17 Dis 2020

Tonton Drama Misteri Mona Episod 1 Hingga Episod 8 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3



Drama Misteri Mona, OST Drama Misteri Mona, Poster Drama Misteri Mona, Tonton Drama Misteri Mona Episod 1 Hingga Episod 8 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3 Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Elisya Sandha,

Drama Misteri Mona adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Beri Sedikit Waktu lakonan Zara Zya dan Aqasha yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Misteri Mona ini adalah Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Alif Hadi dan ramai lagi. Drama ini mula bersiaran sejak 10 Disember yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan hanya mempunyai 8 episod sahaja. Selain itu drama ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Misteri Mona ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Janna Nick sebagai Anom
Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
Ruzana Ibrahim sebagai Mona
Elisha Sandha sebagai Farah
Zarynn Min sebagai Laila
Zizan Nin sebagai Razlan
Ainin Batrisya sebagai Anom
Duerra Mitilda sebagai Mona
Syed Irfan sebagai Fahmi
Alif Hadi sebagai Shawn
Amir Rahim sebagai Dr Uwais
Syafi Tee sebagai Ikmal




Sinopsis Penuh Drama Misteri Mona Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli TV3

Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang pesakit mental kronik yang telah memulakan kehidupan baru setelah berkahwin dengan Doktor Nadeem (Redza Rosli) yang pernah merawatnya. Sewaktu dalam usaha untuk mendapatkan kembali kehidupan yang normal, Anom terperangkap dalam garis halus antara realiti dan fantasi yang memaksanya untuk berhadapan kembali dengan kenyataan yang selama ini ditinggalkan. 
Suaminya, Dr Nadeem risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya. Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya.
Drama Misteri Mona, OST Drama Misteri Mona, Poster Drama Misteri Mona, Tonton Drama Misteri Mona Episod 1 Hingga Episod 8 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3 Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Elisya Sandha,
Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……” Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?

Lagu Tema / OST Drama Misteri Mona
👄 Suatu Pernah nyanyian Fynn Jamal
👄 Misteri nyanyian Openg
Drama Misteri Mona, OST Drama Misteri Mona, Poster Drama Misteri Mona, Tonton Drama Misteri Mona Episod 1 Hingga Episod 8 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3 Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Elisya Sandha,
Tonton Drama Misteri Mona Episod 1 Hingga 8 (Akhir) 
Bagi yang terlepas untuk menonton drama ini di TV3, drama Misteri Mona boleh ditonton di youtube channel TV3 Malaysia Official ataupun Drama Sangat Official. Aku akan share link2 nya di entry ini okey
Drama Misteri Mona Episod 1 - https://youtu.be/IsBoRkJHCI8
Drama Misteri Mona Episod 2 - https://youtu.be/DPgXDsOwmzo
Misteri Mona Episod 3 - https://youtu.be/q4q0nVzzxjU
Misteri Mona Episod 4 - https://youtu.be/mamL6a2UasE
Drama Misteri Mona Episod 5 - https://youtu.be/MPG7r8nPbNg
Drama Misteri Mona Episod 6 - https://youtu.be/kMGSnAlZt3E
Drama Misteri Mona Episod 7 - https://youtu.be/6-n1F_vKMj0
Episod Akhir Drama Misteri Mona (Episod 8) - https://youtu.be/P4hPmlKg5dc

1 ulasan:

  1. baru tengok episode satu , tapi best . Dr nadim tu mcm ada sembunyi sesuatu je fishy sangat.Tak sangka zizan nin berlakon jahat

    BalasPadam



My Random Post