3 Mac 2019

Telemovie Resort Berhantu - Cerekarama TV3




Resort Berhantu,Telemovie, Telefilem, Telemovie Resort Berhantu, Telefilem Resort Berhantu, Cerekarama Resort Berhantu, Telefilem TV3 2019, Cerekarama 2019, Sinopsis Telemovie Resort Berhantu, Cast, Pelakon Telemovie Resort Berhantu, Ain Edruce, Izzue Islam, Jaja Ilyas, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Hamdan Senario, Masrenny Masri,
Cerekarama Resort Berhantu TV3

Telefilem Resort Berhantu akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 2 March 2019 ini, jam 9.30 malam. Antara pelakon telemovie Resort Berhantu ini adalah Ain Edruce, Izzue Islam, Jaja Ilyas, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Hamdan Senario, Masrenny Masri dan ramai lagi. Telemovie Resort Berhantu ini disiarkan istimewa sempena DFKL 2019 (Drama Festival Kuala Lumpur 2019) yang akan berlangsung tak lama lagi. Selain itu telefilem Resort Berhantu ini diarahkan oleh Isqandar Jebat dan diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Tengok dari iklan kat TV, memang nampak menarik telemovie ini, siap mengetengahkan isu buli lagi. Paling best telemovie ini memang kelakar dan tak seram pun hehe. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye.




Sinopsis Telemovie Resort Berhantu Lakonan Ain Edruce dan Izzue Islam (Cerekarama TV3)

Kejadian buli zaman sekolah dahulu menyebabkan Rosalinda dan Amira ingin mengadakan "Reunion Dinner" untuk menyatukan kembali semua 13 orang pelajar sekolah selepas 10 tahun tidak bertemu. Kisah ini bermula apabila Rosalinda (Ain Edruce) selalu dibuli dan diejek oleh kawan sekelasnya Kay, Syam dan Suzi. Cerita ini bermula apabila Rosalinda dan Amira berbincang tentang majlis reunion diner yang akan diadakan di sebuah resort. Mereka menjemput semua pelajar didalam kelas mereka. Disebabkan bilangan bekas pelajar yang tidak begitu ramai akhirnya mereka mendapat sebuah resort yang terpencil sesuai dengan bajet yang mereka ada. Tiba hari yang dinantikan, selepas 10 tahun mereka tidak berjumpa suasana riuh dan masing-masing melepaskan rindu antara satu dengan yang lain. Muncul Key Ell (Izzue Islam), Syam (Shah Sulaiman), Suzi (Jaja Ilyas) dan Langkawi (Din Che Pak) dengan lagak masing-masing dan perangai mereka bertiga masih tidak berubah kerana masih cuba mencari peluang untuk membuli Rosalinda.

Mereka berempat mula membuat rancangan untuk membuli Rosalinda buat kali terakhir sebelum mereka pulang dari Resort itu. Namun rancangan mereka mula bertukar tragedi apabila mereka melihat mayat Rosalinda terapung di kolam renang. Selepas itu mereka berempat mula ketakutan kerana diganggu oleh hantu Rosalinda. Apa yang berlaku seterusnya?.

1 ulasan:



My Random Post