7 Jan 2021

Drama Mencari Kiblat Cinta Lakonan Husna Mustaffa dan Syazuwan Hassan (TV Okey)



Drama Mencari Kiblat Cinta, Novel Mencari Kiblat Cinta, Baca Online Novel Mencari Kiblat Cinta, Info dan Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta, Poster Drama Mencari Kiblat Cinta, OST Drama Mencari Kiblat Cinta, Pelakon - Pelakon Drama Mencari Kiblat Cinta, Drama Baru Syazuwan Hassan, Drama Baru Husna Mustaffa,

Drama Mencari Kiblat Cinta adalah drama terbaru di TV Okey yang disiarkan bagi menggantikan drama Setiaku Di Sini. Kiranya drama ini macam drama pembukaan tahun 2021 di TV Okey gitu, drama Mencari Kiblat Cinta akan disiarkan mulai 7 Januari 2021 ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di TV Okey dan mempunyai 26 episod. Antara pelakon drama Mencari Kiblat Cinta ini adalah Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Shah Hazvee, Ali Reza, Dayana Roza, Anne Ngasri, Edika Yusof, Zila Bakarin, Raden Zaharatul, Inas Sofea, Naszeli Ngasri, Nina Fazurina, Sazrin Aizul, Laura Olivia, Shahriza Mahmud dan ramai lagi. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Mencari Kiblat Cinta karya Anita Aruszi dan diarahkan oleh Jo Yusof  serta diterbitkan oleh NS Star Sdn Bhd. Manakala Lagu tema / OST Drama Mencari Kiblat Cinta ini bertajuk Semalam nyanyian Aina Abdul. First time aku tengok Husna Mustaffa ni berlakon masa dalam drama Hati Yang tersakiti tu, dia jadi setiausaha Remy Ishak dalam drama tu hehe. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Mencari Kiblat Cinta ini beserta sinopsisnys sekali.
Drama Mencari Kiblat Cinta, Novel Mencari Kiblat Cinta, Baca Online Novel Mencari Kiblat Cinta, Info dan Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta, Poster Drama Mencari Kiblat Cinta, OST Drama Mencari Kiblat Cinta, Pelakon - Pelakon Drama Mencari Kiblat Cinta, Drama Baru Syazuwan Hassan, Drama Baru Husna Mustaffa,
Husna Mustaffa sebagai Danira
Syazuwan Hassan sebagai Tengku Filman
Shah Hazvee sebagai Naufal / Alif
Dayana Roza sebagai Wirda
Fifi Laura Olivia sebagai Melly
Edika Yusof sebagai Tengku Amar
Zila Bakarin sebagai Tengku Saida
Raden Zaharatul sebagai Yana
Azerin Zainal sebagai Joshua
Falla Zully sebagai Evelyn
Ali Reza sebagai Tengku Firdaus
Inas Sofea sebagai Najla
Anne Ngasri sebagai Karmila
Sazrin Aizul sebagai Zhulbhan
Naszeli Ngasri sebagai Harris
Nina Fazurina sebagai Cikgu Lyn
Shahriza Mahmud sebagai Musliha 
Nadia Kesuma sebagai Zahara




Sinopsis Penuh Drama Mencari Kiblat Cinta Lakonan Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan dan Shah Hazvee 
(TV Okey)

Kerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff, lelaki traumatik dengan kenangan kosong. Dalam sempurna Tengku Filman, ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.
Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.
Drama Mencari Kiblat Cinta, Novel Mencari Kiblat Cinta, Baca Online Novel Mencari Kiblat Cinta, Info dan Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta,
Kalau korang nak baca online versi novel Mencari Kiblat Cinta karya Anita Aruszi, korang boleh klik link dibawah ye..

Read More

6 Jan 2021

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 Hingga Episod 13 (Tonton Full Episode) Di TV3



Drama Hadiah Dari Tuhan, Drama Bersiri, Slot Lestary TV3, Poster Drama Hadiah Dari Tuhan, Info dan Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan, Pelakon - Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan,

Drama Hadiah Dari Tuhan adalah drama terbaru di Slot Lestary yang disiarkan bagi menggantikan drama Sang Pewaris lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli yang telah tamat episodnya. Drama ini menelusuri realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik Covid-19. Antara pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan ini adalah Syafi Tee, Riena Diana, Sophia AlBarakbah, Puteri Rafasya, Amy Mastura, Fezrul Khan, Dynas Mokhtar, Ummar Dzariff, Aryana Amani dan ramai lagi. Drama Hadiah Dari Tuhan ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Fairuz Loy serta diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Drama Hadiah Dari Tuhan ini bertajuk Barisan Hadapan nyanyian Azlan & The Typewriter serta lagu Muhasabah nyanyian Alfie Zumi. Nampak menarik kan drama ini, jalan ceritanya lain daripada yang lain gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Hadiah Dari Tuhan ini serta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Syafi Tee sebagai Qul
Riena Diana sebagai Ika
Sophia AlBarakbah sebagai Bella
Puteri Rafasya sebagai Fatin
Amy Mastura sebagai Jannah
Fezrul Khan sebagai Dr Zabidi
Dynas Mokhtar sebagai Khatty
Ummar Dzariff sebagai Adli
Aryana Amani sebagai Pika




Sinopsis Penuh Drama Hadiah Dari Tuhan Lakonan Syafi Tee dan Riena Diana di Slot Lestary TV3

Mengisahkan pergolakkan hidup tiga remaja dari latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia berdepan dengan wabak Covid19. Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20. Qul telah kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.
Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit.
Drama Hadiah Dari Tuhan, Drama Bersiri, Slot Lestary TV3, Poster Drama Hadiah Dari Tuhan, Info dan Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan, Pelakon - Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan,
Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa. Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil. Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai datuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap. Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan. Apa yang berlaku seterusnya?.

Tonton Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 Hingga 13 (Akhir)


Live Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 - Episod 13 (Full Episode) --> https://www.xtra.com.my/live-tv/

Tonton Online Full Episod Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 - Episod 13 (Akhir)  --> https://www.iq.com/play/2894nwnhwtl?&lang=ms_my&sh_pltf=4

Read More

5 Jan 2021

Tonton Drama Tercipta Satu Ikatan Full Episode Lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha Di Astro Ria



Pelakon - Pelakon Drama Tercipta Satu Ikatan, Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel), Drama Tercipta Satu Ikatan, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Aeril Zafrel, Drama Baru Izzue Islam, Info dan Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan,

 Drama Tercipta Satu Ikatan adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Biar Mereka Cemburu lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali yang telah tamat episodnya. Drama Tercipta Satu Ikatan lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam dan ramai lagi sudah mula bersiaran sejak 29 Disember 2020 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Tercipta Satu Ikatan karya Laydee Amarfi. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Drama Tercipta Satu Ikatan ini bertajuk Kesempatan Bagimu nyanyian Adira Suhaimi. Nampak best kan drama ini, apa pun jom tengok senarai pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini beserta watak - watak mereka dibawah ini ye.

Aeril Zafrel sebagai Daniyal
Hannah Delisha sebagai Leanna
Izzue Islam sebagai Zhafran
Sophia Barakbah sebagai Rissa
Nadhir Nasar sebagai Sirhan
Nadiyah Shahab sebagai Anita
Esma Daniel sebagai Dato Jeffrey
Hasnol Rahmat sebagai Kobeng
Saharul Ridzwan sebagai Zainudin
Fazira Shafinaz sebagai Azizah
Nada Syuhada sebagai Kak Nida
Elnisa Ryun sebagai Sandra 
Qhaira Imani sebagai Aleeya 
Zazly Baginda sebagai Razili 
Liyana Yusof sebagai Datin Rogayah
Azhar Amir ssebagai Dato Imran 
Ratu Fyda sebagai Qish
Mia Deen sebagai Intan 




Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan 
Lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha

Drama ini mengisahkan Leanna seorang anak usahawan yang berjaya iaitu Dato' Jeffery. Daniyal dan rakan-rakannya merancang dengan baik untuk membalas dendam kepada seseorang. Dato’ Jeffery sangat berminat dengan Daniyal dan menemukan Daniyal dengan Leanna. Daniyal dan Leanna bersetuju ingin berkahwin. Tetapi sesuatu terjadi kepada Dato’ Jeffery. Rissa yang sudah pulang dari luar negara ingin memastikan Daniyal kekal dengan tujuan utama dia. Daniyal mendapat tahu Zhafran cuba untuk mengagalkan rancangannya. Leanna mula meragui tentang kematian bapanya selepas menerima satu mesej yang mencurigakan. Rissa dan Sirhan tidak puas hati apabila Daniyal cuba mengubah perancangan asal mereka. Leanna mula menyiasat tentang syarikat bapanya kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan Daniyal. Daniyal dan Zhafran mula meragui antara satu sama lain. Daniyal menuduh Zafran meracuni fikiran Leanna. Bagaimana pengakhiran drama ini, kena lah tonton nanti kan.

Kalau nak baca sinopsis versi novel dan baca online novelnya bolehlah klik sini ye 👉👉 Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel)
Pelakon - Pelakon Drama Tercipta Satu Ikatan, Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel), Drama Tercipta Satu Ikatan, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Aeril Zafrel, Drama Baru Izzue Islam, Info dan Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan,
Tonton Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 1 Hingga Episod 20 (Akhir)

Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 1  👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/59
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 2 👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/62
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 3 👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/67
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 4 
👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/118
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 5 
👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/120
Tercipta Satu Ikatan Episod 6 
👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/124
Tercipta Satu Ikatan Episod 7 
👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/130
Tercipta Satu Ikatan Episod 8 
👫 https://t.me/c/1393367717/4565
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 9
👫 https://t.me/c/1393367717/4571
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 10
👫 https://t.me/c/1393367717/4584
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 11
👫 https://t.me/c/1393367717/4591
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 12
👫 https://t.me/c/1393367717/4607
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 13 - https://t.me/DramatelemovieChannel/224
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 14 - https://t.me/DramatelemovieChannel/232
Tercipta Satu Ikatan Episod 15 - https://t.me/DramatelemovieChannel/237
Tercipta Satu Ikatan Episod 16 - https://t.me/DramatelemovieChannel/256
Tercipta Satu Ikatan Episod 17 - https://t.me/DramatelemovieChannel/268
Tercipta Satu Ikatan Episod 18 - https://t.me/DramatelemovieChannel/280
Tercipta Satu Ikatan Episod 19 - https://t.me/DramatelemovieChannel/286
Episod Akhir Drama Tercipta Satu Ikatan (Episod 20) - https://t.me/DramatelemovieChannel/300

Read More

Drama Potong Lakonan Hazama dan Kazar (Astro Warna)



Drama Potong Astro Warna, Drama Lakonan Hazama, Drama Komedi Astro Warna, Poster Drama Potong, Info dan Sinopsis Drama Potong Lakonan Hazama dan Kazar (Astro Warna), Pelakon - Pelakon Drama Potong,

Drama Komedi Potong Lakonan Hazama dan Kazar Saisi sudah pun disiarkan setiap Selasa, jam 9 malam di Astro Warna. Drama Potong ini sudah mula bersiaran di Astro Warna sejak 29 Disember yang lalu dan mempunyai 15 episod. Antara pelakon drama Potong ini adalah Hazama, Kazar Saisi, Dalimawati, Lan Siro, Syazlin Zainal serta ramai cameo dalam drama ini seperti Rosyam Nor, Jurey Rosli, Black Hanafiah, Along Eyzendy, Neera Azizi, Daler Yusof, Kamarul Hj Yusof, Wafariena, Erul AF, Mubarak Majid, Hamdan Senario, Nor Albaniah, Reza Hasbi dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli dan diterbitkan oleh World Evolution Brain. Manakala lagu tema / OST Drama Potong ini bertajuk Adinda nyanyian Hazama, nampak menarik kan drama Potong ni. Apa pun jom tengok watak pelakon beserta sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat membaca..

Watak Pelakon

Hazama sebagai Midun
Kazar Saisi sebagai Mustafa
Dalimawati sebagai Mak Midun
Lan Siro sebagai Jeman
Syazlin Zainal sebagai Dr. Nur




Sinopsis Penuh Drama Potong Lakonan Hazama dan Kazar (Astro Warna)

Ahmad Hamidun pulang ke kampung di Lenggong kerana ayahnya sakit. Sampai dirumah , ayahnya yang mengerang kesakitan memanggil Midun dan meminta Midun belikan Chicken Chop 2. Satu untuknya dan satu untuk isterinya. Ayah nya suruh pergi beli segera kerana risau tak sempat makan.  Selepas makan Chicken Chop ayah Midun memberi pesanan agar Midun menerima warisan keluarga mereka pada Midun kerana Midun lah pewaris paling layak menerima warisan tersebut hingga ke anak cucu.
Midun yang mendengar perkara tersebut terus keluar pergi mengambil tangga di rumah jiran dan masuk ke dalam rumah. Dia ingin membuka bumbung rumah supaya saka ayahnya tidak diwarisi olehnya. Emak Midun menjelaskan tiada saka yang dibela ayahnya. Belum pernah keluarganya membela saka.Ayah Midun menyurus isterinya membawakan nya bag hitam yang disimpan. Ayah Midun mengeluarkan seilah pisau lecil yang digunakan untuk menyunatkan budak-budak di kampung. Ayah Midun mahu Midun meneruskan tradisi keluarganya menyambung kerja sebagai Tok Mudim di kampung tersebut. Sebaik sahaja Midun mengangguk setuju ayahnya meninggal dunia. Kini Midun sudah bergelar Tok Mudim kampung. Dengan dibantu oleh Abang Mus mereka menawarkan khidman berkhatan berserta dengan tempoh warranty. Sebaik seleasai menjalankan tugas Midun akan memberi beberapa nasihat pada pelanggan nya bagaimana cara menjaga luka berkhatan.

Hari itu ketika dalam perjalanan pulang dari mengkhatan kan anak salah seorang pendduk kampung , mereka ditahan oleh Jeman. Jeman meminta wang pada Midun. Midun tak nak memberikan wang pada Jemandan melarikan bag Midun. Begitulah Jeman yang kerap menganggu sesiapa saja di kampung tersebut. Dia juga selalu mengambil wang penduduk kampung. Jeman yang sedang menunggang Motorsikal bertembung dengan sebuah kereta. Dia terjatuh ketika mengelak dilanggar kereta tersebut. pemilik kereta keluar untuk melihat keadaan Jeman. Jeman jatuh cinta melihat wajah gadis tersebut. Rupanya dia seorang doktor. Dia mempelawa Jeman ke klinik nya untuk merawat Jiman. Di klinik dia berkenalan dengan doktor tersebut. Jeman meminta suntikan pada doktor, tapi doktor kata tak perlu suntikan. 
Midun dan abang Mus singgah di Warong Tok Jidin. Midun melihat anak-anakmuda disitu semuanya hanya melihat smartphone. Dia memberitahu pemduduk sekarang dah jadi anti sosial. Tok Jidin memberitahu Midun yang dekat kampung mereka sudah ada klinik yang menyediakan khidmat berkhatan. Abang Mus dan Midun tidak risau kerana mereka yakin orang kampung tetap akan menggunakan khidmat khatan secara tradisional. Jeman mula dilanda angau. Dia asyik teringatkan doktor wanita yang diatemui tadi. Dia kembali semula ke klinik Dr Nur . Dia memberitahu yang lukanya sudah tidak sakit. Cuma dia berasa ada sakit baru dibahagian dadanya. Dadanya berdegup kencang dan Doktor Nur la Puncanya. Dia memberitahu yang dia ingin menjemput Dr Nur untuk candle light diner bersamanya.

Masuk waktu solat Zohor, sewaktu bilal mula hendak azan Bilal dan imam terkejut melihat tabung dan mikrofon masjid sudah hilang. Mereka dapat merasakan tbung dan Mikrofon sudah hilang di kebas pencuri. Bila mereka memeriksa cctv masjid mereka melihat Jeman yang mengambil barang-barang masjid. Orang-orang masjid terus pergi mencari Jeman dan meminta Jeman mengembalikan semula barang-barang masjid yang diambil Jeman. Jeman tak mengaku walaupun sudah jelas dalam video cctv dia yang mengambil barang-barang tersebut. Jeman sempat melarikan diri dengan motorsikalnya. Midun yang sedang menunggang motorsikal tiba-tiba ternampak Dr Nur dihadapan rumah sedang memotong rumput. Midun tak lepas memandang Dr Nur. Dia tersenyum malu melihat Dr Nur walaupun Dr Nur langsung tak mempedulikan nya.
Di warong Tok Jidin memberitahu Midun dan Abang Mus bahawa Jeman kerap meminta wang orang kampung. menurut Abang Mus sejak Jeman masuk kumpulan gengstar lambang ikan pari lah Jeman berubah menjadi jahat. Tok Jidin meminta Midun agar menasihatkan Jemankerana keluarga Midun sangat dihormati orang kampung. Midun menolak dan tak mahu masuk campur dalam urusan Jeman...

Okey tu sinopsis episod 1 drama Potong ni, kalau nak tahu apa yang terjadi seterusnya, kenalah tengok drama ni ye.

Read More

4 Jan 2021

Telefilem Angkara Dendam Lakonan Amerul Affendi dan Elizad Sharifuddin (Astro Citra)



Telefilem Angkara Dendam, Telemovie Angkara Dendam, Poster Telefilem Angkara Dendam, Pelakon - Pelakon Telefilem Angkara Dendam,

Telefilem Angkara Dendam sudah pun disiarkan pada hari Sabtu yang lalu, iaitu 2 Januari 2021 di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Angkara Dendam ini adalah  Amerul Affendi, Elizad Sharifuddin, Marisa Yasmin, Sahronizam Noor, Lan Siro, Jeri Ariffin dan ramai lagi. Selain itu 
Telemovie Angkara Dendam ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Wah nampak menarik telefilem Angkara Dendam ini kan, siapa yang dah tengok?. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Angkara Dendam Lakonan Amerul Affendi dan Elizad Sharifuddin (Astro Citra)

Din dan Is adalah saudara kembar, namun disebabkan bapa mereka terlalu percayakan cakap seorang bomoh untuk membolehkan dirinya terus kaya. Bapa mereka sanggup mengikut cakap bomoh itu untuk menghilangkan Din dari hidup mereka. Bapa mereka mengupah Lesti yang merupakan orang gaji mereka untuk membawa Din jauh dari keluarga mereka, kerana Din dianggap pembawa malang dalam keluarga. Din dibesarkan oleh Lesti, namun hidupnya penuh sengsara kerana diseksa oleh Lesti sehingga Din menyimpan dendam pada Lesti dan seluruh keluarga kandungnya itu. Is kembar Din sentiasa cuba mencari Din namun gagal, Is tak pernah melupakan Din namun berbeza dengan Din yang cemburu melihat kehidupan Is yang bahagia. Hubungan Is dengan ayahnya juga dingin. Din kemudian membunuh Lesti dan kemudian cuba menculik Is, seterusnya menyamar menjadi Is dan pulang ke rumah ibu bapa mereka. Manja pula kekasih Is yang baik dengan ibu Is, Manja berasa pelik dengan cara percakapan Is. Lalu Manja yakin yang Is adalah Din yang datang untuk membunuh keluarganya. Apa yang berlaku seterusnya?.

Read More

31 Dis 2020

Drama Slot Samarinda Bougainvillea Episod 1 Hingga Episod 15 (Full Episode) TV3



Drama Bougainvillea, Poster Drama Bougainvillea, Watak Pelakon, Info dan Sinopsis Drama Bougainvillea, Drama Baru Beto Kusyairy, Drama Baru Nora Danish, Drama Baru Intan Ladyana, Drama Slot Samarinda TV3,

Drama Bougainvillea adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Misteri Mona lakonan Janna Nick dan Redza Rosli yang telah tamat episodnya. Drama Bougainvillea ini mempunyai 15 episod dan sudah mula bersiaran di TV3 sejak 28 Disember yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Bougainvillea ini adalah Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, barisan pelakon pun semua mantap - mantap. Lama tak tengok drama lakonan Beto Kusyairy ni, jadi nanti haruslah tengok kan. Lagu tema / OST drama Bougainvillea ini bertajuk Boneka nyanyian Ernie Zakri. So jom tengok watak - watak pelakon drama Bougainvillea ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey. 

Beto Kusyairy sebagai Adrian
Nora Danish sebagai Mimie 
Intan Ladyana sebagai Aryanna
Hanna Aqeela sebagai Hazira
Ameerul Asyraf sebagai Ali
Jasper Supayah sebagai Ilyana
Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Mior Darwish sebagai Azief




Sinopsis Penuh Drama Bougainvillea Lakonan Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana Di TV3

Mengisahkan kehidupan Aryanna dan Adrian yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik kesibukan Adrian terhadap kerjayanya. Adrian seorang workaholic namun Aryanna sangat memahami kesibukan Adrian biarpun adakala dia terasa hati dengan Adrian. Bibah dan Mimie tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya, dan Bibah sentiasa beri sokongan. Mimie sangat mengagumi keuarga Adrian dan Aryanna. Hazira sangat rapat dengan keluarga Adrian dan Aryanna dan dia bebas untuk keluar masuk rumah pasangan itu, dan turut rapat dengan anak-anak mereka. Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji ketika Aryanna mengalami kemalangan tragis dan koma. Adrian kemudian mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie begitu menyenangkan Adrian. Segala-galanya berubah apabila Mimie mula cemburu dan obses pada Adrian dan berangan untuk menjadi Aryanna. Mereka ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie mencari jalan untuk memisahkan mereka. Suatu hari, Aryanna bangun dari komanya dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang obsesif.
Drama Bougainvillea, Poster Drama Bougainvillea, Watak Pelakon, Info dan Sinopsis Drama Bougainvillea, Drama Baru Beto Kusyairy, Drama Baru Nora Danish, Drama Baru Intan Ladyana, Drama Slot Samarinda TV3,
Rasanya ni kali pertama kot tengok Nora Danish pegang watak antagonis gitu, best - best, semua pelakon dalam drama ini aku suka hehe. Bagi sesiapa yang terlepas menonton drama ini, kalian boleh tonton percuma dan eksklusif di https://www.iq.com/ sebaik sahaja selesai tayangan di TV. Korang boleh juga tonton di aplikasi iQiyi. Apa pun korang jangan risau aku akan update linknya dalam entry ini okey, so stay tune.

Read More

29 Dis 2020

Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi



Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel), Drama Tercipta Satu Ikatan, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Aeril Zafrel, Drama Baru Izzue Islam,

Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 Disember ini. Drama Tercipta Satu Ikatan ini dibintangi oleh Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sophia Barakbah, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan dan ramai lagi. Pelakon cantik manis Hannah Delisha akan memegang watak sebagai Leanna manakala Aeril Zafrel akan melakonkan watak sebagai Daniyal. Berbalik pada Novel Tercipta Satu Ikatan ini, ianya diterbitkan pada tahun 2019 oleh Idea Kreatif. Disamping tengok versi drama di TV, korang juga boleh baca beberapa bab awal novel ini secara online saja, caranya korang hanya perlu klik link dibawah ini okey. Sebelum tu jom tengok sinopsis Novel ini terlebih dahulu okey. Selamat membaca ye..




Sinopsis Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel)

Bagi Leanna, mengahwini Daniyal bukan hanya sekadar memenuhi kehendak daddynya. Tapi dia memang jatuh cinta dengan lelaki itu. Polosnya Leanna kerana menganggap Daniyal juga sama sepertinya, melamar kerana cinta. Dinginnya Daniyal tidak pernah membuat hatinya curiga. Malah dia sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik buat lelaki itu.
"Malam ni boleh tak you berlakon gentleman sekejap? " - Leanna
"I kacak di mata you, tapi masih tak cukup gentleman?" - Daniyal
Hidup mereka bahagia. Namun, satu pesanan ringkas yang diterima membuatkan hati Leanna bagai dihempas ke lantai. Hancur berkecai. Banyak persoalan mula timbul.
"Kenapa you kahwin dengan I, Dan?" - Leanna
"Because I love you, Ann." - Daniyal
Jawapan Daniyal yang berulang kali menyatakan cinta sudah tidak mampu membeli hati Leanna. Dia pergi membawa diri. Vila yang besar tidak lagi memberi bahagia buatnya.
Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel), Drama Tercipta Satu Ikatan, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Aeril Zafrel, Drama Baru Izzue Islam,
"I bagi you dua pilihan. Balik dengan I, atau I move in tinggal dengan you." - Daniyal
"Dua pilihan you akan end up dengan perkara yang sama." - Leanna
Memujuk Leanna bukan perkara yang mudah buat Daniyal. Lebih payah bila Risa muncul menuntut janji dan mengingatkan tentang tujuan asal mereka.
"Sebab you dah sayangkan dia, you lupakan I dan lupa apa plan asal kita?" - Risa
Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffery untuk mengahwini Leanna? Kerana harta atau dendam? Apa yang berlaku sebenarnya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya, dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara? 

👉👉 Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi Bab 1 Hingga Bab 13

JomBaca Ini Juga ⏩⏩ Biodata Terkini Hannah Delisha

Read More

Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.00 pagi 29/12/2020 sehingga 10.00 pagi 30/12/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2020.

** jom support Mia Liana....

Read More


My Random Post