14 Dis 2022

Ending Drama Kampung People 3



Drama Kampung People 3, Ending Drama Kampung People 3, Episod Akhir dan Ending Drama Kampung People 3, Kampung People 3 Cast, Sinopsis Episod Akhir Drama Kampung People 3,

Berakhir sudah drama Kampung People Musim Ketiga, aku memang tengok drama ni dari season 1, syok layan drama ni sebab lawak. Walaubagaimanapun untuk season 3 ni rasa drama ni macam kurang sesuatu, salah satu sebabnya mestilah sebab tak ada Hun Haqeem kan, so rasa kurang bila Jakfer Baby Boo takde gitu. Plus keluarga Razif dah pindah flat jadi orang - orang kampung yang kawan Razif tu tak banyak muncul dalam season 3 ni, cuma adalah beberapa kali muncul termasuk ending. Selain itu ada juga scene - scene yang agak membosankan sikit, contohnya seperti scene - scene Laila di pejabat Pacerat tu. 




Apa pun episod akhir drama Kampung People 3 ni memang happy endinglah kan bila identiti tuan Suhaimi terdedah bila dia dah tukar badan jadi lebih muda dan telah pun ditangkap. Jadi geng Cengkih Manis dah tumpas manakala Mona, Razif, Yummy dan Laila boleh kembali jadi kampung people semula dan tak perlu menyamar lagi. Tak tahulaa kalau ada sambungan lagi jadi Kampung People 4 pula kan. Selepas ini drama ini akan diganti dengan drama Budak Tebing 3.


2 ulasan:

  1. wahh... bermusim musim nampaknya kampung people mendominasi tv

    BalasPadam
  2. Musim ni ramau yg cakap bosan. Xsempat nk tgk tahu2 dah ada drama baru..hehe

    BalasPadam



My Random Post