28 Feb 2018

Review Filem Korea - Midnight Runners

Midnight Runners, Filem, Movie, Korean Movie, Filem Korea, Korean Movie Review, Review By Miss Banu, Review Filem Korea, Midnight Runners Review, Midnight Runners Cast, Pelakon Filem Korea Midnight Runners, Park Seo Joon, Kang Ha Neul, Park Ha Sun, Sung Dong Il, Lee Ho Jung, Genre, Aksi, Komedi, Polis, Jenayah, 2017, Poster Movie Midnight Runners,
Midnight Runners - Korean Movie Review

Seperti biasa kali ini aku nak share pandangan aku serta membuat sedikit ulasan mengenai Filem Korea Midnight Runners yang release pada 9 Ogos 2017 yang lalu, Korean movie ini bergenre Aksi, Komedi, Polis dan Jenayah. Antara Pelakon Filem Korea Midnight Runners ini adalah Park Seo Joon, Kang Ha Neul, Park Ha Sun, Sung Dong Il, Lee Ho Jung dan ramai lagi. Barisan pelakonnya memang dah best, siap ada Park Seo Joon dan Kang Ha Neul dalam satu movie yang sama, jadi rugilah kalau tak tengok movie ini kan. Malah Park Seo Joon dan Kang Ha Neul turut muncul dalam variety show Running Man untuk mempromosikan filem mereka ini dan episod tersebut memang sangat best dan kelakar hehe. Jalan cerita filem Midnight Runners ini banyak memfokuskan tentang watak Ki Joon yang dilakonkan oleh Park Seo Joon dan watak Hee Yeol yang dilakonkan oleh Kang Ha Neul yang merupakan kawan baik serta pelajar di Korean National Police University. Kiranya diorang ini bakal - bakal polislah tak lama lagi, bromance antara watak mereka juga antara yang menarik dalam movie ini tapi bagi aku bromance diorang okeylah tapi stil tak boleh lawan bromance dalam Drama Chief Kim / Good Manager atau pun dalam Drama Two Cops yang dilakonkan oleh Jo Jung Suk dan Kim Sun Ho.

Filem ini macam tak ada heroin tau sebab lebih berfokuskan tentang watak Ki Joon dan Hee Yeol itu, tapi heroin filem ini wataknya macam pelakon pembantu je hehe. Tapi bagus juga sebab dah malas nak tengok jalan cerita yang berkisarkan kisah cinta 3 segi dan sebagainya. Tak silap aku, filem ini ada sambungannya nanti, so kemungkinan besar akan ada Midnight Runners 2 kot. Lagi pun jalan cerita filem ini berkisarkan tentang Ki Joon dan Hee Yeol yang masih belajar dalam Akademi Polis untuk menjadi polis yang terbaik. Jadi kalau ada sambungannya nanti mestilah kisahnya berkisarkan tentang kehidupan mereka menjadi polislah pula kan. Berbalik pada filem ini aku suka dengan sikap Ki Joon dan Hee Yeol yang sedar akan tanggungjawab mereka yang bakal menjadi polis tak lama lagi dan sanggup berdepan dengan penjenayah walaupun nyawa mereka dalam bahaya. Mereka berazam untuk menyelesaikan segalanya walaupun sedar bahaya yang menanti serta tidak dibantu oleh sesiapa ketika berdepan dengan penjenayah yang jahat itu. Namun ada banyak juga scene - scene yang tak logik bagi aku dalam filem ini, contohnya Ki Joon dan Hee Yeol telah dibelasah teruk oleh sekumpulan samseng tapi yang lawaknya diorang masih bertenaga dan kuat untuk berlawan lagi serta berlari dengan laju pula tu hehehe.



Dalam filem ini memang ada banyak fighting scene dan Ki Joon dan Hee Yeol memang cedera teruk ketika berlawan dengan semua penjahat tu, tapi stil maintain okey. Di permulaan filem ini hingga ke pertengahan cerita memang banyak scene - scene lawak tapi lepas itu jalan cerita filem ini mula bertukar dari lawak menjadi serius. Manakala Ending Filem Midnight Runners ini memang happy endinglah kan. Bagi aku filem ini tak adalah best sangat, plot twist pun tak ada, tapi masih okey dan boleh layannn lagi. Aku bagi 6.8/10 Bintang. Jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye, selamat membaca okey.

Sinopsis Midnight Runners 2017 (Korean Movie)

Mengisahkan Ki Joon dan Hee Yeol yang merupakan pelajar di akademi polis, suatu hari diorang decide untuk keluar berhibur ketika hari cuti mereka. Mereka berduanya ke kelab malam dan menghabiskan masa di situ. Ketika mereka ingin pulang, mereka telah melihat seorang wanita muda telah diculik di depan mata mereka. Mereka kemudian cuba melaporkan kejadian tersebut pada polis namun laporan mereka tidak begitu dipedulikan. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kes tersebut dan cuba menyelamatkan wanita tersebut. Sepanjang malam mereka cuba menjejaki wanita tersebut dan akhirnya mereka sedar mereka kini berdepan dengan satu kumpulan penjenayah berbahaya yang menculik wanita dan menggunakan wanita muda tersebut untuk tujuan tertentu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Poster Filem di atas credit to Asianwiki

9 ulasan:

  1. macam best..kdg cikyan tgk pelakon dia dulu kalo nak tgk cerita..hahaha

    BalasPadam
  2. Perangai dorg dua dlm movie ni mcm bertukar dgn perangai sebenar dorg haha. Seronok jugak lagi lagi bila dorg tekad nak selamatkan semua girls tu, siap belajar fight semua.

    BalasPadam
  3. yessss ada sambungan! Movie ni best sangat memang penat gelak dengan perangai diorang :D

    BalasPadam
  4. Saya dah tengok cerita ini.. best gila dua orang kawan agak dungu juga la.. tapi dapat cari penjenayah tu. terbaik!

    BalasPadam
  5. citer ni dah tengok la.best la.ok la citer dia.menarik

    BalasPadam
  6. ada nampak tapi belum rasa nak tengok lagi
    tunggu mood datang
    heheeh

    BalasPadam
  7. singgah sini & follow dari https://aerillhassan.blogspot.my/

    BalasPadam



My Random Post