15 Jun 2018

Episod 19 Drama Nur TV3 - Episod Akhir

Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Nur, Episod Akhir Drama Nur, Episod 19, Episod 19 Drama Nur, 2018, Drama Bulan Ramadan, Ending Drama Nur, Sinopsis Episod Akhir Drama Nur, Sinopsis Episod 19 Drama Nur, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, 2018,
Episod Akhir Drama Nur (episod 19)

Akhirnya tamat sudah drama Nur ini, nasib baik ending drama Nur ini happy ending, jadi tak adalah penonton nak rasa marah ke apa ke kan hehe. Ikutkan rasa tak cukup je 19 episod kan, kan best kalau drama Nur ni ada banyak episod sikit kan. Apa pun jom tengok sinopsis Drama Nur episod akhir di bawah ini ye.

Watak dan Senarai Pelakon Drama Nur

  • Amyra Rosli sebagai Nur
  • Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam
  • Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
  • Laila Nasir sebagai Mona
  • Noorkhiriah sebagai Aishah
  • Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
  • Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
  • Raja Atiq sebagai Amirul
  • Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
  • Elmy Moin sebagai Marzuki
  • Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz
  • Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
  • Jijie Zainal sebagai Jojo



Sinopsis Episod 19 Drama Nur TV3 - (Episod Akhir)

Nur keguguran manakala Adam pula bersikap pelik dan dingin terhadap Nur, Adam juga kelihatan benci dengan Nur serta sering memarahi Nur. Nur menyangka Adam bersikap demikian kerana kecewa dirinya keguguran. Ibu Adam berasa menyesal dan menyalahkan dirinya, Aishah juga berasa sedikit bersalah, tambahan lagi Nur langsung tidak memburukkan dirinya pada keluarganya kerana menjadi penyebab Nur keguguran. Seluruh keluarga Adam berasa pelik dengan sikap Adam kerana melayan Nur dengan kasar dan makin terkejut apabila Adam menceraikan Nur secara tiba - tiba. Ketika Nur mengemaskan pakaian untuk keluar dari rumah, ibu Adam datang berjumpa dengannya untuk meminta maaf dan berjanji akan memujuk Adam untuk rujuk dengan Nur. Selepas keluar dari rumah itu, Nur berusaha untuk mencari ibunya, Mona. Nur ke rumah lama mereka dan terkejut apabila mengetahui Marzuki dah jual rumahnya dan Marzuki juga dah mati dibunuh oleh kumpulan kongsi gelap. Kemudian Nur pergi berjumpa dengan kawannya yang bernama Jojo dan Jojo juga tidak tahu dimana ibu Nur berada kerana ibu Nur telah lari keluar dari rumahnya.



Nur tidak berputus asa untuk mencari ibunya dan akhirnya berjumpa dengan ibunya yang pengsan di satu lorong yang merupakan tempat dimana Nur selalu solat subuh disitu. Nur sempat bertemu dan bercakap dengan ibunya buat kali terakhir sebelum ibunya meninggal dunia. Adam pula telah datang ke rumah Qhadeeja dan memberitahu Qhadeeja dia benci pada Nur, dia berasa menyesal kerana kahwin dengan Nur dan tidak mengikut cakap ibunya dan kakaknya Aishah. Qhadeeja berasa pelik dengan sikap Adam yang tiba - tiba boleh bencikan Nur sebegitu rupa. Qhadeeja berasa ada sesuatu yang tak kena dengan Adam lalu pergi ke rumah Adam untuk berjumpa dengan keluarga Adam untuk memberitahu mereka mengenai sikap Adam itu. Manakala Aishah pula terjumpa sesuatu di poket seluar suaminya iaitu Hamadi dan Aishah yakin yang Hamadi telah membomohkan Adam untuk merosakkan hubungan Adam dan Nur. Aishah kemudiannya terus bergegas ke rumah ayahnya dan memberitahu semua kebenaran pada ayahnya. Aishah turut memberitahu semua perbuatan buruk suaminya pada ayahnya dan turut meminta maaf. Haji Mukhsin kemudian menampar Aishah dan tak menyangka perangai Aishah begitu.

Haji Mukhsin kemudian menyuruh Amirul untuk menggeledah bilik Adam dan Nur untuk mencari apa - apa barang pelik yang ada di bilik itu. Amirul kemudian berjumpa suatu barang pelik di situ dan membawa barang tersebut pada ayahnya. Haji Mukhsin kemudiannya telah berjaya mematahkan sihir dari barang itu dan perangai Adam kembali pada normal dan terus teringatkan pada Nur. Ustaz Yassin telah membawa polis untuk menangkap Hamadi atas semua kesalahan jenayahnya. Manakala Nur telah tinggal di rumah lamanya dan turut menggunakan rumahnya sebagai kelas mengaji percuma. Tak lama kemudian Adam datang ke rumah tersebut untuk bertemu dengan Nur, Adam meminta maaf atas segala kesalahannya pada Nur dan Nur memahami keadaan Adam dan akhirnya Adam dan Nur rujuk semula.

1 ulasan:



My Random Post