampak Kim Min Cheol macam biasa saja. Cuma Go Eun Ah tu memang nampak benar - benar cintakan Kim Min Cheol tu. Watak paling kesian tapi dalam masa yang sama annoying tu jatuh pada paderi Sung Cheol Woo lakonan Kim Young Min. Kesian sebab dia awalnya memang baik, berniat ikhlas nak menolong orang kampung, akhirnya berubah dengan drastiknya disebabkan Choi Kyung Seok. Kim Young Min ni memang dah biasa bawa watak jahat contohnya seperti dalam drama Hide and Seek dan My Mister, tapi aku suka dengan perkembangan wataknya dari baik ke jahat. Dari komen - komen yang aku baca, ramai juga yang suka drama ini, namun ada juga yang lebih suka season yang pertama. Selain itu ramai juga yang suka dengar suara Uhm Tae Goo yang serak - serak basah tu hehe, jarang ada pelakon lelaki Korea yang mempunyai suara unik macam Uhm Tae Goo. Okey jom tengok sinopsis drama Korea Save Me 2 : The Fake di bawah ini okey..

Mengisahkan tentang Kim Min Cheol (Uhm Tae Goo) yang panas baran dan sering keluar masuk penjara. Ini ditambah lagi dengan permusuhannya dengan seorang anggota polis bernama Shin Pil Koo (Jo Jae Yun) akibat salah faham. Shin Pil Koo memang sering mencari salah Kim Min Cheol supaya dia dapat memenjarakannya dengan lebih lama, disamping dapat membalas dendam lamanya itu. Kim Min Cheol juga mendapat tahu yang kampungnya di Wolchoori akan ditenggelamkan dan penduduk disitu diarahkan untuk berpindah dan semua penduduk akan diberikan pampasan oleh kerajaan. Namun tak semua penduduk kampung bersetuju untuk berpindah dan akhirnya mereka membuat protes besar -besar. Ketidaksepakatan penduduk kampung Wolchoori itu menyusahkan semua pihak. Tak lama kemudian datang seorang lelaki bernama Choi Kyung Seok (Cheon Ho Jin) yang merupakan bekas professor Universiti ke kampung berkenaan untuk melawat salah seorang kenalannya dikampung itu iaitu Jung Byung Ryul (Sung Hyuk). Pada awalnya penduduk kampung di situ tidak begitu suka dengan kehadiran Choi Kyung Seok kerana Choi Kyung Seok adalah orang luar. Namun setelah Choi Kyung Seok berjaya menyatukan penduduk kampung serta berjaya menolong penduduk kampung untuk mendapatkan pampasan yang tinggi dari kerajaan, membuatkan penduduk kampung mula menghormatinya.
Save Me 2, Save Me 2 : The Fake, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Save Me 2, Drama Korea Save Me 2 : The Fake, Sinopsis Drama Korea Save Me 2, Artis Korea, Review By Miss Banu, Blog Dari Hati Miss Mulan, My Opinion, My Feeling, Ulasan Drama Korea Save Me 2, Suspen, Watak Pelakon, Ending Drama Korea Save Me 2, Korean Style, Poster Drama Korea Save Me 2 : The Fake, Senarai Pelakon Drama Korea Save Me 2, Uhm Tae Goo, Cheon Ho Jin, Esom, Kim Young Min, Han Sun Hwa, Sung Hyuk, Oh Yeon Ah, Jo Jae Yun, Baek Soo Jang, Esom New Drama, Uhm Tae Goo New Drama,
Choi Kyung Seok merupakan seorang penipu / con artist yang ingin merampas dan mencuri semua duit pampasan yang penduduk kampung dapat dari kerajaan. Setelah dia mendapat kepercayaan dari penduduk kampung di situ. Choi Kyung Seok memulakan agendanya dengan cuba mendirikan sebuah gereja di situ serta menginginkan semua penduduk disitu terpengaruh dengan ajaran sesatnya itu. Choi Kyung Seok juga berjaya memperdayakan paderi Sung Cheol Woo (Kim Young Min) untuk mengikutnya dan berkhidmat di gereja tersebut. Namun rancangannya mula bermasalah bila Jung Byung Ryul mula sangsi dengan dirinya dan J.Byung Ryul bertindak pergi ke bandar untuk menyiasat. Tak lama kemudian Jung Byung Ryul tiba - tiba hilang kerana telah diculik oleh gangster yang turut bersubahat dengan Choi Kyung Seok. Tak lama kemudian, secara tidak sengaja Choi Kyung Seok bertemu pula Kim Min Cheol di cafe Iris, namun selepas pertemuan itu, mereka mula menjadi musuh ketat. Dari sekali pandang, Kim Min Cheol dah dapat jangka yang Choi Kyung Seok ini talam dua muka dan penipu. Sejak dari itu Kim Min Cheol mula menjadi penghalang terbesar rancangannya Choi Kyung Seok itu. Kim Min Cheol juga mendapat bukti yang Choi Kyung Seok adalah seorang penipu dan cuba mendedahkan identiti sebenar Choi Kyung Seok pada penduduk kampung, namun tidak ada seorang pun yang mempercayainya, walaupun dia ada bukti.
Save Me 2, Save Me 2 : The Fake, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Save Me 2, Drama Korea Save Me 2 : The Fake, Sinopsis Drama Korea Save Me 2, Artis Korea, Review By Miss Banu, Blog Dari Hati Miss Mulan, My Opinion, My Feeling, Ulasan Drama Korea Save Me 2, Suspen, Watak Pelakon, Ending Drama Korea Save Me 2, Korean Style, Poster Drama Korea Save Me 2 : The Fake, Senarai Pelakon Drama Korea Save Me 2, Uhm Tae Goo, Cheon Ho Jin, Esom, Kim Young Min, Han Sun Hwa, Sung Hyuk, Oh Yeon Ah, Jo Jae Yun, Baek Soo Jang, Esom New Drama, Uhm Tae Goo New Drama,
Hanya paderi Sung Cheol Woo yang mula ragu - ragu dengan identiti sebenar Choi Kyung Seok. Walaubagaimanapun paderi Sung Cheol Woo masih berdiam diri dan hanya memerhatikan gerak - geri Choi Kyung Seok itu. Tak lama kemudian Choi Kyung Seok sedar yang paderi Sung Cheol Woo dah tahu identiti dirinya. Bagi mengelakkan rahsianya pecah, Choi Kyung Seok cuba membawa seseorang dari masa silam Sung Cheol Woo ke situ supaya dia dapat mengawal paderi Sung Cheol Woo dari bertindak sesuka hatinya. Hal tersebut membuatkan paderi Sung Cheol Woo menjadi tidak tentu arah dan akhirnya mengambil tindakan drastik untuk mengatasi masalah itu. Choi Kyung Seok juga berjaya membuatkan seluruh penduduk kampung menjadi obses dan fanatik dengan ajaran sesatnya itu. Dia juga turut memfitnah Kim Min Cheol dan mengatakan Kim Min Cheol adalah syaitan. Hal tersebut membuatkan penduduk kampung ingin menghalau Kim Min Cheol dari
kampung berkenaan. Apa yang berlaku seterusnya?. Bila tengok drama ini, korang memang akan geram dengan penduduk kampung yang senang betul terpengaruh dengan ajaran sesat yang dibawa oleh Choi Kyung Seok ni. Dah ada bukti depan mata pun, diorang tak nak percaya.
Paling best bila tengok reaksi Shin Pil Koo bila dapat tahu identiti sebenar Choi Kyung Seok tu, terkejut gile die hahaha. Ending drama Korea Save Me 2 : The Fake ini sad ending untuk penduduk kampung, tapi happy ending juga untuk Kim Min Cheol and the geng. Aku paling suka bila diorang tunjuk satu - persatu tentang apa yang terjadi pada penduduk kampung bila diorang dapat tahu kebenaran, serta apa kesannya pada semua penduduk kampung setelah mereka semua pindah dari situ. Memang sedih sikitlah part ni, sebab kesan dan akibatnya memang besar. Scene - scene suspen dalam drama ini best, kalau dalam drama Save Me 1st season ada kebakaran berlaku, dalam season kedua ini pun ada kebakaran juga hehehe. Walaupun drama Save Me Season 2 ini agak slow di permulaannya tapi ianya mula jadi best dipertengahan cerita hingga ke penamatnya. Apa pun aku bagi 7.8/10 bintang untuk drama ini.

Save Me 2 Quote
"Faith is something that is created when you desperately want to hold on to something." - #SaveMe2

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea - Haechi

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

4 ulasan:

  1. Waaa minat cerita ini...tau

    Salam kenalan dari saya, nak tanya ini sudikah blog awak bertukar link dengan blog saya. Kalau awak sudi beritahu saya ye, comment kat mana-mana post blog saya.

    Ini blog saya https://ohzarina.blogspot.com/

    Semoga dengan ada bloglist akan bertambah lagi pageviews blog ini. Insya Allah amin.

    Saya dah follow blog awak. :)

    BalasPadam
  2. tak tengok yang first.. takot citer gelap2 mcm ni hehe layan romcom je..

    BalasPadam
  3. Min dah tgok class of lies blum? Sy dah layan ep 10. Xde pe yg speacial pun drama ni. Kira typical kdrama. Dah byak drama mcm ni.sedih xde. Lawak xde. Yg ade mnyampah degn bdak jhat2. Mati la semua budak2 skolah2. Dasar biadap. Blagak. Citer ni ak bg 7.5markah. Tp kalau director selitkan lawak2 ke sedih2 mesti lg best. ak boleh bg 8.5markah. watak beom jin tu mmg dr awal ak dah menyampah. Dah tau budak tu msti jhat suke sgt mngapi2kan budak lain. Pastu blagak hot blagak pandai blagak hebat blagak alim blagak baik mulia pdahal mesti syaitan. Paling benci kdrama genre sekolah2 pasal buli2 la. Byung ho tu pun blagak konon2 dibuli tp mcm jahat je. Lee gi hoon cute je. Nak jd jhat konon. Cis xpdn ngn kecik. Berlawan pun lemah.sile mati beom jin benci ak tgok muke bodoh ko tu.

    BalasPadam
  4. Class of lies ep 1 sampai 7 watak pwrempuan tu agak anoying ye. Konon nak jd cikgu baik yg menolong budak2. Padahal mnyusahkan lg. Nasib baik naik ep 8 female lead and male lead mule bkerjasama mnyiasat. Kalau x mmg ak carut2 la 😁😁😁. Kite suke drama sedih2 lawak2. Citer ni xsedih xlawak.

    BalasPadam



My Random Post